Tuesday, December 22, 2009

merging of Hanim and ZunnurAin 4

“Budi dah tahu tentang ni?” soal Encik Bakhtiar.
“Mak Som dah beritahu dia semalam. Mak Som pun takut cucu dia terasa, tapi kelihatannya macam Budi pun tak ada apa apa reaksi. Yang dia risaukan, kalau Ain buat hal.”beritahu Puan Salbiah.
“Buat perangai tu dah semestinya, Biah. Dah namanya si ZunnurAin.........”balas Encik Bakhtiar sambil menepuk nepuk bahu isterinya.



Kelam kabut Syurah Nur Hanim melangkah masuk ke dalam rumah yang di penuhi tetamu itu. Ya Allah, malunya terpaksa berlalu di hadapan kumpulan marhaban ni. Salah sendiri juga, dah di pesan agar pulang awal, dia tetap leka dengan kerja sambilannya itu. Nak buat macam mana, dah dia minat dengan kerja kewartawanan itu.
“Maaf pakcik, tumpang lalu,”dia bersuara sopan tatkala malu melintasi seorang lelaki separuh umur.
“Baru balik ke Hanim,” soal lelaki itu. ”Doa selamat dah selesai pun. Nampak gaya Hanim kena cuci periuk belanga saja.” Pakcik Mahdi menambah sambil ketawa kecil.
“Hanim banyak kerja kat luar tadi,”beritahu Hanim jujur. Cuci periuk pun cucilah asal Mama tak mengamuk.” Perlahan saja suaranya tatkala menyebut nama Mamanya.
“Apa pula tak mengamuk. Mama dah nak jadi hulk tu bila Hanim tak balik balik lagi tau. Nasib baik abang dengan Kak Shimah backing Hanim.” Hisyam yang baru keluar dari dapur dengan sedulang air mencelah.
“Cepat pergi tolong Mama. Betul kata Cik Mahdi, Mama memang nak suruh Hanim cuci periuk!” sambungnya lagi.
Hanim merengus perlahan. Nasib badan. Dahlah sehari dia berpanasan di Youth Park kerana tugasan majalah tu, kena cuci periuk pulak! Terdengar tawa Pakcik Mahdi menyinggah telinganya. Pakcik Mahdi memang, kalau tidak mengusik Hanim, tak puas agaknya dia. Ayah kakak iparnya itu memang suka megusiknya. Ada saja ideanya untuk mengenakan Hanim.

Mamanya sudah mahu membebel ketika ternampak Hanim terjongol di pintu dapur.

“Ingat anak dara ni dah tahu jalan balik kerumah,”sindir Makcik Kamariah. Hanim masih buat tak faham. Dia terus menyapa dan bersalaman dengan kaum ibu yang berada di ruang dapur itu. Cik Habsah, emak Kak Syimah, dan dua adiknya sekadar tersenyum. Mereka dah biasa dengan bebelan Mama Hanim tu. Emak mana yang tak risau kalau anaknya tidak pulang pulang ke rumah. Lebih lebih lagi semenjak Makcik Kamariah sudah rajin ke kelas fardhu ain di masjid, semakin ketara keriasauannya itu. Kalau dulu, sewaktu dia pun berada di fasa kehidupan hip hip hooraynya, dia tak lah risau sebegini. Tetapi sekali air bah, sekali pasir pantai berubah.

“Sorry, Mama. Hanim terleka tadi. Susah nak dapat budak Melayu yang sanggup di temuramah. Diorang tak nak bagi kerjasama lah Ma,” Hanim memulakan bicara. Takut kalau kalau Mamanya naik angin. Tapi Mama tak akan naik angin pun. Dia tahu sangat. Mama hanya beriya iya saja!
“Nanti Hanim kena cuci periuk tau,” Makcik Kamariah memberitahu serius.
“Okay Ma!” pendek saja jawaban anak daranya itu. Hanim mengambil tempat di sisi Aunty Aliya, maksu kakak iparnya.
“Hanim tolong aunty okay, sorrylah Hanim terlambat.” Dia buat muka kesian depan wanita itu. Bijak Hanim, nak minta simpatilah tu.
“Dah nak selesai mencedok pun. Hanim tolong aunty keluarkan dulang dulang ni ke depan. Pass kat abang Hanim ya.” Beritahu Aunty Aliya.
“Easy work jer tu aunty. Lebih mulia dari gosok punggung periuk Mama,”bisik Hanim di telinga Aliya. Aliya tertawa kecil. Hanim, Hanim, ada ada saja!

“Bang! Bang!” panggil Hanim. Namun Hisyam masih leka berbual di hujung ruang tamu. Mata Hanim mencari kelibat seseorang. Mana pula budak ni? Takkan tak dating kenduri anak saudara dia kut? Hampa kerana yang di cari tidak kelihatan, dia cuba memanggil abangnya lagi.Hisy. abang Hisyam ni, apa sangat yang di bualkannya itu? Khusyuk semacam saja dia berbual dengan Ustaz Ahmad. Malu pula Hanim mahu memanggil lagi, tapi takkan dia pula yang kena sajikan makanan ni di depan? Buntu akalnya memikirkan.
“Pass me the food. Biar saya yang sajikan,”terdengar satu suara di sisinya. Pantas dia menoleh, mengharapkan bahawa suara itu milik orang yang di carinya tadi. Hampa! Bukan budak tu. Tapi siapa pula dia ni? Tak kisahlah siapa pun dia. Asal dulang yang berat itu bertukar tangan sudah. Itu yang penting saat ini.
“Terima kasih. Banyak lagi tau,” Hanim memberitahu.

“Its okay. Keluarkan saja. I will settle everything.” Balas pemuda itu.
“Alhamdulillah, terima kasih Tuhan, datangkan seorang penyelamat,” Surah Nur Hanim berbisik kepada diri sendiri, namun cukup kuat untuk di dengari pemuda tadi. Segaris senyum tipis hinggap ke bibir pemuda itu tanpa di sedari Syyurah Nur Hanim.

Dia memerhatikan susuk gadis itu tepat. Tidak mahu kehilangan gadis itu. Dia mahu tahu, arah tuju gadis itu. Hatinya sudah meneka neka. Dia sudah mula berburuk sangka. Apa yang gadis itu buat di tengah tengah Bandar ni? Malah gadis itu bukan seorang, tapi berdua. Macam Siti Sarah. Siti Sarah, anak Ustaz Ahmad. Apa yang Syurah buat dengan Siti sarah disini? Di Youth Park ini?
Sewaktu didalam bas 65 tadi, dia ternampak Syurah Nur Hanim berjalan seperti mencari seseorang. Lalu, dengan pantas dia menekan bell untuk menuruni bas itu. Hampir saja dia di marahi oleh kapten bas. Apa tidaknya, bas sudah keluar dari perhentian, baru dia nak turun! Ah! Abaikan saja. Bukannya dia akan bertemu lagi dengan kapten bas itu. Kalau bertemu pun, apek tua itu sudah lupa akan kejadian tadi, atau paling tidak, takkan apek itu akan mengingatinya!
Dari kejauhan, dia memerhatikan kedua dua gadis itu. Dia hanya memandang dengan wajah sinis pergerakan gadis-gadis dihadapannya. Sejak dari tadi, gadis itu leka berbual dengan seorang pemuda yang berT-shirt santai berjenama Billabong yang sedang memegang papan luncur ditangannya. Sah lah tu..mesti skater dari Youth Park. Entah apa perlunya si Syurah Nur Hanim berbual dengan budak lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, kenapa perlu di heret Siti Sarah sekali ke dalam aktivitinya itu.
Apa yang dia pernah dengar dari Dani, Hanim memang rajin menulis untuk Majalah Ikhwan. Harap-harap pertemuan Hanim itu semata-mata demi mencari bahan buat penulisannya. Bukannya dia tidak pernah dengar tentang Hanim.Gadis bijak yang berasal dari sekolah nasional terkemuka.Entah apa yang dia mahu, hingga diterima masuk ke madrasah terkemuka Singapura ini juga. Dengar dari rakan-rakan sekelas gadis itu, Hanim yang minta ditukarkan ke madrasah kerana surat meminta izin untuk menutup aurat di sekolah nasional tidak diterima. Dalam erti kata lain, permintaannya ditolak oleh kementerian pendidikan walaupun dia ada surat back up dari mayor di kawasan undinya! Dia setakat dibenarkan memakai seluar trek waktu bersukan, tapi pakaian seragam, skirt pendek serta balus lengan pendek tetap wajib dipakai ke kelas. Mentelah lagi, Hanim merupakan timbalan wakil pelajar Melayu disekolahnya, maka setiap activiti wajib dia ikut serta. Terpaksalah juga Hanim berjabat tangan dengan Menteri Pendidikan semasa menerima penghargaan buat sekolahnya pada raptai hari Kebangsaan. Jadinya, Hanim minta untuk berhenti sekolah walaupun markahnya melayakkan dia ke Science Stream. Hendak menegakkan agama, kenalah berkorban sedikit, cerita Hanim pada rakan rakan baru di madrasah.
Namun begitu, pengorbanan Hanim itu dianggap remeh olehnya.
“Macam betul saja!”Protes hati Nur Syahid. Dia merasakan, Hanim membawa budaya sekolah nasional ke madrasah. Hanim masih lagi menunjukkan kewibawaannya sebagai wakil pelajar Melayu ke madrasah ini. Dia berani menyuarakan rasa hati di depan ketua pelajar. Keberanian Hanim itu walaupun dikagumi oleh Dani, tidak pernah mendapat perhatiannya.
“Budak tu lupa ke dia sekarang kat madrasah…Atau dia nak tukar tradisi kat madrasah ni, jadi tradisi macam kat sekolah lama dia? Pelajar perempuan senang-senang berdebat atas pentas, ditonton oleh pelajar lelaki.Suara mereka itu aurat!”pernah dia memprotes terang-terangan di depan rakan sekelas apabila mereka berbincang tentang proposal Hanim agar diakan sessi debate workshop untuk pelajar banat kelas bawah.
“Enta ni, kenapa? Nak jadi Taleban yang membataskan hak pergerakan kaum wanitanya? setakat debate, bukannya dia buat kumpulan nasyid. Habis tu, musabaqah Al Quran tu, suara juga..tak aurat ke tu?”sanggah Ummi Nadrah spontan. Tiba-tiba saja dia terasa prejudis NUr Syahid terhadap Syurah Nur Hanim tidak bertempat. Pelajar bijak seperti Hanim adalah asset madrasah, bukan untuk ditindas sehingga dia lari dari suasana madrasah. Bagi Ummi Nadrah, pemikiran Nur Syahid, amat kolot, macam pelajar sekolah pondok di utara Malaysia saja!
“Hah,,tengoklah, baru setahun Hanim kat sini, dia dah ada pengikut,”dengus Nur Syahid.Sinis saja bunyinya, membuatkan Dani selaku ketua kelas mengeluh tanda tidak faham dengan kerenah sahabatnya itu. Seraya itu, Ummi Nadrah bangkit dari duduknya.

“Boleh tak kurangkan sikit rasa prejudis enta tu terhadap kaum wanita? Terhadap Syurah Nur Hanim? Enta ni melampau, tahu?” tegas saja nada suara Ummi Nadrah.

Dia memerhatikan Hanim dan Sarah meninggalkan remaja lelaki itu. Hanim kelihatan berpuas hati dengan apa yang didapatinya tadi.Dia membelek-belek buku nota kecil ditangannya.Ada senyuman puas hati di wajahnya. Nur Syahid cepat-cepat memboloskan diri dalam arus orang ramai yang berjalan di sepanjang Orchard Road.Dia tidak mahu Hanim tahu, dia berada disitu. Bukan niatnya mahu mengekori Hanim. Alang alang dah ternampak di stesan bas tadi, biarlah dia tahu lebih lanjut.

No comments: