Tuesday, December 22, 2009

merging of Hanim and ZunnurAin 4

“Budi dah tahu tentang ni?” soal Encik Bakhtiar.
“Mak Som dah beritahu dia semalam. Mak Som pun takut cucu dia terasa, tapi kelihatannya macam Budi pun tak ada apa apa reaksi. Yang dia risaukan, kalau Ain buat hal.”beritahu Puan Salbiah.
“Buat perangai tu dah semestinya, Biah. Dah namanya si ZunnurAin.........”balas Encik Bakhtiar sambil menepuk nepuk bahu isterinya.



Kelam kabut Syurah Nur Hanim melangkah masuk ke dalam rumah yang di penuhi tetamu itu. Ya Allah, malunya terpaksa berlalu di hadapan kumpulan marhaban ni. Salah sendiri juga, dah di pesan agar pulang awal, dia tetap leka dengan kerja sambilannya itu. Nak buat macam mana, dah dia minat dengan kerja kewartawanan itu.
“Maaf pakcik, tumpang lalu,”dia bersuara sopan tatkala malu melintasi seorang lelaki separuh umur.
“Baru balik ke Hanim,” soal lelaki itu. ”Doa selamat dah selesai pun. Nampak gaya Hanim kena cuci periuk belanga saja.” Pakcik Mahdi menambah sambil ketawa kecil.
“Hanim banyak kerja kat luar tadi,”beritahu Hanim jujur. Cuci periuk pun cucilah asal Mama tak mengamuk.” Perlahan saja suaranya tatkala menyebut nama Mamanya.
“Apa pula tak mengamuk. Mama dah nak jadi hulk tu bila Hanim tak balik balik lagi tau. Nasib baik abang dengan Kak Shimah backing Hanim.” Hisyam yang baru keluar dari dapur dengan sedulang air mencelah.
“Cepat pergi tolong Mama. Betul kata Cik Mahdi, Mama memang nak suruh Hanim cuci periuk!” sambungnya lagi.
Hanim merengus perlahan. Nasib badan. Dahlah sehari dia berpanasan di Youth Park kerana tugasan majalah tu, kena cuci periuk pulak! Terdengar tawa Pakcik Mahdi menyinggah telinganya. Pakcik Mahdi memang, kalau tidak mengusik Hanim, tak puas agaknya dia. Ayah kakak iparnya itu memang suka megusiknya. Ada saja ideanya untuk mengenakan Hanim.

Mamanya sudah mahu membebel ketika ternampak Hanim terjongol di pintu dapur.

“Ingat anak dara ni dah tahu jalan balik kerumah,”sindir Makcik Kamariah. Hanim masih buat tak faham. Dia terus menyapa dan bersalaman dengan kaum ibu yang berada di ruang dapur itu. Cik Habsah, emak Kak Syimah, dan dua adiknya sekadar tersenyum. Mereka dah biasa dengan bebelan Mama Hanim tu. Emak mana yang tak risau kalau anaknya tidak pulang pulang ke rumah. Lebih lebih lagi semenjak Makcik Kamariah sudah rajin ke kelas fardhu ain di masjid, semakin ketara keriasauannya itu. Kalau dulu, sewaktu dia pun berada di fasa kehidupan hip hip hooraynya, dia tak lah risau sebegini. Tetapi sekali air bah, sekali pasir pantai berubah.

“Sorry, Mama. Hanim terleka tadi. Susah nak dapat budak Melayu yang sanggup di temuramah. Diorang tak nak bagi kerjasama lah Ma,” Hanim memulakan bicara. Takut kalau kalau Mamanya naik angin. Tapi Mama tak akan naik angin pun. Dia tahu sangat. Mama hanya beriya iya saja!
“Nanti Hanim kena cuci periuk tau,” Makcik Kamariah memberitahu serius.
“Okay Ma!” pendek saja jawaban anak daranya itu. Hanim mengambil tempat di sisi Aunty Aliya, maksu kakak iparnya.
“Hanim tolong aunty okay, sorrylah Hanim terlambat.” Dia buat muka kesian depan wanita itu. Bijak Hanim, nak minta simpatilah tu.
“Dah nak selesai mencedok pun. Hanim tolong aunty keluarkan dulang dulang ni ke depan. Pass kat abang Hanim ya.” Beritahu Aunty Aliya.
“Easy work jer tu aunty. Lebih mulia dari gosok punggung periuk Mama,”bisik Hanim di telinga Aliya. Aliya tertawa kecil. Hanim, Hanim, ada ada saja!

“Bang! Bang!” panggil Hanim. Namun Hisyam masih leka berbual di hujung ruang tamu. Mata Hanim mencari kelibat seseorang. Mana pula budak ni? Takkan tak dating kenduri anak saudara dia kut? Hampa kerana yang di cari tidak kelihatan, dia cuba memanggil abangnya lagi.Hisy. abang Hisyam ni, apa sangat yang di bualkannya itu? Khusyuk semacam saja dia berbual dengan Ustaz Ahmad. Malu pula Hanim mahu memanggil lagi, tapi takkan dia pula yang kena sajikan makanan ni di depan? Buntu akalnya memikirkan.
“Pass me the food. Biar saya yang sajikan,”terdengar satu suara di sisinya. Pantas dia menoleh, mengharapkan bahawa suara itu milik orang yang di carinya tadi. Hampa! Bukan budak tu. Tapi siapa pula dia ni? Tak kisahlah siapa pun dia. Asal dulang yang berat itu bertukar tangan sudah. Itu yang penting saat ini.
“Terima kasih. Banyak lagi tau,” Hanim memberitahu.

“Its okay. Keluarkan saja. I will settle everything.” Balas pemuda itu.
“Alhamdulillah, terima kasih Tuhan, datangkan seorang penyelamat,” Surah Nur Hanim berbisik kepada diri sendiri, namun cukup kuat untuk di dengari pemuda tadi. Segaris senyum tipis hinggap ke bibir pemuda itu tanpa di sedari Syyurah Nur Hanim.

