Tuesday, June 24, 2008

Ikhlas mengasihimu...new version (prt 1)

Ruang menunggu di Terminal 2 Changi Airport itu agak lengang memandangkan hari itu ialah hari bekerja. Tidak ramai manusia yang berada diluang legar menunggu itu. Sesekali Budi Aerman mengerling pada pergelangan tangan. Dari apa yang tertera pada papan kenyataan, dia dapati pesawat dari Pekan Baru telah mendarat lima belas minit yang lepas.Namun wajah insan yang ditunggu tunggunya masih belum muncul jua.Dia menarik talifon bimbit dari kocek seluar khakinya itu.Nombor telefon Puan Zahidah ditekannya. Dia jadi risau bila ZunnurAin masih belum kelihatan lagi. Tidak mungkin gadis itu terlepas flight. Kalau betul dia terlepas flight pun, tentunya dia akan menghubungi Budi atau sesiapa saja. Belum sempat deringan telefon dijawab, dia cepat cepat mematikan talian.Ada kelibat seorang gadis sedang menanti bagasi di ‘baggage area’.Rasanya gadis tinggi lampai bertudung labuh hijau muda itu tentunya Zin,rakan sepermainannya semasa kecil. Aerman mengatur langkah mendekati 'arrival gate'.Dia mengamati gadis itu betul-betul.Budi Aerman tidak mahu tersalah orang, ada pula nanti dia dituduh mengusyah perempuan entah siapa-siapa!

"Assalamualaikum, Budi!" sapa gadis itu ceria. Sahlah, ini mesti ZunnurAin! Kalau bukan dia, takkanlah dia menegur Budi Aerman sebegitu rupa. Gadis tinggi lampai ini masih seperti dulu. Ceria, peramah dan tidak menunjuk-nunjuk. Budi tahu pemergian ZunnurAin ke Pekan Baru adalah kerana rasa kecewanya.Dia kecewa apabila agregat 'O'levelsnya, empat tahun lalu tidak berjaya menempatkan dia ke dalam kursus yang diinginkan. Sedari kecil, Zin mengidam-idamkan untuk melanjutkan pelajaran ke "Business Admin" tapi hasil "O" levelnya tidak dapat memenuhi kriteria kursus itu. Akhirnya dia akur, dia harus melalui jalan payah. Dengan tabah, Zin telah mengikuti kursus yang sama di Jamiyah Business Centre.Dia memulakan dengan Pra Diploma kemudian mendaki tangga hingga ke Diploma, malah Zin dengan bersungguh-sungguh telah mengumpul Double Diploma di institusi pendidikan itu.Cuma Zin masih terkilan kerana tidak dapat melangkahkan kaki ke Singapore Politeknik seperti rakan-rakan yang lain. Itu yang menyebabkan dia membawa diri ke tempat asing di Pekan Baru.


Rasa terkilannya pernah disuarakan kepada Budi Aerman. Maklumlah Budi itulah saja kawan sepermainannya dari kecil hingga remaja. Kalau ada saja kerja sekolah yang perlukan lukisan-lukisan abstrak, Budi tempat dia meminta pertolongan. Budi juga selalu dirumahnya kerana mengaji dengan ibu ZunnurAin. Budi rapat dengan Zin kerana dia anak yatim.Ibunya meninggal sewaktu melahirkan dia, Manakala ayahnya pula diserang angin ahmar ketika sedang bekerja di Pulau Jurong sewaktu umurnya baru menjangkau dua tahun. Budi dibesarkan oleh neneknya yang kebetulan pula berjiran dengan keluarga ZunnurAin.Apabila nenek dan atuk Budi harus keluar bekerja, Budi dititipkan dengan ibu ZunnurAin. Memandangkan abah ZunnurAin bukan jenis orang yang berkira, kadang kala, Budi juga turut bermalam dirumah Zin. Tidak seperti Zin, Budi Aerman adalah pelajar madrasah sepenuh masa.Dia tidak pernah ke sekolah nasional seperti Zin. Kini Budi sedang melanjutkan pelajarannya diperingkat Pra Universiti dengan sebuah institusi swasta yang bekerjasama dengan UIA Malaysia. Jadi, Budi tidaklah perlu keseberang dan meninggalkan neneknya seorang diri."Zin Zin...dah berubah kau,iya!" terperanjat juga melihat perubahan pada diri ZunnurAin itu. Tak sangka gadis itu berubah pakainnya. Macam pelajar perempuan di kelas Budi aerman pula!

"Budi, kau tak jawab lagi salam aku!"tegur ZunnurAin. Budi Aerman sekadar tersenyum, rasa bersalah dengan kealpaan dirinya.

"Aku jawab dalam hati,lah tiang lampu!"usik Budi.Gelaran tiang lampu adalah gelaran yang diberikan kepada Zin kerana dia agak tinggi kalau dibandingkan dengan kawan-kawannya yang lain.

"Kau usik aku lagi, aku tak nak kawan kau!" marah Zin sambil menarik bagasinya menuju ke ruangan menungu teksi.Melihat reaksi Zin, tawa Budi Arman meletus disitu.

"Merajuk ek? Merajuk kau belum baik-baik lagi?"dia masih mahu mengusik gadis itu. ZunnurAin menjeling jirannya tajam.Rasa marah dengan Budi ni memang tak akan ada pengakhiran. Budi tak akan habis menyakatnya, selagi dia mempunyai kudrat!

"Eh, Zin.Aku lupa nak beritahu, lah.Mak kau suruh aku bawa kau makan dulu.Mak kau hantar nenek aku ke hospital, check up.Dia kata, dia tak sempat nak masak. Kita makan kat cafeteria okay?"tanya Budi. Dia memang tahu, ZunnurAin tak akan ke kafeteria airport itu kerana kebanyakan pelanggan disitu adalah petugas-petugas airport yang terdiri dari kaum lelaki. Dia sahaja mengajak ni pun kerana nak melihat reaksi si tiang lampu! Jahat pula dia rasakan dirinya kala itu. Tapi nak buat macam mana, dia suka menyakat ZunnurAin.

"Hisy! Kat situ banyak lelaki lah! Kau ni dah hilang akal ke ajak aku makan dekat tempat macam tu?"ZunnurAin sudah bertambah radang dengan ketidak prihatinan temannya itu.

"Habis, kau ingat aku apa? Perempuan? Mak nyah?" tambah Budi. Bukankah dia juga seorang lelaki? Berada dengan ZunnurAin ini pun sudah dikira tidak halal. Namun dia cuba sedaya upaya untuk menjarakkan dirinya dengan gadis itu.

"Kau lain, kau dah lama aku kenal,"gumam ZunnurAin.

Budi Aerman menarik handle bagasi dari tangan Zin sambil tersenyum. Dia sudah maklum, Zin amat mempercayainya. Selama dia mengenali gadis itu, Zin tidak pernah percayakan mana-mana lelaki walaupun rakan sekelasnya sendiri.

"Zin...aku belanja kau makan kat Popeye,lah. Aku pun dah lapar. Lepas Zohor, terus datang sini. Tak sempat nak makan apa-apa tau.Nasib baik aku off hari ini.Tak payah report kat Delifrance. Dan terpaksa juga aku ponteng kelas pasal kau, tahu?"Budi memberitahu sambil langkahnya diarah menuju ke eskalator dihujung dewan.

“Kau ponteng kelas, Budi? Suka,lah aku dengar? Lain kali boleh buat lagi,”ZunnurAin mengusik. Muka Budi Aerman berubah riak. Geram betul dengan reaksi si tiang lampu yang tidak langsung berasa simpati dengan pengorbanannya itu.

“Kalau kau lelaki, kan Zin, dah lama aku bagi kau rasa penumbuk aku. Aku punyalah berkorban untuk engkau, sikit pun kau tak berterima kasih dengan aku eh.” Sambar Budi Aerman sedikit marah.

“Alah Budi….aku bukan tak berterima kasih dengan kau…Terima kasih iya, Budi. Kau terima tak kasih aku ni?” usik ZunnurAin, masih mahu bergurau dengan si teman.

“Iyalah tu. Pasal aku terima kasih kau inilah, aku tersangkut tersangkak dengan kau tau Zin. Silap-silap orang yang nampak kita akan sangka kita ni tunang ke, suami isteri ke…Kasihan tau aku…jadi bujang terlajak lah aku, Zin.” Sengaja Budi Aerman berlawan kata dengan si gadis memandangkan ZunnurAin mahu bergurau dengannya.

Tiba-tiba ZunnurAin berhenti melangkah. Dia tajam merenung pemuda yang berjalan di hadapannya. Hatinya terasa juga dengan kata-kata Budi Aerman itu.

“Budi, kau cakap lagi sekali, aku balik sendiri. Aku tak suka kau cakap macam tu, tahu?” ZunnurAin membentak kecil.

Langkah Budi juga terhenti sebentar. Mendengar kata-kata si gadis, hatinya tersentap rasa bersalah. Segera dia cuba merubah suasana. Dia tidak mahu gadis itu merajuk hati.

“Laa..kesitu pulak kau. Betullah kata aku, aku memang dah lama terima kasih kau..dari dulu lagi. Kalau aku kena ‘end up’ dengan kau sampai bila bila pun, aku redha, Zin. Okay, jangan merajuk okay..Aku kan kawan kau dunia akhirat.” Bukan sekali duua Budi terpaksa memujuk gadis ini. Sudah saban kali dia memujuk, kerana ZunnurAin memang cepat terasa hati.




**hannah edit sedikit cerita ni..ejaan nama Budi pun Hannah ubah juga..nak elakkan dari salah faham.....Hannah harapkan comments dari kawan2, especially penulis kita, Cikgu Arnita n Puan Ifah kita..I really need idea bernas....komen dan ajarlah saya....!! Adios!!!