Saturday, September 6, 2008

Ikhlas mengasihimu 11

Seminggu sudah ZunnurAin berada di bumi Sumatera itu. Sedikit sebanyak perasaannya sudah mula stabil. Aktiviti bersama pelajar-pelajar di situ membuat dia melupakan kemelut hatinya. Walaupun sms dan panggilan dari Singapura tidak pernah tidak hadir walau sehari, hati ZunnurAin sudah tidak berkecamuk seperti dia di Bumi Temasek seminggu lepas.

"Zin sihat? Jangan lupa tahajjud."

"Bila kita nak jumpa lagi? Kau tak nak gaduh dengan aku?"

"Aku balik, kau pergi..Kalau tahu dulu, aku balik bawak pasangan, tak lah sunyi hidup aku macam ni"

Itulah antara sms mengusik yang selalu dia dapat dari Budi Aerman. Adakalanya ZunnurAin tersenyum sendiri membaca sms itu dan jemarinya akan lincah membalas setiap kali sms begitu datang mengunjung.

Bekas tunangnya juga ada menelefon, menanyakan khabar berita. Suara Khyryl yang ramah, ada kalanya membuat ZunnurAin bertanya-tanya akan setiap tndakan yang diambil oleh lelaki itu.

"Ain, Aunty mahu tanya sedikit, boleh" soal Humairah yang sudah sarat kandungannya. Sewaktu itu mereka sedang duduk berehat dianjung rumah tamu yang diduduki ZunnurAin.

"Huh? Tanya apa sih?" balas ZunnurAin, acuh tak acuh. Matanya masih leka melihat anak-anak TK yang bermain di sekeliling kolam ikan paten. Seronoknya mereka, hidup tiada bermasalah. Itulah mereka, yang dilahirkan putih bersih, detik hatinya.

Antara Khyryl dan Budi Aerman , siapa yang lebih Ain senangi?"soalan itu tiba-tiba terpacul dari mulut makciknya itu. Humairah menatap wajah ZunnurAin yang kelihatan terkejut dengan soalan sedemikian rupa.

"Maksud Aunty, apa? Bukankah yang satu itu, bekas tunangan, dan yang satu itu calon suami saya dalam sekelip mata dan kemudiannya ikatan itu juga turut dileraikan?" ZunnurAin membalas soalan dengan soalan juga. Tersenyum Humairah mendengar soalan sinis itu. Rupanya, gadis ini masih menyimpan perasaan di dalam hati. Pada luaran saja, dia kelihatan seperti sudah melupakan segalanya.

"Ain masih marah?"soal Humairah lagi.

ZunnurAin sekadar menggelengkan kepala. Buat apa nak simpan perasaan marah? Bukankah apa yang berlaku itu dengan seizin Tuhan yang berhak dalam hidupnya?

"Nah, kalau tidak marah lagi, jawab deh, soalan pertama tadi,'pujuk Humairah, masih tidak mahu melupakan topik perbualan mereka.

ZunnurAin melemparkan pandangan ke sisi. Dari tempat dia berehat itu, dia dapat melihat dengan jelas asrama Puteri yang terletak hanya dua ratus meter sahaja dari rumah tamu. Kelibat Aisyah dan Munawarrah, anak anak dari Johor Baru yang sedang bermain teng-teng halaman asrama mencuit hatinya. Dia tertawa kecil. Kalau bukan Humairah yang duduk disebelah, mahu saja dia ke asrama untuk bersama anak-anak gadis yang baru meningkat remaja itu.

"Ain.."Humairah memanggilnya. Seketika, ZunnurAin melepaskan nafas. Wajah makciknya itu ditatap sekilas.Dia tahu, dia perlu menjawab soalan Humairah itu.

"Entahlah Aunty..Bila balik dari sini, Ibu dah tunangkan Ain. Budi yang tahu pun tak mahu beritahu Ain masa dia jemput Ain di Airport. Dia diamkan saja berita sseserius itu. Khyryl, yang jadi tunangan sebentar Ain itu, seorang yang matang. Dia tidak memaksa. Cuma yang buat Ain pelik, ialah macam mana dia boleh terus putuskan pertunangan kami? Dia kata dia buat tu semua kerana dia rasa, Ain sayangkan Budi. Tapi Ain sendiri tidak pernah rasa macam itu, Aunty" jawab ZunnurAin rendah. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya terhadap Budi Aerman, sehingga dia diberitahu sebegitu oleh Khyryl.

"Ain mengharapkan perkahwinan bersama Khyryl itu terjadi?" Humairah bertanya tenang. ZunnurAin sekadar menjungkit bahu. Dia sendiri pun tak tahu....

"Ain, apa perasaan Ain terhadap Budi Aerman?" pancinh Humairah lagi.

"Aunty kan tahu, kami rapat semenjak kecil lagi. Dia dah macam abang Ain. Ain rapat dengan dia, pasal dia selalu mengalah dengan Ain,"beritahu gadis itu.

"Kenapa Aunty tanya ni?" tiba-tiba Ain merasakan sesuatu pada soalan-soalan tadi.

"Ain, Om Hafiz mahu Aunty titipkan pesanan ini buat ponakannya ini. Di antara lelaki dan perempuan, ikatan best friend itu tidak ada. Platonic relationship itu haram, Ain. Walaupun hati kita tidak saling mencintai, pergaulan yang tiada batas itu tetap tidak boleh diterima di sisi syariat. Kerana merasakan Budi itu seorang abang, Ain tidak segan kalau dia yang menjemput, dia yang menemankan Ain di mana-mana, gitukan? Tapi sayang, kamu kena ingat bahawa diantara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan muhrim, akan hadir yang ketiga," lembut Aunty Humairah menerangkan demi menjaga perasaan anak saudaranya itu.

ZunnurAin sekadar mendengar. Ada betulnya apa yang dikatakan makciknya. Dia lupa bahawa dia dan Budi bukanlah adik beradik yang sah.Platonic relationship, itu juga yang dijadikan topik oleh Khyryl. Mungkin Khyryl tak suka dengan keakraban yang terjalin diantara dia dan Budi? Tapi kenapa pula Khyryl hanya menganggap dia sebagai seorang adik selepas dia memutuskan pertunangan? Bukankah itu juga tidak sah? Bukankah itu juga dipanggil platonic relationship? Tapi diantara dia dan Khyryl, tidaklah seperti dia dan Budi.

"Ain, semalam ibu kamu ada menelepon, katanya majlis nikah kamu akan tetap berlangsung," Humairah dengan tenang memberitahu gadis itu.

"Apa? Ain harus pulang untuk dinikahkan pula?"cemas suara ZunnurAin medengar berita yang dikhabarkan. Dia berkalih duduk, mengadap Humairah pula. Wajah makciknya di pandang dalam-dalam. Manalah tahu, wanita itu sewkadar mahu bergurau saja.

"Nggak perlulah, Ain. Mungkin selepas Asar nanti, Om akan ke sini untuk menerangkan semuanya kepada kamu. Masalah munakahat ini, biarlah kita serahkan pada yang arif. Cuma, Aunty ingin nasihatkan Ain, agar banyak-banyak bersabar, redha dengan ketentuan ini. Aunty yakin ada hikmah disebalik kepayahan Ain ini." Humairah memujuk.

"Ain tak faham. Macam mana nak nikah kalau Ain masih lagi kat sini?" soal AIn lagi. Dia memandang tepat wajah makciknya.

"Ain, syarat nikah ialah, seorang wali, kedua mempelai dan dua orang saksi. Tidak disebut kadhi daerah, atau pejabat pernikahan atau sebagainya. Itu semua hanyalah prosedur yang dijalan, agar memudahkan setiap preses pernikahan. Ain, yang Aunty tahu, di Singapura sana, mereka sudah menyelesaikan segala-galanya. Entahlah Ain, Aunty sendiri tidak tahu bagamana mereka lakukan itu semua..." Humairah kematian kata-kata. Memang dia sendiri tidak pasti apa yang ada dalam perancangan kakaknya di Singapura.

ZunnurAin bangkit dari duduknya. Dia berlalu memasuki rumah tamu itu.

" Aunty, sebagai anak, Ain kena taat, kan? Walaupu hak Ain sendiri di rampas?"soalnya lirih.

Humairah tidak menjawab, bahkan dia sendiri dapat merasakan penderitaan anak saudaranya itu. Harapannya ialah, agar kakaknya tidak salah membuat perhitungan. Dia mahu melihat kebahagiaan ZunnurAin.

"Aunty, kenapa Budi tak beritahu Ain benda ni?" soal Ain lagi.

"Kenapa harus Budi, Ain?" Humairah bertanya lembut.

"Iya..kenapa dia nak sibuk-sibuk beritahu Ain? Dia pun bukannya ada kaitan apa-apa dengan Ain, kan Aunty.."balas gadis itu rendah

Ikhlas mengasihimu 10

Mereka bergerak ke tempat parkir kereta sejurus melihat ZunnurAin menyerahkan passport kepasa pegawai immigresyen yang bertugas. Sedikitpun gadis itu tidak menoleh untuk melambai buat kali terakhhir. Hati Budi sedikit terkilan dengan tindakan temannya itu. Namun memikirkan wajah Puan Zahidah yang tenang menghantar pemergian anaknya kali ini, dia turut pasrah. Semoga ZunnurAin menemui ketengannya di sana.
“Pakcik dan makcik tak nak tunggu sampai pesawat berlepas?” tanya Budi Arman apabila mendengar Hj Bakhtiar mengajak Puan Zahidah ke kereta. Hj. Bakhtiar sekadar menggegeleng kepala.

“Kita balik sajalah Budi. Nanti kalau dia dah sampai, terpulanglah kalau dia nak telefon kita atau tidak. Budi bukannya tak kenal Ain tu.”beritahu Puan Zahidah.

“Jomlah. Pakcik nak rehat kat rumah lah Budi. Dah macam –macam sangat yang berlaku. Pening kepala pakcik ni,”Hj Bakhtiar menyambung.

“Biar Budi yang drive, pakcik.” Pinta Budi Aerman. SEjak dari tadi lagi, Hj Bakhtiar tidak banyak cakap. Sewaktu Ain menyalamnya juga, dia hanya memesan sedikit saja pada anak gadisnya itu.

“Budi, Zin pergi dulu. Zin minta maaf,”rendah suara Zin mencecah pendengarannya. Dilihatnya air bergenang di tubir mata gadis itu. Zin nak menangis ke? Leleh dah Zin ni? Atau mengahrapkan kedatangan Khyryl? Tapi takkan Khyryl nak datang pula?

“Hati-hati kat sana, tau. Jaga akhlak, jaga agama. Jangan lupa makan.”pesan Budi pada ZunnurAin. Gadis itu sekadar mengangguk lesu.Menyesal pasal dah beli tiket ke?

“Bila kita akan jumpa lagi,ek?”Zin berusaha berlagak biasa. Namun kali ini, Budi tahu, hati Zin berbelah bagi. Biarlah, Budi tak akan menghalangnya. Biar ZunnurAin pergi membawa hati yang luka. Luka kerana dia tidak memahami orang disekelilingnya. Biarlah masa yang mendidiknya.

“Nantilah, lepas Budi nikah kot,”beritahu Budi selamba.

“Ha’ah….jangan lupa call Zin ya,”sempat Zin memesannya. Budi dapat melihat sebutir mutiara yang hampir jatuh dari mata gadis itu, tapi cepat-cepat diseka dengan hujung tudungnya. ZunnurAin kemudian terus duduk sepi disebelah ibunya sehinggalah panggila terakhir untuk penumpang diumumkan. Tanpa menoleh, gadis itu terus hilang ke dalam dewan berlepas.



“ Kami minta maaf, Budi. Kami menyusahkan Budi. Akhirnya, majlis Khyryl dan Ain, entah jadi apa agaknya.”keluh Puan Zahidah.

“Khyryl tak cakap apa-apa pada makcik ke?” Budi bertanya sambil memandu kereta Toyota Wish milik ayah ZunnurAin keluar dari Singapore Changi Airport. Pembangunan pesat yang sedang berjalan lancar tidak dapat memikat hatinya untuk merasakan indahnya berada di bumi Temasek ini. Sejurus dia pulang dari Kuala Lumpur, ZunnurAin pula berlepas ke Pekanbaru. Dia sendiri tidak tahu apa yang menunggu di hadapan.

“Khyryl cuma beritahu makcik, apa yang dia dah cakap dengan Budi dan apa yang dia dah tulis pada Ain. Makcik tak sangka Budi, drastik sungguh tindakan dia. Teruk dia kena marah dengan Mama dan Papanya. Tapi dia kata, dia tahu…Budi saja yang boleh jaga Ain. Berkalai-kali dia tekankan benda itu pada makcik.” Puan Zahidah berkata dalam tangisan yang cuba ditahankan.

