Thursday, March 8, 2007

Mungkinkah 20

Tangan Amierah masih lagi memegang surat yang dihulurkan oleh suaminya. Matanya merenung surat itu, kosong.

"Well, sayang. Abang pergi tak lama.two week saja. Mierah nak ikut ke?"

"Mierah....entah lah. Mierah baru dapat merasakan kasih sayang abang...tapi abang dah nak tinggalkan Mierah..."luahnya.

"Subhanallah,Mierah.Siapa kata abang nak tinggalkan Mierah. Anbang nak bawa Mierah bersama....tak betah rasanya abang sorang-sorang kat Langkawi tu.."

"Tapi mak nampak macam tak sihatlah kebelangan ni....Mierah risau..."

"Mierah lebihkan mak dari abang ye?"uji Luqman.

Mierah meraih tangan suaminya. Dia duduk di sisi Luqman, merebahkan kepalanya ke dada sasa suaminya itu.

"Bukan macam tu, selain Tuhan dan Rasul, abanglah manusia pertama di hati Mierah...tapi Mierah risaukan mak."

Luqman tersenyum.Itulah yang membuat dia jatuh hati dgn Mierah.Amierah sering meletakkan kepentingan orang lain sebelum dirinya sendiri.

"Shall I cancel this trip then?"tanya Luqman.

Amierah mendongakkan kepalanya, Janganlah.Wasted. Abang pergilah, Mierah jaga mak."

"Terima Kasih sayang...."

"Abang, Mierah sedar, tempat isteri ialah di sisi sang suami.Tapi abang, redhakanlah Mierah.izinkanlah Mierah berbakti pada mak abang..."

"I've got something to ask you, sayang?"

"tanyalah,bang.Kalau Mierah boleh jawab, Mierah jawab..."

"Kenapa isteri abang ni bersungguh2 nak jaga mak?"

"Abang, its just so obvious.Firstly, she's my mum in law. Mak yang lahirkan abang. Dia yang asuh abang sedari kecil...dan abang adalah suami Mierah..."

"Itu saja...?"

"Ada lagike?"tanya Mierah.

"Entah..."

"Mmmm....Mierah kehilangan kasih sayang seorang ibu lama dulu, bila Mierah bernikah dgn abang.Mak seperti pengganti arwah mama..Mierah nak jaga Mak sampai keakhir hayat....tapi mungkinkah,bang?"

"Kenapa tidak? Thanks Mierah...terima kasih kerana pengorbanan itu...sanggup menyayangi abang dan mak.."

"Abang, Mierah rindu Mama...Rindu sangat. Kalau mama ada, tentu mama gembira dapat menantu macam abang," tersedu-sedu Mierah dipelukan Luqman.

"Mierah, esok kita ke pusara Mama,"ajak Luqman,"Mierah, kalau rindu kat yang dah tiada, hadiahkanlah Fatehah untuk dia...."

Luqman berangkat ke Langkawi menaiki pesawat Mas. Dari Changi Airport, ianya hanya mengambil masa yg singkat untuk ke sana. sewaktu berpisah di check-in gate, Luqman seperti berat hati untuk melepaskan isterinya pulang.

"Mierah, hati abang berat untuk tinggalkan Mierah. Promise me, Mierah bukan saja jaga mak, baut take good care of yourself dear." pesan Luqman.

"Abang, Mierah akan sentiasa djaga diri, dan maruah abang.Percayalah...I will take good care of myself."

"Abang will call you everynight.Kalau Mierah ada masalah, call Kak Yana ke, Rusy ke..."

"Eh, abang...lupa ke? Rusy kan dah berangkat ke umrah...siap nak ziarah tunang dia lagi..."

Luqman tersenyum hambar. Amierah meraih tangan Luqman, dan dikucupnya.

"Selamat bermusafir, bang.Mierah minta maaf atas kesalahan Mierah, dan halalkan makan minum Mierah..."pinta wanita itu ikhlas.

"Abang pun, Mierah. You take care...."dahi Amierah dikucupnya.

Amierah menghantar suaminya dgn sorotan mata hinggak kelibat suaminya hilang dari pandangan.

"Ya Allah, selamatkanlah suamiku dunia dan akhirat." doa Amierah di dalam hati. Lagipun dia tahu sebab utama sumainya kesana adalah kerana seminar Gejala Sosial yang dianjurkan oleh pihak motivasi Harmoni. Dia pergi kerana tugas. Amierah terus meninggalkan Airport untuk kembali kerumah .Ibu metuanya tidak mahu mengikut kerana badannya tak sihat.Risau pula Amierah dgn keadaan ibu mertuanya itu.

Amierah menyandarkan diri. Baru sebentar perpisah dgn Luqman, dia sudah terasa kehilangan. Selama dua minggu ini, dia tidak akan merasakan pelukan hangat suaminya, usikan manja, dan kata-kata nasihat Luqman setiap malam.

"Mierah, abang memang tak arif sangat tentang agama ni, tak macam Mierah.Tapi yakinlah Mierah, abang mengahwini Mierah bukan atas dasar simpati, apatah lagi kerana desakan usia dan masa. Tapi lama abang perhatikan Mierah.Abang yakin Mierah boleh jadi teman hidup terbaik, contah untuk anak-anak abang. Mierah boleh lakukan itu semua kerana cinta."

"Cinta?"

"Mm...Mmm..Cinta Mierah pada Tuhan.Abang lihat Mierah begitu dekat dgn Tuhan.Apa yang Mierah buat, semuanya Mierah kaitkan dgn Tuhan. Wanita seperti itulah yang abang mahukan untuk jaga amanah abang."

"Mungkin iye, mungkin tidak..."jawab Mierah,acuh tak acuh.

"Bukankah perkahwinan kita ini atas dasar sama-sama nak cari keredhaan Tuhan? Mierah nak cari redhaNya, begitu juga abang. Kita akan usahakan itu hingga keakhir hayat kita."

"Abang yakin dgn isteri abang ni?"

"Abang yakin dgn janji Tuhan."

"Puan, nak berhenti kat sini ke?" Pertanyaan drebar teksi itu mengejutkan Mierah dari lamunannya.

"Maaf, pakcik.Saya tak sedar, dah sampai.Sini pun boleh lah.."balas Amierah.Dia menghulurkan wang $20..0 dari dompetnya.

"Ini bakinya.Termenung jauh saya lihat Puan tadi,"tegur drebar teksi itu.

"Tak adalah..."Mierah cuba mengelak.

"Memikirkan dosa dan bermuhasabah kan tak salah ye,Puan.Tuhan suka terima taubat kita."

"Betul tu pakcik.Terima Kasih atas kata-kata mutiara itu. hari ini saya dapat satu ilmu baru..."ujar Amierah.

Dia pun membuka pintu untuk keluar dari perut teksi.

"Eh, puan.Ni duit baki belum ambil lagi..."

Amierah tersenyum,"Tak apalah, pakcik.Itu rezeki anak-anak pakcik di rumah.Anggaplah saya berterima kasih kerana dapat ilmu yang Tuhan beri melalui pakcik."

"Banyak ni...mana boleh..."protes drebar tua itu.

"Tak apa, saya nak buat penghapus dosa..."ujar Amierah.

"Eloknya hati budi puan, sejuk perut ibu mengandung. Untuk suami puan..."

Amierah tersenyum malu, "saya minta diri dulu.Assalamualaikum."

Hampir seminggu, Amierah hidup tanap Luqman. Keaddan ibunya sudah bertambah baik, namun adakalanya batuk Mak Timah berlarutan sehingga payah orang tua itu hendak melelapkan mata. setiap malam juga, Luqman akan menghantar email, bertanya khabar Amierah dan ibunya. Bagi Luqman sendiri, dia bersyukur kerana dihantar untuk menghadiri seminar hanya selepas bernikah.Ada juga Amierah untuk menemani ibunya itu.

"Salam sayang buat abang. Mierah dan mak, alhamdulillah okay2 je. Mak dah mula nampak perubahan, cuma batuknya yg tak berkurangan.Mungkin esok, Mierah nak bawa mak ke klinik. Ingatkan nak pergi tadi, tapi Mierah letih sangat. Mak pun tak nak pergi bila dia lihat Mierah tertidur di sofa....Baik sungguh hati Mak. Dalam sakit2 pun, dia sibuk jaga kesihatan Mierah.Malu Mierah di buatnya. Abang macam mana? Jangan selalu pandang2 anak2 mami kat sana.Mierah tahu, anak2 mami kat sana cantik2...Okaylah, Mierah got to go. Kalau di izinkan Tuhan, kita bertemu in a few days time. Terima Kasih kerana menjadi suami Mierah.....Itulah nikmat Tuhan buat Mierah, yang rasanya belum cukup Mierah syukuri.....

Maaf Zahir Batin,

Isterimu sentiasa...

AMierah Kartika Syuhadah."

Entah kenapa, malam itu Mierah terpanggil untuk menaio nama penuhnya. Dia tahu Luqman suka dgn namanya itu. Teringat dia sewaktu Luqman memanggilnya dgn nama itu selepas konsert amal di Rumah Kasih sayang dulu....Kenangan lama menemani tidur Mierah malam itu.

Esoknya, selepas Subuh, Amierah menerima satu pesanan ringkas di handphonenya.

"Mierah, hati-hati bila keluar dgn mak nanti. Take care of yourself. Missing you, Luqman...Anak2 mami kat sini, tiada yang boleh menandingi Ainul Mardhiah abang seorang di Pulau Temasek tu...."

Amierah tersenyum membaca pesanan dari suaminya. Dah pandai berbahasa pula...Kalaulah Luqman ada disisinya kala ini, tentu hari2 yg dilaluinya terasa bahagia sekali.

