Tuesday, December 22, 2009

merging of Hanim and ZunnurAin 2

“Budi kan guardian angel Ain, nek. Ain tak ada sapa, cuma ada dia jer. Kalau tak buli Budi, nak buli sapa lagi nek...” Nek Som teringat kata kata Ain semasa Ain di marah Budi kerana asyik menyusahkannya. Waktu itu, Ain di tugaskan oleh guru kelasnya membuat model volcano sebagai salah satu projek kelas Sainsnya. Oleh kerana Ain berpasangan dengan seorang pelajar egois(menurut Ainlah), dia minta izin untuk melakukan projek itu sendirian. Tapi yang jadi mangsa ‘life line’nya ialah si jiran depan rumahlah!

ZunnurAin

“Ibu, bila Ain boleh pulang ke Pekan Baru lagi? Ain banyak ketinggalan pelajaran tau bu..” suaranya terdengar dari dalam kamar tidurnya. Anak dara dua puluh satu tahun itu, belum pandai bertutur dengan lembut.
Puan Salbiah hanya menggelengkan kepala. Entah bagaimana dia mahu memberitahu ZunnurAin akan agenda sebenar dia di panggil pulang ke Pulau Temasek ini. Tengoklah tu, Ain pun sudah rindu dengan Pekan Baru. Dia sedah mahu ‘pulang’ ke Pekan Baru.
“Ain, apa yang terjerit jerit macam tu? Tak malu ke?” tegur Puan Salbiah. Kalaulah anak murid mengajinya ada di situ, tentu mereka pelik dengan cara Ain bertutur. Kalau bercakap, ZunnurAin tak reti bercakap elok elok. Macam nak di beritahu seisi blok pulak suara ZunnurAin tu.
“Alah, ibu.Bukannya ada orang dengar pun Ain cakap kuat kuat ni. Kalau dengar pun, si Budi jer. Dia tu pun dah lalai dengan suara Ain lah bu,” Selamba dia menutur. Tak terfikir oleh akalnya, bahawa ibunya yang malu dapat anak dara yang suka cakap kuat kuat macam dia. Anak guru ngaji pula tu!
“Ain dah dewasa. Ain kena belajar jadi sopan. Dah elok elok pakai tudung labuh, tapi suara tu masih tak di’hijabkan’ lagi. Suara tu aurat yang wajib di jaga juga Ain,”lembut tetapi tegas Puan Salbiah mengingatkan ZunnurAin. ZunnurAin lah satu satunya cahayamata yang dia ada. Kurniaan Tuhan yang amat berharga. Setelah lima tahun berumahtangga, setelah segala macam usaha dia lakukan bersama suaminya, Encik Bakhtiar, barulah Tuhan mebgizinkan dia membawa seorang zuriat di dalam rahimnya. Oleh kerana itu, nama terpilih untuk zuriatnya adalah ZunnurAin, yang membawa erti,’Yang memiliki dua cahaya.”
“ Bila Ain berada dengan Ibu, Ain lupa yang Ain dah dewasa ibu,” ZunnurAin membalas manja. Puan Salbiah mengelus rambut anaknya. Dia bersyukur kerana Tuhan telah membuka hati ZunnurAin untuk memakai hijab. Bukan dia tidak mendidik, buka dia tidak pernah menegur. Tapi anaknya itu, tidak mahu jadi hipokrit katanya. Sekejap pakai, sekejap tanggal. Macam iklan biskut, ZunnurAin memberitahu.
“Ain tanggungjawab ibu dan abah. Wajib ibu mendidik Ain agar menjadi seorang hamba yang takutkan Tuhan. Selama Ain di sekolah menengah tu, hati ibu selalu berduka, selalu rasa berdosa. Anak ibu tak tutup aurat. Dosanya kalau Tuhan tak ampunkan, membawa azab yang amat sakit di neraka. Tapi bila ibu lihat perubahan Ain, ibu bersyukur.”beritahu Puan Salbiah lembut. Dia tidak mahu ZunnurAin berkecil hati dengan apa yang di luahkannya itu.
ZunnurAin berpaling mengadap wajah ibunya. Pipi wanita itu di kucup lama. Terasa hangat di dakap ZunnurAin sebegitu.
“Ain sedar dosa Ain yang lalu ibu. Tinggal berjauhan buat Ain sedar atas semua dosa dosa Ain. Bumi Tangkerang telah menyaksikan taubat Ain ibu. Ampunkan dosa Ain selama ini. Ain buat ibu dan abah sama sama menanggung dosa...”lirih suaranya memohon keampunan. Sebab itu, dia mahu segera pulang ke Pekan Baru. Dia mahu belajar mencari dirinya sendiri.
“Alhamdulillah. Senang hati ibu dengar apa yang Ain cakap tu. Ain anak ibu, segala silap Ain dah lama ibu ampunkan.” Balas Puan Salbiah.

“Macam jejak kasih ni, apasal?” tiba tiba terdengar suara Pakcik Bakhtiar dari muka pintu. Kedua dua beranak itu melepaskan pelukan. Puan Salbiah tersenyum mendengar usikan suaminya. Semenjak kepulangan ZunnurAin ini, suaminya keliahtan ceria. Mungkin gembira dengan perubahan anak daranya seorang itu.
“Abah, ampunkan Ain ya. Ain janji nak jadi anak yang baik....” seperti seorang kanak kanak kecil yang baru dimarahi ayahnya, ZunnurAin menutur kata kata itu. Dia mahu menebus dosanya. Dosa anak yang keras kepala!

Puan Salbiah memandang wajah suaminya. Apakah suaminya berfikir apa yang dia fikirkan?
“Ain, apakah janji Ain akan Ain kotakan kalau Ain tahu apa yang bakal berlaku esok?” hanya itu yang bermain dihati Puan Salbiah.
“Ayah harap Ain akan terus jadi anak yang baik.” Kata hati kecil Pakcik Bakhtiar.
“Ain nak cari Budi lah ibu. Lama Ain tak gaduh dengan dia..” ZunnurAin bersuara lagi, apabila melihat ibu dan abahnya hanya diam membisu.
Puan Salbiah seperti terkejut dari mimpi. Apa yang Ain cakap tadi?
“Ain nak pergi rumah depan. Nak cari Budi,”beritahu ZunnurAin. Dia sekadar memaklumkan, bukan meminta izin. Ini kerana sedari kecil, dia memang sudah biasa keluar masuk rumah Nek Som. Adakalanya sampai tertidur tidur dia di sofa rumah wanita tua itu.
“Budi kerja, kan Ain. Takkan lah dia dah balik siang macam ni. Lepas Maghrib sajalah cari Budi tu.” Puan Salbiah membalas. ZunnurAin mendengus kecil. Hancur harapan nak buli Budi lagi......

No comments: