Friday, July 2, 2010

Ikhlas Mengasihinya re edited

Salam All..Ikhlas mengasihinya, kisah cinta antara dua orang jiran yang membesar bersama, telah di edit semula dan di pindahkan ke blog lain.

http://kakhannah.wordpress.com/2010/07/03/ikhlas-kerana-dia/

Excerpts dari Ikhlas kerana Dia

* “Ain, buat segalanya kerana Allah, nak. Bukan kerana mahu membuktikan kepada manusia lain. Kalau Ain Berjaya mengubah hidup dan cara Ain memandang kehidupan ini kerana Tuhan, itu lebih mulia.” Teringat pesanan Aunty Humairah, adik ibunya yang tinggal dan mengajar di Pekan Baru itu.





* Sewaktu fail biru tua itu di letakkan di atas meja, ZunnurAin terlihat sebuah bingkai gambar lama.Bingkai itu kelihatan kosong. ZunnurAin pasti sangat bahawa dulu, di dalam bingkai itu ada tersimpan gambar Budi bersama dengannya. Gambar sambutan hari lahir ZunnurAin yang ke lima belas; sewaktu ayah membawa mereka semua ke Restoran Kinta Mani. Mana perginya gambar itu, desis hati kecilnya. Koyakkah?? Kalau koyak, bagaimana ia boleh koyak? Budi koyakkan?


Marilah bersama sama kita layari hidup dua insan ini....yang bersatu hanya kerana Dia