Friday, January 4, 2008

YEY>>>last episode...syukur!!!!

Apabila dua anak Adam mendirikan rumahtangga, akan menagislah syaitan. Syaitan mengangis kerana pernihakan itu ada penutup pada pintu maksiat. Pernikahan dalam Islam itu adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah, dalam menambahkan lagi ummat Islam dimuka bumi ini.

Bacaan Hanim terhenti sekadar itu apabila dia merasakan ada tangan yang membelai rambutnya. Dia membiarkan saja perbuatan Iskandar.Sejak kebelakangan ini, dia banyak menerima tunjuk ajar dari kakak iparnya,lebih-lebih lagi bila Iskandar bercerita kepada Hisyam tentang kekhilafannya tentang perasaan sedihnya yang merasakan dirinya tidak secantik orang lain.Panjang lebar tazkirah Hisyam malam itu terhadap adiknya.Kak Syimah juga terkena tempiasnya kerana Hisyam, kalau dah mula kuliahnya, semua yang mendengar akan terasa berdosa.Lalu semalam, sewaktu Iskandar belum pulang dari sekolah, sempat Hanim bertemu dgn Shimah di luar. Banyak yang di pesan Shimah kepada adik ipar kesayangannya itu.

“Hanim pernah ke menolak permintaan Syah?”soal Syimah tiba-tiba sewaktu mereka sedang menikmati ice cream di Swensen’s petang semalam. Hanim yang sedang leka mengusik Zinnirah memandang wajah Syimah kehairanan.Dia tidak dapat menangkap maksud soalan itu.

“Huh?”tanya Hanim acuh tak acuh. Syimah mengulangi sekali lagi pertanyaannya, kali ini dengan tambahan pula,”Pernah tak, Hanim menolak keinginan Syah untuk bersama Hanim selama ni?”

Merah padam muka Hanim mendengar soalan cepu emas sebegitu.Selama bernikah ini pun, dia tidak pernah terlintas tentang perkara sebegitu.Bahkan Iskandar tidak pernah membangkitkan hal sedemikian. Perlahan Hanim menggegeleng kepala. Syimah masih setia memandang wajah Hanim yang merona merah itu.Bukan dia hendak mengepo-ngepo, tapi dia perlu ambil tahu kebajikan adik iparnya.

“Abang Is tak …dia tak pernah persoalkan tentang itu. Kalau itulah yang Kak Shimah maksudkan,”Hanim menjawab rendah.Aduh…sedap-sedap makan, dia ditembak dengan peluru senyap pula, getus hatinya.

“Hanim tentu maklumkan, kalau seorang isteri menolak permintaan suaminya, malaikat akan melaknat dia sehingga kewaktu Subuh esoknya?”sambung Shimah,”Akak Cuma mahu mengingatkan. Selama ni, kami jauh.Tak sempat nak pantau adik seorang ni. Takut juga kalau-kalau Kak Shimah biarkan Hanim tergapai-gapai sendirian.”

Tersentuh Hanim mendengar kata-kata kakak iparnya itu. Walaupun berjauhan, namun kebajikan Hanim tak pernah dia ambil ringan.

Hanim bangkit dari posisi dia membaca itu. Wajah Iskandar dipandangnya sambil tersenyum. Lelaki ini banyak bersabar dengan kelemahan dirinya sebagai isteri yang masih muda. Walaupun baru beberapa bulan bernikah, terlalu banyak pengalaman yang Hanim kutip setiap hari dalam hidupnya sebagai seorang isteri. Iskandar lelaki yang baik. Suami yang bertanggungjawab. Cuma dia yang belum mampu menjadi isteri solehah idaman setiap suami. Pengalamannya sewaktu Iskandar terasa hati dengan Saiful Alam dan dirinya amat pahit untuk ditelan, namun itu mematangkan dirinya. Kini setiap kali dia bergerak melakukan tugas2 disekolah, dia lebih beringat-ingat akan statusnya sebagai seorang isteri.

“Kenapa pandang abang macam itu?”tanya suaminya melihat kelainan Hanim malam itu. Iskandar mencuit hidung Hanim, lalu merebahkan kepalanya diatas riba Hanim. Terasa damai malam itu melihat isteri yang seorang ini.

“Hanim nak say thank you,”jawab Hanim tenang.Walaupun ada getaran dalam dirinya bila Iskandar meletakkan kepala di atas ribaannya, dia tetap cuba berlagak biasa. Dia mahu merapatkan lagi hubungannya dgn sang suami. Dia mahukan hubungan sahabat yang selama ini dipegangnya..Iskandar bukan sahabat, tapi seorang suami yang berhak keatas dirinya.

“Kenapa ?”tanya Iskandar tanpa memandang wajah Hanim.

“Kerana, abang dah banyak bersabar dengan kerenah Hanim. Kerana, abang sudi ambil Hanim sebagai isteri…sanggup terima budak kecil ni jadi teman hidup yang tak matang.”jawab Hanim.Mendengar kata-kata isterinya, Iskandar tertawa kecil.Tangan Hanim yang berada dibahunya, diraih mesra lalu dikucup.

“Sepatutnya abang yang kena say a big thank you….”balas Iskandar.Hanim sekadar mendengar kata-kata suaminya.Dia serius mendengar apa yang bakal keluar dari mulut Iskandar.

“I should have said my big thanks long ago….Abang tahu, Hanim terpaksa dengan pernikahan kita, demi menjaga nama dan maruah keluarga. I salute you for that. Abang juga tahu, Hanim berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan abang. Hanim banyak mujahadah. Dan abang nampak perkara itu. Hanim banyak berkorban demi hubungan ini. Abang minta maaf atas keterlanjuran abang dulu. I should not have judged you wrongly. I was bad…real bad…..”kata-kata Iskandar terhenti disitu.

“Let’s bygone be bygone,abang,”Hanim membalas kata-kata Iskandar. Dia juga tidak mahu memikirkan perkara-perkara yang telah berlalu.Lusa, mereka akan memperbaharui pernikahan mereka di sini.Semoga itu akan memberi nafas baru pada perkahwinan mereka. Hanimtidak begitu ambil kisah dengan persiapan pernikahannya, bukan kerana dia keliru seperti dulu, tapi kerana semuanya telah dilakukan oleh wedding planner tak bertauliahnya…Sarah dan rakan-rakan yang lain. Tambahan pula, Saeidah dan Norlizah pun ada sama membantu jadi bolehlah Hanim bersenang-senang.

“Abang nervous tak?” tanya Hanim apabila Iskandar terus sepi melayan fikirannya.

“Nervous?” soal Iskandar, tidak faham.

“Iyelah…you have to say the akad sekali lagi, depan ramai orang pula tu…”Hanim menjawab tersenyum.

Iskandar tertawa kecil. Betul juga soalan Hanim tu.Kelmarin, masa nikah di Roxbourgh, hanya keluarga terdekat yang hadir.Tapi kali ini, bakal abang iprnya juga bakal hadir menyaksikan akadnya kali ini.

“Kalau kena ulang sepuluh kali, pun..siapa kisah…Yang penting, kita dah nikah dah pun…itu semua prosedur saja…betul tak?”dia cuba meredakan resah dihatinya.”tapi Hanim kena janji, jaga diri,okay. Don’t overwork, nanti kalau Hanim pengsan kat majlis nanti….orang ingat abang abuse isteri abang pula,”seloroh Iskandar lagi.

“Tidurlah sayang.Esok awak tu kena pergi field trip,kan?”Iskandar bersuara sambil mengambil buku yang dibaca Hanim lalu diletakkan diatas meja sisi.Kemudian dia membri ruang buat Hanim berbaring disisinya. Hanim mengangguk malas. Dia memang tidak berminat dengan field trip yang dianjurkan pensyarah di tempat dia berkursus. Tetapi memandangkan field trip itu bakal memberikan markah tambahan pada assigmentnya, suka atau tidak, dia terpaksa pergi juga.

Perlahan Hanim merebahkan dirinya disisi Iskandar. Dia menghela nafas dalam-dalam. Lusa adalah chapter baru dalam hidupnya, itupun kalau Tuhan masih memanjangkan umur dia dan Iskandar.Tiba-tiba terasa angin sejuk menyapu mukanya. Kipas dinding di bilik Iskandar tidak pula mengadap dirinya.Dari mana angin itu bertiup? Tingkap dan pintu pula rapat bertutup kerana Iskandar lazimnya akan menggunakan aircon diwaktu malam.Tiba-tiba hati Hanim merasakan sesuatu.Hendak diberitahu kepada teman disebelah, tetapi dia mematikan niat itu. Mungkin dia yang nervous menunggu hari yang bersejarah itu…….