“Budi tak tahu nak kata apa, makcik. Memang pertunangan itu tak semestinya berakhir dengan pernikahan. Tapi Budi yakin, ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini.”

“Macam manalah pakcik nak cakap lagi Budi. Kau dah banyak sangat bantu keluarga kami. Sampai ke tahap ini pun, Budi terpaksa bantu kami lagi,”Hj Bakhtiar akhirnya bersuara.

“Budi…kau dah ada calon hati ke?”tiba-tiba Puan Zahidah bertanya. Budi menggeleng kepala. Calon apalah yang dia nak cari. Hidupnya masih belum stabil untuk jaga anak dara orang.

“Kita batalkan saja majlis kita tu saja, Idah. Nanti abang beritahu Khyryl, agar pulangkan semua kad jemputan. Yang dah terlepas dihantar tu, kita buat kenduri tahlil sajalah.” Haji Bakhtiar memberi pendapat. Ada sendu pada suaranya. Masalah ZunnurAin putus tunang dan lari ke Pekanbaru amat membebani jiwanya sebagai ayah. Ayah mana pun akan terasa malu dengan berita yang sedemikian. Bagaimana harus dia menjawab soalan rakan-rakannya nanti?

“Pakcik, tak payahlah kita batalkan. Kita teruskan saja majlis pernikahan itu.Saya dah hubungi pihak kadhi semalam. Semuanya akan selesai dengan indah, insyaAllah. Yang penting sekarang, kita doakan kesejahteraan Zin. Budi harap sangat dia dapat rehatkan fikirannya di sana.”celah Budi sebelum sempat Puan Zahidah membalas kata-kata suaminya.

“Budi, sanggup ambil Ain jadi isteri?” Puan Zahidah agak terperanjat dengan kata-kata pemuda yang sedang memandu itu.

“Kita serahkan pada Tuhan saja makcik…”tenang dia membalas.

Ikhlas mengasihimu 9

Aunty Humairah dan Om Hafiz menjemput ZunnnurAin di Bandara Sultan Syarif Kassim II. Wajah cantik Aunty Humairah tidak lekang dari senyuman justeru melihat ZunnurAin melintasi ruang ketibaan.


“Apa kahbar,Ain?” sapa Om Hafiz sewaktu Ain bersalaman dengan makciknya itu.

“Alhamdulillah, Om.Seperti yang Om lihat ini. Ain macam ini,lah,”jawab ZunnurAin mesra. Pandangan jatuh pada perut makciknya yang memboyot. Justeru tu bibirnya mengukir senyuman yang lebar.

“Kapan sih, lahirnya?” soal Ain gembira. Rasa-rasanya, tarikh due cuma seminggu dua saja lagi.Dapatlah Ain membantu menjaga makciknya serta bermain dengan baby yang bakal lahir nanti.

“Tunggu lah seminggu dua lagi,”jawab Aunty Humairah. “Nanti kamu akan ada seorang adik. Suka nggak?” ZunnurAin mengangguk laju. Siapa yang tak suka dapat sepupu baru?!

Perlajanan dari bandara ke Tangkerang tidaklah mengambil masa yang lama, tetapi keadaan jalan raya yang sesak, membuatkan Ain berasa rimas duduk didalam mobil Om Hafiz. Dikiri kanan jalanraya pula, beberapa remaja lelaki menghulurkan tin tin kosong kea rah tingkap tingkap kereta. Om Hafiz mmengambil tindakan untuk menekan central locking system.

“Hisy…bahaya nya. Apa yang diorang nak buat tu,Aunty?”soal ZunnurAin.Sewaktu dia berada di kota ini beberapa bulan yang lalu, pemandangan meminta-minta seperti itu tidaklah sehebat sekarang.


“Ada masjid yang baru hendak dibina. Itu, anak-anak itu lagi minta dana sama mereka yang berada di dalam mobil,”jelas Om Hafiz.

“Laa..bukannya tak ada masjid, banyak masjid kat sini, kan Om?” soal ZunnurAin. Sepanjang perjalanan, entah barapa masjid telah mereka lalui.

“Iyalah.Itu yang menjadi masalahnya. Masjid dibina, tapi tiada jemaah didalamnya.” Om Hafiz memberitahu.


“Tak payahlah nak berbangga dengan jumlah masjid, kalau tak ada yang nak beribadah kat dalam tu,”balas ZunnurAin. Aunty Humairah dan Om Hafiz sekadar tertawa kecil mendengar bebelan ZunnurAin.

ZunnurAin merehatkan kepala disisi tingkap. Sesekali telefon bimbitnya dipandang. Kemudian disimpan semula didalam tas tangannya. Dia mengeluh kecil, namun cukup kuat untuk didengari makciknya. Humairah berpandangan dengan suaminya. Mereka seperti dapat menangkap dilemma yang sedang ZunnurAion hadapi. Lagipun, semalam lagi, Budi Arman sudah menelefon ke pejabat di madrasah Hubbullah. Lama dia berbual denagn Om Hafiz. Hanya ZunnurAin saja yang tidak tahu menahu tentang panggilan yang dibuat Budi kepada pakciknya dikampung.

“Aunty, ibu ada kirim sesuatu lah. Ain tak tahu benda apa tu.Tapi Ibu pesan, beri terus pada Aunty kalau Ain sampai nanti. Aunty ada kirim apa-apa ke?” Ain tiba-tiba bersuara.

“Huh? Kirim? Titipan dari ibu kamu, ya? Ohh,yang itu bukan Aunty yang minta. Itu hajat Ibu kamu, Ain.”Humairah menjawab.

“Ain, nanti kamu tinggal di rumah tetamu saja, yach,” Om Hafiz mencelah. ZunnurAin melihat wajah pakciknya. Kenapa pula di rumah tanu, dan bukan di asrama Puteri seperti kelmarin?

“Aspuri sudah tidak punya kamar kosong, ya Om?”soal Ain lagi.
Om Hafiz tertawa mendengar soalan Ain.mana mungkin aspuri yang besar itu tiba-tiba penuh dengan penghuni.

“Enggaklah.Cuma kami mahu tempatkan kamu dirumah tamu. Lagipun, tetamu kini sudah berkuranagn datang berziarah.Apa salahnya kamu Bantu jagain rumah tamu itu,”Om Hafiz menyambung.

“Oh….Ain fakir, tinggal gratis di situ. Rupanya, Om mahu Ain jadi care taker ya? Okay juga…not a bad deal, afterall. Ain Cuma jaga kebersihan rumah saja, kan?” Ain meminta kepastian.takut juga deal offer itu, disalah tafsir.

“Iyalah..jaga kebersihan saja, Nggak perlu ambil tahu maintanence segala. Itu tetap tugas si Affendi, lho!”



“Haha..Affendi! Tak sabarnya Ain nak jumpa diorang lagi. Mbak Sumayyah, Affendi, Ustazah Hafizah, Ustaz Mukhlis….Aduh! Rindu banget sama anak anak di TK!” riuh suara ZunnurAin memenuhi ruang kereta Sonata pakciknya.

“Kamu nggak kangen sama yang di Singapore itu, Ain? Dia lagi risaukan keselamatan kamu,lho.” Ujar Aunty Humairah.

“Nanti, jangan lupa telpon kerumah ya. Jangan biarkan mereka merindu,”sambung makciknya lagi. Ain sekadar mendengar saja. Dia tidak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Humairah. Siapa yang merindu? Baru jer tiga jam Ain hilang dari Bumi Temasek tu. Takkanlah abah dan ibu dah mula nak rindu?

Monday, August 11, 2008

Ikhlas mengasihimu 8

Airmata ZunnurAin mengalir laju. Surat itu diletakkan disisi. Dia menyandarkan di kepala katil. Anak patung beruang diraihnya lalu dipeluk erat. Tangisannya semakin tidak dapat ditahan-tahan. kenapa? kenapa dia sanggup buat macam itu? setelah hatinya dipaksa menerima kehadiran lelaki itu, dengan mudah lelaki itu menarik diri. BUkankah majlis akan di adakan mingug depan saja? Yang peliknya kenapa ayah dan ibu tidak marah? kenapa begitu tenang ayah dan ibu menerima berita itu. Sedangkan wajah mama dan papa Khyryl tadi sudah berubah riak. sedikit pun mamanya tidak senyum.papanya apa lagi, kalau bukan dirumah ZunnurAin, mungkin Khyryl sudah dikerjakannya.Dari pandangan mata Papa Khyryl saja, ZunnurAin dapat mengagak tahap kemarahan lelaki itu.

"Apa yang kau buat ni Ryl? Kau tahu tak, kau dah malukan Papa dan Mama?"bentak Mamanya, Puan Noraini. ZunnurAin yang duduk di sisi wanita itu tersentak dengan kata-kata amarahnya.

"Ryl buat yang terbaik, Ma. Papa..Ryl tahu, memang hajat mama dan Papa berbesan dengan Ibu dan Ayah. Tapi Ryl mahukan yang terbaik buat Ain.Ryl sayangkan dia. Ryl nak lihat Ain bahagia."tenang suara lelaki itu.

"Kalau Ryl sayangkan dia, kalau Ryl nak lihat dia bahagia, kenapa ajak mama dan papa kesini? Semata-mata kerana nak putuskan pertunangan Ryl dengan Ain? Dulu Ryl juga yang setuju dengan pertunangan ini."Suara Encik Murad agak tegang kedengaran. Namun sedikit pun ketenangan di wajah Khyryl tidak berubah. Dia bangun dari duduknya lalu merapati ZunnurAin.

"Ain, dah baca surat abang?"soalnya lembut, persis memujuk seorang adik yang sedang merajuk. ZunnurAin menggeleng kepala.Tidak mahu melihat wajah di hadapanya. Ibunya yang berada di kiri Ain, menggenggam erat tangan anaknya, sekadar memberi semangat.

"Ain, abang memang sayangkan Ain. Mak ayah kita berkawan lama. Walaupun abang tak pernah rapat dengan Ain, abang tahu sedikit sebanyak tentang Ain. Ain yang manja, yang keras kepala, yang berdedikasi. Ain susah nak putus asa. I like the way you look at life. Dan abang tahu, disebalik kecekalan Ain, ada seseorang. Mungkin Ain tak perasan akan hal itu.Ain...look here."Khyryl memanggil. Perlahan ZunnurAin mendongak memandang wajah Khyryl.

Sedari lepas Asar tadi Budi sudah tercongok di rumah ini. Namun Ain tetap tidak mahu keluar menemui tetamunya itu. Alasan yang diberikan, Ain malas nak bersiap. Ain letih, tak larat nak bangun. Akhirnya Zahidah mengajak Budi masuk ke kamar Ain selepas memastikan anaknya itu berpakaian rapi.

Ain masih lagi berbaring, membelakangkan Budi Aerman. Selimutnya ditarik hingga ke leher walaupun dia sudah lengkap menutup aurat. Dia sebenarnya mahu menunjukkan protesnya terhadap Budi Aerman. Budi sekadar memandang ZunnurAin dengan hambar.Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dikatakan.Lidahnya seolah-olah kelu melihat gadis itu. Surat di atas meja sisi diambil lalu dibacanya.

“Inilah surat yang Khyryl maksudkan,”detik hatinya. Dia memandang Puan Zahidah yang duduk dibelakangnya. Surat itu ditunjukkan pada guru ngajinya itu. Perlahan Puan Zahidah mengangguk, mengiyakan pertanyaan Budi. Surat itu dibaca sekali lalu kerana isinya sudah diceritakan kepadanya oleh Puan Zahidah tadi. Bahkan sewaktu Khyryl menjemputnya di Golden Mile pagi tadi pun, Khyryl sudah menceritakan semuanya. Walaupun bagi Budi, Khyryl telah melakukan satu kerja gila, dia tidak mampu menafikan andaian Khyryl terhadap keakraban dia dan Zin. Mungkin mereka salah tanggapan, itu yang Budi cuba tanamkan didalam hatinya.
Surat itu dilipat kemas dan disimpan semula didalam sampulnya.

“Zin…aku datang ni. Tak nak berbual dengan aku ke? Kau kata, kau dah lama tak ada kawan gaduh?” Budi memulakan bicara. Tiada balasan diterima tapi esakan suara ZunnurAin semakin ketara.

“Ain, tak mo lah nangis. Dari kecik, kau asyik nangis jer. Ni aku dah balik pun, kau nak nangis lagi?” Budi cuba mengawal situasi. Terasa bodoh lawak yang dibuatnya. ZunnurAin memusingkan tubuh mengadap temannya itu. Wajahnya basah dengan linangan airmata.

“Kenapa kau balik sekarang? Untuk ucapkan tahniah pada aku kerana putus tunang?” kedengan sinis suara ZunnurAin disebalik tangisnya.

“Zin…aku tak niat macam itu.” Balas Budi serius.

“Kenapa kau tinggalkan aku? Tak jawab sms aku? Pergilah…aku benci semua orang!” tinggi suara ZunnurAin menengking Budi Aerman. Pemuda itu tetap tenang.memang perkara ini sudah dijangkakan. ZunnurAin senang merasakan dirinya di perkotak katik orang sekeliling. Kalau dulu, dia percayakan Budi, kini Budi juga sudah di curigai.

“Zin, aku pun tak tahu benda ni akan berlaku. Bukan niat aku. Mungkin mereka salah faham. Aku akan beritahu Khryl. Dia salah faham, Zin. Kita boleh perbetulkan masalah ini, okay. Aku janji.”pujuk Budi Aerman.

“Tak payah. Aku takkan kahwin dengan abang Khyryl. Dia anggap aku macam adik dia.” Balas ZunnurAin lagi.

“Kau sedih pasal tu, Zin?” bergetar suara Budi menyoal. Apakah temannya ini sudah mula menerima kehadiran Khyryl sebagai bakal suami? ZunnurAin menggeleng kepala.

“Tak…aku suka pasal dia tak memaksa aku. Kau dah baca kad jemputan yang abang Khyryl buat?” Zin terus menyoal datar. Tiada reaksi diwajahnya.

Budi sekadar mengangguk. Tadi sewaktu sampai kerumah itu, Puan Zahidah telah menunjukkan kad jemputan perkahwinan ZunnurAin. Apa yang memeranjatkan, nama Khryl sudah ditukar kepada namanya sendiri. Dialah bakal pengantin lelaki yang akan di ijab kabulkan dengan Nur ZunnurAin Binti Hj. Bakhtiar. Memang dia terkesima menatap kad jemputan itu. Tidak disangka sama sekali, selama dia bersahabat dengan tunang ZunnurAin, lelaki itu cepat menganalisa keadaan. Sesekali, timbul rasa menyesal dihati Budi Aerman.

“Zin, kita lupakan tentang kad itu dulu, okay? Aku lihat wajah kau pucat.Bibir kau pecah-pecah.Makcik kata kau dah berapa hari tak makan. Kau mogok ya Zin?” Budi mengajukan pertanyaan. Risau dia melihat wajah Zin yang pucat begitu.

“Aku tak seleralah Budi.” Tangisnya sudah sedikit reda.

“Makanlah sikit.Minum Hot Chocolate ke. Janganlah biarkan perut tu kosong,”pujuk Budi lagi.

“Budi, pasal pernikahan tu…:”ZunnurAin bersuara lirih. Airmatanya bergenang lagi.

“Dahlah tu, kan aku dah kata, jangan fikirkan dulu?”

“Aku…Zin….serahkan pada Budi saja.” Terdengar helaan nafas lega dari Puan Zahidah yang sedari tadi hanya diam membisu mendengar perbualan Budi dan Ain.

“Terpulanglah kalau kau nak batalkan atau apa saja. Cuma aku nak beritahu…”suara Zin mati di situ.

“Esok, aku akan berangkat ke Pekan Baru lagi.Tiket dah aku tempah. Kau tak marah, kan Budi?” perlahan Zin bersuara. Budi Aerman terkesima mendengar kata-kata ZunnurAin. Dia nak ke Pekan Baru lagi. Bererti lagi dua bulan , baru dia akan kembali berpijak ke bumi Singapura ini. Sekali lagi dia akan kehilangan gadis itu? Berjauhan dengan gadis itu?

“Budi…kau tak marah, kan kalau aku pergi?” tanya ZunnurAin, tidak berani menatap wajah Budi seperti tadi.

“Uhh..hmm….kau berjanji akan jaga diri,kan?” soal Budi kembali. Soalan ZunnurAin dibiarkan tidak berjawab.

“Tentulah…Aunty Humairah nanti akan jaga aku kat sana. Please..Budi? Kalau engkau tak backing aku, nanti semua orang tak lepaskan aku,” ZunnurAin memujuk.

Budi sekadar memandang wajah gadis itu kosong. Kenapa pula dia meminta kebenaran aku? Bukan ayah dan ibunya? Budi saling memandang wajah ZunnurAin dan ibunya bergantian. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Majlis akan berjalan seminggu saja dari sekarang. Yang dia tahu, Khyryl sudah mula menghantar kad-kad kerumah tetamu. Memandangkan Puan Zahidah dan Pakcik Bakhtiar adalah anak jati Indonesia yang telah mendapat kerakyatan disini, keluarganya tidak akan turun ke Singapura. Hanya teman-teman dan rakan setugas saja yang akan hadir. Namun itu sudah cukup untuk membuat malu pada kedua suami isteri itu kalau pengantin perempuannya tidak ada di sini. Tetamu akan mula berkata, dan itu perkara terakhir yang Budi sanggup mendengar. Dia tidak mahu mereka menanggung malu.
“ Zin, boleh pergi..tapi bersyarat. Budi akan kenakan tiga syarat.” Tenang wajah ZunnurAin dipandang. Terserlah keceriaan diwajah gadis itu.

“Syarat apa pun, Zin tak kisah….”gadis itu cepat memintas. Budi memandang wajah Puan Zahidah yang terkejut dengan kebenaran yang dia berikan.

“First, Zin kena keluar makan. Muka tu macam anak ayam yang dah hilang mak dia aja. Second, nanti Budi nak tahu apa yang Zin pack ke sana. Third, pernikahan tetap berjalan, tanpa ZunnurAin sebagai pengantin disisi.” Budi menuturkan tanpa memandang wajah ZunnurAin didepan.

“Apa Budi cakap ni? Ain kena ada kat sini, Budi.” Puan Zahidah memprotes.

“Tak apa,lah makcik. Kenduri itu nanti, kita buat majlis kesyukuran. Makcik tak payah risau..Budi akan beritahu Khyryl.

“Kau..kau nak nikah dengan siapa, Budi?” tanya ZunnurAin. Budi memandang wajah temannya itu. Gadis itu kelihatan bingung dengan syrat ketiga tadi. Budi tertawa didalam hati.

“Entah..siapa-siapa sajalah,” jawabnya acuh tak acuh.

Ikhlas mengasihimu 7

Budi mencapai telefon bimbitnya. Kotak inbox dibuka. Mesej dari Zin ditatap lagi.

"Zin, aku okay.Kau jangan risau. Aku balik lah...Aku pun dah berminggu tak layan kau gaduh! Rindu nak dengar kau marah-marah aku!"

Dia menekan butang.

"message sent" terpapar di skrin telefonnya. Dia yakin Zin akan membaca mesej itu.

Perjalanan dari Puduraya ke Singapura tidaklah selama mana.Perjalanan yang hanya memakan masa lebih kurang empat jam itu dirasakan amat menyesakkan. Pesanan terakhir dari Zin membuat dia terus meminta Asyraf menempahkan tiket pulang ke Singapura. Pada mulanya Budi hanya mahu pulang minggu akan datang. Namun pesanan ringkas yang diterimanya meatikan niatnya itu.

"Asyraf..kau teman aku beli tiket boleh? Aku tak sedap hatilah.macam ada sesuatu yang tak kena dengan Zin."beritahu Budi sewaktu dia sedang menjamah makan malam bersama keluarga Asyraf. Malam itu, isteri Asyraf Salsabila yang memasak. Walaupun sedap masakan isteri sahabatnya, tekak Budi seolah-olah tidak dapat menikmati kelazatan makanan yang terhidang di depannya.

"Hai, tiba-tiba saja nak balik.Tadi beriya-iya nak balik lambat. Kau ada masalah ke Budi?"soal Asyraf. Salsabila yang sedang duduk disisi suaminya pula menyampuk.

"Abang Budi tak selesa kat rumah ni, pasal Sal ada ke? Kalau gitu, Sal tumpang kat asrama sepupu Sal saja di Rawang."

Budi memandang wajah kesua suami isteri didepannya. Mak dan ayah Asyraf sekadar mendengar perbualan itu. Budi menggeleng, menafikan kata-kata Salsabila.

"Bukan..Abang Budi tak kisah pun Sal ada kat sini. Kita fahamlah, kat mana lagi tempat isteri kalau bukan di sisi suaminya. Tapi Zin....mesej yang dia hantar tu macam ada yang tak kena saja. Asyraf, aku cuba call Khyryl, tanya apa yang berlaku, tapi mamat tu relax jer. Dia kata, tak ada apa-apa." Budi senyap seketika.

"Tapi aku kenal Zin...kalau tak ada apa-apa, takkan dia mesej benda-benda macam tu...Aku ingat dia dah berubah...tapi..."kata-kata Budi terhenti disitu.

"Kau yakin kalau kau balik, kau dapat bantu ZunnurAin?" serius soalan Asyraf kepada Budi. Budi sekadar mengangkat bahu. Dia melepaskan nafas dalam-dalam. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tiba-tiba rasa mahu balik dan berjumpa ZunnurAin. Sedangkan dulu dia kesini pun kerana nak elakkan diri dari gadis itu. Hatinya memaksa dia pulang menemui gadis itu.

"Maaflah kalau Sal mencelah. Sal rasa, abang Budi ini simpan perasaan pada gadis itu,lah. Kata abang, Abang Budi datang sini pasal nak tenangkan fikiran.Tapi lihat ni...siapa yang kalut sangat ni..Abang Budi,kan?" Salsabila tiba-tiba mencelah dengan pendapatnya. Asyraf cepat-cepat menepis tangan isterinya. Takut si kawan tersinggung dengan kata-kata gadis lincah itu.Salsabila mengaduh kerana tepisan itu walaupun perlahan, tetap menyengat hatinya.

"Apa abang ni, dari dulu, apa Sal buat tak pernah betul. Kita tahulah awak tak suka kita..."Salsabila seolah-olah merajuk dengan tindakan suaminya. Asyraf sudah tidak terkata apa.Dia meraih tangan isterinya lalu diusap lembut. Budi sekadar tersenyum kecil melihat telatah mereka. Tiba-tiba hatinya teringat pada ZunnurAin. Kalau Zin merajuk, hanya dia yang tahu memujuk…


"Diorang ni, memang macam ni Budi. Si Asyraf tu..tak habis-habis nak buat Salsabila merajuk.Tak tahulah makcik sampai bila nak buat perangai budak-budak macam ni.."ibu Asyraf bersuara. Budi dapat melihat wajah Salsabila merona merah. Mungkin segan ditegur gitu depan tetamunya.

"Sal ni muda lagi makcik. Yang dekat rumah tu, dah jejak dua puluh tahun pun merajuk juga. Tak lama lagi dah nak jadi isteri orang pun tak habis merajuknya."beritahu Budi Aerman.

"Budi cakap pasal siapa ni? Setahu pakcik, Budi tak ada adik beradik lain,kan?"soal Pakcik Ismail, ayah Asyraf pula.

"Err...Budi cakap pasal Zin..ZunnurAin tu,"teragak-agak Budi menjawab.

Suasana sepi seketika. Asyraf berpandangan dengan Salsabila. Macam ada yang tak kena pada hati tamu mereka itu. Budi Aerman sedang berhat galau, teka mereka.

Ikhlas mengasihimu 6

Khy_temasek: kenapa kau tak balik?

BudyA: Huh?

Khy_temasek: aku kesian tengok dia.

BudyA: Dia tunang kau.Jagalah hati dia.

Khy_temasek: Bro, aku rasa kau dah faham maksud aku.

Khy_temasek:Bukanke kita dah bincang smlm?

BudyA: Aku tak faham.

Khy_temasek: I think u're denying ur own feelings

Khy_temasek:atau mungkin korang dah selalu sgt

Khy_temasek:sampai tak nampak perasaan tu.

BudyA: Ryl..kau bual bahasa apa ni?

BudyA dont understand..haha

Khy_temasek: Come back home.

BudyA: U'll understand,bro!

Khy_temasek: Aku nak sing off dulu.

Khy_temasek: I'll expect u home in2days time.

Khy_temasek: chiao!

BudyA: salam, bro! kita Muslim!

Khy_temasek: Ilal liqa"

BudyA: maas salamah!


Khy_temasek has signed off.


Budy Arman masih lagi menatap laptop yang dipinjam dari temannya. Sudah hampir sebulan di di KL, menumpang di rumah Asyraf Ismail, teman satu kem sewatu dia mengikuti kem Remaja Harapan di rawang beberapa bulan lepas. Mujur, Asyraf sudi menempatkan dia dirumahnya.Kebetulan saudara perempuannya senua diasrama, maka mudahlah dia menerima tetamu lelaki dirumahnya. kak Longnya pula sudah berpindah mengikut abang iparnya ke Langkawi, menguruskan perniaagan keluarga disana.


"Apa yang kau tenung lappy aku tu? Macam nak telan jer.tadi lauk mak aku masak tak sedap ke?" soal Asyraf yang baru masuk ke biliknya.

Budi menoleh sekilas lalu tersenyum hambar. "Aku YM dengan Khyryl tadi. Dia minta aku balik. Aku macam tak faham dengan dia. Aku baru saja kenal dia.Tu pun selepas dia tunang dengan Zin. Tapi cara dia bual dengan kau, macam dah lama kenal. Dia mahu aku balik lusa."

"Habis itu? Apa masalahnya?" soal Asyraf. walaupun Asyraf dan Budi hanya bersahabat di cyberspace selepas pertemuan di kem remaja harapan, hubungan mereka agak rapat.

"Majlis Zin hanya akan berlangsung dua minggu dari sekarang.Kalau boleh, aku tak nak ada dalam majlis itu.Aku risau," Budi memberitahu.

"Kau risaukan apa? Zin?" soal Asyraf lagi.Sedikit sebanyak, Budi ada menceritakan tentang ZunnurAin kepada Asyraf.Budi mengannguk. Dia tak mahu Zin mencarinya sewaktu majlis.Tak manis dilihat orang.
Itu yang dirisaukan.Zin bukannya kisah pun, apa yang orang akan kata!

"Aku rasa, kau sayangkan dia, kan?" Asyraf cuba menebak.

"Isy..sebagai adik, iyalah...tak lebih dari itu,"Budi cepat memintas. Tindakan Budi membuat Asyraf tertawa.

"Kau tak nampak apa yg hati kau rasa.kau cuba nak menafikan.Tapi aku tahu, kau tetrlalu mengambil berat tentang Zin." Asyraf terus menyambung hujjah.

"Jangan nak memandai,lah...Kalau dia dengar, mengamuklah lagi budak tu,"beritahu Budi.

"Budi..aku dulu pun, tak tahu yang aku sayangkan Salsabila. Sal tu garang, nakal dan ada mindset sendiri. Masa dia lari dari asrama, siap aku mengata dia. Tapi bila mak dan ayah aku tunangkan aku dengan dia. Aku tak terkata apa. Menurut mereka, cuma aku yang boleh didik dia. Aku tak rasa macam itu, pun.Tapi lepas nikah ni, baru aku faham..Selama ini, yang aku dok mengata dia, dok marahkan dia, sebenrnya dia dalam perhatian aku." Asyraf berkata. Dia mahu Budi mehamai rasa hatinya sendiri.

"So...sekarang kau dengan Sal?" pertanyaan Budi terhenti disitu.Dia tidak tahu bagaimana meneruskan soalan itu.

"InsyaAllah, nikah di pejabat kadhi akan kami langsungkan bulan depan. Sebenarnya kami dah nikah kampung. Datuk Sal kan imam masjid dikampung dia. Kadhi pencen pula tu." beritahu Asyraf sambil tertawa. Gelihatinya melihat wajah berkerut Budi Arman.
" Kau tak faham apa itu nikah kampung? Nikah yang dibuat secara sah..Ada wali, ada saksi serta ada pengantinnya, tetapi pernikahan itu bukanlah dilakukan oleh orang yang ditauliahkan oleh jabatan agama. Namun begitu, juru nikah itu hendaklah yang ilmu fardhu ainnya mencukupi, memahami maslahat nikah kahwin ni. datuk dia sulu, kerja kat Pejabat tu Bila dah berumur, dia nak dudk kat kampung aja. Dia minta dipindahkan kekampung, apply jadi imam surau kat kampung tu.Sewaktu mak dan ayah aku bercadang nak pinang Salsabila, dia heret sekali aku ke kampung Sal di Kedah tu. Kebetulan Salsabila ada dikampung, ikut Abang Long dia. Waktu itulah, datuk dia nikahkan kami. There and then! Dia pun dah tak ada ayah. Semuanya datuk dan abang dia yang uruskan.Mak dia pula sakit sakit.Mungkin kau akan terperanjat kalau aku kata, kami nikah tanpa wang hantaran, cuma mahar saja. Kau tak nak tahu apa mas kahwin yang Salsabila minta kat aku? "Asyraf kemudian meneruskan cerita.

"Bacaan sempurna juz Amma. Berpeluh aku depan tok ayah! Nasib baik dia tak minta aku baca ikut Qiraat sab'ah ke apa ke.Bacaan sempurna yang tartil, itulah mas kahwin aku malam itu." Asyraf tersenyum tatkala mengimbau kembali saat saat getir menikahi isterinya itu.
Terbeliak mata Budi memandang kawan disebelahnya.

"Maksudkau....kau dah jadi suami dia? Kau dah nikah?" Budi tak percaya dengan apa yang didengarnya.

Dalam tawa kecil, Asyraf mengiyakan soalan Budi.

"Kejap lagi Sal balik sini. Abang Long dan isteri dia nak ke Kedah semula.Nak uruskan majlis kat sana. Nanti kau jumpa isteri aku tu iya. Sal cuma balik sini kalau mak dengan ayah aku ada. Kami belum ada surat nikah, aniaya kalau kena tangkap dengan yang berkuasa," Asyraf sempat membuat lawak.

"Mengarutlah orang-orang macam ni. Benda besar dia tak mahu buat.Aku nampak ramai anak Melayu yang dah rosak kat bandar tu.Gothic semacam...togok beer,macam minum air mineral. Aku risaukan akidah mereka. Loket cross besar tergantung kat dada! Tapi aku tak nampak pun mana-mana pegawai dekati mereka..Jabatan agama tak nampak itu,ke? Antara syariat dan akidah..akidah, percayakan Tuhan, yakin Tuhan itu ada..lebih important. Kita nak kekang maksiat, tapi tak didik dengan rasa bertuhan, mana orang nak ikut syariat!."Budi merengus. Asyraf yang mendengar sekadar menjungkit bahu. Itu memang masalah yang semua rakyat Malaysia nampak.Nah.Sekarang rakyat luar pun dah nampak pincangnya konstitusi itu .Macam manalah nak kata negara Islam, kalau yang mengamalkan Islam adalah rakyat jelata, orang bawahan tapi tidak mereka yang diatas??? dalam diam Asyraf berikrar, Islam akan dibangunkana dalam jiwanya, kemudian jiwa Salsabilah dan juga anak-anak mereka.Bermulanya keluarga sakinah itu adalah dari sebuah Baitul Muslim.

"Sekarang kau tahu, kenapa aku tak mahu kerja dengan mereka, walaupun aku berkelayakkan? Aku tak mahu salah guna kuasa. Lebih baik, aku bekerja dengan ayah aku, buka bisnes sendiri,Aku tak mahu di pertanggungjawabkan di akhirat kelak."Asyraf memberitahu Budi sambil berdiri untuk keluar ke ruang tamu di bawah.

"Ulama itu waris para nabi..itu yang Rasulullah sabdakan.Aku takut jadi ular dalam semak, ulama' suk..."jelas Asyraf lagi.

"Kau fikrkanlah apa yang aku kata tadi.Mungkin Khyryl dapat rasa apa yang aku rasa," Asyraf bersuara sebelum menutup pintu bilik tamu itu. Budi Aerman memandang wajah Asyraf, bahunya diangkat sedikit


Budi mencapai telefon bimbitnya. Kotak inbox dibuka. Mesej dari Zin ditatap lagi.

"Zin, aku okay.Kau jangan risau. Aku balik lah...Aku pun dah berminggu tak layan kau gaduh! Rindu nak dengar kau marah-marah aku!"

Dia menekan butang.

"message sent" terpapar di skrin telefonnya. Dia yakin Zin akan membaca mesej itu.

Ikhlas mengasihimu 5

Kotak merah jingga itu diletak kembali keatas meja. wajah Khyryl dipandang tanpa rasa. Dia tahu pemuda itu sedang cuba mengenali dirinya. Dia juga tahu, Khyryl seorang yang jujur, sabar dan baik hati. Sedikit pun pemuda itu tidak menunjukkan reaksi tidak senang, selama mereka bertunang,walaupun ZunnurAin sentiasa membuta masalah.

"Ain ambillah, hadiah itu dari saya. Dah dua bulan kita bertunang Ain.Lagi dua minggu saja, kita akan bergelar suami isteri.."kata-kata Khyryl terputus disitu. ZunnurAin memandang lagi wajah tunangnya. Lagi dua minngu, mereka akan melangsungkan majlis.Ibu dan nek Som sudah mula sibuk dengan segala persiapan.Mujurlah sepupu Ain ada yg membuat service wedding planner.Segala urusan diserahkan pada Kak Lena dan Kak Nour.Ain dan Khyryl tidak perlu berbuat apa-apa. Mereka hanya perlu memberi baju contoh dan segalanya akan disiapkan oleh kedua beradik itu. Bahkan segala persiapan hiasan dalaman dan sebagainya, mereka serahkan pada Kak Lena sepenuhnya. Ain seperti tidak kuasa dengan persiapan mejlisnya sendiri. Walaupun ada sedikit rasa kasihan terhadap Khyryl, Ain cuba buang jauh-jauh.

"Ain..." Khyryl memanggilnya. Ain tersedar dari khayalannya sendiri.Lantas dia melemparkan satu senyuman nipis.

"Sorry, dreaming lagi.Tak sangka dah nak dekat dah....Ain,,,Ain....."ZunnurAin tidak mampu meneruskan kata-katanya. Dia takut kalau dia tak mampu jadi isteri yang baik.Dia tahu dia keras kepala, mahukah Khyryl terus bersabar? Apakah KHyryl akan melayan kerenahnya macam Budi? Hati Ain tiba-tiba sebak memikirkan Budi yang semakin menjauhkan diri. Dengar-dengar Budi sekarang berada di KL.Entah apa yang dibuatnya disana. Nak kata sedang cuti semester, tak mungkin pula. ZunnurAin menghela nafas. Dia melemparkan pandangan keluar pintu utama yang dibiarkan terbuka luas. Ibu dan ayahnya berada didapur. Sengaja mereka membiarkan anaknya berbual dengan Khyryl diruang hadapan.dari dapur pun, mereka masih dapat mengawasi anak gadis itu lagi.

"Ryl rasa, Ain rindukan seseorang,"Khyryl mengambil kesempatan apabila melihat wajah tunangnya yang sedang berduka itu.

"Mana ada? Ain nak rindu siapa? Semua orang ada depan Ain,"cepat-cepat ZunnurAin memintas kata-kata Khyryl itu. Terdengar tunangnya tertawa kecil. Khyryl lantas menggeleng kepala.

"Mungkin Ain tak sedar.Mungki tiada siapa yang sedar tapi Ryl dapat merasakan itu. Ain, kita baru kenal.So Ryl tak boleh nak kata Ryl sayangkan Ain. Mungkin sebagai sahabat, ia. Sebagai saudara seagama, juga, Ryl menyayangi Ain.Tapi Ryl tak tahu, kalau sebagai kekasih....Kita tak pernah berkasih.Tapi Ryl nampak jelas...mata Ain menyuarakan rasa rindu pada Budi." Tenang pemuda itu bersuara. Namun cukup untuk membuat ZunnurAin tersentak.

"Ryl!" ZunnurAin kaget dengan kata-kata tunangnya. Mana mungkin dia merindui seseorang yang bukan muhrimnya. Berderau darah ZunnurAin mendengar kata-kata penuda didepannya.

"Ain jangan salah sangka. Ryl tak niat nak cakap yang bukan-bukan.Ryl tahu, dah lama, Budi pergi,kan?"tanya Khyryl lembut. Kelembuatannya membuat Ain berasa syahdu. Rasa bersalah bermain di dalam hatinya kini.Sebak hatinya melihat kesabaran Khyryl. Semakin dia merasakan dia tidak layak buat lelaki itu.

"Ryl ada call dia. Nasib baik handphone dia auto roam. Ain jangan khuatir.Budi sihat, and he's okay. Dia pesan kat Ain suruh jaga diri, jaga agama, jaga kesihatan. Hari dah nak dekat dah." Khyryl menyampaikan pesanan itu kepada tunangnya. Memang suatu ketika dulu, dia berasa cemburu dengan keakraban mereka. Namun fikiran yang rasional membawa dia berfikir tentang kebaikan semua.

"Dia cakap macam tu?"tanya ZunnurAin seperti tidak percaya. Budi menyampaikan pesan melalui Khyryl dan sedikit pun Khyryl tak berkecil hati???

"Ryl tahu dia rindukan Ain..."sambung Khyryl lagi. ZunnurAin menggelengkan kepala.Apa maksud Khyryl memberitahu semua ini? Apa? mahu menguji hati dan dirinya? Hatinya mulik Tuhan sepertimana dirinya jua!!! Mahu saja Ain menangis.

"Ain, listen here. Dia dah lama buat Ain macam adik, sekarang Ain dah nak kahwin. He felt lost. Ryl faham..pasal Ryl pernah merasakan itu. Bila kawan rapat Ryl bernikah, Ryl rasa keseorangan. Ryl tak marah, kalau Ain pun rindukan dia.Mana ada adik yang tak rindukan abangnya??" Kali ini Khyryl mengeluarkan sesuatu dari briefcasenya. Lelaki itu datang terus dari pejabat, detak hati ZunnurAin melihat briefcase Khyryl. Tapi, apa pula yang hendak dia beri pada ZunnurAin kali ini?

"Ain, Ryl sayangkan Ain sebagai sesama muslim. Ain, Ryl sayang Ain macam seorang adik. Ryl tak ada adik perempuan,Ain. Ingat tu sampai bila-bila. Ambillah surat ni. Bila Ain dah baca, Ain akan faham. Ryl nak balik. Banyakl lagi tugas Ryl yang belum selesai. Ryl balik dulu, sayang." Ada getar pada kata-kata itu. ZunnurAin memandang wajah Khyryl dalam-dalam. Dia cuba mencerna maksud kata-kata lelaki itu. Tapi otanknya seperti sudah tepu, tidak mahu berfikir lebih lanjut.

Ain sekadar menghulur tangan menyambut sampul surat ditangan Khyryl. Ucapan lelaki itu masih bermain dibenaknya. Dia menarik nafas dalam dalam. “ryl sayang Ain macam adik….” Apa maksud Khyryl???!!!! Gadis itu tidak turut menghantar Khyryl ke pintu utama. Hanya ibu dan abah saja yang menghantar Khyryl kemuka pintu. ZunnurAin terus kaku di situ.....Hatinya sudah terbang....entah kemana.


"Ain, Ryl sayangkan Ain sebagai sesama muslim.Ain, Ryl sayang Ain macam seorang adik. Ryl tak ada adik perempuan,Ain.Ingat tu sampai bila-bila. Ambillah surat ni. Bila Ain dah baca, Ain akan faham. Ryl nak balik. Banyakl lagi tugas Ryl yang belum selesai. Ryl balik dulu, sayang."

Apa maksud dia? Kenapa dia kata begitu? Bukankah dia tunang aku? Kenapa Budi sambut panggilan dia, dan tidak pada panggilan aku? Apa muslihat mereka berdua?

Satu demi satu persoalan bermain difikiran Ain.perlahan dia melucutkan tudung yang masih melitupi kepalanya. Torhah dari Turkey pemberian Budi dua tahun yang dulu itu dicampak disisi katil. Bencikah dia pada Budi? Sayangkah dia pada Khyryl? Dia tahu, Khyryl baik, ikhals mengenalinya. Tetapi kenapa Budi melarikan diri? Hina sangat ke Ain ni? Budi dah benci tengok muka Ain ke???

Surat dari Khyryl masih elok terletak diatas meja soleknya. Ain masih belum mahu membaca.Dia tidak mampu menerima berita atau kejutan apa-apa lagi.Kepulangannya ke Singapura, terlalu memberi tekanan. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia terbang semula ke Pekan Baru, hidup aman dikampung kecil yang unik lagi menenagkan fikiran. Dia lebih sanggup menjaga ikan-ikan Patin dan membantu menjahit di sana, daripada dibebani mesalah yang menyesakkan ini. Apakah Budi akan pulang kalau Ain menerima Khyryl sebagai insan yang dijodohkan orang tua? Apakah Budi akan mengambil berat akan diri Ain lagi kalau Khyryl sudah bergelar suami. Bukankah waktu itu Khyryl yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Ain? Apakah Khyryl akan redha kalau Budi masih lagi menjadi tempat mengadu Ain?

ZunnurAin merebahkan diri diatas katil. Tangannya mencapai telefon bimbit diatas meja sisi. Nama Budi di cari dalam senarai contacts.

"Budi..aku tahu kau akan baca mesej ni. Khyry kata dia dapat hubungi kau. Baliklah...aku rindu...aku bosan. Tak ada sapa yang nak gaduh dgn aku skrg ni.Takkan aku nak gaduh dgn Khyryl.Aku tak kenal dia."

Butang "send" ditekan. Harap harap Budi membacanya walau di Bumi mana saja dia berada. Khyryl...kenapa lelaki itu tidak sedikit pun cemburu akan keakrabannya dengan Budi? Bagaimana lelaki itu tahu bahawa dia merindui Budi? Betulkah dia meridui teman sepermainannya itu? Matanya masih menatap telefon bimbitnya, mengaharapkan sebuah jawaban, tapi hampa. Sehingga dia terlelap, tiada jawaban yang diterima oleh Budi Aerman.

Ikhlas mengasihimu 4

Suara Zin memberi salam dari luar pintu jelas kedengaran dari dapur.Terkocoh-kocoh Nek Som berjalan membuka pintu utama rumahnya. Zunnur Ain yang sedang berdiri didepan pintu pagar rumah tersenyum-senyum melihat orang tua itu. Di tangannya terdapat satu bekas sederhana besar.

"Masak apa pulak, kau hari ini?"tanya Nek Som sambil menarik tangan ZunnurAin masuk kerumahnya.

"Adalah...special ni, khas buat nenek,"beritahu gadis itu. Dia nampak manis dengan baju kurung Pahang warna peach serta tudung labuh dengan warna senada.

"Nak pergi mana, cucu nenek ni?"tanya Nek Som lagi. ZunnurAin sekadar tertawa kecil. Dia memepragakan bajunya didepan wanita separuh umur itu.

"Cantik tak, Nek? Zin beli semalam kat Geylang. Lawa kan warna dia?" ZunnurAin memberitahu. Nek Som mengangguk setuju. Budak tinggi lampai macam ZunnurAin, pakai baju lusuh pun nampak cantik.Cuma bila dah merajuk saja, buruk dipandang. Namun rasa hati itu tidak di perdengarkan.

"ZunnurAin.....kamu ni dah nak jadi isteri orang dah...masih manja dengan nenek...belajarlah matang sikit. Apa kata mak mertua kamu nanti,"Nek Som sudah mula sessi berleter. Sebulkan dua lagi, memang siayu didepannya akan memnjadi isteri orang, tapi manjanya maish ketara. Nek Som sebenarnya risau kalau keluarga bakal suami ZunnurAin tidak suka dengan keakraban dia dan gadis itu.Tambahan pula, dia mempunyai seorang cucu lelaki yang begitu rapat dengan ZunnurAin.


"Alah, Nek....takkan dah nikah nanti, Ain terus tak boleh datang kesini? Nenek pun nenek Ain jugak,kan?"si gadis mula mempersoalkan haknya. Nek Som hanya mengeluh kecil sambil menggeleng kepala.


"Tak boleh, Zin... Apa kata orang? Apa kata suami kau? Kat rumah ni, ada aku.Kita tak muhrim.Aku tahu, alasan kau, kita kan macam adik beradik. Aku pun tahu, kau bijak jaga diri kau, jaga syariat dan agama kau...Tapi kita kena hormat perasaan orang lain." Tiba-tiba suara Budi Aerman terdengar dari dalam kamarnya.

ZunnurAin memandang wajah Nek Som kelat. Jelas di wajahya perasaan tidak senang dengan kata-kata Budi Arman. Semenjak peristiwa di pantai itu, dan selepas Budi menyampaikan hadiah dari tunangnya, Budi seakan menjauhkan diri dari ZunnurAin. Budi sudah tidak menegur sapa, bila mereka terserempak di dalam bas. Bahkan jarang-jarang Budi mahu menghantar sms untuknya, tidak seperti selalu. Apakah dia harus dijauhi apabila sudah menjadi tunangan orang?? ZunnurAin yakin, Budi sudah tidak seperti dahulu. Mendengar kata-kata Budi itu, dia mula mahu melangkahkan kaki meninggalkan rumah itu.

Sejurus itu, Budi keluar dari kamarnya. Dia tersenyum kearah ZunnurAin lantas mengarahkan gadis itu agar duduk di ruang tamu. Budi mengambil tempat bertentangan ZunnurAin. Dia tahu, Zin terasa jauh hati dengan timdakannya. Tapi bukankah itu yang sebaik-baiknya? Dia memandang tunak kepada gadis yang sedang duduk dihadapannya.

"Dah buka hadiah dari tunang kau itu?" soalnya. Zin hanya mengangguk. Tidak sedikit pun mahu memandang wajah Budi Aerman. Kalau orang dah tak sudi, buat apa dia hendak menyua muka?

"Cubalah mengenali hati budinya. Dia sedang cuba mengenali kau, Zin. Aku tak perlu nak ajar kau.Kau lebih tahu.Aku yakin itu." ZunnurAin menoleh, memandang wajah Budi Aerman dengan renungan tajam. Bukankah pemuda itu tahu, pertunangan itu sesuatu yang dirancang? Macam mana dia nak mengenali hati budi tunangnya kalau dia sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku?

"Ain, dengarlah cakap Budi ya? Diakan dan macam abang Ain sendiri. Cuba terima kehadiran tunang Ain tu...Ni tidak, nak sebut nama dia pun Ain tak bagi. Nek Som tak tahu macam mana kalau Ain dah nikah nanti. Ibu Ain pun mahukan yang terbaik untuk Ain. Mana ada ibu yang nak hati dan hidup anaknya punah ranah?"Nek Som menyambung kata-kata cucunya.

ZunnurAin hanya menyepi. Tidak tahu samada mahu melawan kata-kata itu atau mengiyakan. ZunnurAin seorang gadis yang mengaamalkan syariat, mana mungkin dia terus mahu menjauhkan dirinya dari sang suami selepas menikah nanti. Tapi dia masih belum dapat menerima kehadiran lelaki itu didalam hidupnya. Terlalu drastik, baginya. Lebih-lebih lagi, bila Budi juga turut lenyap dari hidupnya, ZunnurAin bertambah bingung.

Sunday, August 10, 2008

Ikhlas mengasihimu 3

"Aku benci kau Budi! Kau khianat aku! Kau kan kenal aku dari dulu lagi, kenapa kau tak cakap dengan diorang tu?"bentak ZunnurAin. Airmata laju merembes dari matanya. Budi sekadar membatukan diri. Dia membiarkan ZunnurAin melepaskan marahnya. Kasihan dia melihat wajah Zin semalam sewaktu tetamu yang dimaksudkan datang bertandang. Sedikit pun dia tidak memandang wajah tunangnya. Wajahnya masam mencuka menunjukkan yang dia benar-benar terasa.Dia benar-benar marah dengan apa yang berlaku. Sehingga tetamunya meninggalkan rumah, dia masih diam kaku di hujung ruang tamu.

"Zin, aku minta diri," Budi Arman bersuara rendah.

"Pergilah! Kau jahat!"dengus ZunnurAin sebelum kakinya pantas berjalan menuju ke kamarnya. Bunyi pintu dihempas memeranjatkan seisi rumah. Ibunya keluar dari dapur di ekori Nek Som.

"Zin merajuk.Dia kecil hati,"beritahu Budi Arman kepada yang lain.

"Biarlah, esok saja Budi cakap dengan dia,"balas ayah ZunnurAin.





"Zin, sudah lah tu.Jomlah balik,"pujuk Budi. Dalam cuaca tak menentu begini, dia takut mereka terperangkap dalam hujan. "Dah malam dah ni,"dia terus memujuk. Takkan lah nak overnight kat sini pulak!

"Kau baliklah dulu. Leave me alone. Ain nak tenangkan fikiran,"dalam tangis, gadis itu menjawab.Budi sekadar menggelengkan kepala.Mana mungkin dia membiarkan Zin di situ seorang diri. Bahaya!Kepala berkira-kira samada dia patut menghubungi tunangan si ZunnurAin atau tidak. Segala pro dan kontra sudah diteleknya dalam minda. Akhirnya dia setakat memberitahu Khyryl melalui sms.Pada pemuda itu, diberitahu supaya mendoakan yang terbaik, kerana dia dah tak boleh nak berfikir lagi.

"Budi, I am counting on you,bro!" balasan sms dari Khyryl direnungnya. Masalah korang, aku pula jadi samaritan?Aku ni good samaritan ker? Dia memandang pula ZunnurAin yang sedang bertenggek di atas batu besar itu. Untuk mendekati gadis itu, jauh sekali.



Budi Arman duduk menghadap laluan pejalan kaki.Dari tempat duduknya, dia dapat mengamati keadaan sibuk jalan raya di hadapannya. Minuman di atas meja tidak sedikit pun dijamah. Tekak tidak terasa haus.Malah dia sendiri tidak berasa mahu menyinggah ke sini kalau bukan Khyryl yang beriya-iya mengajaknya tadi. Sewaktu hendak pulang dari kuliahnya di Wisma Indah tadi, dia terserempak dengan Khyryl yang baru keluar dari Muslimedia Bookstore. Entah apalah yang dibelinya. Dia membimbit satu beg plastik kecil. Mungkin berisi buku agama, teka Budi Arman. Pada mulanya Khyryl telah mencadangkan agar mereka ke Starbucks, tapi Budi telah menolak dengar tegas. Lalu, Khyryl mencadangkan mereka ke Royals Cafe yang terletak di sekitar kawasan Siglap saja. Lagipun, kalau masuk waktu solat Asar nanti, bolehlah mereka singgah sebentar ke Masjid Kampung Siglap.
"Kenapa kau ajak aku ke sini? Aku tak terasa nak makan pun. Lain kali kalau nak belanja aku, tunggulah waktu perut aku nyanyi lagu keroncong asli betul-betul.Barulah seronok aku keluar makan," Budi bersuara sambil matanya leka memerhati kawasan sekeliling.

"How was she?" Khyryl bertanya. Budi mengalih pandangan memandang pemuda di sebelahnya. Sudah agak, mesti hendak tanya tentang ZunnurAin.

"She? Who?" sempat lagi dia berlakon seolah-olah tidak memahami soalan semudah itu. Tentulah mamat itu tanyakan hal tunangnya, takkan dia nak ambil tahu hal Nek Som pula, tak gitu?

"Dia...ZunnurAin."pendek balasan Khyryl. Mungkin malu hendak menyebut nama tunang sendiri di depan Budi Arman.

"Oh...Zin,maksud kau. Ingatkan kau tanya hal siapalah tadi,"Budi tertawa kecil. Kemudian dia menghela nafas perlahan.
"She's bad. Real bad. Aku tak pernah lihat dia macam tu. Memanglah kami berjiran dah hampir 20 tahun.Tapi this is the first time, aku lihat dia lari rumah!" memanglah Zin lari rumah, Kalau tak lari, apa pulak nak dikata? Zin jalan-jalan ambil angin jam sembilan malam pasal Zin tak boleh tidur.Terus Zin tahan teksi ke Changi Beach yang setengah jam perjalanan dari rumahnya kalau naik teksi? Masa agreget "O'" levelsnya tak seberapa memuaskan pun, dia masih boleh tersenyum, masih boleh beli kek kat Swensen meraikan kejayaan dia yang tak seberapa itu. Tak seberapa? Sebenarnya, results Zin lebih baik dari kawan-kawan baiknya, tapi Zin ni jenis budak yang meletakkan pengharapan tinggi, itulah dia kata, markahnya tak memuaskan....

"Kalau kau kata, dia lari, macam mana kau dapat kesan dia?"tanya Khyryl dengan riak wajah yang tak dapat nak ditafsirkan. Cemburukah mamat didepannya ini?

"Ibu dia ketuk pintu rumah aku. Nasib baik aku belum masuk tidur. Dia kata, dia lagi dalam biliknya bila dia terdengar pintu utama dibuka, kemudian ditutup perlahan. Bila jenguk dalam bilik Zin, Zin dah tak ada. Kesian makcik..Dahlah ,malam tu pakcik kerja overtime.Si Zin pulak buat hal nak merajuk." Budi memberitahu.

Wajah Khyryl kelihatan tegang mendengar cerita Budi. Dia dapat merasakan keakraban Budi dengan tunangnya semasa mereka berziarah tempoh hari. Semua hidangan dibawa Zin dari dapur dan diserahkan kepada Budi untuk diletakkan di atas meja. Sehingga mahu mengambil bekas pencuci tangan pun, dia memanggil Budi kedapur dan bukannya orang lain. Yang Khyryl lebih pelik lagi, kenapa Budi dan Nek Som patut ada semasa mereka berziarah. Bukankah Budi dan Nek Som sekadar jiran blok saja?? Dia mengambil cawan kopinya dan membawa cawan itu kebibir. Persoalan hatinya tidak langsung dikemukakan kepada empunya diri.

"What makes you think, she was heading to Changi?"soal Khyryl setelah cawannya dikembalikan keatas ceper di atas meja. Budi Arman sekadar mengangkat bahu. Dia menggeleng kepala. Yeah..what makes me think that? soalnya. Macam mana aku tahu dia nak ke sana?

"Call it sixth sense? Tiba-tiba saja aku nak cari kat sana. Lagipun kalau ikut logik, takkan dia tak ke shopping mall pulak? Dah jejak waktu tutup kedai. Ataupun takkan dia nak ke tempat lain? Kalau Changi tu, aku rasa logik pasal, kat sana ada laut, ada pokok. Alam semula jadi. Bila kau dekat dengan nature, hati akan terasa lapang sikit. Dapat lehat kebesaran Tuhan yang tersirat dalam that natural environment. Tu yang aku pun tahan teksi terus kesana. But then......"Budi tidak meneruakan kata-katanya.

"Bukan senang nak cari dia. Aku macam amazing race yang tak ada panduan. Aku tak tahu macam mana nak cari dia. Pantai tu bukannya kecil..Sepanjang pantai tu aku jalan, dalam kelam malam. Akhirnya aku jumpa dia dekat-dekat jetty. Kau tahu jetty kat hujung pantai tu?" soal Budi. Khyryl mengangguk dan kemudia matanya membulat.Jetty??!! Ketawa Budi Arman pecah tatkala melihat reaksi Khyryl.

"Berani nya dia! Tempat tu kan....."Khyryl menggeleng kepala. tak banyak yang dia tahu tentang tunangnya itu. Gadisnya? Entahlah, apakah ZunnurAin akan berjaya dikasihinya,untuk dipanggil gadisnya?

"Mula-mula aku takut juga nak rapati dia.Manalah tahu "cik kak " yang menyerupai dia! Tapi aku terdengar tangisan dia. Lagilah aku haru..rasa macam nak cabut saja. Lepas tu, aku dengar lagi.Tunang kau kata "Budi jahat, pendengki, pengkhianat, penipu!" So, aku yakin itu Zin."cerita Budi.

"Sorry,"perlahan Khyryl menutur."Aku susahkan kau,lah Budi. Aku baru saja kenal kau,pun." Ada riak kesal pada nada suaranya.

"Tak apalah. Zin kawan aku dari kecil, kau tunang dia. Aku harus bantu korang. Time aku susah nanti, aku harap Tuhan datangkan aku bantuan juga!" Budi Arman merendah diri.

"So macam mana kau boleh pujuk dia balik?" tanya Khyryl lagi. Cerita sedih tunangnya belum sampai ke penghujung lagi. Budi melihat wajah Khyryl yang penuh tanda tanya. Pemuda didepannya kelihatan ikhlas menyayangi sahabatnya. Pemuda itu sunguh mahu tahu keadaan tunangnya sendiri. Tapi entahlah.....Zin tu kalau tak pandai dipujuk, akan meletuslah perang yang entah keberapa!

"Nasib baiklah Singapore, Ryl! Kalau Malaysia, aku kena tangkap basah free jer. Dia tu liat juga.Habis dia marah-marah aku itu, ini. Manalah aku tahu nak cakap apa. Yang aku tahu pun, bila makcik dah terima pinangan kau. Makcik datang rumah aku bercerita. Tapi dia tak percaya. Last-last aku kata kat Zin...sampai Zin dah kahwin pun nanti, aku dan Nek Som akan ambil berat hal dia. Aku akan make sure, kau tak apa-apa kan dia. Aku bohong lagi...aku kata, kau dah janji dengan aku, akan sayangi dia, sampai akhir nyawa." Budi melepaskan nafas sekian kalinya. Dia akhir kata-katanya, dia tersenyum bersahaja.

"Dekat 1 pagi, baru dia nak balik.Tu pun pasal dia dah tak tahan kesejukkan. Mana taknya, dia pakai baju kedah dengan kain batik jer. Stokin kemana. Nasib baik dia pakai tudung.Kalau tak, aku tak tahu nak kata apa! Hilang pertimbangan juga kalau orang dah ikut emosi ni.Nafsu mengatasi iman dan akal, inilah jadinya."Keluh Budi Arman membuat Khyryl menggaru kepala yang tidak gatal.

Kali ini, Khyryl yang melepaskan nafas berat. Wajahnya keruh sedikit,"I dont think I could win her. Dalam hati dia, ada kau, lah." Hampir terlepas cawan yang sedang dipegang Budi.

"Hei, Bro! Apa ayat kau berbual ni? Takkan sikit pun kau dah nak mengalah.Nak tarik diri.Manalah tahu Zin sedang nak timbang-timbangkan kehadiran kau ni, kau dah nak withdraw pulak! Zin tu memang macam tu. Alah, masa dia naik secondary school pun, aku yang jadi mangsa ikut dia beli buku, pergi ukur baju sekolah.Dia tak ramai kawan, dan dia takut nak socialise. Jadi dia paksa aku, satu-satunya manusia yang dia boleh buli ni, ke sana kesini. Kononnya, kalau dia jalan dengan aku, tak ada orang akan ganggu, pasal orang ingat aku ni abang dia!"Cepat-cepat Budi Aerman memintas kata-kata Khyryl. Hai, parahlah kalau Khyryl rasa Zin suka kat dia.Zin tu macam adik saja. Kesian Zin, anak tunggal, tak ada abang, tak ada kakak.Sama macam Budi.Sebab tu Budi dia buat macam abangnya sendiri. Khyryl tersenyum mendengar penerangan terperinci tentang Zin. Zin..itu panggilan Budi Aerman terhadap tungnya ZunnurAin.

Mereka meningglkan Cafe itu apabila masuk waktu Asar. Selepas berjemaah di masjid, Khyryl memandu keretanya kerumah Budi. Budi bukannya tidak boleh memandu, tetapi dia sengaja tidak memberli kereta sendiri. Dia mahu sambung belajar.Duit muka untuk kerata, boleh dia gnakan untuk menyambung pengajiannya, dia memberitahu Khyryl. Sebelum membelok kekawasan perumahan Budi, sempat Khyryl bertanya tentang keengganan Budi ke Starbucks awal tadi.

"Kau surf internet kan? Kau baca tak tentang apa yang CEO company tu cakap mengenai keuntungan mereka? Dia salurkan ke Israel untuk perjuangan mereka memerangi Palestin. Kalau aku makan kat situ, aku menyumbang juga kepada musuh Islam yang giat membunuh saudara seagama aku di sana. Aku tak sanggup,Ryl. Aku tak mampu nak bantu rakyat Palestin tu. Sekadar doa saja yang mampu aku panjatkan,"Budi memberitahu datar. Khyryl mengangguk Sebenarnya dia juga menerima email itu, bahkan dia membaca sendiri artikel itu di laman web syarikat ternama itu.Tapi hatinya tidak sedikit tersentuh. Hatinya tidak bergetar sedikit pun. Namun kata-kata Budi Aerman membuat dia malu dengan diri sendiri.

Sebelum Budi keluar dari perut kereta, Khyryl memesannya untuk tidak memberitahu Zin tentang pertemuan itu.Namun dia sempat menyampaikan plastik yang dibawa tadi kepada Budi.

"Kau tolong bagi ni pada dia. Aku dah tulis sedikit nota kat dalam. Beritahu saja, aku jumpa kau bawah blok dan aku titipkan buku ni,"pinta Khyryl.

"So, aku kena bohong lagi,lah ni?" Budi bertanya mengusik.

"Aku tak ada cara lain,lah."balas Khyryl.

"Serahlah pada Tuhan, Dia yang Maha Mengatur.Yang catur hidup kita pun, Tuhan kan?" Khyryl tersenyum tawar dengan kata-kata Budi. Terasa banyak yang dia tidak tahu.




Friday, July 11, 2008

Ikhlas mengasihimu-2

ZunnurAin membuka sedikit cermin tingkap sambil menghirup udara pagi. Seusai solat Subuh tadi, dia telah terlena sewaktu leka membaca buku Ilmu dan Hikmah yang di beri oleh Budi Aerman semalam. Katanya, hadiah menyambut kepulangan teman sepermainan. "Dah besar panjang gini, nak main pondok-pondok lagi ke Budi? Adik adik satu blok ni pun, dah tak main pondok-pondok dah. Semua aci main online games depan komputer saja! Lainlah kalau kita ada kat kampung Tangkerang di Pekan Baru tu! Siap boleh main kejar-kejar dengan katak!", dia memberitahu Budi sebelum pemuda itu pulang bersama Nek Som lewat malam semalam.

"Lain kali, kalau kau bawak diri ke Pekan Baru, kau kidnaplah aku sekali! Nanti kita boleh kejar katak sama-sama,"usik Budi sebelum melangkah masuk kerumahnya. Kata-kata Budi tadi itu dia tak kisahlah sangat tapi kata-kata Budi sebelum mereka melangkah ke dalam lif sewaktu tiba di flat itu yang masih menjadi tanda tanya dirinya. Kenapa tiba-tiba dia dikerah pulang? Bukan ibu dan abahnya tidak tahu yang dia masih mengikuti kursus penghayatan Islam di sana. Patutkah dia menggunakan perkataan itu? Kerah..patut pun....Memang dikerah...dia tidak dipanggil pulang tapi macam askar saja ibunya menghantar sms mengarahnya pulang segera. Mujur kelas Isti'dat yang di ikutinya sudah ke modul terakhir, kalau tidak, tentulah dia akan ketinggalan banyak modul nanti.

"Zin...apa dan mengapa kau di arah pulang, kau janganlah tanya aku. Tapi apa pun yang berlaku, kau kena ingat, aku ada di belakang kau," pesan Budi Aerman membuatnya tertanya-tanya. Namun semalam, reaksi ibu dan ayahnya macam tidak ada apa yang berlaku. Seolah-olah arahan pulang itu, hanyalah kerana mahu menatap wajah anak gadis yang sudah hampir enam bulan tak pulang ke rumah! ZunnurAin berpaling, melangkah keluar dari kamarnya. Terasa asing berada di kota setelah hampir setengah tahun dia tinggal di daerah perkampungan, yang mana, siang dan malamnya di penuhi dengan suara anak-anak bermain di luar rumah. Indah...tenang! Tidaklah terkurung seperti sekarang ini.

Ibunya sedang mengemas di dapur sementara abah masih lagi di ruang makan, membaca Berita Harian. Perlahan, dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan ayahnya.

"Baru bangun tuan puteri?"sapa abah. Abahnya itu memang jarang mahu berbual dengan ZunnurAin. Namun dia tahu, abahnya seorang yang amat mengambil berat akan kebajikan anaknya. Manakan tidak, dialah anak tunggal dalam keluarga itu.

"Ain tertidurlah abah. Rasa mengantuk semacam pula sewaktu baca buku yang Budi bagi tu, sampai terlelap,"dia memberitahu. Malu sebenarnya apabila dia tidak membantu ibu di dapur seperti yang sepatutnya dilakukan olah semua anak dara.

"Ain, tengahari nanti ibu nak keluar sekejap dengan ayah. Ada hal sikit.Malam karang ada yang nak bertamu kesini,"beritahu ibu dari dapur.

"Ain kemaskan apa yang patut iya. Jangan sampai orang datang, rumah kita berserak pulak,"pesan ibu lagi.
Ain mencapai roti telur diatas pinggan. Disuap roti itu kemulutnya. Kalau di Pekan Baru, tentulah nasi goreng yang menjadi sarapan paginya, kerana memang kebiasaan anak-anak Indonesia makan nasi diwaktu pagi. Baru-baru dia disana, memanglah tak tertelan juga, tapi lama kelamaan, dah jadi biasa.Alah bisa, tegal biasa!

"Adalah, yang nak datang.Kawan lama ibu dan abah,"beritahu abah sambil melipat semula akhbar ditangannya. Doa memandang wajah si anak gadis yang sedang mengunyaj roti dengan lahapnya. ZunnurAin mengambil lagi sekeping roti. Rasa tak cukup pula apabila tidak makan nasi, kata hatinya. Tapi dia tak mahu menyusahkan ibu. Perutnya harus dididik, di mana bumi dipijak, di situlah apa saja dimakan! Zin Zin, kalau Budi dengar...tentu dia akan ketawa tergolek-golek dengar peribahasa cipataan sendiri.Ah, cakap pasal Budi..dia tahu tak siapa kawan Ibu dan Abah yang nak datang malam nanti?

Selepas mengemas seluruh rumah, ZunnurAin menapak ke rumah sebelah.Ibu dan abahnya sudah keluar selepas solat Zuhur tadi. Harap-harap Nek Som tahulah apa yang sedang berlaku. Sedikit sebanyak, Nek Som bolehlah beri briefing serba sedikit. Nek Som kan dah macam penasihat ibu dan abah.

ZunnurAin memberi salam lantas membuka pintu pagar yang tidak berkunci. Dia menjengah Nek Som di kamarnya. Sejak kecil lagi, memang ZunnurAin sudah biasa dengan keadaan di rumah jirannya itu. Seperti Budi, mereka keluar masuk ke rumah masing-masing ikut sesuka hati.

Nek Som sedang menjahit sesuatu di biliknya. Orang tua itu sekadar melihatnya melalui cermin mata tebal yang dipakainya. ZunnurAin duduk bersila di lantai memerhatikan kerja tangan orang tua yang sudah dianggap seperti neneknya sendiri. Cantik sulaman yang sedang di jahit pada sehelai selendang.

"Untuk siapa ni Nek?"tanya ZunnurAin sambil membelek-belek selendang merah hati itu.

"Untuk cucu nenek,"rendah Nek Som memberitahu. ZunnurAin memandang wajah Nek Som pelik. Mana Nek Som ada cucu lain melainkan Budi? Budi nak kahwin ke?

"Budi nak kahwin ke Nek?"ZunnurAin tanya lagi,"Kenapa dia tak beritahu Ain?"Dia seperti tidak puas hati. Nek Som tertawa kecil. Wanita itu menggeleng kepala.

"Bila masa pula aku ada pinang anak dara orang?" terdengar suara Budi dari luar. Mungkin mamat ni baru balik dari kuliah.

"Manalah tahu, kau nak kahwin, tak nak beritahu aku,"cepat ZunnurAin membalas. Lengan baju ditarik kebawah. Dia memperbetulkan kainnya. Memang sewaktu menapak tadi, dia lupa nak pakai stokin. Siapa sangka Budi akan balik awal. Hisy, terbarai juga auratnya depan lelaki itu. harap-harap Budi tak nampaklah......

"Awal kau balik, Budi?"soalnya. Budi merenung wajah jirannya lalu tertawa.

"Eii,makcik! Kau kenapa? Kuliah aku setengah hari lah saja.Tak pernah nya sampai satu hari,"beritahu Budi Aerman. Dia menghulur failnya kepada ZunnurAin. Alis mata gadis itu terangkat seolah-olah menyoal tingkahnya.

"Simpankanlah, dalam bilik aku. Aku nak makan, nak solat. Yang kau ada kat sini kenapa,hah?" selamba Budi Aerman bersuara. Kan malam ni ada tamu nak datang? Makcik seorang ni aci melepak dalam rumah nenek ni kenapa? Tak payah kemas rumah ke? Tak payah berdandan ke? Eh, dia kan dah pakai tudung labuh, nak dandan apa lagi! Budi sekadar tertawa didalam hati.

ZunnurAin memandang fail di tangannya, kemudian matanya memandang Budi yang telah menghilang ke dapur. Dia memandang wajah Nek Som pula. "Fail ni nak letak mana? Selamba badak jer suruh aku simpan. Dia ingat aku budak-budak macam dulu ke? Kalau sebelum "O" levels, pun tak kisahlah sangat.Ni aku dah berubah pakai, takkan nak masuk dalam bilik dia." Dia mengguman di dalam hati. Wajahnya berkerut menahan rasa. Mamat ni macam tak mahu faham akan perubahan aku jer? Buta ke mata dia?" dia membebel lagi.

"Letaklah Ain, dalam bilik dia. Dia tu buli Ain macam dulu-dulu lagi, ya. Korang dah besar panjang, tak berubah-ubah," komen Nek Som. Jahitannya sudah diletak ke tepi. Dia mengurut-urut tengkuknya. Kesempatan itu diambil ZunnurAin untuk bertanyakan perihal tetamu yang akan datang malam nanti. Dia tahu, ibunya tentu sudah bercerita dengan Nek Som.

"Ain tunggu sajalah ya. Nek Som tak tahu lah...,"rasanya Nek Som cuba berdalih. Setelah meletakkan fail di tepi pintu bilik Budi, dia meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Sedikit pun dia tidak menegur Budi yang baru keluar dari dapur itu.

"Nek, dia tu lari lagi tak, kalau dia tahu dia dah jadi tunangan orang?"tanya Budi sewaktu melihat Ain meninggalkan rumahnya.

"Entahlah Budi. Nenek tak tahu nak cakap apa. Harap-harap dia tak meletup malam nanti,"Nek Som bersuara.

"Kau jangan pergi mana-mana, tau. Kalau dia merajuk, cuma kau saja yang boleh pujuk dia tu,"sambung Nek Som, seperti amaran.

Budi Aerman terkesima.Aku? Pujuk dia kalau dia merajuk? Ni zaman bila? Bukan enam tahun lalu...

"Nek, kalau tunang dia ada,biarlah diorang buat berbincang,"Budi Aerman cuba berdalih. Mata Nek Som mencerun, memandang wajah kelat Budi.

"Abah dia yang pesan, macam tu. Budi mesti ada sama,"tegas kata-kata Nek Som. Budi Aerman mengangguk lemah. Orang lain yang kena tunang rahsia, aku pun terjerat sama. Kesian kau Zin! tapi kesian lagi aku.........

Tuesday, July 8, 2008

Forum cari

Sejak Hannah balik dari Kedah ni....Hannah tak dapat nak masuk Forum cari.....kenapa ek? kena barred ker?

Ponder...ponder..............


idea untuk Budi dan ZunnurAin, Iskandar dan Hanim dah banyak kat otak ni...tapi tak terlarat nak ditypekan.....akhirnya hannah sekadar jadi pembaca cerita orang lain saja.......

Plan untuk publish buku sendiri tergendala......rupanya......harga typesetting di malaysia, dia kira ikut Singapore dollars......kesiannya saya.......itu belum kes nak printing lagi.....so, saya simpan jer lah manuskrip Mungkinkah........jadi pekasam....................

Tuesday, June 24, 2008

Ikhlas mengasihimu...new version (prt 1)

Ruang menunggu di Terminal 2 Changi Airport itu agak lengang memandangkan hari itu ialah hari bekerja. Tidak ramai manusia yang berada diluang legar menunggu itu. Sesekali Budi Aerman mengerling pada pergelangan tangan. Dari apa yang tertera pada papan kenyataan, dia dapati pesawat dari Pekan Baru telah mendarat lima belas minit yang lepas.Namun wajah insan yang ditunggu tunggunya masih belum muncul jua.Dia menarik talifon bimbit dari kocek seluar khakinya itu.Nombor telefon Puan Zahidah ditekannya. Dia jadi risau bila ZunnurAin masih belum kelihatan lagi. Tidak mungkin gadis itu terlepas flight. Kalau betul dia terlepas flight pun, tentunya dia akan menghubungi Budi atau sesiapa saja. Belum sempat deringan telefon dijawab, dia cepat cepat mematikan talian.Ada kelibat seorang gadis sedang menanti bagasi di ‘baggage area’.Rasanya gadis tinggi lampai bertudung labuh hijau muda itu tentunya Zin,rakan sepermainannya semasa kecil. Aerman mengatur langkah mendekati 'arrival gate'.Dia mengamati gadis itu betul-betul.Budi Aerman tidak mahu tersalah orang, ada pula nanti dia dituduh mengusyah perempuan entah siapa-siapa!

"Assalamualaikum, Budi!" sapa gadis itu ceria. Sahlah, ini mesti ZunnurAin! Kalau bukan dia, takkanlah dia menegur Budi Aerman sebegitu rupa. Gadis tinggi lampai ini masih seperti dulu. Ceria, peramah dan tidak menunjuk-nunjuk. Budi tahu pemergian ZunnurAin ke Pekan Baru adalah kerana rasa kecewanya.Dia kecewa apabila agregat 'O'levelsnya, empat tahun lalu tidak berjaya menempatkan dia ke dalam kursus yang diinginkan. Sedari kecil, Zin mengidam-idamkan untuk melanjutkan pelajaran ke "Business Admin" tapi hasil "O" levelnya tidak dapat memenuhi kriteria kursus itu. Akhirnya dia akur, dia harus melalui jalan payah. Dengan tabah, Zin telah mengikuti kursus yang sama di Jamiyah Business Centre.Dia memulakan dengan Pra Diploma kemudian mendaki tangga hingga ke Diploma, malah Zin dengan bersungguh-sungguh telah mengumpul Double Diploma di institusi pendidikan itu.Cuma Zin masih terkilan kerana tidak dapat melangkahkan kaki ke Singapore Politeknik seperti rakan-rakan yang lain. Itu yang menyebabkan dia membawa diri ke tempat asing di Pekan Baru.


Rasa terkilannya pernah disuarakan kepada Budi Aerman. Maklumlah Budi itulah saja kawan sepermainannya dari kecil hingga remaja. Kalau ada saja kerja sekolah yang perlukan lukisan-lukisan abstrak, Budi tempat dia meminta pertolongan. Budi juga selalu dirumahnya kerana mengaji dengan ibu ZunnurAin. Budi rapat dengan Zin kerana dia anak yatim.Ibunya meninggal sewaktu melahirkan dia, Manakala ayahnya pula diserang angin ahmar ketika sedang bekerja di Pulau Jurong sewaktu umurnya baru menjangkau dua tahun. Budi dibesarkan oleh neneknya yang kebetulan pula berjiran dengan keluarga ZunnurAin.Apabila nenek dan atuk Budi harus keluar bekerja, Budi dititipkan dengan ibu ZunnurAin. Memandangkan abah ZunnurAin bukan jenis orang yang berkira, kadang kala, Budi juga turut bermalam dirumah Zin. Tidak seperti Zin, Budi Aerman adalah pelajar madrasah sepenuh masa.Dia tidak pernah ke sekolah nasional seperti Zin. Kini Budi sedang melanjutkan pelajarannya diperingkat Pra Universiti dengan sebuah institusi swasta yang bekerjasama dengan UIA Malaysia. Jadi, Budi tidaklah perlu keseberang dan meninggalkan neneknya seorang diri."Zin Zin...dah berubah kau,iya!" terperanjat juga melihat perubahan pada diri ZunnurAin itu. Tak sangka gadis itu berubah pakainnya. Macam pelajar perempuan di kelas Budi aerman pula!