Selepas sarapan, Mierah dan Mak Mah pun bersiap-siap untuk ke klinik.

"Mierah, mak rasa biarlah mak pergi sendiri, bukannya tak biasa..."kata Mak Timah.

"Tak apalah,mak.Mierah pun tak ada kerja hari ini. Abang Luqman pun dah izinkan Mierah keluar. Tadi pagi, sebelum Subuh, dia dah sms Mierah..."

"Mmm. Luqman tu badan aje kat Langkawi, hati dia ada kat sini, kat Mierah...."usik Mak Timah.

"Tak adalah..."jawab Mierah, malu juga diusik oleh ibu mertua sendiri. Namun Mierah terpaksa akur dgn kata-kata ibu mertuanya itu. Dia juga rindukan suaminya.

Mujur tak ramai pesakit yang berada di klinik pagi itu. selesai mengambil ubat, Mak Timah mengajak Amierah berjalan-jalan di kawasan situ.

"Jom, Mierah, mak nak tengok kat kedai hujung tu...."

"Kedai apa,mak? Mak larat ke ni?"tanya Mierah. Cuaca agak panas dan Mierah sendiri sudah berasa rimas dengan keadaanya.

"Kedai baju....mak nak cari baju untuk Mierah..."

"Mak, baju Mierah dah banyak, mak. Nanti kena hisab pula, bila tak terpakai...."

"Alah...bukan baju yang macam kelmarin tu, baju mengandung...cantik Mierah.keluaran terbaru...."

"Tapi mak...Mierah belum ada lagi..."suara Mierah antara dengar dan tidak.

Mak Timah memandang wajah menantunya,"Mak bukannya nak stresskan Mierah. Mak sedia faham dgn keadaan Mierah, tapi mak berkenan sangat dgn baju tu....Victoria Secrets, Mierah..."

"Mak, jenama tu mahal.Mierah sendiri lihat dalam internet..."

"Pemilik butuk tu kawan mak. Kalau kat internet memanglah mahal, tapi dgn dia, dapat discount. Mierah jangan risaulah..."Mak Timak menepuk bahu Mierah.

Kedua beranak itu berjalan seiringan menuju ke butik kawan Mak Timah. Sewaktu hendak membelok, Amierah melihat seorang renaja sedang menuju keaeah mereka dgn menaiki skateboard. Amierah menarik Mak Timah ketepi.

"Itulah budak2 sekarang, kat tempat awam pun nak naik benda itu.Kalau dah terlanggar pejalan kaki yang lain, kan susah.." leter Mak Timah.

"Pengaruh barat,mak. Anak2 sekarang ni tak macam anak2 zaman Mierah.Dah jauh beza....tegur sikit, lari rumah.."

"Dah akhir zaman. Hadis nabi yg mengatakan bahawa di akhir zaman nanti ibu2 akan melahirkan Tuan, dah berlaku depan mata kita. Kadang2 mak takut.selalu doa agar anak cucu mak, tak jadi macam gitu.."keluh Mak Timah.

Amierah meraihn tangan mertuanya.

"InsyaAllah, mak.Kalau Mierah ditakdirkan menjadi ibu, Mierah tak akan biarkan anak-anak Mierah hidup tanpa hala tuju. Mierah akan didik mereka untuk sentiasa takut dan cintakan Tuhan.."

Tiba2 Amierah terasa seperti ada sesuatu yang melanggarnya. Dia tidak dapat mengimbangi tubuhnya lalu Amierah terjatuh di kaki lima itu. Remaja yang hampir melanggar mertuanya dgn skateboard tadi, rupanya berpatah balik ditempat mereka berjalan. Dia yang melanggar Amierah.

"Hey, tak ada adab sungguh!"marah Mak Timah. Remaja itu tidak mengendahkan mereka. Dia terus berlau.Marah sungguh Mak Timah dgn insiden itu. Mahu saja dia mengejar remaja itu, kalau bukan Amierah yang menahan.

"Mak, Mierah tak apa-apa ni..Biarlah budak tu, buang masa jer..."

"Mierah tak apa-apa ke? Boleh bangun?" tanya Mak Timah. Amierah mengangguk tetapi tiba2 dia merasakan sesuatu meleleh di kakinya.Terasa hangat air tu.

"Mak...darah.."


Mungkinkah 19

"Kenapa pakai serba hitam ni, sayang?" tanya Luqman sambil mengucup dahi isterinya,"macam nak pergi berkabung. Mana tudung cream yang abnag belikan tu? Kita kan nak jumpa Alisya, isteri Iskandar..Pakai lah cantik-cantik, nanti orang kata, abang tak pandai jaga isteri..."

"Apa abang cakap ni? Sebenarnya, Mierah malas nak bersiap..pakai sajalah apa yg tercapai dek tangan ni..."ujar Mierah, malas.

Luqman memeluk isterinya, pipi Mierah pula diciumnya," Abang tahu, Mierah tak suka dgn temu janji ni,kan.Don't worry. Kan semalam Kak Yana dah call Mierah. Dia dah kata Iskandar tu sincere....Maafkan dia, sayang.Dia dah terima balasan dari Tuhan..."

Amierah menghela nafas...Dia mendongak menatap wajah suaminya.Amierah menjingkit sedikit dan mengucup bibir Luqman,"Okaylah...jom kita pergi."

Sewaktu didalam lift, Luqman membisikkan sesuatu pada Mierah,Mierah, lain kali tak payah jinjit lah, abang dukung okay." Amierah merangkul lengan suaminya manja. Bahagia rasanya, mendapat suami penyayang seperti Luqman.

Amierah membetulkan duduknya.Suasana di Restoran Swensens di Changi Airport agak lengang kerana baru jam 12 tengahari.Lagipun pada hari biasa begini, tidaklah ramai yg berkunjung, melainkan pelancong dan orang2 seperti Mierah, yg membuat temujanji di situ.

Seorang wanita, berjalan perlahan menuju meja mereka. Dia memberi salam.Luqman menjawab salam wanita itu.

"Ini Encik Luqman dan Puan Amierah?"tanya wanita itu sopan. Dia menghulurkan tangan, disambut oleh Amierah.

"Awak Alisya?"tanya Mierah lembut. Ayu wajah gadis itu. Dia seperti sedang sarat mengandung.

"Kenapa berdiri saja, duduklah..."pelawa Luqman. Wanita dihadapan mereka duduk dgn cermat.

"Saya rasa, tentu Puan dah maklum kenapa saya minta untuk jumpa Puan..."

"Alisya, janganlah berpuan-puan.Panggil saja Kak Amierah."tegur Mierah sambil tersenyum.Kasihan dia melihat Alisya, letih dgn kandungannya.

"tapi abang Is suruh....Dia kata puan ni anak orang berada.Suami puan pun seoarng pengurus..."

"Alisya, kakak tak biasa dgn panggilan puan, janggal rasanya."

Alisya mengangguk,"Maafkan saya. Biarlah saya berterus terang saja. Saya bernikah dgn abang Is, beberepa bulan selepas dia berhijrah ke KL. Saya tahu akan sejarah silamnya, tapi arwah mak pesan agar saya terus bersama dia.Dia perlukan bimbingan. Perkahwinan kami pun diuruskan oleh guru kami. Mak saya meninggal sebelum sempat melihat saya bernikah...tapi perbuatan suami saya dulu....ada efeknya sekarang. Kak, saya pernah keguguran.Ini kehamilan yang ketiga.Saya harap akak dapat maafkan suami saya.Dia benar-benar menyesal. Dia dah berubah. Dia bukan Iskandar yang Kak Amierah kenal dulu...Tolonglah kak, Maafkan dia. "

Amierah hanya membisu.Wajah Alisya direnungnya lama.Luqman mencapai tangan isterinya dan diusapnya tangan itu, memberi perangsang.

"Alisya, Kakak kagum dgn awak, keran awak sanggup menerima dia, untuk awak bimbing selam-lamanya. Mulianya hati awak...Apa yang kakak lalui terlalu pahit. Dia menyebabkan kematian dan kehilanga maruah diri..."

"Kak Amierah...kalau pun kemaafan itu bukan untuk Abang Is, tolonglah kasihankan anak dalam kandungan ini.Dah dua kali saya kehilangan anak saya kak. selepas saya sudah merasakan tendangannya, bila kandungan mula membesar,saya keguguran.Belum pun sempat saya mendengar tangisannnya, kak.Hancur hati saya....Kali ini, doktor dah beritahu, kalau bayi ini tewas, saya tak boleh mengandung lagi....Peranak saya dah tak kuat" Alisya terus tunduk.Diusap perutnya perlahan, manik-manik jernih sudah menitis dari kelopak mata yang sayu itu.

Amierah memandang Luqman.Kemudian dia mencapai tangan kiri Alisya yang berada di atas meja. Tangan itu digenggamnya.

"Alisya, walaupun apa pun yang saya lalui, saya tidak pernah berdendam.Beritahu dia, saya sudah memaafkan, walaupun parut ni masih kekal hingga ke hari ini."

"Betul ni, kak.Kakak sudah memaafkan abang Is?"
Amierah mengangguk. Wajah suram Alisya berubah menjadi ceria, seceria tudung pastel green yang dipakainya.

"Awak tak salah dengar, Isteri saya dah maafkan suami awak,"Luqman memberitahu.

"Terima Kasih, Encik Luqman, Kak Amierah. Saya terpaksa pergi.Nanti abang Is nak kerja, takut tak sempat pula,"beritahu Alisya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dgn Amierah.

"Eh, awak tak makan ice cream ni dulu ke?" tanya Luqman.

"Maafkan saya, Encik Luqman. Kalau mengandung, saya alah dgn produk bersusu.Nanti sakit...."

"Oh, kesiannya...Eh, sapa jemput awak ni?"tanya Mierah.

Alisya tersenyum.Dia menuding jari ke arah sesesorang yang sedang duduk membelakangkan mereka.

"Itu...abang Is, dia yang hantar Alisya ke sini. Saya dah tak larat nak jalan sendiri..."

Amierah seperti hendak pergi dari situ apabila lelaki itu bangun dan berjalan ke arah mereka. Namun Luqman menahannya, "Please sayang...sabar.Abang kan ada..."

Iskandar kini sudah berada dihadapan mereka,"Terima kasih Amierah, kerana sudi memaafkan aku. Aku tahu aku bersalah. Aku harap kau berbahagia...Thanks Encik Luqman.."

Luqman berdiri mengadap lelaki itu, "Syukurlah, awak dah tahu akan kesilapan awak.Dendam...would go nowhere, Iskandar. Take care."

Mereka berjabat tangan dan sepasang suami isteri pun berlalu. Iskandar memimpin isterinya yang sudah sarat itu.

Amierah hanya melihat dgn sorotan mata.
"It must be tough on her, kan bang...Sweet girl. Tak lama lagi nak jadi seorang ibu."

Luqman tersenyum mendengar kata-kata isterinya,"Mierah pun boleh jadi ibu juga...."

"Mmmm?"

"Kita kena kerja kuatlah...supaya Mierah cepat-cepat mengandung. Nanti Mierah jadi ibu, abang jadi ayah..

"Boleh ke Mierah jadi ibu yang baik?"

"Insya Allah. Abang kan ada, sayang..."

"Abang....sayanglah..."

"Janganlah panggil abang macam tu, nak cairlah...."

"Memanglah cair, ice cream tu dah cair...sayanglah...Abang kena habiskan..Selamatkan rezeki tu, nanti membazir...."bisik Mierah sambil tersenyum. Seronok dapat mengenakan Luqman....Sempat Luqman mencuri cium pipi isterinya itu.

Mungkinkah 18

"Macam mana nak sampaikan berita ni pada Mierah? Boleh ke dia terima? Oh Tuhan....tolonglah...." keluh Luqman.

Selepas makan malam dan berkemas, Luqman mengajak Amierah dudk di sofa. Selalunya, Luqman akan terus mengadap laptopnya untuk menghabiskan tugas-tugas yang tidak di siapkan di pejabat. Kebetulan pula, ibunya telah ke masjid untuk kelas agama.

"Mierah, I've got something to tell you.Tapi Mierah mesti tabah.No tears, so setbacks....boleh tak sayang?" Luqman bertanya, sambil tangannya bermain-main dgn rambut Amierah. Amierah suka dilakukan begitu walaupun dia tidak menyuarakan perasaannya kepada Luqman.

"Apa yang important sangat tu sampai abang harus pesan Mierah macam tu..."tanya Amierah, matanya tepat memandang anak mata suaminya.

Luqman menarik Mierah dalam pelukannya,"Nothing more important than you...Cuma abang minta Mierah dengar saja apa yg abang nak cakap ni..."

Amierah menggenggam tangan suaminya dgn kedua tangannya. Hati kecilnya, tertanya-tanya pula apa yang hendak di sampaikan oleh suaminya itu.

"Mierah...tadi Iskandar datang kepejabat abang...." Berubah wajah Amierah mendengar nama itu....

"Mierah tak nak dengar nama dia....Apa yang dia dah cakap dgn abang?"pintas Amierah. Manik-manik jernih sudah mula menurini pipi mulusnya....

"Sayang, kan abang dah kata, dengar dulu, no tears....tak ada apa-apa..."

"Kalau tak ada apa-apa...kenapa dia datang office abang...Mierah...Mierah benci dia...."

"Tak baik kita benci sesama makhluk, sayang.Please...I want my baby to relax..Jangan emotional.Bolehkan Mierah...?" Luqman mengucup dahi Mierah.Airmata isterinya diseka dgn hujung jari, lembut.

Amierah merebahkan kepalanya kedada Luqman.Tangannya dilngkarkan ke pinggang suaminya Dia sudah mula menyayangi Luqman.Dia sudah dapat merasakan dirinya dikasihi.Janganlah Iskandar meragut kasih sayang itu darinya, doa Mierah dalam hati...jangan kemunculan Iskansar menghancurkan sekali lagi hidupnya itu.

Luqman menceritakan apa yang Iskandar katakan padanya. Amierah hanya membatu...Apabila Luqman menyebut tentang keguguran isteri Iskandar dan harapannya agar kemaafan dari Mierah dapat menyelamatkan isterinya, barulah Amierah bersuara.

"Mierah simpati dgn dia dan isterinya itu, kalau apa yang dia ceritakan itu benar.Tapi abang, apa kata kalau itu hanya muslihatnya. He's a cunning person. Anak orang kaya...semua dia boleh buat.....I'm sceptical.Mierah takut kehilangan orang yang Mierah sayang....."

Luqman mempereratkan rangkulannya terhadap Mierah. Dia cuba memujuk isterinya supaya membuang perasaan buruk sangkanya itu jauh-jauh.
"Mmm...baby abang ni, kenapa nak berburuk sangka pula,sayang? Mierah pun anak orang berada, tapi Mierah tak macam tu kan,?Abang rasa he's sincere about this.Lagipun yang akan jumpa Mierah kan isterinya.Abang pun dah nampak isterinya dalam kereta dia.Kalau dia niat jahat sekalipun, sayang, kita serahkan pada Tuhan. Kalau ditaqdirkan abang tewas macam Uwais, hanya untuk Mierah...abang redha. Siapa orang yang Mierah sayang tu, sampai takut kehilangannya?"

"Abang...Mierah tak nak abang pergi macam Uwais. Mierah tak dapat maafkan diri Mierah bila Uwais mati.Inikan pula abang....Mierah tak nak abang pergi macam Uwais..."Amierah menangis lagi....

"Oh, sayang juga Mierah kat abang yea...Ingatkan Mierah tak sayang kat abang...." Sebuah kucupan kini hinggap dibibir mungil Mierah. Amierah tidak menolak, namun tidak juga memberi respon. Ada getaran di hatinya, yang selama ini tidak pernah di rasakan.

Mierah, esok abang akan hubungi Iskandar. Kita bertemu dgn isterinya.Biar Kak Yana dan Abang Haikal saja yang bertemu dgn dia, okay..."

Mierah memandang suaminya dan mengangguk sutuju. Tiba-tiba telefon berbunyi. Luqman mencapai gagang telefon yang kebetulan berada di sisinya.

"Wa alaikum salam..Emak ke?"

"Mak tak balik? Nak tidur rumah Hajah Norsiah? Esok kuliah Subuh kat sana?
Okaylah, kalau gitu esok Man pergi office lambat sikit, tunggu Mak balik."

Gagang telefon diletak semula,"Mierah, mak kirim salam.Mak tak balik.Dia suruh abang jaga Mierah baik-baik. Sayang betul mak dgn menantu dia ni.Langsung tak tanyakn diri abang,her only son. Iri hati pula abang..."

"Abang, janganlah merajuk...Mak bukan sayang sangat, tapi concern aje.Abang anak dia, mestilah dia sayang lebih kat abang.Mierah ni menantu aje.Please abang...jangan buat Mierah serba salah."

"Mierah kena pujuk abang..."

"Pujuk? Macam mana?"

"Abang nak lihat Mierah pakai baju yang mak belikan tu.Lagipun malam ni, tinggal kita berdua saja..."

"Hah? Baju tu?"Mierah menjadi serba salah....

"Mierah, Mierah tak takut ke di laknat malaikat setiap malam kerana Mierah tak bersama abang..."

"Tapikan, malaikat hanya laknat kalau Mierah menolak permintaan abang..."

"Betul tu sayang. Tapi kita lain. Abang belum sempat buat permintaan, Mierah dah buat syarat....."

"Abang, Mierah sebenarnya...."

"Mierah, sayang, tak nak ke Mierah menerima nikmat yang Tuhan dah anugerahkan pada setiap pasangan suami isteri yang sah? Mierah masih nak lawan fitrah dan kehendak hati lagi ke,sayang? Dah berapa bulan kita bernikah, abang dapat merasakan yg Mierah dah terima kehadiran abang dalam hidup Mierah.Kenapa Mierah masih nak menafikan itu semua "

"Abang.....Mierah......malu..."

Luqman mengucup bibir isterinya lembut.Tangannya terus mengangkat Mierah dari sofa itu. Mierah menjerit kecil, terkejut dgn tindakan suaminya.

"Syy...nanti I'll do more than this,"usik Luqman.

Jam loceng di sisi katil Mierah berbunyi, memberitahu tuannya bahawa waktu tahujjud sudah tiba.

Mierah membuka matanya.Dia dapati tangan Luqman masih melingkari pinggangnya. Mierah melihat baju yang di pakainya...Dia cuba menarik selimut yang berada di sisi Luqman.

"Mmm, dah bangun Mierah?'"tanya Luqman, matanya masih terpejam.

"Mierah nak ke bilik air..."

"Baru jam empat,sayang" Luqman menarik Mierah kesisinya. Jari jemarinya bermain-main di bibir mulus Mierah.

"Mierah..."

"Mmmm?"

"I am sorry"

"Mmm?"

"Semalam..Mierah tentu marah kat abang...?"

"Tak,lah.." Wajah Amierah merona dgn soalan suaminya.

Luqman mengucup bibir Mierah,"Does it hurt,sayang?"

Mierah menggelengkan kepalanya, malu untuk menjawab soalan itu.

"Sungguh?"

