"Kenapa pakai serba hitam ni, sayang?" tanya Luqman sambil mengucup dahi isterinya,"macam nak pergi berkabung. Mana tudung cream yang abnag belikan tu? Kita
"Apa abang cakap ni? Sebenarnya, Mierah malas nak bersiap..pakai sajalah apa yg tercapai dek tangan ni..."ujar Mierah, malas.
Luqman memeluk isterinya, pipi Mierah pula diciumnya," Abang tahu, Mierah tak suka dgn temu janji ni,kan.Don't worry.
Amierah menghela nafas...Dia mendongak menatap wajah suaminya.Amierah menjingkit sedikit dan mengucup bibir Luqman,"Okaylah...jom kita pergi."
Sewaktu didalam lift, Luqman membisikkan sesuatu pada Mierah,Mierah, lain kali tak payah jinjit lah, abang dukung okay." Amierah merangkul lengan suaminya manja. Bahagia rasanya, mendapat suami penyayang seperti Luqman.
Amierah membetulkan duduknya.Suasana di Restoran Swensens di Changi Airport agak lengang kerana baru jam 12 tengahari.Lagipun pada hari biasa begini, tidaklah ramai yg berkunjung, melainkan pelancong dan orang2 seperti Mierah, yg membuat temujanji di situ.
Seorang wanita, berjalan perlahan menuju meja mereka. Dia memberi salam.Luqman menjawab salam wanita itu.
"Ini Encik Luqman dan Puan Amierah?"tanya wanita itu sopan. Dia menghulurkan tangan, disambut oleh Amierah.
"Awak Alisya?"tanya Mierah lembut. Ayu wajah gadis itu. Dia seperti sedang sarat mengandung.
"Kenapa berdiri saja, duduklah..."pelawa Luqman. Wanita dihadapan mereka duduk dgn cermat.
"Saya rasa, tentu Puan dah maklum kenapa saya minta untuk jumpa Puan..."
"Alisya, janganlah berpuan-puan.Panggil saja Kak Amierah."tegur Mierah sambil tersenyum.Kasihan dia melihat Alisya, letih dgn kandungannya.
"tapi abang Is suruh....Dia kata puan ni anak orang berada.Suami puan pun seoarng pengurus..."
"Alisya, kakak tak biasa dgn panggilan puan, janggal rasanya."
Alisya mengangguk,"Maafkan saya. Biarlah saya berterus terang saja. Saya bernikah dgn abang Is, beberepa bulan selepas dia berhijrah ke KL. Saya tahu akan sejarah silamnya, tapi arwah mak pesan agar saya terus bersama dia.Dia perlukan bimbingan. Perkahwinan kami pun diuruskan oleh guru kami. Mak saya meninggal sebelum sempat melihat saya bernikah...tapi perbuatan suami saya dulu....ada efeknya sekarang. Kak, saya pernah keguguran.Ini kehamilan yang ketiga.Saya harap akak dapat maafkan suami saya.Dia benar-benar menyesal. Dia dah berubah. Dia bukan Iskandar yang Kak Amierah kenal dulu...Tolonglah kak, Maafkan dia. "
Amierah hanya membisu.Wajah Alisya direnungnya lama.Luqman mencapai tangan isterinya dan diusapnya tangan itu, memberi perangsang.
"Alisya, Kakak kagum dgn awak, keran awak sanggup menerima dia, untuk awak bimbing selam-lamanya. Mulianya hati awak...Apa yang kakak lalui terlalu pahit. Dia menyebabkan kematian dan kehilanga maruah diri..."
"Kak Amierah...kalau pun kemaafan itu bukan untuk Abang Is, tolonglah kasihankan anak dalam kandungan ini.Dah dua kali saya kehilangan anak saya kak. selepas saya sudah merasakan tendangannya, bila kandungan mula membesar,saya keguguran.Belum pun sempat saya mendengar tangisannnya, kak.Hancur hati saya....Kali ini, doktor dah beritahu, kalau bayi ini tewas, saya tak boleh mengandung lagi....Peranak saya dah tak kuat" Alisya terus tunduk.Diusap perutnya perlahan, manik-manik jernih sudah menitis dari kelopak mata yang sayu itu.
Amierah memandang Luqman.Kemudian dia mencapai tangan kiri Alisya yang berada di atas meja. Tangan itu digenggamnya.
"Alisya, walaupun apa pun yang saya lalui, saya tidak pernah berdendam.Beritahu dia, saya sudah memaafkan, walaupun parut ni masih kekal hingga ke hari ini."
"Betul ni, kak.Kakak sudah memaafkan abang Is?"
Amierah mengangguk. Wajah suram Alisya berubah menjadi ceria, seceria tudung pastel green yang dipakainya.
"Awak tak salah dengar, Isteri saya dah maafkan suami awak,"Luqman memberitahu.
"Terima Kasih, Encik Luqman, Kak Amierah. Saya terpaksa pergi.Nanti abang Is nak kerja, takut tak sempat pula,"beritahu Alisya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dgn Amierah.
"Eh, awak tak makan ice cream ni dulu ke?" tanya Luqman.
"Maafkan saya, Encik Luqman. Kalau mengandung, saya alah dgn produk bersusu.Nanti sakit...."
"Oh, kesiannya...Eh, sapa jemput awak ni?"tanya Mierah.
Alisya tersenyum.Dia menuding jari ke arah sesesorang yang sedang duduk membelakangkan mereka.
"Itu...abang Is, dia yang hantar Alisya ke sini. Saya dah tak larat nak jalan sendiri..."
Amierah seperti hendak pergi dari situ apabila lelaki itu bangun dan berjalan ke arah mereka. Namun Luqman menahannya, "Please sayang...sabar.Abang
Iskandar kini sudah berada dihadapan mereka,"Terima kasih Amierah, kerana sudi memaafkan aku. Aku tahu aku bersalah. Aku harap kau berbahagia...Thanks Encik Luqman.."
Luqman berdiri mengadap lelaki itu, "Syukurlah, awak dah tahu akan kesilapan awak.Dendam...would go nowhere, Iskandar. Take care."
Mereka berjabat tangan dan sepasang suami isteri pun berlalu. Iskandar memimpin isterinya yang sudah sarat itu.
Amierah hanya melihat dgn sorotan mata.
"It must be tough on her,
Luqman tersenyum mendengar kata-kata isterinya,"Mierah pun boleh jadi ibu juga...."
"Mmmm?"
"Kita kena kerja kuatlah...supaya Mierah cepat-cepat mengandung. Nanti Mierah jadi ibu, abang jadi ayah..
"Boleh ke Mierah jadi ibu yang baik?"
"Insya Allah. Abang
"Abang....sayanglah..."
"Janganlah panggil abang macam tu, nak cairlah...."
"Memanglah cair, ice cream tu dah cair...sayanglah...Abang kena habiskan..Selamatkan rezeki tu, nanti membazir...."bisik Mierah sambil tersenyum. Seronok dapat mengenakan Luqman....Sempat Luqman mencuri cium pipi isterinya itu.
No comments:
Post a Comment