Thursday, February 28, 2008

CSA 7

Berita yang didengarinya itu amat memeranjatkan. Dia tidak sangka sama sekali, itulah gadis pilihan sepupunya. Tiada berita, tiada desas desus apa-apa, tiba-tiba saja, Amir memberitahu, Iskandar bakal menghantar rombongan meminang. hati siapa yang tidak terperanjat. Memanglah dia tahu, dari mulut Iskandar sendiri bahawa dia suka dengan perwatakan gadis itu. Dan dia juga nampak dengan mata kepalanya sendiri bagaiman Iskandar melayan gadis itu dnegan baik di restoran kelmarin. Malah, makcik dan pakciknya juga melayan tetamu mereka dengan ramah. Rupa-rupanya, itulah sessi mengenali bakal menantu! Bodohnya dia kerana tidak cepat menganalisa. Tiba-tiba hati Saiful Alam menjadi sayu. Entah kenapa, dia merasakan kebahagiaan Iskandar bakal merobek hatinya. Sudah jatuh cintakah dia pada gadis yang sama?

Dia teringat pada entry di blognya. apakah entry itu bakal menjadi satu kenyataan? A love lost.....apakah rasa cinta itu akan ditarik semula? Ya Allah, kalau benar dia bukan untukku, kenapa dijadikan perasaan itu kepadaku, dia bermonolog sendiri. Dia akur dengan kehendak Tuhan. Tapi dia jadi malu dengan kealpaannya sendiri. Mana mungkin gadis itu mahu menerimanya? selama ini dia sering menaruh perasaan prejudis terhadapnya. dalam diam, saiful Alam menilik diri sendiri....

Kenapa tiba-tiba hatinya dapat menerima gadis itu? kenapa hatinya tidak membenci lagi wajah itu? Lantas dia teringat pada sabda Rasulullah yang bermaksud agar janganlah kita menyukai seseorang itu berlebih-lebihan takut satu hari nanti kita akan membencinya. Dan jangan juga kita membenci berlebih-lebihan kerana takut kita akan menyukainya suatu hari nanti...Begitulah lebih kurang maksud hadis yang dia pernah syarahkan di hadapan sekumpulan pelajar di bawah pantauannya beberapa bulan lalau, Dan memang hadis itu telah membenarkannya!


Perlahan Saiful Alam melepaskan nafas berat. Wajah Iskandar dan hanim saling bermain dimatanya. hanim...disaat hatinya mula menyenagi gadis itu, Tuhan telah mengambilnya untuk diberi kepada insan lain. Saiful Alam tiada alasan untuk berasa kesal. Semua itu adalah kesilapannya. Dia gagal meneliti permata didepannya kerana permata itu disangkanya kaca yang pecah bersepah.


"Biar aku bawa dia balik, Saif. Aku rasa dia perlukan rehat yang secukupnya."teringat kata-kata Iskandar semasa dia datang ke madrasah sewaktu Hanim pengsan di dewan. Wajah sepeupunya itu penuh tanda risau.

"Hanim kena makan banyak-banyak. Kita datang sini pasal Hanim. Is ni beriya-iya nak belanja Hanim." teringat kata-kata mesra makciknya sewaktu mereka keluar makan dengan Hanim.

Dan kini Is memang beriya-iya....Dia sudah beriya-iya untuk menjadikan Hanim permata hatinya.