Amierah meraih tangan suaminya.Di kucup tangan itu,"Abang, terima kasih kerana mengembalikan keyakinan Mierah. Tapi Mierah terkilan....."

"terkilan apa sayang?" tanya Luqman.

"Mierah dah tak virgin lagi...tak layak untuk Mierah bersama abang..."

"Please darling....no such things as that. Erase that from your mind. Siapa pun Mierah, Mierah amat berharga bagi abang...."

"Betul abang tak kisah?" tanya Mierah inginkan kepastian....

"Tak percaya?"tanya Luqman.

"Entah..."

"Kalau tak percaya, abang nak ulangi apa yang abang buat semalam...."

"Abang...."

"Tak kira...." balas Luqman. Lalu dia terus mencium Mierah penuh sayang.

Mungkinkah 17

Luqman pulang kerumah dgn hati yang begitu merindui Mierah. Hampir 2 minggu, dia berada di rumah menemani isteri kesayangan.Memberi semangat dan perangsang. Dia mahu lihat Amierah yang seperti dahulu, bukan Amierah yg kian memerapkan diri di kamar, di temani airmata. Setibanya dia di depan pintu, dia terdengar suara Mierah berbual dgn ibunya.

"Pendeklah...mak..macam mana ni?"

"Biarlah...tak ada orang nampak......"

Luqman mengandai2 apa yg di bulakan oleh dua wanita itu. Apabila dia masuk kerumah, dilihatnya Amierah sedang memanjat, mengganti langsir dirumah mereka.

"Apa yang pendek, apa yang tak apa??"

Amierah hampir terjatuh dari tangga kerana terkejut dgn kemunculan suaminya yang tidak memberi salam.

" Bukannya nak beri salam...main masuk je..."tegur Mak Timah.

"Oops...rindu sangat kat Mierah ni...Tak sabar-sabar nak jumpa dia,"balas Luqman sambil menarik tangan isterinya, supaya turun dari tangga itu.

Mierah meraih tangan suaminya, dikucup tangan itu.

"Rindu abang tak?" soal Luqman.

"Isy...depan mak pun tanya macam ni,"bisik Mierah. Ibu mertuanya tersenyum melihat menantu kesayangannya.

"Mierah okay?" tanya Luqman lagi.

Amierah mengangguk,"See...mak ajar Mierah jahit langsir ni..."

Luqman membelek langsir di tangan Mierah. Memang dia tak pernah lihat langsir itu. dia memandang wajah ibunya, meminta kepastian.

Mak Mah menangguk, mengiyakan kata-kata Amierah.

"Dari kitorang duduk-duduk jer....lagipun Mierah tak ada apa-apa nak buat, dia minta mak tunjuk cara buat langsir...Esok-esok, boleh ganti tempat emak...Mak ni dah tua...."

"Oh...bisnes turun temurunlah kiranya......habis tu tadi man dengar apa yang pendek2 tu...?"

"kau ni Man, mangalahkan kita orang perempuan..."

"Abang nak air apa, Mierah buatkan..." tanya Amierah, cuba memendekkan perbualan Luqman.

"Emm....tak nak air...tapi I want you...boleh?"

Berubah wajah Mierah mendengar kata-kata Luqman, apalagi didepan ibu mertuanya.

"Abang nak Mierah duduk dgn abang....janganlah buat muka macam tu...makin sayang..."

Amierah tersenyum," Usik Mierah ye..." Amierah cuba mencubit pinggang Luqman, tapi cepat Luqman menepis. Amierah di rangkulnya.

"Mak...tolong,"terpacul dari mulut Mierah.

"Minta tolong mak? tak acilah Mierah ni..." balas Luqman.

"Dah lah tu, Man.Mierah tu baru nak sihat....Kalau rindu pun kat dia, takkan kau nak buat dia lemas macam tu...."leter ibunya.

Luqman dan Amierah tertawa dgn leteran ibunya.Luqman meneluk emaknya pula, "Cukuplah Man...rimasnya mak. Dah tua bangka masih macam ni...."

"Peluk Mmierah, takut lemas, peluk mak, mak rimas.....Nak buat macam mana ni..."keluh Luqman.

Amierah dan Mak Mah saling berpandangan.

"Ni Man...ambil langsir ni, tolong pasang. Senang hati kita berdua, ye tak Mierah?"

"Sorry, abang...bukan idea Mierah..."

"Tak apa....untuk kedua wanita yg sangat istimewa dalam hidup abang....abang pasanglah langsir ni..." rungut Luqman.

Kali ini, Mak mah dan Amierah pula yang mencium pipi Luqman...

"Mak....betul ke ni....Mak cium pipi Man...memang selalu.Tapi puteri ni tak pernak tau mak.....bertuahnya badan hari ini...." kata

Amierah masih lagi membaca buku sewaktu Luqman masuk ke bilik.

"Tak mengantuk ke Mierah...Tadi kan Mierah bertungkus lumus siapkan langsir dgn mak..."

"Mmm...nak tidurlah ni..." jawab Mierah.Bukunya diletak di side table. Amierah menarik selimut, menutupi baju tidurnya.

"Sayang, abang nak tanya something, boleh?"

"Mmm..."

"Apa yg Mierah bualkan dgn mak tadi?"

"Bual apa?"

"Entah...pendeklah...tak ada orang nampaklah...."

Mierah tersenyum malu,"Betul ke abang nak tahu?"

"Yes...for sure!" jawab Luqman.

Amierah menarik sesuatu dari laci side table lalu di beri pada Luqman.Dgn penuh tanda tanya, Luqman mengambil bungkusan itu.

"Apa ni, Mierah??" Luqman terpegun melihat isi bungkusan itu.

"Mak beli untuk Mierah...tapi pendek sangat, segan."

Luqman membelek night gown yang berada di tangannya,"Nice taste....Mahal ni..."

"Mierah simpanlah....takkan nak pakai..."kata Mierah

"Takkan nak simpan je? Sampai bila? sampai abang tua ke?" usik Luqman.
Amierah tersenyum malu.

Luqman mendekatkan dirinya dgn Mierah. Haruman mandian masih segar di tubuh Mierah.

"Tadi, Mierah cium pipi abang....Abang happy sangat. Thanks, sayang. Kalau boleh, abang nak minta lagi satu ciuman..."bisik Luqman ke telinga Amierah.

"Mmm...tak nak, malulah....tak biasa..." elak Mierah. Sebenarnya, dia sudah mula menyayangi suaminya, cuma dia tidak pasti dgn perasaanya sendiri.

"Kalau gitu, let me kiss you tonight.I want to kill your blues away..."pujuk Luqman.

Amierah terus membatu.Perlahan Luqman mencium pipi isterinya. Dia tidak mahu melulu, dia akur dgn keadaan Mierah.

Air jernih mengalir dari mata Mierah.

"Kenapa sayang? Mierah tak suka?"tanya Luqman lembut.

"Abang, terima kasih kerana menyayangi Mierah. abang buat Mierah rasa terbela...." Amierah memeluk suaminya.Lalu dia mendongak dan mengucup bibir Luqman.

" Abang sentiasa akan menyayangi Mierah...."

"Luqman...ada orang nak jumpalah..."beritahu Ain Aliya pada bosnya.

"Siapa...new applicant ke? Dah lama tak ada penghuni baru..."tanya Luqman.Matanya masih terus mengadap akhbar di meja.

"Bukanlah...Ain cakap ni,tolonglah dengar! Macam ni ke kau buat kat Mierah...Kesian Mierah..."keluh Ain.

Luqman memandang setiausahanya itu lalu ketawa,"Dengan kau tentulah aku tak layan, tapi dgn Mierah layan blues lah..."

"Tak kuasalah aku....Ni aku tanya, kau nak jumpa tetamu kat luar tu tak?"

"Lelaki ke perempuan?"

"Main tanya-tanya lagi.Lelaki lah....Kalau perempuan kenapa?"

"Kalau perempuan, kau kena temanlah...tak muhrim lah kak oi!"

"Pandai pun. Aku ingat kau masih tak faham syariat-syariat ni semua...."

"Lihat oranglah....Ni Luqmanul Hakim tau...."

"Ain rasa kredit tu sepatutnya kena bagi kat Mierah, isteri solehah tu.kau tak layak terima kredit..."usik Ain.

Luqman mencampak gumpalan kertas yang berada di atas mejanya. Gumpalan itu tepat terkena sasaran.

"Nanti kau, Man.Aku beritahu Mierah...."

Luqman tidak mengendahkan kata-kata Ain. Dia tahu Ain tak ambil hati. Walaupun Ain setahun lebih tua darinya, Ain sentiasa beralah bila mereka berbalah. Ain pun dah masak dgn perangai Luqman, dari kecil lagi sejak mereka hidup berjiran. Luqman mengemas sedikit mejanya. Gambar pengantinnya di letak rapi disisi komputer.

"Masuk,"sahut Luqman bila pintunya diketuk kecil. Seorang lelaki berkulit hitam manis, masuk membawa satu hamper kecil. mereka berjabat tangan.

"Silalah duduk. Boleh saya bantu..Encik..?" Luqman memulakan perbualan.

"Iskandar Saiful Nizam...panggil saja Is."

"Is..well, is there anything that I could help?"

Lelaki yang bernama Iskandar itu menghulurkan hamper yang di bawanya kepada Luqman.

"Ini?"

"Terimalah Encik Luqman. Dari saya, tak seberapa..."

"Sebenarnya, apa maksud yg membawa anda ke sini?"

Lelaki itu menghela nafas.....

"Amierah Kartika Syuhadah..."

"Itu isteri saya.Kami bernikah beberapa bulan yang lepas.Encik kenal dia?" tanya Luqman. Hatinya dilanda pelbagai soalan.Namun, cuba dielakkan dari pengetahuan tetamu dihadapannya.

"Saya berdosa terhadap dia....isteri Encik Luqman tu...."

"Saya tak faham maksud anda..."pintas Luqman.

"Encik Luqman, sayalah Iskandar , manusia yang telah memusnahkan hidup dia dulu. Saya banyak berdendam, saya ikutkan nafsu. Saya tahu, apa pun hukuman yang saya lalui di penjara, tidak dapat mencerahkan kembali hidup dia...Saya menyesal. tapi saya tahu, dia tak akan memaafkan saya."

Luqman terdiam mendengar kata-kata tetamunya. Di hadapannnya kini berdiri seorang lelaki yang telah merosakkan maruah permata hatinya. Luqman merenung lelaki itu tajam.

"Apa yang anda mahukan sekarang?"

"Saya nak minta kemaafan dari nya. kelmarin saya nampak dia.saya ekori dia untuk meminta maaf, tapi dia masih belum dapat terima kehadiran saya."

"Tahukan Anda, kehadiran anda tu, Is...sangat menyakitkan.Saya hampir kehilangan dia...."terus terang Luqman memberitahu lelaki itu.

Iskandar hanya tertunduk," Encik Luqman, tolonglah....Kalau dia tak maafkan saya....isteri saya akan terus dalam bahaya..."

"Maksud awak?"

"Selepas saya bebas dua tahun yang lalu,lebih cepat dari yang dijadualkan, kerana good conduct. Selepas tu saya berhijrah ke KUala Lumpur. Saya mendalami ilmu agama di sana.Saya cuba menebus dosa...Selama ni saya angkuh dgn kemewahan keluarga saya yang hakikatnya adalah milik Tuhan...Saya jauh terpesong. Di sana, saya bernikah dgn seorang gadis. Dia anak yatim, ayahnya meninggal sewaktu dia kecil.Hidup kami sederhana. Sudah dua kali isteri saya hamil,
namun bila cukup bulan, bayi itu meninggal dalam perut. Isteri saya sungguh kecewa.Hampir-hampir dia hilang ingatan akibat depression. Di KL, saya bertemu dgn seorang ustaz. Apabila dia mendapat tahu tentang isteri saya, nasihatnya ialah untuk meminta maaf kepada orang2 yang telah saya aniaya. Saya terus teringat kepada arwah Uwais dan Mierah. Merekalah yang telah saya aniaya itu. Saya benar-benar insaf, Encik Luqman."

"Bagi saya, saya tak kisah kalau Is nak bertemu keluarga Uwais untuk meminta maaf. Saya sendiri sepupunya. Tapi berlah sedikit masa untuk Amierah. Saya tak mahu kehilangan dia....Cukuplah peristiwa di Esplanade tu..Dia cukup tertekan.."

"Saya faham, Encik Luqman...Apa kata, kalau isteri saya saja yang bertemu dgn Mierah? Mungkin dia dapat menyampaikan hajat saya kepada isteri Encik Luqman..."

"InsyaAllah...Biar saya fikirkan..."

"Thanks a lot, Encik Luqman. Saya harus pergi. My wife is waiting in the car..."

"Sampaikan salam saya....Never mind, forget it." kata lelaki itu.

Mereka berjabat tangan dan Iskandar meminta diri. Luqman menghantar tetamu itu ke muka pintu rumah itu. Ada seorang wanita bertudung sedang menunggu didalam kereta.


Mungkinkah 16

"Mak, telefon Kak Yana, minta dia dan abang Haikal datang..."pinta Luqman.
"Amierah....ni abang. Bangun sayang, you are a having a bad dream...Amierah , please wake up,"lembut suara Luqman mengejut isterinya.
Perlahan Amierah membuka matanya. Dia seolah-olah berada di alam lain. Luqman mengusap pipinya lembut.

"Sayang, what's wrong? kenapa ni?" tanya Luqman.
Amierah terus merangkul tubuh Luqman sambil menangis,"Abang, Mierah takut....Dia...Dia...Dia nak bunuh Uwais..."

Luqman memandang wajah isterinya, penuh kasih,"Siapa,Mierah?siapa yang nak bunuh Uwais..?Lagipun Uwais dah lama tak ada....Mierah mimpi apa ni, sayang?"

Sebentar kemudian, ibunya masuk membawa secawan hot chocolate untuk Mierah."Mierah, minumlah...Tadi lama Mierah dalam bilik air, mak risau.Takut Mierah sakit...Minum Mierah, panaskan badan tu..."pujuk ibu mertuanya.cawan disuakan kepada Luqman.Matanya seolah-olah memberitahu Luqman agar memujuk isterinya itu.
"Man, lepas maghrib nanti, Yana datang.Mak dah cerita dgn dia...Dia rasa budak yg dulu tu.....Mungkin Mierah terserempak dgn dia..."bisik ibunya perlahan..

Luqman mengangguk, tanda faham akan apa yang cuba di sampaikan oleh ibunya.

"Kau temankan Mierah, Man. Mak nak ke dapur,nak masak sikit-sikit buat Yana dan Haikal..Mierah, mak keluar dulu ya..." Pipi Mierah dikucupnya penuh sayang.

"Mak...." panggil Luqman.Ibunya memalingkan tubuh untuk melihat wajah Luqman.

"Apa dia..?"

"Terima Kasih.."

"Isteri kau, Man.Kebahagiaan kau, kebahagiaan mak juga...Dia menantu mak..."
Ibunya melemparkan sebuah senyuman buatnya. Terlalu tinggi pengirbanannya sebagai seorang ibu, fikir Luqman. Luqman menarik Amierah kedalam pelukannya.

"Mierah, abang tak akan biarkan Mierah seorang diri lagi....I promise sayang,"janjinya.Amierah membalas pelukan suaminya, erat...

"Abang, tolong Mierah..."jerit Amierah kepada suaminya yg berada beberapa langkah darinya.

Luqman sedaya upaya cuba mendapatkan isterinya, namun langkah dihalang oleh Iskandar. Tanpa kata-kata, Iskandar menumbuk muka Luqman. cepat Luqman menepis. Pukulan demi pikulan dihalakan kpd Luqman.Amierah hanya menatap hiba. Dia tidak mahu kehilangan suaminya sepertimana dia kehilangan Uwais. janganlah kerana dia, suaminya pula tewas di tangan Iskandar.

"Tolong! Tolong!' Amierah menjerit. sempat Iskandar menampar wajah suci itu.

"Diam kau! Tiada siapa yang dapat menolong kau lagi! Kau ingat kau selamat bila dah jadi isteri dia....persetan!"jerkah Iskandar.

Ketika itu, Amierah melihat suaminya bangkit dan cuba memukul Iskandar dgn sesuatu.....Namun Iskandar lebih cepat bertindak. Akhirnya Luqman terjelupuk ketanah.

"Abang! Jangan tinggalkan Mierah!" Amierah menangis sambil badannya dipaksa mengesot ke arah suaminya. Airmatanya tidak henti-henti mengalir.......

"Mierah, sayang...." dia terdengar suara Luqman. Ada beberapa suara lagi selain Luqman.

"Wake up,sayang.I am here." Luqman memaut tubuh isterinya, didudukkan Amierah, supaya dia membuka mata.

"Abang....Mierah mimpi...." airmata Amierah mengalir lagi. Luqman menyeka airmata isterinya.

"Hush, cry no more.It breaks my heart to see you this way...."Luqman mengelus rambut Mierah lembut.

Yana menghampiri Amierah. Kasihan dia melihat keadaan sepupunya itu. Mujur ayah Mierah sudah kembali ke Sabah. Kalau tidak, tentu dia akan marah melihat keadaan anaknya itu.Marah ayah Mierah terhadap Iskandar seakan-akan tidak pernah padam. Waktu dia pulang untuk mewalikan pernikahan Mierah pun, dia sempat tanya samada Iskandar sudah bebas atau belum....

Yana duduk di birai katil memandang Amierah yang masih lagi dalam dakapan Luqman.

"Mierah...dah okay ke? Apa yang Mierah mimpikan tadi,dik?"

Amierah memandang Yana dengan pandangan kosong.

"Iskandar....dia pukul abang Luqman. Dulu dia bunuh Uwais...sekarang, dia nak ambil Mierah dari abang Luqman. Mierah takut..." terhenjut-henjut Amierah menahan sebak.

"Come on,sayang. I am right here..Mungkin itu hanya satu igauan..."sangkal Luqman,cuba menenangkan isterinya.

Amierah menggelengkan kepala...dia menangis lagi.

"Tadi, sewaktu Mierah kat library. He was there...He followed me..."

Berubah wajah Yana mendengar pengakuan Amierah. Itulah puncanya Amierah jadi begitu....tidak keruan.

"Betul ni, Mierah?"

"Dia ekori Mierah dari Library sampai ke jalanraya. Dia sentuh bahu Mierah.Mierah rasa kotor sekali....Abang...Mierah berdosa...."

"Please, Mierah.Its not your fault. Sebab tu, Mierah tak tunggu abang ambil, dan terus pulang?"tanya Luqman.

"Mierah takut...."

"Its alright,baby...I am here." Luqman terus mendakap isterinya. terasa olehnya gedupan jantung Mierah yang amat laju.


Yana meninggalkan Luqman bersama Amierah lalu keluar ,mendapatkan suaminya di ruang tamu.

"Bang, Mierah terserempak Iskandar....itulah sebabnya dia jadi begitu."terangnya pada Haikal.

"Dia dah keluar ke?Dah bebas?"

"Dah lah tu, agaknya.Takkan dia lari dari penjara pulak.." celah ibu Luqman.

"How is she?"

Yana menggelengkan kepala,"Very bad..."

"Perlu jumpa counsellor lagi ke,ayang?"

"Ayang rasa tak perlu.Luqman will be there for her."

"Iyalah, Haikal.Mak Mah rasa biarlah Luqman yang usahakan sendiri...."



Mungkinkah 15

Pagi-pagi lagi, sebelum Luqman ke tempat kerja, Amierah sudah meminta izin untuk keluar sebentar.
"Nak ke mana, Mierah?" tanya Luqman.
"Library.Mierah nak pergi kat esplanade punya, boleh?" Mierah bertanya.
"Kalau abang kata tk boleh?"
"Then, I'll stay home, wait for you to come back, tolong mak masak."balas Amierah.
"Sayang, is your life very boring? Sayang bosan ke hidup dgn abang?" Luqman bertanya sambil, tangannya bermain-bermain dgn jemari isterinya. Perlahan Amierah menggenggam tangan suaminya.
"Mana ada?Mmm...tinggal kat rumah ni, macam-macam yg Mierah boleh buat. Cuma, Mierah nak keluar ni pun pasal dah lama tak pinjam buku. Itu saja..."
"Mierah nak abang temankan?"
"Emmm, its alright.Miera pergi sekejap aja...Kalau Mierah terlambat, Mierah call abang..."
Luqman pura-pura tidak faham,"Kenapa nak call abang?Nak minta izin tidur kat Library tu ke?"
"No...Mierah...nak minta.....abang pick MIerah...boleh?"
Luqman tergelak melihat betapa formal isterinya meminta izin.
"Come on lah....dear, kalau Mierah tak call pun, I'll pick you up. Abang takut ada orang bully Mierah....dan abang tak nak, bila abang balik, Mierah tak ada...rindu"
"Isyy....sekejap aje, takkan abang dah rindu?"
"Memanglah...sayang. Setiap saat abang rindu.Rindu nak peluk, cium Mierah. Kan abang cuma boleh buat setakat tu aje....."
Berubah wajah Amierah mendengar kata-kata suaminya. Dia melepaskan genggaman tangannya pada tangan Luqman. Menyedari perubahan Amierah, Luqman segera menghampiri isterinya. Dia memeluk Amierah sambil mencium pipi isterinya itu.
"Sayang, jangan salah faham, ok? I am not asking for more, tapi memang betul, everytime you are not within my reach, abang rasa sunyi. Sunyi dengan senyuman isteri solehah....."
"Abang,,,maafkan Mierah. Berilah Mierah sedikit masa lagi..."pintanya.
"Tak mengapa,sayang.Even if it takes me another 10 more years.... Abang sayang Mierah...."
"Mierah pun....I love you,"bisik Mierah.
Selepas membantu serba sedikit di dapur, Amierah meminta diri dari mertuanya untuk keluar. Sepanjang perjalanan di dalam MRT, dia hanya bertemankan sebuah buku yg di hadiahkan oleh Rusyidah sebelum dia bernikah dulu. Amierah membaca dgn khusyu'.Tanpa di sedarinya, ada mata yg memerhatikannya. Amierah meninggalkan MRT apabila ia tiba ke destinasi. Di waktu tengahari begini, agak ramai orang di LINK ini kerana ramai yg berpusu-pusu mengejar waktu lunch. Amierah memcepatkan langkahnya untuk tiba ke Esplnade.Niat di hatinya, biarlah cepat dia sampai, cepat juga dia akan pulang ke rumah. Sepasang mata tadi, masih lagi mengekori langkah Amierah. Sesusuk tubuh itu tidak mahu kehilangankelibat Amierah.Sudah lama dia tidak bertemu dengan Amierah, walaupun dia cuba menjejaki wanita itu.

Tiba di Esplanade, Amierah terus menuju ke Library yang agak lengang itu.Musim sekolah, khutubkhanah di bandar ini hanya akan terima kunjungan pelajar selepas waktu sekolah. Jadi, tidaklah payah buat Amierah untuk memilih buku-buku yang hebdak di pinjamnya. Sewaktu membelek-belek buku-buku di rak-rak yang ada, Amierah terasa seperti dirinya di ekori.Tetapi bila menioleh ke belakang, didapati hanya ada seorang pengguna di situ, yang sedang memilih bahan bacaan juga. Dia merapati pemuda Cina itu.
"Excuse me, mind if I ask you something?"tanya Amierah dgn suara yg perlahan.
"Yes?" soal pemuda itu kembali.
"I felt that someone was following me just now. But it was only you when I turned around. Do you see anything? I know I sound kind of stupid but...."kata-kata Amierah terputus di ditu.
"Oh, Miss..before I came into this lane to get this book,"pemuda itu menunjukkan buku di tangannya,"I noticed a man walking away from here."
"A man?"
"Yup, medium built, quite dark and handsome. He was wearing a cap..."
"Oh, thanks a lot.Guess, I'd better be going." Amierah mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu dan berlalu ke kaunter.
"Hey, miss! Take care and be careful.By all means,"ucap pemuda itu sebelum Amierah berlalu pergi.

Sewaktu Amierah meninggal khutubkhanah itu, dia sempat menoleh kesekelilingnya. Mana tahu, Luqman yang mengekorinya.Tapi melalui apa yang dikatakan oleh pemuda Cina itu tadi, deskripsi itu tidak menepati cir-ciri Luqman.Luqman berkulit cerah dan rendah.Manakala orang yg disebut tadi---dark and handsome-- menepati....???degupan jantung Amierah seakan-akan mahu berhenti. Dia teringat kembali kewan sekuliahnya dulu...Iskandar?Bukankah Iskandar dark and hamndsome?dan dia juga gemar memakai baseball cap.Amierah semakin tak keruan. Diharap-harap, agar janganlah Iskandar dapat menjejaknya.Hidupnya dah musnah kerana lelaki itu. Amierah terus berlari meninggalkan Esplanade.Dia tidak hiraukan orang sekeliling yang memerhatikan gelagatnya yang seperti di kejar hantu.

Tiba di tepi jalan, Amierah memandang sekeliling untuk mencari teksi. Tiba-tiba Amierah terasa bahunya di sentuh. Dia tidak berani untuk berpaling.Dia menepis tangan itu.
"Amierah...Good to see you.."terdengar suara itu.
"Please go away...jangan ganggu aku,"Amierah berkata-kata, tanpa menoleh kebelakang.
"Aku rasa, kau tahu siapa aku, Amierah.Please...aku nak berbual dgn kau."suara itu berkata lagi.
"Tolong jangan ganggu aku...."Amierah terasa seperti hendak menangis. kebetulan ada teksi kosong yg mendekatinya, Amierah terus menahannya dan masuk ke dalam perut teksi itu. Airmatanya sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.
"Nak kemana, dik?"tanya pemandu teksi berkenaan.
"Maaf, encik.Boleh hantarkan saya ke Jurong?"pinta Amierah.
"Baiklah..."

Tika itu, handset Amierah berbunyi.Dia menjawabnnya.Nama Luqman tertera di skrin handphone Amierah.
"Amierah...is that you...?"terdengar suara Luqman di hujung talian.
"Ye, bang.Mierah here,"
"Why are you crying,darling?"tanya Luqman ingin tahu.
"Tak, Mierah tak nangis.Selsema sikit."Amierah cuba berbohong.
"Where are you now?"Tanya Luqman,terasa seperti ada yang tidak kena.

"Mierah dalam cab, on my way home."
"Kenapa tak call abang?"
"Mierah letih...so nak balik cepat.."
"Okay, sayang, see you."
Cepat-cepat Amierah mematikan talian. Dia tak sanggup menipu suaminya itu. Dan dia tak tahu apa yang akan berlaku kalau Luqman tahu, siapa yang dia jumpa tadi.
Setibanya di rumah, Amierah terus masuk kebilik. Ibu mertuanya yang melihat gelagatnya itu, di landa dgn pelbagai persoalan. Pintu Amierah diketuk perlahan.
"Mierah, Mierah tak apa-apa,nak?"
"Tak mak.Mierah okay.Mierah nak mandi..."jawab Mierah.Ada bunyi gusar pada jawapan itu. Orang tua itu tidak puas hati.Dia terus menelefon Luqman dan memberitahu keaddan Mierah.
Hampir satu jam kemudian, Amierah mesih tidak keluar-keluar dari biliknya.
Hati ibu mertuanya semakin tidak keruan.Selalunya, Amierah tidak pernah begitu. Penat macam mana pun, dia akan duduk bersembang menanti suaminya pulang.
"Mak.."panggil Luqman. Ibunya melepaskan nafas lega.
"Man, dari tadi dia kat dalam.Mak ketuk pintu pun, dia tak buka. Risau mak jadinya..."
Luqman mengetuk pintu biliknya,Amierah...buka pintu ni, sayang..."
"Mierah...Mierah..."Luqman cuba membuka, Laa..tak berkuncilah, mak."
Apabila Luqman membuka pintu, Amierah tiada di situ.Terdengar bunyi air mengalir dari dalam kamar mandi.Luqman menolak pintu yg hanya tertutup rapat itu. Amierah dilihat terduduk di bawah laluan air dgn pakainanya yg tidak di buka. Kaget Luqman melihat isterinya. Amierah masih lagi menangis.

"Mak...tolong Man.Mierah ni, mak..."laung Luqman.
Amierah masih lagi terbaring dikatil. Setelah menukarkan pakaian Amierah sambil di bantu oleh ibunya, Luqman mengambil kesempatan untuk menelefon Yana dan memberitahu perkara yang berlaku. Ibunya masih menangis melihat keaddan isterinya.
"Sabarlah, mak.Nak buat macam mana, Mierah masih tak bercakap. Bila Man tanya, dia hanya terus menangis."
"Mak risau,Man. Baru kali ni, dia nak keluar sendiri...Tadi hati mak berat nak lepaskan, tapi mak takut Man kata mak ni jaga tepi kain kau, suami isteri...Mak tak sangka dia jadi macam ni..."
Tiba-tiba terdengar suara jeritan Mierah dari dalam kamar...
" Jangan sentuh aku! Pergi! Pergi!" Mierah menjerit-jerit seperti di ganggu. Luqman dan ibunya berkejar kedalam.
Amierah masih terpejam, namun dari riak wajahnya, dia seolah-olah sedang mendapat mimpi ngeri.
"Janganlah...Uwais...tolong saya....Uwais......"Amierah menangis dalam tidurnya. Luqman menggenggam tangan isterinya. Dia dan ibunya saling berpandangan. Nama Uwais seperti memberitahu mereka sesuatu.

Mungkinkah 14

Tengahari itu, Amierah mengikut Luqman ke rumah Kasih sayang. Sudah dua bulan mereka bernikah, walaupun tidak pernah Luqman sentuh isterinya, dia sudah dapat melihat perubahan pada isterinya itu. Amierah semakin mudah diajak berbual dan di bawa keluar.

"Lama Mierah tak ke sini...Rindu nya."ujar Amierah.

"Rindu? Kan setiap hari abang ada bersama Mierah, takkan rindu lagi?"usik Luqman.

"Rindu pada Azierah, pada Dilla, Ain, dan puteri-puteri yang lain. Apa khabar diorang agaknya?"

"Why dont you go in there, and surprise them? Diorang nak ziarah Mierah kat rumah, cuma abang tak izinkan..."

"Tak baiknya, apa salahnya mereka jenguk Mierah kat rumah...tentu mak pun akan terhibur."

"Saja, abang tak nak izinkan.Tak nak share Mierah dgn sesiapa..Kalau boleh nak simpan Mierah dalam bilik, dengan mak pun tak nak share..."

Amierah tertunduk malu dgn kata-kata Luqman.

"Mierah masuk ke dalam, ye?"pintanya.

Apabila Amierah masuk kedalam dewan, riuh dewan dibuatnya. Rusyidah ada di situ rupanya. Mierah pergi mendapatkan puteri-puteri itu serta sahabatnya.

"Rindunya...lama tak jumpa.Setakat sms jer...dengar suara kat phone...,"kata Rusyidah sambil memeluk Amierah erat. Puteri-puteri yang lain juga melepaskan rindu mereka pada Amiera.

"Best tak jadi wife brother Luqman?" Satu soalan diterimanya.Belum sempat dia menjawab, timbul soalan-soalan yang lain. Amierah hanya tersenyum tanpa menjawab apa-apa pun soalan-soalan itu.

Akhirnya setelah dia cerita serba sedikit akan kehidupan barunya, barulah puteri-puteri itu bersurai.Itupun di atas desakan Ain, yang datang kedewan melihat apa yg dikecohkan anak-anak gadis itu.

"Senang ana lihat anti bahagia.Luqman tentu jaga anti sebaik mungkin,kan?"

"Alhamdulillah, Rusy. Mak Luqman pun sangat memahami. Baik orangnya. Nanti time anti, anti akan merasakan ni semua..."

"Sunyi bila anti tak ada kat rumah tau.Ana nak serah balik rumah tu, anti tak mahu...Akhirnya ada saja puteri yang ana pinjam dari sini untuk teman ana."luah Rusyidah.

"Tak apalah, rumah tu pun bukannya ana huni. Lagipun, kan ayah ana dah benar kan anti terus tinggal di situ sampai lepas nikah nanti pun, ayah ana suruh anti tinggal di situ."jawab Amierah.

"Baik sungguh budi anti, patutlah Tuhan kurniakan anti suami sebaik Luqman..."

"Betah tinggal dirumahnya?" tanya Rusyidah.Amierah mengangguk.

"Mak mertua ana rajin masak, tak lama lagi naiklah badan ni..dah lah tak kerja, Hmm gemuklah..."ujar Amierah.

"Naik badan gemuk ke, ada isi?"usik Rusyidah

Amierah memandang Rusyidah, "Kami tak pernah...."

"Maksud anti...dia tak pernah sentuh anti?" soal Rusyidah.

"Jangan salahkan dia, Rusy.Itu permintaan ana.Ana takut...Sakit dulu...."

"Dia redho tak?"tanya Rusyidah lagi.

"Dia kata, dia beri ana masa...tapi tak tahulah sampai bila...."keluh Amierah.

Selepas asar, barulah Luqman menjenguk ke dewan.

"Mierah...are we ready?Abang nak ke Suntec City.Ada benda nak beli..."

Azierah yang ada disitu, tersenyum," Hai..ajak isteri dating ke? Can I tag along, brother?"

"Sis, you stay here with the rest."Luqman seakan-akan menberi arahan pada adiknya.

"Allah..tak nak play gooseberry lah..."balas Azierah.

"Rusy,. are you going back?" tanya Luqman,"nak kami hantar?"

"Its out of the way,Encik Luqman. Lagipun I am visiting my sister tonight."

"We'll make a move then.."pamit Luqman. Apabila dia menghulurkan tangan pada Amierah, puteri-puteri disitu semuanya riuh rendah...Amierah menarik tangannya, malu diperlakukan begitu depan orang lain.


mungkinkah 13

Akhirnya penantian yg sangat menyiksakan hati Luqman berakhir. Ayah Amierah menerima lamaran itu dan pernikahan diadakan dgn meriah di sebuah restoran di Taman Warisan, Kampung Glam. Walaupun Amierah menolak cadangan ayahnya untuk mengadakan majlis di situ, ayahnya tetap berkeras.

“Meirah, I.ve dine nothing much as a father, darling. In fact Papa rasa, I failed to look after you. Ini permintaan Papa.” Teringat kata Papanya sewaktu Amierah mnta diadakan majlis dirumah sahaja.

Selepas Maghrib, ketika Amierah sedang melipat sejadah, Luqman merepatinya.
"Amierah, terima kasih kerana sudi menerima saya. I'll always be my very best.To love you, to cherish you with all my heart."

"Saya...saya...awak..."lidah Amierah kelu. Dia tidak pernah bercakap mesra dengan Luqman sebelum ini. Janggal rasanya berada begitu rapat dengan lelaki itu.
"Tak tahu nak panggil apa kat saya...Why dont you call me dear ke, darling ke..."usik Luqman.
“Huh?”merona muka Amierah menahan malu.
"Ya Allah, masih malu dgn abang lagi ke? Kan dah jadi isteri yang sah. Bukan macam dulu lagi.Dulu nak lihat Amierah pandang wajah abang pun susah. Macam tuan puteri di taman larangan.Abang pulak, Cuma boleh pandang Mierah dari jauh aja..."Luqman mencuit hidung isterinya manja.
Amierah merenung wajah suaminya. Wajah itu penuh dgn kasih.Perlahan Amierah bersuara,"tapi saya bukan puteri larangan....saya seperti sampah yg terbuang."
"Never ever say that. Apa yang berlaku tentu ada hikmahnya.Tuhan tu tak zalim...bukankah Amierah pernah bercakap macam tu kat penghuni-penghuni di rumah tumpangan tu."

"Abang..."kata Amierah

"Ye, sayang.

"Abang, Mierah ada permintaan...."

"Apa permintaan tuan puteri dari taman larangan agaknya?"

Amierah tiba-tiba menangis.....Luqman kaget melihat isterinya begitu.

Amierah bangun sambil menuju ke tingkap kamar itu. Dia memandang kejauhan.Entah apa yg di lihatnya pun dia tak tahu. Apa yg dia tahu ialah tiba-tiba saja ada tangan yang melingkari pinggangnya. Dia cuba mengelak, tapi tidak berjaya.Sekali lagi airmatanya membasahi pipi.

"Kenapa ni, sayang.Is it too difficult to accept me as your husband? Abang ni tak layak buat Mierah ke?" tanya Luqman lembut. Cara Luqman jauh berbeza dari Iskandar, lelaki yg telah memusnahkan hidupnya.

Amierah memalingkan tubuhnya.Dia kini menghadap Luqman yg berdiri begitu hampir dengannya.

"Abang...."akhirnya Mierah berjaya memanggil Luqman dgn panggilan Abang.
Luqman mengelus-elus rambut isterinya.Dia terlalu sayangkan Mierah walaupun pada hakikatnya mereka tidak pernah bermesra, apa lagi bercinta.

"Mierah minta izin....untuk tidur berasingan.Mierah takut...takut sangat...." suara Amierah terlalu perlahan siselamngi tangisannya.

Luqman memeluk Amierah erat,"Amierah, I understand how you feel. I expected this to happen, sayang.Abang tak akan memaksa Amierah.Bukan kerana itu Abang menikahi Amierah. Tapi I have to say 'No' to your request.Kita suami isteri yang sah. Abang nak Mierah setiap masa disisi Abang, walaupun disaat abang tidur. But, as I promised...I wont touch you, sayang. Abang sayangkan Mierah, I wont hurt you darling,"janji Luqman. Dia sudah bersedia untuk menghadapi keadaan sebegitu.

Selepas tahajjud, Amierah masuk ke dapur. Di lihat emak mertuanya sedang menyediakan bahan-bahan untu di buat sarapan.

"Awalnya bangun, Mierah.Mak bising sangat ke?" tanya emak mertuanya.

"Taklah.Mierah dah biasa bangun waktu begini. Mierah bantu ya, Mak?"Amierah meminta izin.

"Alaa, kerja mudah aje, ni.Tapi kalau Mierah nak tolong juga, jerang kan air tu, nak."

"Mak, terima kasih kerana sudi terima Mierah." kata Amirah.

"Terima Kasih apanya, mak yg sepatutnya cakap terima kasih pada Mierah kerana sudi terima Luqman.Mak ni dah tua, Mierah.Risau Mak tengok gayanya yg tak mahu berumahtangga.Puas Mak berleter, dia buat tak tahu je...."

"Mierah pun tak tahu kenapa Abang beriya-iya nak peristerikan Mierah. Sebenarnya....."

"Sebenarnya apa, Mierah? Janganlah berahsia dgn Mak. Keluarga kita ni, hanya kita tiga orang saja. Cakaplah Mierah." pintas wanita tua itu.

"Mierah takut. Mierah masih teringat-ingat apa yg berlaku pada Mierah dulu."

Emak mertua Mierah bangun dari meja mendapatkan Mierah yg sedang berdiri di singki, mencuci cawan yg hendak digunakan.

"Mierah, sesiapa pun akan berasa macam apa yg Mierah rasakan sekarang ni.Tapi mak yakin, Mierah dapat mengatasinya. Luqman akan terus bersama Mierah."pujuk emak mertuanya.

"Terima Kasih,mak.Mak tak macam cerita mak-mak mertua yg Mierah sering dengar..."

"Mak Mertua ke , anak menantu ke, tiada bezanya,Mierah.Mesti kena ada rasa bertanggunggjawab dan saling memahami. Eh, Luqman tak bangun lagi ke? Pergilah kejutkan dia...Liat dia tu kalau di kejut, payah bangun."

Amierah tersenyum mendengar kata-kata mak mertuanya.Macam mana nak kejutkan dia ni...?

Luqman sudah sedar dari tidur, tapi masih berbaring di atas katil. Dia tersenyum bila melihat Amierah masuk ke kamar.

"Assalamualaikum..." Amierah memberi salam.Luqman menjawab salam isterinya. Hatinya pagi ini, terasa tenang. Dia menggamit Amierah supaya duduk di sisinya.

"Semalam lenyak tak sayang?"

Amierah mengangguk, tapi masih belum pandai untuk berbual mesra dgn Luqman.

"I am feeling great,saying .Akhirnya, Mierah berjaya abang jadikan permata hati, abang."
"Abang, Mierah takut kalau Mierah tak mampu live up to your expectations.

Abang, Mierah dah tak suci.....tak macam orang lain..."

Luqman meletakkan jarinya di bibir Mierah,"No.Jangan ulangi kata-kata itu, Mierah. Abang tak nak dengar. Bagi abang, Mierah adalah kasih yang paling suci buat abang.”

Mungkinkah 12

Majlis makan malam di Rumah Kasih Sayang itu memang khas di adakan oleh penghuni-penghuni di situ buat semua relawan yg sudi membimbing mereka. Azierah dari awal pagi lagi sudah sibuk di dapur ditemani oleh ibu Luqman serta staff yg lain. Bersungguh-sungguh mereka menyediakan yg teristimewa buat tetamu khas mereka.

Suasana yg sederhana meriahnya itu sangat menggembirakan penghuni di rumah itu.Mereka puas hati apabila hidangan yg mereka sajikan memdapat pujian daripada semua yg hadir.

“Tak sia-sia berpanas-panas depan dapur tadi,”ujar Dilla pada rakan-rakan yang lain.

“Lepas ni, kita ramai-ramai bukak cafĂ© by the seaside,nak?”cadang Azierah.

“You and your daydreams….”usik Amy.

“I am serious,lah….”balas azierah, tersenyum. Dia memperbetulkan pin yang tersemat ditudung.Dia kelihatan manis sungguh dengan tudung ala Wardina. Wardina London…seperti yang diusik abangnya,Luqman, siang tadi.
Amirah dan Rusyidah beserta para sukarelawan yg lain mendapat layanan teristimewa dari Puteri-puteri di situ. Luqman gembira dgn perubahan mereka.Selama ini, mana mereka punya keberanian untuk menganjurkan majlis seperti ini.Mereka sentiasa hidup di balik bayangan dosa dan kesilapan mereka.Tetapi setelah Rusyidah dan Amierah meluangkan masa bersama mereka, mereka seperti berjaya untuk bangkit semula menapak ke alam realiti. Sepanjang majlis, Luqman perhatikan Amierah seperti mahu mengelakkan diri darinya. Amirah sentiasa berada jauh dari Luqman.Dia seolah-olah merasakan dirinya orang asing di majlis itu.

Di akhir majlis, Azierah berdiri sambil di hadapan semua hadirin.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua brothers and sisters yg selama ini sangat-sangat mengambil berat tentang kami.Without you guys, I am not sure, where we would be now. Easpecially to Sisiter Rusidah and Sis Amierah.You have done a great deal, to change our lives.kaka-kakak lah yg ajar kami bahawa Allah is always there when we need Him. You built our confidence.Thanks a lot.Bahkan bukan itu sahaja, kakak berjaya membantu Ierah untuk menerima hakikatnya my Mother is no longer a Muslim.But she is forever my Mom.Dan without you knowing....Kak Amierah, you have captured not only our hearts, but also the heart of someone who has spent masa mudanya di sini, menjaga dan membimbing kami. Bcos of us, he abandoned his own desire and needs.Di wakturakan-rakan sebanya mengejar impian untuk bersahabat, dan berumahtangga, he slogged his life here tapi bila Kak Amierah menjejakkan kaki ke Rumah ini, that is when, he realised he has met with his suri hidupnya. Mungkin Kak Amierah, you know all along, cuma you tried to ignore...Kak, on behalf of my beloved Brother Luqmanul Haqim, Ierah minta sangat Akak terima his proposal. Ini bukan plan abang.He doesnt know about all this.Ini plan Ierah dan Mak. Abang has done a lot sebagai seorang anak, dan sebagai seorang abang.Mak rasakan, hanya Kakak Amierah saja yg boleh memberi Abang the happiness that he deserved. I am sorry, abang.I should have told you about this, tapi its Mak's request to see you happy with your life partner."

Terkedu Amierah mendengar kata-kata Azierah, apatah lagi ucapan itu di buat dihadapan khalayak ramai. Bahkan Luqman dan hadirin yg lain juga turut terperanjat dgn tindakan Azierah. Brothers yg hadir mula memberi sokongan pada Luqman. Ada yg mengucapkan "Selamat" dan sebagainya. Amierah masih terpaku di tempat duduknya. Perlahan Luqman menghampiri Amierah. Dia duduk bertimpuh di hadapan Amierah.Amierah tidak berpaling, namun tidak juga memandang Luqman.

"Mierah, saya minta maaf atas tindakan my sister.I know she is very Westernised dan mungkin dia masih terbawa-bawa budaya dari tempat dia dilahirkan. Please,maafkan dia atas keterlanjuran itu. But I want you to know that I am serious about you.Ini bukan main-main and I am willing to wait, walaupun its gonna take me a few more years.God led me to you, Amierah Kartika Syuhadah and I think we both knew it."

Amierah masih lagi membisu.Namun ada titisan jernih yg mengalir di pipinya.Mahu sahaja Luqman menyeka airmata yg tumpah dari pipi permata hatinya itu.Tapi dia tahu, dia tak mungkin berbuat demikian. Amierah bukan seperti gadis-gadis yg lain. Ibu Luqman sudah menghampiri Amierah.Dia dan Azierah seolah-olah menyesal dgn tindakan mereka. Dia takut kalau-kalau Amierah tersinggung apa yang baru berlaku.
Amierah memandang Luqman. Wajah ayu itu mengandungi perasaan sayu yang membuat Luqman menjadi serba salah. Dia menanti penuh debaran .Entah apa yang akan diluahkan puteri didepannya itu.
"Brother Luqman, apa yg saya buat selama ini, bukan untuk memancing hati awak.Itu bukan niat saya.Tak terlintas pun di benak ini, untuk berbuat seperti itu. Tapi kalau itukah yg berlaku, saya berdosa dgn Tuhan. Saya tak sepatutnya berada di sini. Saya tak mengharapkan kasih sayang sayang dari sesiapa.Saya tak layak untuk mererima kasih awak. Saya hanya mengharapkan pengampunan dari Tuhan. You knew what I went through. It wasn't easy for me to lead a normal life after that incident. Saya tak tahu nak kata apa bila mereka beritahu hasrat awak.Saya bukan nak lawan fitrah, tapi saya takut...."

"I understand how you feel, Amierah. Saya tak memaksa....tapi saya nak awak tahu, you are the first girl who caught my eyes. Saya tertarik dgn peribadi awak, bukan paras rupa awak. Namun sekiranya awak tak dapat menerima saya, saya takkan memaksa.You have the rights to choose your own life.."

Sebuah senyuman yang hambar diberi pada gadis itu. Namun, wajah tampan itu menyimpan seribu kekecewaan.Luqman bangun dan berlalu pergi. Amierah berpaling kearah ibu Luqman.Tubuh tua itu di dakapnya, erat.

"Tak apa, Mierah.Tiada siapa yg salahkan Mierah" pujuk orang tua itu.

"Makcik, Mierah minta maaf. Mierah masih ada Papa,makcik.Tanyalah Papa.Mierah serahkan pada Papa.."

Ibu Luqman seperti tidak percaya dgn apa yg didengarnya. Azierah dan rakan-reakan nya yg mendengar melepaskan nafas lega.

"Yes!! Yes!! We did it!" jerit Azierah. Dilla yg berada di sisinya segara menyiku gadis Barat itu.

"Ooopss, sorry.I guess, I am still not culturally changed yet,"katanya pada sukarelawan yg lain..”

“Thank God, you answered my prayers…Betullah cakap Kak Mierah, Tuhan dengar walaupun kita banyak dosa,” gumamnya rendah.