Matanya masih lagi tertancap pada buku “Who am I in the lives of Children?”. Memang nampak gaya, kalau dia lama di hospital ni, memang khatamlah buku setebal 464 muka surat tu.Sudahlah tebal, saiz pula mengalahkan saiz kertas A4 pula! Hanim membaca lambat lambat, seperti cuba mencerna segala apa yang dibaca itu didalam mindanya. Tiba di mukasurat 165, dia terhenti seketika.
Final thoughts…You are becoming an early childhood educator, someone who understands children.Your ability to use the range of observation and assessment strategies discussed in this chapter will help you to better understand children and make sound educational decicions……….
Hanim melontarkan pandangan keluar tingkap. Bosan pula bila ditempatkan dibilik private seperti ini.Tiada apa yang boleh dijadikan perhatian.Nak menonton Tv pun rasa macam dah penat lihat wajah Alf makhlukasing tu.Tunggu jer petang nanti kalau ada cerita yang best best di Suria. Apa yang dibacanya tadi, bermain-main dimindanya. Mampukah dia memikul tanggung jawab seberat itu.Tugas guru tadika bukan setakat mengajar ABC, 123…tapi lebih dari itu.
“We’re educators, not teachers.”beritahu Hannah
“What’s the difference?”tanya Hanim.Bukankah educators dan teachers tu meberi erti guru, dalam bahasa Melayu?
“We educate them, mould them into better people..we don’t just teach. That’s the difference. Between an educator and a child, there is a special bond.Teaching is a mere profession, without passion.”
Hanim teringat pada YM nya kepada Hannah satu ketika dahulu. Hannah tidak pernah berpaling arah dari menjadi preschool educator walaupun dia tahu gajinya tak seberapa. Hanim teringat lagi, sewaktu ditanya tangga gajinya, Hannah sekadar membalas- Satisfaction! Lama Hanim tak menghubungi Hannah itu. Semenjak dia menjadi isteri. Tentu Hannah ternanti-nanti berita darinya..
“Hmmm..termenung apalah agaknya tu.Sampai orang beri salam pun dia tak dengar?” satu suara menjengah gegendang telinganya. Hanim menoleh kearah pintu masuk. Iskandar sedang berjalan menuju kekatilnya dengan satu paper carrier di tangannya.
“Hai….bosanlah..Hanim nak balik…Mama kerja overtime, ibu call, ayah tak sihat, sakit kepala.Takkan Hanim nak paksa ayah datang jenguk Hanim .”Hanim terus mengadu. Iskandar senyum segaris. Anak manja ni dah mula tunjuk manja dengan ibu dan ayah mertuanya juga.Satu petanda positif, dalam keadaan yang tidak begitu positif. Sudah lima hari Hanim di tahan di CGH ni.Dia dah mula rasa bosan ditinggal sendirian. Hanim meraih tangan Iskandar dan dikucup lembut. Tangan kanan itu masih lagi dengan drip saline. Hanim disahkan kekurangan air, dehydration. Scope pula menunjukkan ada mild ulcer dalam perutnya, tapi bukan ditahap merbahaya.
“Esok lusa, baliklah tu. Apa kata, Hanim anggap ni honeymoon kita.Bukan kea bang jenguk Hanim setiap malam, tidur disisi Hanim, jaga Hanim…”usik Iskandar memnadangkan muka Hanim dah macam tapai basi gayanya.
“Oh..puhlees…honeymoon kat hospital? Hisy….Frankly speaking, Hanim letihlah dalam bilik sorang sorang macam ni. Agaknya, esok, buku ni dah boleh khatam dah….”dia menunjukkan buku yang dibacanya tadi.
Iskandar sekadar tersenyum. Itulah Hanim, tak betah sendirian tanpa aktiviti. Iskandar sengaja mengambil buku itu semalam sewaktu dia singgah sebentar dirumah mamanya. Niatnya agar Hanim ada bahan untuk dibaca.
“Kan ada hikmah nya, kalau kat rumah, mana Hanim habis baca buku tu… sibuk memanjang depan PC. Ini dah ada kesempatan, make good use of it,”pesan Iskandar.
Hanim sekadar tersenyum kelat. Teguran suaminya itu ada betulnya juga. Dia menjenguk beg yang dibawa Iskandar tadi.
“Abang bawa apa? Bukan ke abang terus saja dari sekolah?”Tanya Hanim.
“Isy..budak ni….abang bawa baju extra lah..takkan esok nak pakai baju ni lagi?”
“Ada pulak panggil Hanim budak…dah tahu kita budak, siapa suruh kahwin dengan Hanim..”Hanim menarik selimut ke dada dan terus memejamkan mata.
“Merajuklah tu. Terasa eh? Abang gurau jer..lagipun, bukan ke budak budak tu patut disayangi, dibelai…Hanim tak suka jadi budak ke?”usik Iskandar lagi. ”Hanim, Saidatina Aisyah pun masih budak lagi sewaktu Rasulullah bernikah dengannya.Apa salah Hanim ulangi sejarah….”
Terasa jemari Iskandar di pipinya. Ni dah masuk mode nak memujuklah pula..Hanim sedar, sejak awal dia kenal dengan tutornya itu, Is pasti akan memujuk selepas dia merasakan dia sudah menyakiti hati Hanim. Kalau dulu, cara memujuknya sekadar mengurangkan waktu belajar atau meniadakan homework, tapi kini sudah lain pula. Iskandar maraih jemari Hanim yang berada didalam selimut.
“Kenapa sejuk sangat tangan Hanim? Tak sihat ye?” tanya suaminya. Hanim sekadar menjungkit bahu.Sebenarnya dia berubah sejuk kerana Iskandar berada terlalu dekat dengannya. Meremang bulu romanya....
“Kalau Hanim nak rehat, go on. Abang nak call your brother sekejap,”beritahu Iskandar.
Sekilas Hanim menoleh. Wajah Is berada begitu hamper dengan wajahnya. Cepat cepat dia melarikan pandangan.
“Abang, tell abang Hisyam, I wanna go back….” Rayu Hanim. Tawa Iskandar pecah mendengar kata-kata Hanim.
“Sayang, he can't do anything. Orang tu jauh kat Melbourne. Okay, tell you something,” suaminya membalas.Dia mencuit hidung Hanim mesra.
“Apa? Beritahu apa?” potpng Hanim, tak sabar hendak tahu apa yang Iskandar sudah tahu. Mana tahu abangnya akan pulang awal pasal dengar berita yang dia ada di hospital!
Iskandar mengusap kepala isterinya, mendatangkan getar pada hati Hanim.
“I’ve checked with the Medical Officer, esok you are going through another scope, lepas tu, kalau tak ada apa-apa, they’ll discharge you.”
Wajah Hanim berubah riak.No, not another scope.Semalam macam nak termuntah dia rasakan, bila cable camera itu dimasukkan melalui mulutnya untuk sampai ke abdomen. Memanglah tak berapa sakit, tapi Hanim trauma! Perlahan kepalanya digeleng, tanda tidak mahu.
“No choice,dear.You have to go through it.malam ni, kita qiam okay.Minta denagn Tuhan agar semuanya okay. Abang pun tak sanggup dengar cerita Hanim tentang scope tu, tentang barium lagi.I want you home, safe by my side.I promise, esok Hanim akan okay,”pujuk Iskandar.
“The scope hurts, the barium enema hurts like hell..Sakit tau….”ngadu Hanim lagi.
“It hurts me more to see you in pain macam kelmarin. Nasib baik Hanim collapse kat rumah, kalau macam dulu lagi? Collapse kat luar sorang-sorang, mahunya Abang Hisyam kejar abang dengan Rifle M16 pasal tak jaga adik kesayangan dia ni!”sempat Iskandar berseloroh.
Memang keadaan Hanim waktu itu amat memilukan. Dia begitu layu, tidak bermaya.Bahkan sewaktu Iskandar memanggil namanya pun, Hanim tak menjawab. Terpaksa mereka kejarkan Hanim kehospital. Dia memang dah tak mampu untuk memandu, ayahnya pula kerja. Mujur Saiful Alam dan Amir dalam perjalanan kerumahnya kerana hendak menghantar pesanan ibu dari ibu mereka.Mereka yang menghantar Is dan Hanim ke hospital.Dalam perjalanan ke hospital, memang hati Iskandar tak tentu arah. Baru saja mereka mula mesra, Hanim dah macam mahu pergi meninggalkannya. Dia teringat lagi bagaimana dia mencempung isterinya turun ke carpark.Baru dia terasa betapa kecil dan fragilenya Hanim. Di dalam kereta, dia tidak henti henti berzikir. Hatinya cemas melihat Hanim begitu sehinggakan dia tidak perasan Saiful Alam yang memerhatikan segala tindakannya.