Dia memerhatikan susuk gadis itu tepat. Tidak mahu kehilangan gadis itu. Dia mahu tahu, arah tuju gadis itu. Hatinya sudah meneka neka. Dia sudah mula berburuk sangka. Apa yang gadis itu buat di tengah tengah Bandar ni? Malah gadis itu bukan seorang, tapi berdua. Macam Siti Sarah. Siti Sarah, anak Ustaz Ahmad. Apa yang Syurah buat dengan Siti sarah disini? Di Youth Park ini?
Sewaktu didalam bas 65 tadi, dia ternampak Syurah Nur Hanim berjalan seperti mencari seseorang. Lalu, dengan pantas dia menekan bell untuk menuruni bas itu. Hampir saja dia di marahi oleh kapten bas. Apa tidaknya, bas sudah keluar dari perhentian, baru dia nak turun! Ah! Abaikan saja. Bukannya dia akan bertemu lagi dengan kapten bas itu. Kalau bertemu pun, apek tua itu sudah lupa akan kejadian tadi, atau paling tidak, takkan apek itu akan mengingatinya!
Dari kejauhan, dia memerhatikan kedua dua gadis itu. Dia hanya memandang dengan wajah sinis pergerakan gadis-gadis dihadapannya. Sejak dari tadi, gadis itu leka berbual dengan seorang pemuda yang berT-shirt santai berjenama Billabong yang sedang memegang papan luncur ditangannya. Sah lah tu..mesti skater dari Youth Park. Entah apa perlunya si Syurah Nur Hanim berbual dengan budak lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, kenapa perlu di heret Siti Sarah sekali ke dalam aktivitinya itu.
Apa yang dia pernah dengar dari Dani, Hanim memang rajin menulis untuk Majalah Ikhwan. Harap-harap pertemuan Hanim itu semata-mata demi mencari bahan buat penulisannya. Bukannya dia tidak pernah dengar tentang Hanim.Gadis bijak yang berasal dari sekolah nasional terkemuka.Entah apa yang dia mahu, hingga diterima masuk ke madrasah terkemuka Singapura ini juga. Dengar dari rakan-rakan sekelas gadis itu, Hanim yang minta ditukarkan ke madrasah kerana surat meminta izin untuk menutup aurat di sekolah nasional tidak diterima. Dalam erti kata lain, permintaannya ditolak oleh kementerian pendidikan walaupun dia ada surat back up dari mayor di kawasan undinya! Dia setakat dibenarkan memakai seluar trek waktu bersukan, tapi pakaian seragam, skirt pendek serta balus lengan pendek tetap wajib dipakai ke kelas. Mentelah lagi, Hanim merupakan timbalan wakil pelajar Melayu disekolahnya, maka setiap activiti wajib dia ikut serta. Terpaksalah juga Hanim berjabat tangan dengan Menteri Pendidikan semasa menerima penghargaan buat sekolahnya pada raptai hari Kebangsaan. Jadinya, Hanim minta untuk berhenti sekolah walaupun markahnya melayakkan dia ke Science Stream. Hendak menegakkan agama, kenalah berkorban sedikit, cerita Hanim pada rakan rakan baru di madrasah.
Namun begitu, pengorbanan Hanim itu dianggap remeh olehnya.
“Macam betul saja!”Protes hati Nur Syahid. Dia merasakan, Hanim membawa budaya sekolah nasional ke madrasah. Hanim masih lagi menunjukkan kewibawaannya sebagai wakil pelajar Melayu ke madrasah ini. Dia berani menyuarakan rasa hati di depan ketua pelajar. Keberanian Hanim itu walaupun dikagumi oleh Dani, tidak pernah mendapat perhatiannya.
“Budak tu lupa ke dia sekarang kat madrasah…Atau dia nak tukar tradisi kat madrasah ni, jadi tradisi macam kat sekolah lama dia? Pelajar perempuan senang-senang berdebat atas pentas, ditonton oleh pelajar lelaki.Suara mereka itu aurat!”pernah dia memprotes terang-terangan di depan rakan sekelas apabila mereka berbincang tentang proposal Hanim agar diakan sessi debate workshop untuk pelajar banat kelas bawah.
“Enta ni, kenapa? Nak jadi Taleban yang membataskan hak pergerakan kaum wanitanya? setakat debate, bukannya dia buat kumpulan nasyid. Habis tu, musabaqah Al Quran tu, suara juga..tak aurat ke tu?”sanggah Ummi Nadrah spontan. Tiba-tiba saja dia terasa prejudis NUr Syahid terhadap Syurah Nur Hanim tidak bertempat. Pelajar bijak seperti Hanim adalah asset madrasah, bukan untuk ditindas sehingga dia lari dari suasana madrasah. Bagi Ummi Nadrah, pemikiran Nur Syahid, amat kolot, macam pelajar sekolah pondok di utara Malaysia saja!
“Hah,,tengoklah, baru setahun Hanim kat sini, dia dah ada pengikut,”dengus Nur Syahid.Sinis saja bunyinya, membuatkan Dani selaku ketua kelas mengeluh tanda tidak faham dengan kerenah sahabatnya itu. Seraya itu, Ummi Nadrah bangkit dari duduknya.

“Boleh tak kurangkan sikit rasa prejudis enta tu terhadap kaum wanita? Terhadap Syurah Nur Hanim? Enta ni melampau, tahu?” tegas saja nada suara Ummi Nadrah.

Dia memerhatikan Hanim dan Sarah meninggalkan remaja lelaki itu. Hanim kelihatan berpuas hati dengan apa yang didapatinya tadi.Dia membelek-belek buku nota kecil ditangannya.Ada senyuman puas hati di wajahnya. Nur Syahid cepat-cepat memboloskan diri dalam arus orang ramai yang berjalan di sepanjang Orchard Road.Dia tidak mahu Hanim tahu, dia berada disitu. Bukan niatnya mahu mengekori Hanim. Alang alang dah ternampak di stesan bas tadi, biarlah dia tahu lebih lanjut.

merging of Hanim and ZunnurAin 3

“Alah, siapa suruh dia kerja sambiulan ni..Tak bestlah Ain tak ada kawan nak gaduh ni,” tawa ZunnurAin.
Encik Bakhtiar sekadar menggeleng kepala. Tidak tahu apa yang mahu di kata lagi. Dah tinggi lampai, besar panjang pun masih nak cari pasal dengan anak muda depan rumah. Tak malu ke anak daranya yang seorang ini?
“Ain, tak elok asyik cari Budi saja. Ain dengan dia bukannya siapa siapa. Tak muhrim tau. Kena jaga batasan pergaulan,” pesan Puan Salbiah sebelum meninggalkan kamar ZunnurAin.
“Apa pula..dia dengan Ain macam isi dengan kulit tau Bu. Dia kan punching bag Ain,”pantas gadis lincah itu menyanggah. Walau apa pun pakaiannya sekarang, dia tidak mahu di pisahkan dengan Budi. Budi itu punching bag ZunnurAin, guardian angelnya dan macam macam lagilah. Budi dah banyak tolong Ain, takkan Ain nak jadi kacang lupakan kulit pula! Dia mencapai tudung yang tersangkut elok di belakang pintu kamarnya. Sebelum melangkah keluar dari rumahnya, dia sempat melaungkan pesan pada ibunya yang sedang berada di dapur.
“Bu, Ain nak pergi kacau cucu orang depan ni tau!” dan seraya itu terdengar suara Ain memberi salam di rumah Nek Som.
Puan Salbiah mengeluh lagi. Entah sudah berapa kali dia ditegur oleh suaminya kerana berbuat sedemikian.
“Tak elok mengeluh macam tu.” Tegur suaminya.
“Biah risaulah bang.” Puan Salbiah mengutarakan rasa tidak sedap hatinya.
“Ain dengan Budi ke?” pantas Encik Bakhtiar meneka. Isterinya hanya menjawab melalui satu anggukan kepala. Bagaimanalah nanti kalau dia tahu dia akan di tunangkan dengan orang lain?
“Kan abang dah pesan agar Biah berbincang dengan anak kita tu dulu. Ni, Biah main terima saja permintaan orang,” Encik Bakhtiar menegur cuba berdiplomasi. Dia tidak mahu isterinya pula berjauh hati dengannya pula.
“Biah tak sampai hati nak menolak. Dia tu kawan baik Biah. Anak dia pun bukan kita tak pernah kenal.” Balas Puan Salbiah. Dia diam sejeda, kembali mengemas pinggan mangkuk yg telah kering ke dalam kabinet dapur.
“Lagipun, Biah tak pasti kalau budak budak tu ada simpan perasaan antara satu sama lain. Abang tengoklah sendiri, gaya pun macam kucing dengan anjing, cuma versi mesra saja. Biah rasa Ain tu anggap Budi macam abang dia sendiri. Dan cara Budi menegur anak kita pun, tak ubah macam seorang abang menegur adiknya. Biah pun tak mahu tolak pinangan orang, Bang. Nanti pihak sana boleh berkecil hati.” Puan Salbiah menyambung lagi. Encik Bakhtiar mengangguk tanda faham. Dia juga bersetuju dengan kata-kata isterinya itu. Ain dan Budi tidak ada apa apa diantara mereka.

merging of Hanim and ZunnurAin 2

“Budi kan guardian angel Ain, nek. Ain tak ada sapa, cuma ada dia jer. Kalau tak buli Budi, nak buli sapa lagi nek...” Nek Som teringat kata kata Ain semasa Ain di marah Budi kerana asyik menyusahkannya. Waktu itu, Ain di tugaskan oleh guru kelasnya membuat model volcano sebagai salah satu projek kelas Sainsnya. Oleh kerana Ain berpasangan dengan seorang pelajar egois(menurut Ainlah), dia minta izin untuk melakukan projek itu sendirian. Tapi yang jadi mangsa ‘life line’nya ialah si jiran depan rumahlah!

ZunnurAin

“Ibu, bila Ain boleh pulang ke Pekan Baru lagi? Ain banyak ketinggalan pelajaran tau bu..” suaranya terdengar dari dalam kamar tidurnya. Anak dara dua puluh satu tahun itu, belum pandai bertutur dengan lembut.
Puan Salbiah hanya menggelengkan kepala. Entah bagaimana dia mahu memberitahu ZunnurAin akan agenda sebenar dia di panggil pulang ke Pulau Temasek ini. Tengoklah tu, Ain pun sudah rindu dengan Pekan Baru. Dia sedah mahu ‘pulang’ ke Pekan Baru.
“Ain, apa yang terjerit jerit macam tu? Tak malu ke?” tegur Puan Salbiah. Kalaulah anak murid mengajinya ada di situ, tentu mereka pelik dengan cara Ain bertutur. Kalau bercakap, ZunnurAin tak reti bercakap elok elok. Macam nak di beritahu seisi blok pulak suara ZunnurAin tu.
“Alah, ibu.Bukannya ada orang dengar pun Ain cakap kuat kuat ni. Kalau dengar pun, si Budi jer. Dia tu pun dah lalai dengan suara Ain lah bu,” Selamba dia menutur. Tak terfikir oleh akalnya, bahawa ibunya yang malu dapat anak dara yang suka cakap kuat kuat macam dia. Anak guru ngaji pula tu!
“Ain dah dewasa. Ain kena belajar jadi sopan. Dah elok elok pakai tudung labuh, tapi suara tu masih tak di’hijabkan’ lagi. Suara tu aurat yang wajib di jaga juga Ain,”lembut tetapi tegas Puan Salbiah mengingatkan ZunnurAin. ZunnurAin lah satu satunya cahayamata yang dia ada. Kurniaan Tuhan yang amat berharga. Setelah lima tahun berumahtangga, setelah segala macam usaha dia lakukan bersama suaminya, Encik Bakhtiar, barulah Tuhan mebgizinkan dia membawa seorang zuriat di dalam rahimnya. Oleh kerana itu, nama terpilih untuk zuriatnya adalah ZunnurAin, yang membawa erti,’Yang memiliki dua cahaya.”
“ Bila Ain berada dengan Ibu, Ain lupa yang Ain dah dewasa ibu,” ZunnurAin membalas manja. Puan Salbiah mengelus rambut anaknya. Dia bersyukur kerana Tuhan telah membuka hati ZunnurAin untuk memakai hijab. Bukan dia tidak mendidik, buka dia tidak pernah menegur. Tapi anaknya itu, tidak mahu jadi hipokrit katanya. Sekejap pakai, sekejap tanggal. Macam iklan biskut, ZunnurAin memberitahu.
“Ain tanggungjawab ibu dan abah. Wajib ibu mendidik Ain agar menjadi seorang hamba yang takutkan Tuhan. Selama Ain di sekolah menengah tu, hati ibu selalu berduka, selalu rasa berdosa. Anak ibu tak tutup aurat. Dosanya kalau Tuhan tak ampunkan, membawa azab yang amat sakit di neraka. Tapi bila ibu lihat perubahan Ain, ibu bersyukur.”beritahu Puan Salbiah lembut. Dia tidak mahu ZunnurAin berkecil hati dengan apa yang di luahkannya itu.
ZunnurAin berpaling mengadap wajah ibunya. Pipi wanita itu di kucup lama. Terasa hangat di dakap ZunnurAin sebegitu.
“Ain sedar dosa Ain yang lalu ibu. Tinggal berjauhan buat Ain sedar atas semua dosa dosa Ain. Bumi Tangkerang telah menyaksikan taubat Ain ibu. Ampunkan dosa Ain selama ini. Ain buat ibu dan abah sama sama menanggung dosa...”lirih suaranya memohon keampunan. Sebab itu, dia mahu segera pulang ke Pekan Baru. Dia mahu belajar mencari dirinya sendiri.
“Alhamdulillah. Senang hati ibu dengar apa yang Ain cakap tu. Ain anak ibu, segala silap Ain dah lama ibu ampunkan.” Balas Puan Salbiah.

“Macam jejak kasih ni, apasal?” tiba tiba terdengar suara Pakcik Bakhtiar dari muka pintu. Kedua dua beranak itu melepaskan pelukan. Puan Salbiah tersenyum mendengar usikan suaminya. Semenjak kepulangan ZunnurAin ini, suaminya keliahtan ceria. Mungkin gembira dengan perubahan anak daranya seorang itu.
“Abah, ampunkan Ain ya. Ain janji nak jadi anak yang baik....” seperti seorang kanak kanak kecil yang baru dimarahi ayahnya, ZunnurAin menutur kata kata itu. Dia mahu menebus dosanya. Dosa anak yang keras kepala!

Puan Salbiah memandang wajah suaminya. Apakah suaminya berfikir apa yang dia fikirkan?
“Ain, apakah janji Ain akan Ain kotakan kalau Ain tahu apa yang bakal berlaku esok?” hanya itu yang bermain dihati Puan Salbiah.
“Ayah harap Ain akan terus jadi anak yang baik.” Kata hati kecil Pakcik Bakhtiar.
“Ain nak cari Budi lah ibu. Lama Ain tak gaduh dengan dia..” ZunnurAin bersuara lagi, apabila melihat ibu dan abahnya hanya diam membisu.
Puan Salbiah seperti terkejut dari mimpi. Apa yang Ain cakap tadi?
“Ain nak pergi rumah depan. Nak cari Budi,”beritahu ZunnurAin. Dia sekadar memaklumkan, bukan meminta izin. Ini kerana sedari kecil, dia memang sudah biasa keluar masuk rumah Nek Som. Adakalanya sampai tertidur tidur dia di sofa rumah wanita tua itu.
“Budi kerja, kan Ain. Takkan lah dia dah balik siang macam ni. Lepas Maghrib sajalah cari Budi tu.” Puan Salbiah membalas. ZunnurAin mendengus kecil. Hancur harapan nak buli Budi lagi......

merging of Hanim and ZunnurAin 1

Berita yang di sampaikan oleh nenek itu agak memeranjatkan. Jadi ZunnurAin di panggil pulang oleh Pakcik Bakhtiar dan Ummi Sal kerana ada rombongan yang akan masuk meminangnya? Kalau begitu, kenapa tidak diberitahu saja duduk perkara sebenar? Kenapa harus berselindung? Kenapa beritahu gadis itu bahawa ibunya sakit?
“Bukan Budi tak tahu betapa ungkalnya budak Ain tu. Kalau di beritahu perkara sebenar, maunya dia tak nak balik ke sini.”tambah Nek Som seperti dapat membaca apa yang berlegar di fikiran cucunya.
“Siapa bakal suami Zin tu nek? Kita kenal ke?” soal Budi Aerman setelah lama dia berdiam.
“Ummi Sal kata, anak kawan baiknya masa sekolah dulu.” Balas Nek Som yang sedang tekun mengupas bawang di singki.
“Payah...”keluh Budi Aerman. Nek Som menoleh ke arah cucunya sekilas. Apa yang payah si Budi ni? Bukan dia yang kena kahwin pun.
“Harap-harap tak berlakulah benda tu.” Budi Aerman seperti berbual sendirian. Nek Som semakin pelik. Tadi payah, kini dia harap benda tak jadi.Kenapa dengan cucunya seorang ini pula? Takkan lah dia menaruh hati dengan gadis ungkal tu pulak
Wanita tua itu terus menarik kerusi dan duduk mengadap cucunya. Wajah anak muda itu direnung tajam. Sedar akan reaksi neneknya, Budi Aerman tersenyum nakal. Nenek dah salah sangka tentunya!
“Nek, ni bukan benda mudah nek..Nak arah budak keras kepala tu dengar cakap Ummi Sal dan Pakcik. Budi ni takut dia buat hal lagi. Malam malam lari dari rumah keluar entah ke mana. Passport dia tu, Ummi Sal kena simpan baik baik nek.” Budi akhirnya bersuara. Bibir Nek Som tersungging sebuah senyuman nipis. Dia menghela nafas. Sangkaannya salah rupanya. Sangkaannya tidak bertepatan dengan apa yang Budi maksudkan. Nek Som memarahi dirinya sendiri. Dengan cucu sendiri pun nak curiga? Takkanlah Budi Aerman sebegitu orangnya. Takkan Budi Aerman sanggup doakan yang tidak tidak buat guru ngajinya.
“Esok Budi jangan pergi mana-mana. Nenek nak masak sikit untuk rombongan tu. Mulut tu jangan terlepas cakap pulak kat ZunnurAin. Faham?” pesan Nek Som sebelum dia bangkit untuk menyambung kerjanya.
“ InsyaAllah nek..Hai, kalau untuk Zin, Budi selalu saja kena hadirkan diri, kan nek...”sindir Budi sebelum dia bangun meninggalkan ruang dapur itu.

Nek Som tersenyum tawar. Memang benar kata Budi, dia sentiasa ada untuk ZunnurAin. Sejak kecil lagi, kalau budak tu kena buli, dia cari Budi. Kalau dia nak ke kedai, Budi akan di paksa menemani. Sehinggakan dia sakit di sekolah menengah pun, dia akan telefon Budi untuk mengambilnya dari sekolah kalau abahnya tidak ada di dalam negeri

Tuesday, September 15, 2009

Untitled~ The ramadhan special Part 5a

"Seronok ke Mai kat sini?" soal Cik Nita melihat Humairah bersantai di halaman rumah mertuanya.

"Seronok. Bukan selalu Mai dapat relax relax macam ni,cik. Rasa macam tak nak balik pun ada!" Humairah memberitahu dengan ghairah. walaupun perjalanan dengan kereta dari Kuala Lumpur ke Penang itu mengambil masa, dia tidak berasa bosan kerana dapat menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan. Mungkin bagi rakyat Malaysia, itu adalah panorama biasa, tapi tidak bagi Humairah.

"Mai ni, ikut cik balik kampung pakcik ni, ada apa-apa ke?" soal Cik Anita lagi. Humairah menoleh sekilas ke kiri. Wajah makciknya yang bersahaja itu membuat dia tidak faham dengan soalan yang di lontarkan tadi.

"Ada apa?"

"Iyalah, Mai merajuk ke, bawa hati ke? macam tu....."
Pantas Humairah menepis kata-kata makciknya.

"Mana ada, cik...Mai nak a change of atmosphere jer. Selalu sangat raya kat hutan batu tu. Tak ada apa yang seronok pun.Semua rumah sama, semua orang sama, semua kerenah sama." perlahan dia menyuarakan rasa hati. Kerenah kawan=kawan, kerenah orang sekeliling.............

"Bunyi macam orang merajuk jer budak ni." Makcik anita mengusik lagi.

"Tak merajuk lah, fed up jer." Humairah memberitahu. Dia menyeka rambut yang tidak di ikat itu. Rambut panjang paras bahu itu dibiarkan berjurai.

"Tak panas ke Mairah?" terdengar satu suara dari arah rumah. Kedua dua wanita menoleh ke arah suara itu.

Haikal, adik bongsu Pakcik Hanif sedang berdiri mengadap mereka. Melihat Humairah tidak menjawab pertanyaannya, dia melangkah menghampiri kedua dua wanita itu.

"Panas apa? Mai dah biasa. Pergi sekolah pun Mai macam ni jer."tutur Humairah. Ini kali pertama dia mengenali Haikal. Haikal tujuh tahun lebuh tua dari Humairah, namun kerana dia itu adik bongsu kepada Pakcik hanif, maka atok, ibu Pakcik Hanif menyuruh Humairah memanggilnya Pak Usu.Menurut Atok, anak buah Nita, adalah anak buah mereka juga. baik sungguh hati Atok tu.Sanggup anggap Humairah macam cucu sendiri.

"Nanti petang, Paksu nak pergi bazaar Ramadhan, Mairah ikut eh? Boleh tengok tengok suasana puasa kat sini."ajak Haikal.

"Laa, Kal. Takkan hang nak pi berdua? hangpa ni bukannya muhrim oi." Cik Anita mengingatkan. Haikal sekadar tersenyum bersahaja.

"Awatlah akak kalot sangat? Kal nak pi sama Amir, sama adik dia si Sheidah tu. Nanti Kal suruhlah Sheidah tu bawak budak ni jalan ronda bazaar tu."

Cil Anita tersenyum mendengar jawapan Haikal. Terperanjat jugak dia tadi, bila Haikal mengajak Humairah ke bazaar. Memanglah dah anggap macam anak buah, tapi bukannya anak buah betul. Kalau lah di Haikal terpaut kat budak Humairah, lagilah haru.

"Hang solat jamak kan tadi? Nanti lepas Asar kita gerak.." pesan Haikal sebelum melangkah masuk semula ke dalam rumah.

Solat??? Muka Humairah seperti di jirus air panas. Merah wajahnya menahan rasa. Bila lah pulak dia pernah solat??

Ya Allah......................

Untitled~ The ramadhan special Part4

”Kenapa kau datang dengan dia ni?” soal Humairah datar. Cawan di tangan di bawanya ke bibir. Wajah Humairah kosong tanpa riak.

Mendengar soalan itu, Zikry menghela nafas. Rupanya Humairah masih marahkan Hazwan. Perkara yang berlaku sewaktu perkhemahan itu membuat Humairah berjauh hati. Bukan saja dengan Hazwan, malah dengan Norman, fandi dan dirinya juga. Kerana Hazwan, rakan rakan sekuliah yang lain juga turut menjadi mangsa. Mangsa keadaan.

”Alah, Mai, apa salahnya. Kau kan kawan aku, dia pun kawan aku. Takkan sesama kawan pun tak boleh keluar makan sama sama?” Zikry cuba mengendurkan suasana.

”Kalau kau kawan aku, kau akan faham perasaan aku Zik. Dan dia ni...dia bukan dalam senarai nama kawan kawan aku.” balas Humairah. Hazwan yang duduk bertentangan dengannya tidak di hiraukan.

”Lagipun, kau kata, ada hal penting. Apa yang penting sangat sampai kau tak boleh nak cakap melalui telefon?” Humairah bertanya lagi.

”Mairah, aku yang nak jumpa kau.” Hazwan mula bersuara. Walaupun Humairah tidak mengambil endah akan apa yang akan di katakan, dia tetap mahu meneruskan niatnya juga.

”Aku nak minta maaf. I know I was wrong. Aku harap kau maafkan aku. Aku tak berniat nak sakitkan hati kau. And all along I thought you are a strong girl.”

“Oh..kau nak minta maaf? Lepas kau kata wanita macam macam, kau nak minta maaf. Minta maaf dengan aku, then buat kat wanita lain. Apa kau buat tu memang tak merugikan mana mana wanita pun. Tapi dari kata kata kau itu, nampak sangat kau tak tahu nak menghormati wanita. Sedangkan Rasulullah amat menjaga maruah wanita.” Laju Humairah membalas kata-kata Hazwan.


Terkedu Hazwan mendengar balasan itu. Pandai juga Humairah bermain kata-kata. Rasulullah menjaga maruah wanita. Tapi bagaimana pula kalau wanita itu sendiri tak mahu menjaga maruahnya sendiri? Macam gadis di hadapannya ini. Dengan pakaian yang tidak menutup aurat, apakah itu dikatakan dia menjaga maruah? Maruahnya dan maruah keluarganya? Hazwan mula berkira kira. Balasan dari Humairah itu bagai mengusik egonya sebagai seorang lelaki. Dia datang bertemu gadis itu uuntuk meminta maaf, bukan untuk menambah sengketa.

”Alah, Mai..Maafkan lah saja. Zero zero...friends. Settle over this lunch. Okay eh?” Zikry memujuk. Sebagai kawan Humairah dari kecil, dia amat faham dengan gerak geri gadis itu. Sudah dia ingatkan Hazwan bahawa bukan mudah Humairah menghulurkan kemaafan. Gadis ini ada pendiriannya, ada egonya juga.

“No.”

Zikry tidak mahu mencuba lagi. Mungkin sakit hati Humairah masih belum reda sepenuhnya. Suasana di meja menjadi sedikit sunyi. Tiada lagi kata-kata yang keluar dari mulut sesiapa.

“Okay…kalau itu pendirian kau. Aku tak memaksa kau maafkan aku. Tapi kalau kau na aku hormati wanita dan menjaga maruah mereka....Kau kena ingat, sebagai wnaita kau juga ada kewajipan menjaga maruah kau sendiri.” Hazwan akhirnya bersuara sambil bangkit dari duduknya. Dia menepuk bahu Zikry lalu melangkah untuk beredar.

”Everything’s on me.” dia memberitahu Zikry.


Apabila kelibat Hazwan menghilang di balik pintu restoran itu, barulah Humairah mahu bersuara semula.

“Lain kali jangan buat macam ni. Aku tak suka. Kalau kau kata nak lunch dengan aku, means aku dan kau saja. No third party,”pesan Humairah. Tangannya lincah menjamah lauk pauk yang terhidang di atas meja.

”Mai, berapa kali aku dah cakap, kalau aku dan kau saja, nanti ada orang ketiga. Kau lupa ke syaitan akan menjadi yang ketiga tu?” Zikry mengingatkan. Sudah banyak kali dia mengingatkan gadis ini akan perkara itu, tapi bagai menjirus air di atas daun keladi. Humairah tak pernah nak ingat nasihatnya itu.

”Alah, bukannya kita buat apa-apa pun. Lagipun, we are out in public lah bro!” tukas Humairah diantara suapan. Zikry hanya memandang. Cheh, tak malu betul si Humairah ni. Tadi tak mahu maafkan Hazwan tapi makanan yang Hazwan bayar ni, selamba saja dia tala…Tak agak agak langsung!

“Eh Mai…tadi kata tak nak makan. Kau dah kenyang. Ni makan macam tak ingat aku ni kenapa? Dahsyat betul lah kau,” Zikry mengusik.


Sinar mata Humairah memberitahu sesuatu pada Zikry.
”Hah...tadi kau jual mahal eh? Konon dah makan...Kau ni dari mana sebenarnya?”


“Pandai pun kau Zik.. Memang kawan kau yang satu ni tengah lapar sangat. Dari pagi aku keluar, tak sempat nak alas perut pun.” beritahu Humairah.

”Kau pergi mana?”

”Eh..kau tak ingat ke? Aku kan nak ikut bibik aku balik rumah suami dia kat Kuala Lumpur. Aku nak raya kat sana. So tadi, aku sibuk uruskan semua urusan yang tak selesai. Ambil baju aku kat tailor, beli kasut and all” Humairah bercerita.

“Aku tak tahu pun. Kau mana bilang aku,” Zikry mencelah. Wajah Humairah berubah. Betul ke dia tidak memberitahu jejaka dihadapannya? Habis tu, dia beritahu siapa eh?

“Aku email kau tau…kau tak receive?” soal Humairah

“Email apa?”

“Persatuan punya…..”

Zikry menepuk dahi. Lupa hendak memberitahu yang kini bukan dia yang mengendalikan email untuk Persatuan Belia Masjid Alkaff.

“Why?”

“Aku dah tak incharge lagi……sebab tu aku tak terima email kau. Anyway, bila kau nak bertolak? And kenapa nak sangat beraya sana? Bukannya ada apa apa pun….”Zikry bertanya. Orang lain balik kampong, minah ni nak raya kat KL. Dia nak beraya dengan siapa? Dengan kawasan perumahan kosong?

“Laa kau ni…pakcik aku tu kan orang Penang. Dua minggu jer aku kat KL tu...Lepas tu, aku ikut diorang balik Penang lah......”

”Then, kau nak pergi macam ni jer?” Zikry tak habis habis bertanya.

Humairah memandang wajah Zikry, tidak dapat menangkap maksud kata kata sahabatnya itu. Apa sebenarnya yang Zikry maksudkan?

"What?“

"Forgive him.“

Sunday, August 23, 2009

Untitled -The ramadhan special (Part 3)

“Termenungkan apa?” terasa bahunya di tepuk lembut. Hazwan tidak mengendahkan. Tin bekas minuman yang berada di tangannya, di tatap lagi. Tin minuman 100plus itu akhirnya di lontarkan ke longkang berdekatan.

”Kau ni macam angau plus sasau tau. Kau ajak aku keluar. Kau bawak aku kat sini. Tapi bila aku tanya kau tak jawab. Aku dah penat tunggu kau dari tadi kat sini.” suara itu terdengar lagi, tidak puas hati dengan perbuatan Hazwan.

”Tak cukup kau buat aku menunggu, kau suka suki buang tin tu sembarangan. Kalau dulu, masa sekolah, kau lah yang pantang datuk nenek kalau kitorang sepah sepah sampah.” nampaknya pemilik suara itu memang betul tidak berpuas hati dengan dia.

Hazwan bangkit dari duduknya. Dia berpaling menghadap tuan punya suara itu. Wajah Hazwan yang tidak beriak itu akhirnya mengukir senyum.

”Kau ni, macam perempuan lah. Ada pulak aku bawak kau kat sini. Ayat tu buat bulu roma aku berdiri lah dude.” Dia bersuara seraya menumbuk mesra bahu rakannya itu.

”Iyalah...mana tak nya aku kata kau bawak aku..Aku nak drive, kau tak bagi. In the end, kau ambil aku kat bawah blok. Destinasi kita pun aku tak tahu. Sengal lah kau ni...” Zikry masih beriya oya berleter, bagai seorang mak nenek gamaknya.

”Bro, apa yang kau nak sebenarnya ni?” soal Zikry. Jam di tangan di pandang sekilas. Sudah jam sebelas pagi. Kalau boleh dia nak cepat cepat beredar. Hari ini Jumaat. Dia nak solat di Masjid Mydeen, ada penghawa dingin. Kalau masjid lain, layan kipas angin sajalah jawabnya.

“Aku nak minta maaf lah Zik.” Hazwan membalas pendek. Wajah Zikry sudah berkerut. Apa pulak nak minta maaf kena bawa orang jauh jauh ke Pantai Changi ni? Sah........Hazwan memang dah tak betul/ Agaknya keletihan di kem kelmarin membuat dia separuh tidak waras. Tu lah...asyik cari pasal dengan minah tu...sapa suruh. Kan dah kena sumpahan tujuh keturunan dia! Zikry ketawa di dalam hati.

“Kau nak minta maaf dengan aku pun, kena bawak aku jauh jauh kat sini? Lemaulah kau. Kalau kau ajak aku lunch ke apa ke, kira alright lah jugak...” Zikry mengusik.

”Ada aku cakap, aku nak minta maaf dengan kau?” soal Hazwan mendatar.

”Habis tu, dengan siapa? Herman? Fendy? Asy?” zikry menembak.



Hazwan menggeliat kecil, membetulkan otot otot yang letih.

“Dengan Humairah.”

Melopong Zikry mendengar nama itu di sebut. Bukan ke Hazwan ni allergy dengan nama Humairah? Bukankah pada Hazwan, Humairah itu adalah si minah....minah apa, Zikry pun tak tahu.
Prev: Dia gadis itu - Part 2

Untitled -The ramadhan special (Part 2)

Tersenyum Hazwan mengingati kisah tiga hari lepas di Pulau Ubin. Senyumannya melebar tatkala wajah Zikry bermain di mata. Dia tahu Zikry memang tidak senang dengan tindakkannya yang menempatkan mereka bertiga di dalam satu khemah.

”Kau serius ni Wan?” soal Zikry sebaik saja acara malam itu berakhir. Hazwan hanya menganggukkan kepala, tidak mahu berkata apa-apa.

“Kau tahu tak apa yang kau buat ni? Dia tu perempuan tahu?” soal Zikry tidak puas hati. Matanya tajam menikam wajah Hazwan.

”Itu, aku tahu Zikry. Tapi samada dia betul betul perempuan atau tidak, kita lihat saja nanti.” balas Hazwan bersahaja. Tatkalaitu juga lengan Hazwan direntap kasar.

”Apa maksud kau, Wan?” soal Zikry tegas.

Hazwan membalas pandang. Dua lelaki matang, sama sama tegas, sama sama berkarisma. Tetapi kali ini, Zikry tidak dapat melihat kematangan Hazwan menangani hal itu.

”Relax lah bro. Aku tahu, kau tu....protector dia. So, tak usah kecoh, okay? Tak ada apa yang akan berlaku, unless..........” dia tidak menghabiskan kata-katanya. Langkah di atur menuju khemah. Satu susuk manusia sudah menanti di hadapan khemah. Hazwan tidak ambil pusing. Biarlah kalau halilintar membelah bumi pun, dia takkan mengubah arahannya itu. Dia mahu lihat sejauh mana Humairah mahu menolak hakikat bahawa dia seorang perempuan.

“Hazwan, aku nak tanya kau sesuatu.” Suara itu membelah sunyi.

“What’s up?” Hazwan membalas tanpa memandang wajah yang sedang menyinga itu.

“Kau, gila ke apa? How do you expect the three of us to share this tent?” suara Humairah kedengaran agak tegang.

“What’s the problem? We are no stranger, Humairah. Apa yang kau nak risau.”sekali lagi lelaki itu sengaja menaikkan amarah Humairah. Dia menjungkuk untuk membuka kasutnya. Wajahnya di paling kearah gadis yang sedang berdiri merenungnya.

”Oh, mungkin kau nak aku tukarkan kau ke khemah lain. Ada yang menjadi pilihan kau?” sinis sekali bunyi soalan itu. Terkedu Humairah mendengar. Tak sangka Hazwan sezalim dan sehina itu!

”Kau!! Binatang!!” tangan si gadis sudah hampir melayang ke wajah tampan itu.

Namun pantas tangannya di tepis. Dan dalam sekelip mata, tubuhnya sudah terkunci dengan gerakan Hazwan.

”Kau salah orang, girl. Kau lupa siapa aku.” tukas Hazwan. Pegangannya dikendurkan. Humairah memegang pergelangan tangan yang terasa sakit.

”Hazwan! Apa dah kena dengan kau ni? All along, aku ingat you could make a good leader.“ Zikry yang datang dari mana tiba-tiba bersuara. Dia mendapatkan Humairah yang sudah terduduk di sisi khemah. Sedikit pun dia tidak mengagak bahawa Hazwan akan membalas serangan. Huh!!

Suara lantang Zikry membuat rakan rakan yang lain menjenguk keluar dari dalam khemah. Namun, tiada siapa yang mahu masuk campur. Awal awal lagi mereka sudah memkirkan masalah itu. Masalah Humairah yang menjadi satu satunya team mate perempuan di dalam kumpulan mereka.

“Cukup cukuplah, kalau Mr Ong tahu, dia naik angin. Stop it lah Hazwan.” Hanya Norman saja yang datang mahu mengendurkan keadaan.

“Aku tak cari masalah dengan dia. Dia yang mendatangkan masalah.” Selamba dia menutur. Matanya mencuri pandang pada gadis yang sedang menahan marah. Memang Humairah gadis yang kuat jiwa. Sikit pun tidak mengalir airmatanya diperlakukan sedemikian oleh Hazwan.

“So, now what?” tanya Zikry pula. Dia masih tidak puas hati dengan apa yang di atur Hazwan.

Hazwan mendongak ke dada langit. Nafasnya di hela panjang.

“So now, masa untuk lights out. Semua kena report ke khemah masing masing.”

“Wan…aku. Aku macam mana? Takkan aku....“ kata kata Humairah terhenti di situ. Dia berdiri mengadap rakan rakannya.

” Aku rasa, aku nak stay outside. I have my sleeping bag. So, what’s the deal, kan?” dia bersuara lagi. Tangannya mengibas ngibas seluar jeans yang terlekat daun daun kering.

“Kalau dari tadi kau cakap macam tu, tak payahlah Zikry bersusah payah bertegang urat dengan aku.” Balas Hazwan.

“Girls are nothing but trouble!” herdik Hazwan sebelum melangkah pergi. Humairah mendapati tubir matanya berasa panas. Ada takungan air yang pada bila bila masa saja akan jatuh membasahi pipi. Dia tidak faham kenapa dia di samakan dengan perempuan perempuan lain. Lagipun tak semua perempuan tu trouble….Bukan dia especially…..

Untitled -The ramadhan special (Part 1)

Tin kosong di tangannya, di lambung lambung ke udara. Mulutnya petes menyanyikan lagu dari kumpulan Ungu. Humairah tersenyum senang. Rambutnya yang sedikit terjuntai itu, di sebak kebalakang. Seronok berada di Pulau Ubin yang hanya berapa minit saja perlajanan dari Singapura.



”Ni lah namanya, holiday without getting your passport stamped!” hatinya berdesis.



”Eh minah! Cepatlah siapkan semua ni. Kau ingat kau seorang jer perempuan kat sini, kau boleh manja-manja eh? Lambat, lah..........” suara Hazwan menampar cuping telinga. Ketua kumpulannya itu memang tidak suka dengan kehadiran Humairah di dalam kumpulan mereka. Bukan kerana Humairah pandai curi tulang, tetapi dia juga tidak suka dengan pergaulan yang tidak kenal batas antara Humairah dengan pelajar lelaki lain. Humairah....dia bukan seorang gadis genit, bukan gadis mentel, tetapi perwatakannya yang ala-ala tomboy itu membuat dia tidak segan silu dengan pelajar lain. Tampar menampar sudah jadi lumrah buat Humairah.



”Eh mamat eksyen! Kau ingat aku ni apa? Aku tak macam perempuan lain yang kau kenal, lah...Pantang ada jantan, siaplah nak menggatal! Jaga sikit mulut kau eh!” Humairah membalas dengan satu herdikan. Pelajar pelajar yang lain menoleh ke arah kedua-dua mereka.



”Dah mula lah tu....” bisik Norman kepada Zikry. ”Perang lagi...nanti kita juga yang kena sambar dengan Mr Ong. Hazwan ni pun....”



Zikry yang sedang tekun memasang tiang khemahnya hanya menggegleng kepala. Nak di buat macam mana? Humairah memang tak suka di tegur begitu. Dia kenal dengan gadis itu sejak di bangku sekolah rendah lagi. Perwatakan Humairah memang kasar. Bahkan adakalanya, dia boleh bertindak ganas. Bukan Zikry tak pernah terlihat Humairah menyerang pelajar lelaki yang menyakitkan hatinya. Sudah dua tiga kali Zikry menjadi pendamai antara Humairah dan pelajar lelaki lain. Pernah sekali, Humairah hampir hampir bertumbuk dengan Helmy kerana mulut helmy yang bagai mulut murai itu telah menyebarkan cerita bahwa batuk Humairah disebabkan tabiatnya yang gemar merokok. Zikry masih ingat lagi bagaimana kolar baju sekolah Helmy di genggam Humairah sementara tangan kanannya hampir melayangkan satu tumbukan. Kalaulah perkara itu benar benar berlaku, memang buat malu kaum Adam saja.



“Aku memang tak feminine, Zik! Tapi aku tak buat kerja gila tu. Nak buat apa merokok? Kau ingat aku ni desperate sangat? Tak ada self confident sampai nak buat benda tu?” Humairah jelas tidak suka dengan fitnah yang tersebar. Dan sehingga helmy dikenakan hukuman di hadapan khalayak ramai, di dewan sekolah, barulah Humairah boleh menarik nafas lega.



“I want to see justice, Zik. Aku bukan pendendam.” Gumamnya ketika berjalan pulang bersama Zikry.





PAP! Tengah belakang Zikry ditampar seseorang. Tanpa menolah, Zikry tahu siapa yang menampar itu



“Zik..nanti khemah aku macam mana?”soal Humairah.





“ Hazwan kata, satu khemah kena kongsi tiga orang. Habislah aku....mana aku nak cari lagi dua minah? Zik.....”



Humairah tersenyum sumbing memandang wajah teman dihadapannya. Teman sedari sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah. Apabila Zikry menyambung pelajarannya di institusi tinggi, Humairah sekali lagi menjadi rakan sekuliahnya.



”Zik, aku ni bercakap dengan kau, bukan dengan khemah yang kau buat ni.” Humairah mendengus jengkel apabila Zikry tidak melayannya.



”Mai...aku tahu apa yang ada dalam kepala otak kau tu. Kau takut kan, tak ada khemah. Kau tak mahu share dengan siapa-siapa....”



”Hisy!! Kau gila ah! Takkan aku nak share dengan korang. Aniaya!! Tapi Zikry, aku nak tidur kat mana malam ni?“ humairah kedengaran gusar. Tahu juga takut untuk berkongsi khemah dengan mana-mana pelajar lelaki.



"Apa kata, kau share khemah dengan aku dan Hazwan? Kira okay tak?“ gurau Zikry sekadar mahu melihat reaksi teman dihadapannya.



Ranting di tangan Humairah di lontarkan ke arah Zikry. Hampir saja ranting itu mengena wajah Zikry.



”Aku ingat kau ni tak macam orang lain, tapi kau pun sama....” Humairah menengking kuat. Dia mengangkat kaki untuk beredar. Tidak mahu berbaincang lebih lanjut dengan temannya itu. Dia tahu Zikry bergurau, tetapi dia tetap tidak suka.



Suara lantang Humairah menjemput mata-mata memandang. Semua pelajar lelaki di situ akur, kalau Humairah dah naik angin, suaranya kan berubah “merdu” bak halilintar.





“Kenapa dengan minah tu?” soal Hazwan setelah mendekati Zikry.



"Aku menyakat dia. Aku kata dia share sajalah khemah dengan kita. Itu yang dia marah........“ Zikry ketawa kecil. Seronok dia melihat wajah Humairah yang merah menahan marah tadi.



"Kau pun menyakat juga? Aku ingatkan kau selalu protect dia,“ Hazwan menyindir.

Zikry hanya tersenyum kecil. Rambut yang menutupi dahi, di sebak kebelekang. Dia memandang Hazwan


”Tapi, memang dia kena share khemah dengan kita, Zik.” beritahu Hazwan sebelum bangun meninggalkan Zikry termangu mangu sendirian.

Wednesday, July 8, 2009

Anugerah Tuhan buat saya





Salam pembaca semua. Alhamdulillah, saya sudah selamat melahirkan seorg putera pada 27hb June kelmarin...

Tuesday, February 17, 2009

Maafkan blog ini

Salam semua....maafkan Kak hannah kerana dah lama tak updte blog yg hampir usang ni...Sejak mengandung anak ke enam ni,...rasa letih makin menjadi2....hendak membaca pun rasa tak kuasa....

Dan pengalaman mengandung kali ini berbeza dengan kandungan yang lain...Selalunya pengalaman mengandung akan Kak hannah abadikan di dalam setiap kisah...mungkin pengalaman sakit kali ini akan di abadikan didalam cerita ZunnurAin....kesiankan ZunnurAin, terpaksa melalui sakit yg sebenarnya di tanggung kak Hannah......menulis ttg pengalaman sakit yg di alammi sendiri ini amat berkesan kerana Kak hannah dapat flash back perasaan akak semasa melalui detik2 getir itu....

Sedikit update........akak sekarang di dalam bulan kelima as of 18.02.09. Dari scan yg di lakukan bulan lepas, its another boy...Boy atau gal, akak terima dgn hati terbuka kerana for someone like me...yg doktor kata tak boleh nak mengandung...mendapat tahu akan kehadiran seketul daging di dalam rahim adalah tanda kekuasaan Tuhan yg Maha Rahmaan dan rahim. Dengan Rahimnya juga...Kak Hannah dapat merasakan nikmat mengandung sebagaimana yg di rasakan oleh ibu2 lain...

Hanya doa kalian yg Kak Hannah dambakan...I need lotsa duas to go tru this trying period...Buat masa ni, Kak Hannah mmg kena bed rest...tapi ned rest ni dah buat minda akak tertutup sekali.....

Do pray for me in your daily duas....

Maaf zahir batin lepada semua............Should I lost this battle in the labour ward....maafkan segala silap saya.....



Al Muznibah ilallah,

Hannah Muhd Ikhwan