Sunday, November 14, 2010

Hadiah ramadhan 10

“Nampak sedap lauk lemak cili padi mak. Bila masa mak sempat masak ni?” Shahrin bertanya sewaktu dia mencedok lauk lemak cili padi yang di beri oleh Lia itu. Natrah yang duduk bertentangan Adlina hanya memerhatikan. Sesekali matanya menyorot wajah kakak iparnya yang kelihatan tenang menikmati hidangan iftar mereka malam itu.

“Bukan mak yang masak itu,” Nasuhah memberitahu saat Shahrin sudah menyuap nasinya ke mulut.



“Kalau bukan mak,siapa yang masak?” dia memandang Adlina pula, seolah olah mengharapkan isterinyalah gerangan yang memasak lauk itu. Adlina menoleh ke ke kiri lalu tersenyum.



“Bukan Lin yang masak. Mana Lin tahu masak macam tu, sedap sedap,” Adlina merendah diri. “Awak pun tahu Lin tak tahu masak.”



Shahrin berhenti mengunyah. Kalau bukan emaknya, bukan pula isterinya, siapa pula yang mahu memberi ikan kurau di masak cili api itu? Adik adiknya mana sempat mahu memasak. Mereka kalau sampai ke rumah pun hampir menjelang ke senja.



“Lia kasi tadi.” Makcik Halimah mencelah dengan suara datar.



“Lia mana pula. Mak cakap macamlah Arin kenal semua penduduk daerah sini,” Shahrin masih lagi mahu bergurau. Dia memandang wanita wanita yang mengelilingi mejanya.



Natrah tiba tiba menarik pinggan nasi Shahrin dari abangnya itu. Tindakannya mengejutkan bukan sahaja shahrin, amlah seisi rumah.



“Kau kenapa Nat?” soal Nasuhah pelik. Pelik dengan perangai adiknya itu.



“Tak payahlah makan lauk ni. Bukannya sedap pun. Biar nanti Kak Ad cedokkkan nasi lain. Yang ini biar Nat makan,”tingkah laku Natrah membuat Adlina terhenti makan. Kenapa begitu marah sekali dia dengan wanita bernma Lia itu?



Shahrin mencerlung memandang Natrah. Kemudian dia beralih kepada Nasuhah pula, meminta penerangan.



“Lauk tu,” Nasuhah menjuihkan bibir ke arah lauk di dalam bekas Tupperware di hadapan Shahrin,” Lia yang masak.”



Shahrin semakin tidak berpuas hati dengan jawaban yang di dengarnya. Dari tadi mereka hanya memberitahu, lauk itu Lia masak. Tetapi siapa Lia sehingga Natrah tidak mahu dia memakan lauk pemberian orang iah agak itu.



“Lia mana ni?” suaranya sudah agak meninggi sedikit. Makcik Hamidah berdehem sedikit.



“Zaliah, anak Pakcik Hasan.” Akhirnya Makcik Hamidah memberitahu.



Adlina perasan akan riak wajah suaminya yang berubah.



“Dia datang waktu emak pergi hantar lauk kat rumah Kak Idah. Kak Ad saja yang ada dekat rumah ni. Mujur Nat balik awal. Kalau tak, tak tahulah apa yang dia nak cerita pula,” Natrah membebel tidak puas hati. Nasi di pinggan Shahrin langsung tidak di jamah. Adlina semakin bermain teka teki dengan perbualan anak beranak itu.



“Along ni okay tak okay?” soal Nasuhah pula apabila Shahrin hanya membisu mendengar apa yang Natrah sampaikan. Zaliah, gadis yang hampir menjadi isterinya.



“Huh, Along okay jer.” Shahrin membalas gugup. Kemudian dia mencuit lengan Adlina.” Lin solat dengan adik adik ya. Lepas magrib, saya nak keluar ke masjid.” Adlina hanya mengangguk. Urusan Shahrin selama ini pun bukannya menjadi urusannya. Dia tidak pernah tanya ataupun mahu ambil tahu akan setiap pergerakan Shahrin pun.



“Arin tak terawih dengan kami sekali?” soal Makcik Hamidah. Lazimnya mereka anak beranak akan berjemaah dengan Shahrin yang mengimamkan solat mereka. Shahrin sekadar menggeleng. Makcik Halimah mendengus kecil, walau tidak ketara, tetapi sempat didengari oleh Adlina.







Telekungnya di lipat kemas dan di sangkutkan di belakang pintu. Dia memicit leher yang terasa sengal. Adlina dapat merasakan keadaan tubuhnya yang tidak begitu sihat. Mungkin kerana cuaca yang tidak menentu sejak kebelangan ini. Sebentar hujan, dan sebentar lagi, panas. Malah adakalanya baru sehari hujan, sudah mampu membanjirkan sebuah kawasan.



“Harap sangat Along tak berubah hati. Aku kesiankan Kak Ad. Dia baik.”terdengar suara Natrah berbual rendah.



“Kau ni merepeklah sangat. Along takkan berubah hati lah. Aku tahu dia sayang sangat dengan Kak Ad.” Bantah Nasuhah pula.



“Meluat aku tengok muka Kak Lia tadi,” terdengar Natrah mengomel. “Duly, dia juga yang tolak Along. Ikutlah lelaki mat saleh tu. Kononnya mat saleh tu dah Islam.”



Belum sempat Natrah menghabiskan ayatnya, Adlina menolak pintu bilik itu. Kedua dua beradik itu terkedu melihat kakak ipar mereka yang sangka mereka sudah tidur.



“Tolong beritahu kakak, siapa gerangan wanita tadi,” Adlina merayu perlahan. Walaupun di antara dia dan Shahrin masih belum terlerai apa apa perjanjian, namun jauh di sudut hatinya, dia mahu tahu apa yang berlaku sebelum Shahrin menikahinya. Natrah dan Nasuha berbalas pandang. Tidak pasti samada tindakan mereka itu betul atau salah.



“Suha, Nat, akak ni perampas ke?” soal Adlina, sengaja mahu mengorek cerita dari adik iparnya.



“Of course not!” serentak mereka menjawab. Dan kemudiannya Natrah membuka kisah.





Shahrin berjalan perlahan menuju ke rumah emaknya. Tidak sangka pula dia akan berpapasan dengan Pak hasan dan anaknya. Dia langsung tidak menyapa wanita itu. Tidak ada keperluan pun untuk berbual dengannya. Namun sempat pula Pak Hasan memberitahu, Lia kini sudah kembali seorang. Jodohnya tidak panjang dengan lelaki dari Barat itu. Shahrin hanya mengangguk. Tidak tahu harus berkata apa. Mujur juga selepas berwidhu, dia terpisah dengan Pak Hasan, maka tidak perlulah dia mendengar kisah tragis Lia.



Tiba di rumah, adik adiknya sedang menonton televisyen. Emaknya pula sudah masuk berehat di biliknya. Adlina tidak kelihatan di mana mana.



“Kak Ad mana?” dia bertanya Nasuhah.



“Dalam bilik kitorang. Malam ni Along tidur bilik kita lah. Kita nak tengok TV. Dah ajak Kak Ad, tapi dia macam tak sihat.” Nasuhah memberitahu. Matanya masih melekat di kaca TV.



“Nat dah kasi dia painkiller. Shes wearing my jacket. Tak sempat nak check temperature dia, tapi she doesn’t look well to me.” Natrah menyampuk pula.



Mendengar kata kata Natrah, pantas Shahrin berlalu ke bilik adik adiknya. Lampu bilik di padamkan, digantikan dengan lampu tidur yang suram. Adlina tidak betah tidur dengan lampu terang benderang. Dia menghampiri isterinya yang sedang tidur di atas katil. Dahi Adlina di pegang dengan belakang tapak tangan. Tidak begitu panas. Dia menghela nafas. Lega. Selimut Adlina di betulkan. Dia menyibak rambut isterinya yang menutup muka. Perbuatannya membuat Adlina terjaga. Wanita itu terpisat pisat melihat dirinya.



“Adik adik kata Lin tak sihat,” dia memberitahu. Takut tindakannya di salah ertikan. Adlina mengangguk lemah.



“Letih sikit. Tak larat nak stay up dengan diorang,” Adlina memberitahu. Shahrin mengangguk. Kalau dah letih, tak perlu di paksa diri nak marathon movie apa apa. Nak baca Quran pun tak habis, nak marathon movie?



“Lin rehatlah. Esok kalau tak kebah, saya bawa pergi klinik,” Shahrin mengarah lembut. Wajah isterinya di pandang tunak.



Adlina mengangguk, tanda akur. Dia membaringkan semula tubuhnya di katil. Kemudian, dia berpaling memandang Shahrin.



“Adik adik kata, Zalia itu bekas tunang awak. Cantikkan dia?” Terpempan Shahrin mendengar kata kata Adlina.



“Dia tu sejarah yang berlalu, Lin.” Tenang Shahrin memberitahu.



“Dan Lin tak tahu pun Shahrin ada sejarah sebegitu menarik.”

No comments: