Monday, March 19, 2007

Mungkinkah Part 29[finale]

Suara tangisan bayi kuat kedengaran di telinga. Aduh, baby ni macam tahu pulak Abi dia belum tahajuud. Luqman bangun dengan mata yg terpisat-pisat.Dilihatnya Amierah sedang menyusukan bayi kecil itu.

"Lapar lagi ke, anak abi ni?"tanya Luqman sambil mengucup pipi Amierah. Ibu jarinya bermain-main dgn pipi gebu anaknya itu.

"Hisy..belum gosok gigi,lagi,"tegur isterinya, manja.

"Iyelah, dah ada baby ni, abang cium pun tak boleh. Jealouslah dgn baby ni. baby busyuk pun ummi cium jugak,"Luqman seakan merajuk dgn teguran isterinya.
Amierah tersenyum mendengar keluhan Luqman,"Dahlah, nanti lambat bercinta kat Tuhan. Dia mengungatkan suaminya.

"Nama anak kamu ni, apa?" tany Papa Amierah sewaktu mereka di hospital lagi.

Luqman dan Amierah memandang satu sama lain. serentak mereka tergelak. Amierah menggeleng kepala,"Belum fikirkan lagi,Papa."

Papanya menggeleng kepala,"macam mana boleh tak terfikirkan nama anak? Dulu masa arwah mama dah sarat, Papa sibuk cari nama, tanya Tok Imam, ustaz-ustaz."

Amierah tersenyum melihat Papanya.Syukur, Papa dah boleh sebut tentang arwah Mama tanpa bersedih, tanpa wajah yang sugul.

"Mierah takut nak fikir jauh.Iyalah, waktu mengandung pun kritikal.Mierah tak nak presure diri sendiri,Papa."

"Elok-elok pilih nama anak.Panggilan kita jadi doa untuk dia,"pesan Papanya.

"Mengelamun sayang?"tanya Luqman.sejadah sudah dilipatnya dan diletak ketepi.

"Abang dah selesai?"Amierah agak terperanjat melihat Luqman sudah usai solat.Lama sangatkah dia mengelamun?

"Fikir apa? dah selamat semuanya Mierah. Rumah tu, Mierah, baby.Papa pun dah okay.Apa yg Mierah fikir lagi?"tanya Luqman lembut.

Amierah merenung anak dalam dakapannya,"Anak ni, takkan nak panggil Baby aje?"

Luqman tersenyum.Sudah enam hari, masih tiada nama lagi. Keluarga yang datang berziarah pun pelik dgn pasangan suami isteri ini.Orang lain, kalau mengandung, siap cari mana anak.tapi mereka, sampai anak keluara pun, nama belum terfikir lagi.

"Mawaddah,"sebut Luqman pendek.

"Kenapa dgn kumpulan nasyid tu? Nak jemput mereka waktu kenduri lepas hari ke?"usik Amierah.

"Glamournya,"gumam Luqman.

"Then?"tanya Amierah lagi. Baby mungil didalam dokongan di letakkan di baby's cot.

"Kita namakan dia Mawaddah.Kasih sayang."

"Serius?Kenapa mawaddah.Tak nak letak Raihan, Rabbani.UNIC ke? In Team ke?"tanya Amierah lagi, sambil berseloroh.Matanya menatap wajah suami yang masih ada sisa wudhu itu.

"Yes and very. Mawaddah tu yang buat abang tersedar dari lena abang selama ni sebagai seorang Muslim.Kita ni lupa sangat dgn pencipta kita.Tuhan yang sangat-sangat sayang kat kita.Kita sibuk kejar Dunia, tapi lupa pada yg mencipta Dunia tu. Kumpulan Mawaddah tu juga yang buat abang mengenali Mierah dengan lebih dekat lagi.Ingat tak sewaktu abang hantar Mierah pulang selepas konsert tu? Mawaddah...nama rumah tumpangan kita,Rumah Kasih Sayang.Itu perjuangan abang yang akan abang teruskan hingga ke akhir hayat.Perkataan Mawaddah tu amat bererti pada abang,sayang,"ucap Luqman.

"Nur Mawaddah binti Luqmanul Hakim. Semoga dia menjadi pemangkin buat kita terus memburu cinta,"tutur Amierah.

"Semoga dia jadi anak solehah, role model buat adik-adiknya.Kita akan sama-sama bawa dia memburu cinta tu Mierah.Cinta kepada Tuhan, sayang sesama manusia.Nur Mawaddah akan menjadi kebanggaan semua."

Buat kekasih hatiku selamanya…Amierah Kartika Syuhadah…..

Wahai gadis
yang menangis..
Adakah maruahmu dikikis
oleh mereka yang berjiwa najis

Katakanlah wahai gadis
yang menangis..
"Ingin ku mengemis kasih Ilahi
agar berbahagia di hari nanti"

Dan tangisanmu kan terhenti
tawa riang serta tasbih sebagai ganti
dan kekal gelaranmu sebagai
BIDADARI Syurgawiku….

: AbuMuhd77 :
190307 28 Safar 1428 @ 1715hrs

Kemudian tangan itu menyambung lagi…..

Suami Akhir Zaman…

Sanggupkah aku menjadi pagarmu
sekiranya engkau adalah ladang tanaman

Sanggupkah aku menjadi pengembala
andai engkau kiasan ternakan

Mampukah aku menjadi peneraju
pabila kau temui jalan buntu

Seandainya bengkok tulang empat keratmu
dapatkah aku meluruskannya

Sanggupkah aku?

Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui,sayangku.

Mungkinkah Part 28

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencita agama Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda

Perempuan yang aku suka
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera puteriku
Yang bakal dilahirkan untuk menyambung
Perjuanganku dibelakang hari

Sesungguhnya
Perempuan yang selalu
Berada di dalam doaku
Adalah engkau, isteriku

Luqman memandang puisi itu dgn bermacam-macam perasaan. Dia menerima puisi itu dari papa Amierah melalui emel. Kata lelaki separuh umur itu, puisi tersebut dibacanya di salah satu website.Luqman sedar, dia sudah berburuk sangka pada isterinya. Dulu, dia yang beriya-iya hendak jadikan Amierah suri hidupnya. Tapi sesekali perasaan amarahnya dating menjenguk, teruk Amierah di marahnya. Sayangkah itu namanya? Nah! Terserlah sungguh dia hanya mementingkan dirinya sendiri, bukan untuk menjaga Mierah seperti yg selalu dia katakan. Teringat pesan Papa, bapa mertuanya dicorong telefon.

“Luqman, Papa kenal sangat dgn Mierah tu. Dia anak Papa. I know how much she loves you. Dia takkan mempermainkan cinta Luqman pada dia.Cuba banyak bersabar, bawa bincang. I am sure you can do it.Luqman, Cuma Mati sahaja yg akan memisahkan kamu berdua.Itu doa Papa.The two of you will be together, forever.”

"Sayang, papa dah beritahu abang yang dia nak datang,"kata Luqman sewaktu Mierah menyampaikan berita itu kepadanya.

"Huh?"

"Tadi pagi kat office, abang call Papa,tanya khabar dia. Itu yang Papa beritahu."

"Tak acilah...Papa tak beritahu Mierah awal-awal,"Amierah menunjukkan rajuknya.

Luqman meraih tubuh Mierah,"Mmm..mak buyung, janganmerajuk aje.Nanti effect kat baby dalam perut tu."

"Abang ni happy jer, kenapa? sejak abang balik tadi, senyum memanjang,"tegur Amierah.

"Mierah tahu tak siapa yang beli rumah tu, then serah pada kita?" tanya Luqman.

Amierah menggeleng kepala,"Kalau abang tak beritahu, macam mana Mierah nak tahu?"

"Alisya...."bisik Luqman.

"Alisya atau Iskandar? setahu Mierah, Is tu anak orang kaya...."

"Alisya...Mierah susah nak percaya,kan?"

"Harta ibunya dikampung. Dia pun baru tahu, selepas she gave birth."

"Habis tu, Iskandar? Okay ke dia dgn tindakan Alisya?

"Is pun ada saham sama. 30% was from peninggalan arwah ayah dia."

Amierah mendongak menatap wajah Luqman,"iskandar...ayah dia dah tak ada?"

"When he was still serving his sentence.Kidney failure,"beritahu Luqman tanpa ditanya siterinya.

"Abang jumpa mereka ke tadi?"

Luqman mengangguk,"Mereka kirim salam. Esok, they'll be leaving for Aussie."

"Nak migrate?"

"Tak, Iskandar sambung study kat sana."

Amierah mengangguk tanda faham. Terlalu banyak yang berlaku kebelakangan ini. Iskandar yang suatu ketika dahulu, amat dibencinya, sudah berubah. Rusyidah akan bernikah tak lama lagi, masalah di Rumah KS itu...semuanya membuat Amierah belajar dari pengalaman.Tiba-tiba perutnya terasa sakit yang tak terkata. Dia menahan rasa sakit.

"Kenapa ni,Mierah?"

"Ada sharp pain, tapi Mierah belum due lagi."

"Kita ke hospital aje.Come, sayang."

"Mierah boleh tahan lagi, ni.Takkan dah nak bersalin, due date Mierah next weeklah..."protes isterinya.

"Listen to me,okay? Kali ini abang rasa, abang tak salah. Its time,Mierah.Mierah taat aje, boleh?Taat bawa berkat, Mierah," tegur Luqman.


Mungkinkah Part 27

"Amierah ada call,nak"panggil Mak Timah dari ruang tamu. Perlahan Mierah berjalan mendapatkan ibu ertuanya. gagang telefon bertukar tangan.

"Terima Kasih,mak.Macam kura-kura kan Mierah ni..."selorohnya.

"Nanti mak pergi beli yang cordless, senang sikit,kan"cadang Mak Timah,"dah tu...panggilan dari jauh,katanya.

Salam diberi penuh hormat.Dia tidak tahu siapa yang menelefon pagi-pagi macam ni. Wajahnya berubah riak. senyuman berbain di bibir manis itu.

"Papa! Apahal call anak Papa ni?"tanya Amierah.

"bukan tak boleh call, tapi selaunya sms jer memanjang...Rindulah Papa."

"Mmm...next week dah due.dia main bolah agaknya, asyik tendang Mierah aje,"mengadu pula si Amierah dgn papanya. Amierah menoleh pada ibu mertuanya yang sedang duduk di sisinya,membaca akhbar. Tersenym lagi.

"Papa nak datang? Bila? Bestnya...papa nak cuti kat sini? Lama tak? Tunggulah sampai Mierah bersalin sekali,okay?"

"Okay, papa. Nanti Mierah sampaikan salam.Menantu papa sihat je...Still handsome and looking good,lah. Mierah ni aje, macam oversized penguin!"

Amierah tergelak dengan selorohnya sendiri.setelah menjawab salam, dia meletakkan gagang telefon kembali ketempatnya.

"Mak, Papa nak datang bercuti. Hisy...seronoknya Mierah."beritahu Mierah.

Mak Timah tersenyum. dari apa yang dicerita oleh Amierah, memang jarang papanya kembali ke Singapore selepas kematian arwah Mamanya. Tentulah bakal ibu muda itu gembira mendengar berita dari Papanya.

"Mak, Mierah harap, kelahiran baby ni nati, dapat menghilangkan kesedihan Papa. moga baby ni jadi pengganti arwah Mam buat Papa,kan Mak?"

"InsyaAllah, Mierah.Kita doakan. Papa kamu pun seorang aje kat sana. Dia tak ada adik beradik ke Mierah?"tanya Mak Timah.

"Papa macam Mierah,lah..Dia the only child. Papa ada sepupu kat Kedah. Mierah panggil dia Ibu Khaulah, yang itu pun anak tunggal juga,"dia teringatkan Ibu Khaulah,sepupu papanya yang tinggal dikampung.

"Leluarga papa Mierah ni tak muailah ye?" tanya Mak Timah lagi.

"Muai? Macam adunan kuih lah...muai tak muai.Tapi memang macam tulah,mak. Keluarga Papa tak ramai. Kalau keluarga arwah Mama, boleh tahan juga."

"Mmm...kamu anak tunggal, Luqman pun anak tunggal.Mak harap baby ni akan jadi yang pertama dan bukan anak tunggal ya,"usik Mak timah.

"Mak ni...." Amierah tersenyum mendengar usikan mertuanya.

"Tadi pagi, Man kata ada orang nak jumpa dia.Nak serah surat menyurat.Apa benda nya, Mierah?"

"Oh, itu..." Amierah pun mencerita semua yang berlaku pada Mak Timah.

"Patutlah kelmarin, muka Luqman tu senget semacam...rupa-rupanya dia takut ada orang sayang kat isteri dia..."Mak Timah tergelak kecil.

"Mierah tahu,tak? Suami kamu tu, cemburunya kuat. Dulu masa dia kecil, mak ambil upah jaga anak orang. Mati hidup balik, dia tak izinkan budak tu panggil mak dgn panggilan, emak.Dia paksa panggil makcik. Si Ain yang kat Rumah tu,pun. Kalau Ain datang tumpang rumah waktu mak ayah dia keluar negeri ke apa ke...Luqman tak izinkan mak manjakan si Ain. Kesian si Ain tu..memanjang Luqman buli dia.."

Amierah merapati mertuanya,"Sampai sekarang pun abang Luqman masih buli Ain. Nasib baik suami dia tak ambil hati..."beritahu Mierah.

"Eh, nanti papa kamu datang, nak tinggal mana?"tanya Mak Timah. Kalau dirumah ini, memang payah.Rumah kecil ni cuma ada dua bilik aje.Segan pula dgn Papa Amierah yang hidup senang tu.

"Alaa, Papa tu...mestilah kat hotel Masa Mierah nikah pun, Papa lebih selesa kat hotel.Tak nak menyusahkan,katanya."

"Nanti,call Luqman...beritahu dia,tau."pesan mertuanya.

"Mak..apa cerita abang Luqman ye,Mak? Siapalah yang dah beli rumah tu untuk kita,kan?"

"Laa, itulah yang mak suruh call Luqman...Mak pun nak tahu juga."

Amierah mengerutkan muka,"Tak beranilah,mak.Cukuplah sekali abang diamkan Mierah....serik sangat,"Amierah berkata.

Mak Timah menggeleng kepala melihat menantunya. Luqman tu pun satu, bukan nak dengar penjelasan si isteri. Sekarang Amierah begitu berhati-hati bertindak, tak mahu hati suaminya terasa lagi....



Mungkinkah Part 26

"Mana kau pergi,Man? Lewat malam baru kau balik.Mak ni bukan apa, cuma nak ingatkan...Mierah tu bukannya sihat sangat.Tinggal tunggu hari je tu..Dulu lain,Man.Kau bujang.sekarang ni...lain,"ibunya sudah memulakan 'kuliah' Subuhnya.

Makcik Timah menjeling kearah Luqman yang sedang duduk di sofa. Amierah masih lagi didalam bilik, mungkin mengemas. Wanita tua itu terasa seolah-olah ada yang tak kena dgn anak dan menantunya. Namun dibiarkan sahaja, tidak mahu bertanya lebih lanjut. Lagipun rumahtangga mana yang tak berkocak? itukan lumrah kehidupan...

"Abang, nanti nak pakai baju yang mana? Mierah nak sediakan ni..." perlahan suara Amierah bertanya dari pintu biliknya.

"Tak payahlah,Mierah. Abang 'off' hari ni.Letih nak pergi report kat office tu." Luqman menjawab,datar.

Amierah masuk ke kamar semula. Lain benar reaksi Luqman pagi itu. Inilah kali pertama Luqman bersikap begini terhadapnya. Tanpa disedari, airmatanya menitis juga. Bukan dia terasa, tetapi dimanakah silapnya sehingga diperlakukan begitu? Baju Luqman di simpan semula kedalam almari. Dia menutup pintu almari perlahan. Ya Allah...berilah aku kekuatan, ampunkanlah dosaku walaupun aku tahu aku tak bersalah. Dia, tetap suamiku.Dia berhak berasa marah....

"Ada kisah seorang hamba tu..Suatu hari, raja telah memarahinya kerana satu kesalahan.Dia sanggup mengaku salah walaupun bukan dia yang membuat kesalahan itu," cerita Ibu Khaulah.

"Kenapa dia nak mengaku begitu...tak bijak,"protes Amierah.

Ibu Khaulah tersenyum,"Bukan tak bijak,Syuhadah. Dia nak merasakan dirinya hamba kepada Raja.Dia tahu Raja berhak berbuat apa, kerana dia hanya seorang hamba."

"Tak fahamlah,Ibu,"beritahu Amierah.

"Itu bermakna, dari cerita ini, kita disuruh mengambil iktibar bahawa si hamba itu, sanggup taat kepada Raja dalam apa jua keadaan sehingga tak bersalah pun,dia sanggup mengaku salah. Jadi, kita jiwa yang merdeka ni, kenalah rasa bersalah sentiasa dgn Tuhan,kerana Tuhan adalah Raja kita, segala-gakanya buat kita. Kalau si hamba tadi mampu taat dgn Rajanya, yang hanya seorang manusia, kita lagilah...Kita hamba kepada Tuhan yang Maha Baik, Maha segala-galanya,"terang Ibu Khaulah lembut.

"Itu kalau dgn Tuhan. Memanglah sepatutnya kita rasa hina, rasa berdosa..tapi kalau antara kita sesama makhluk,Ibu?"tanya Amierah lagi.

"Kalau sesama makhluk, anggaplah kita hendak berkasih sayang. Kalau dia tuduh kita sesuatu yang kita tak buat, kita redhalah.Maafkan kesalahan orang itu. Mungkin kita ada buat salah dgn Tuhan, sebab itulah Tuhan benarkan insan lain menyakiti kita. Kalau kita bersangka baik, amanlah dunia ni,bukan gitu?" lembut penerangan Ibu Khaulah.



Amierah teringat pada perbualannya semasa dia berada di kampung sepupu ayahnya di Kedah. Di tepi kolam ikan keli itulah Ibu Khaulah bercerita degannya tentang ilmu dan hikmah. Rindu Amierah pada ketenangan kampung di Merbok itu. Peristiwa yang berlaku hampir sepuluh tahun yang lalu itu kembali menerjah kefikirannya saat dia amat memerlukan kekuatan untuk mengharungi kehidupannya.

"Mierah," suara itu sungguh lembut menyinggah gegendang telinganya. Dia berpaling kearah Luqman.

"Maafkan, abang Mierah. Abang terlalu ikutkan hati. My fault. Abang silap kerana terlalu ikutkan nafsu. Maafkan abang,Mierah,"Luqman bersuara sambil mencapai tangan isterinya. Amierah merenung wajah suaminya,sayu.

"Mierah yang salah, bukan abang. Mierah yang sepatutnya minta maaf pada abang." ujar Amierah lembut. Airmata yang cuba ditahan, akhirnya menitis juga dipipi mulus itu.

"Please Mierah, jangan menangis. It hurts to see you cry,sayang." Luqman membawa Amierah ke birai katil.

"Abang tak tahu kenapa abang cemburu macam tu sekali. Mungkin the facts that someone else ada menaruh perasaan terhadap Mierah membuat abang jadi tak keruan.Lebih lebih lagi bila abang diberitahu dia membantu semata-mata kerana Mierah,abang jadi marah..Abang terlalu ego and I have to admit that..."

Please,abang. You are the only man in my life, selain Papa. Papa is too busy with work, belum tentu dia rindukan Mierah pun. Tapi Mierah tak pernah marahkan Papa. I know he misses arwah Mama badly, sebab tu dia paksa dirinya bekerja keras, so that he could forget Mama. Cinta Papa terhadap Mama was very deep and sweet.Itu yang dia pernah beritahu Mierah.Mierah harap sekarang Papa tenang dgn mencari cinta Tuhan.He should slave his life for God."

"Mierah..."pintas Luqman.

"Abang, Mierah sedar cinta Abang terhadap Mierah terlalu suci.Mierah bersyukur mendapat suami macam Abang.Mierah malu dgn Tuhan, nikmat yang di anugerahkan ni, tak layak buat Mierah. Dosa Mierah terlalu banyak,abang."

"Sayang...apa yang sayang nak beritahu abang ni?" Luqman tidak betah mendengar kata-kata isterinya itu.Seolah-olah ada sesuatu yang hendak disampaikannya.

Amierah merebahkan kepalanya di dada Luqman,jari jemarinya bermain-main dgn cincin pertunangannya,"Abang, I am just a mere human being, kerdil dan berdaya. Janganlah abang terlalu cintakan Mierah...cinta Mierah tak haqiqi. Cintalah Mierah kerana Tuhan,abang. Bila kita dah sama-sama dapatkan cinta Tuhan, cinta selainnya akan datang dengan sendiri, tak perlu diusahakan. Waktu itu, kalau Mierah tak ada pun disisi abang, Abang akan terus tenang bersama cintaNya."

Luqman mengucup ubun-ubun Mierah,terasa damai di hatinya, walau pahit untuk menelan hakikat kata-kata Mierah,"Abang faham,sayang. It was just my nafs playing stupid jokes on me....Sejak Mierah ada disisi abang, my life has changed. Abang sedar, Islam kita tidak cukup hanya dgn solat, puasa dan zakat tu...Its more than meet the eyes. Mierah kenalkan abang pada tanggungjawab abang terhadap agama, perjuangan dan Tuhan."

"tapi,kan Mierah...siapa yang sanggup nak tolong abang selamat Rumah tu,Mierah? Abang masih tertanya-tanyalah..."beritahu Luqman.

"Ivan takkan tak boleh beritahu?"

"Dia dah janji dgn orang tu...his lips are sealed."

"No hints at all?"

Luqman berfikir sejenak...

"Orang itu ada isteri yang muda, prettylah,kata Ivan.Ada seorang baby kecil yang dalam limngkungan a few months old...."

Amierah memandang Luqman,"Kak Yana dan Abang Haikal?"

"Impossible...anak mereka dah besar. And ivan said the wife is young and pretty... Kak Yana is not young anymore..."

"but pretty..." pintas Amierah

"Mierah"

"Abang!"

Serentak mereka mereka bersuara.

"Kenapa Mierah? Anyone on your mind?"

"Tak tahulah...tapi Mierah rasa..."

"Mierah rasa apa yang abang rasa,ke?"

"Abang rasa..?"

"Iskandar dan Alisya. Mungkin Alisya dah bersalin."

"Mungkin,juga....tapi kenapa? Why would they help us?"