"Budi, kau tak jawab lagi salam aku!"tegur ZunnurAin. Budi Aerman sekadar tersenyum, rasa bersalah dengan kealpaan dirinya.

"Aku jawab dalam hati,lah tiang lampu!"usik Budi.Gelaran tiang lampu adalah gelaran yang diberikan kepada Zin kerana dia agak tinggi kalau dibandingkan dengan kawan-kawannya yang lain.

"Kau usik aku lagi, aku tak nak kawan kau!" marah Zin sambil menarik bagasinya menuju ke ruangan menungu teksi.Melihat reaksi Zin, tawa Budi Arman meletus disitu.

"Merajuk ek? Merajuk kau belum baik-baik lagi?"dia masih mahu mengusik gadis itu. ZunnurAin menjeling jirannya tajam.Rasa marah dengan Budi ni memang tak akan ada pengakhiran. Budi tak akan habis menyakatnya, selagi dia mempunyai kudrat!

"Eh, Zin.Aku lupa nak beritahu, lah.Mak kau suruh aku bawa kau makan dulu.Mak kau hantar nenek aku ke hospital, check up.Dia kata, dia tak sempat nak masak. Kita makan kat cafeteria okay?"tanya Budi. Dia memang tahu, ZunnurAin tak akan ke kafeteria airport itu kerana kebanyakan pelanggan disitu adalah petugas-petugas airport yang terdiri dari kaum lelaki. Dia sahaja mengajak ni pun kerana nak melihat reaksi si tiang lampu! Jahat pula dia rasakan dirinya kala itu. Tapi nak buat macam mana, dia suka menyakat ZunnurAin.

"Hisy! Kat situ banyak lelaki lah! Kau ni dah hilang akal ke ajak aku makan dekat tempat macam tu?"ZunnurAin sudah bertambah radang dengan ketidak prihatinan temannya itu.

"Habis, kau ingat aku apa? Perempuan? Mak nyah?" tambah Budi. Bukankah dia juga seorang lelaki? Berada dengan ZunnurAin ini pun sudah dikira tidak halal. Namun dia cuba sedaya upaya untuk menjarakkan dirinya dengan gadis itu.

"Kau lain, kau dah lama aku kenal,"gumam ZunnurAin.

Budi Aerman menarik handle bagasi dari tangan Zin sambil tersenyum. Dia sudah maklum, Zin amat mempercayainya. Selama dia mengenali gadis itu, Zin tidak pernah percayakan mana-mana lelaki walaupun rakan sekelasnya sendiri.

"Zin...aku belanja kau makan kat Popeye,lah. Aku pun dah lapar. Lepas Zohor, terus datang sini. Tak sempat nak makan apa-apa tau.Nasib baik aku off hari ini.Tak payah report kat Delifrance. Dan terpaksa juga aku ponteng kelas pasal kau, tahu?"Budi memberitahu sambil langkahnya diarah menuju ke eskalator dihujung dewan.

“Kau ponteng kelas, Budi? Suka,lah aku dengar? Lain kali boleh buat lagi,”ZunnurAin mengusik. Muka Budi Aerman berubah riak. Geram betul dengan reaksi si tiang lampu yang tidak langsung berasa simpati dengan pengorbanannya itu.

“Kalau kau lelaki, kan Zin, dah lama aku bagi kau rasa penumbuk aku. Aku punyalah berkorban untuk engkau, sikit pun kau tak berterima kasih dengan aku eh.” Sambar Budi Aerman sedikit marah.

“Alah Budi….aku bukan tak berterima kasih dengan kau…Terima kasih iya, Budi. Kau terima tak kasih aku ni?” usik ZunnurAin, masih mahu bergurau dengan si teman.

“Iyalah tu. Pasal aku terima kasih kau inilah, aku tersangkut tersangkak dengan kau tau Zin. Silap-silap orang yang nampak kita akan sangka kita ni tunang ke, suami isteri ke…Kasihan tau aku…jadi bujang terlajak lah aku, Zin.” Sengaja Budi Aerman berlawan kata dengan si gadis memandangkan ZunnurAin mahu bergurau dengannya.

Tiba-tiba ZunnurAin berhenti melangkah. Dia tajam merenung pemuda yang berjalan di hadapannya. Hatinya terasa juga dengan kata-kata Budi Aerman itu.

“Budi, kau cakap lagi sekali, aku balik sendiri. Aku tak suka kau cakap macam tu, tahu?” ZunnurAin membentak kecil.

Langkah Budi juga terhenti sebentar. Mendengar kata-kata si gadis, hatinya tersentap rasa bersalah. Segera dia cuba merubah suasana. Dia tidak mahu gadis itu merajuk hati.

“Laa..kesitu pulak kau. Betullah kata aku, aku memang dah lama terima kasih kau..dari dulu lagi. Kalau aku kena ‘end up’ dengan kau sampai bila bila pun, aku redha, Zin. Okay, jangan merajuk okay..Aku kan kawan kau dunia akhirat.” Bukan sekali duua Budi terpaksa memujuk gadis ini. Sudah saban kali dia memujuk, kerana ZunnurAin memang cepat terasa hati.




**hannah edit sedikit cerita ni..ejaan nama Budi pun Hannah ubah juga..nak elakkan dari salah faham.....Hannah harapkan comments dari kawan2, especially penulis kita, Cikgu Arnita n Puan Ifah kita..I really need idea bernas....komen dan ajarlah saya....!! Adios!!!

Monday, June 23, 2008

baru buka umah ni saya dah kena keluar lagi

Baju jer saya buka rumah ni untk anda, kan?

tapi sayang nya, saya terpaksa bertolak ke Kedah hujung minggu ini, kerana satu tugas yang tak dapat di elak....

Makanya tak dapat lah saya mengubah suai serta meng'update' cerita Budi dan ZunnurAin serta Is dan Hanim...


Cita cita nak hantarkan cerita ke mana-mana pun saya terpaksa kuburkan saja, lah....saya masih belum mampu nak buat panjang panjang....hehehe..apa saja ye.....

maka..sepanjang ketiadaan saya.....tolong jagakan rumah ni iya...sapukan sawang, mopkan lantai, semburkan minyak tanah...eh salah...semburkan ubat nyamuk......

sekali sekala tu.....kalau saya dapat ke CC, saya akn jenguk rumah ni...tapi ada ke CC di Merbok?? Ada orang Kedah tak kat sini......huhuhu....


Harap2 saya menjadi insan yang lebih baik selepasa saya pulang dari Merbok nanti dan hanya mengkhususkan penulisan saya untuk perbaiki diri saya yang sememangnya masih banyak kekurangan.................

Dan lagi satu..saya sedang cari peluang perniagaan untuk saya bawa ke Singapore. Kalau anda ada idea, silalah tinggalkan pesan atau email saya....Buat masa ni mmg aim nak bawa masuk tudung Indon dari Jakarta....

semoga Tuha permudahkan urusan saya...amin......

Thursday, May 29, 2008

Makkatul Mukarramah 3

Dia memimpin tangan Indah kejap-kejap. Pegawai polis wanita yang bertugas didepan pintu Masjidil haram mengarahkan agar dia ke dalam dengan cepat. Tergagau-gagau juga Indah di tarik oleh Khaulah. Iyalah, ditempat yang berjuta-juta manusia, kalaulah dia terlepaskan tangan Indah, alamat, susah nak cari budak kecil pertas itu semula. Lagipun, dia sendiri tidak mahu apa-apa terjadi pada Indah. Indah, adik kecilnya yang tidak sedarah daging dengannya. Namun, dia menyeyangi Indah macam adiknya sendiri. mentelah lagi, Indah itu adalah anak kandung makciknya.

"Kak Khaulah, kita solat kat depan tu lah..Indah nampak Makcik Suminah kat depan tu..."si kecil itu sudah menarik narik jubah yang dipakai Khaulah. Sekilas Khaulah menjenguk kearah yang ditunjuk oleh Indah. memang betul, di satu sudut dibahagian belakang itu, makcik Suminah sedang duduk bersama dua tiga orang makcik dari jemaah mereka. pantas, Khaulah membawa adiknya ke situ. Nasib baiklah Indah ni cergas dan pantas, kalau tidak, memang terkial-kial jugua Kkhaulah mahu menjaganya. Hendak di tinggalkan di bilik hotel bersama ibu mereka yang sedang keuzuran, Khaulah rasa seperti tidak berbaloi. Dia mahu adiknya itu merasakan kepayahan melaksanakan ibdaha haji. pengalaman itu amat berharga dari pengalaman seumur hidup yang lain.

Mereka menunggu di dalam masjid sehinggalah selesai solat Isya'. sewaktu menapak keluar dari masjidil haram, Indah membisikkan sesuatu di telinga kakaknya itu. wajah serius Khaulah berubah tersenyum emmandang adiknya itu.

"Nantilah kakak belikan. Itu pun kalau tak ramai orang eh."balas Khaulah. Muka Indah berubah muram dengan kata-kata kakaknya yang tidak ada kata putus itu.

"Budak kecil ni nak apa malam-malam ni?"sampuk Makcik Suminah yang sedang menyarung selipar di kiri Khaulah. Apabila diberitahu permintaan adiknya, Makcik suminah tertawa kecil.

"Kita beratur sama-sama lah ya, makcik pun nak beli aiskrim tu juga. rasa dia tak sama macam aiskrim kat Suingapore lah Khaulah," beritahu Makcik Suminah.

SEwaktu berjalan kembali ke hotel, Khaulah cepat-cepat menarik lencana yang dipakainya agar wajahnya pada lencana tersebut tidak kelihatan. dalam keadaan begini, dia terasa tidak betah kalau ada orang yang cuba membaca namanya di kartu tersebut. Kalau di ikutkan hati, mahu saja, dia menyimpan kartu jemaah haji itu, tetapi memikirkan ianya perlu, sebagai langkah keselamatan, Khaulah terpaksa akur juga. Khaulah berjalan menyusur lorong-lorong yang menjual pelbagai makanan Timur tengah itu. Dia teringat cerita Makcik Maryam yang telah beberapa kali datang ke sini. Makanan di sini muraj dan roti-rotinya yang lebar-lebar oitu boleh digunakan sebagai tutup kepala diwaktu panas. khaulah tersenyum sendiri. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana seseorang sanggup menjadikan roti sebagai penutup kepala diwaktu panas!

"Kak Khaulah...Indah nak yang plain tau. Kak Khaulah dengar tak ni?" panggil Indah. Khaulah segera menoleh kearah adiknya yang sedang memimpin Nek wan, jemaah tertua didalam kumpulan Khaulah. Mendnegar permintaan si adik, Khaulah tersenyum.

"Khaulah, kau nak makcik orderkan sekali adik kau punya?"soal Makcik Suminah yang berada dikaunter aiskrim itu. Pantas Khaulah mengangguk. Duit note 50 riyal dihulurkan kepada wanita itu.Makcik suminah menggeleng kepala.

"Makcik belanja lah. diorang ni kalau kita abgi duit besar, dia marah, tahu! Dia tak suka,"beritahu Makcik Suminah. Khaulah segera mengucapkan terina kasih kepada wanita itu. didalam hatinya, esok, dia akan membelanja wanita itu makan Donut pula.Khaulah tidak suka termakan budi. Lagipun, dia tidak mahu orang menganggap dia berbuat baik dengan wanita itu kerana anak lelakinya. hisy...jauhkanlah Ya allah....

Sewaktu Khaulah berdiri menanti Indah dan Makcik Suminah, dia merasakan seperti dirinya diperhatikan. Apabila dia menoleh, dia mendapati ada seorang anak muda yang berpakaian jubah dan serban sedang memerhatikannya. Pantas tangannya menarik lapisan pertama tudungnya agar wajahnya sedikit tertuttup dari pandangan anak muda itu. Khaulah seperti mengenali orang yang memerhatikannya, tetapi dia tidak pasti kalau itulah orang yang sedang dia nantikan. memang Khaulah menantikan seseorang. Dia sangat berharap agar dapat bertemu dengan abang angkatnya di situ. sebelum Khaulah berangkat, ibu angkatnya di selangor ada memberitahu bahawa anak lelakinya yang belajar di Jordan akan berada di mekah sepanjang musin haji. dan Khaulah sangat mahu berjumpa dengan pemuda itu.

Namun, Khaulah tidak mahu terburu-buru menegur penudia yang berada tidak jauh darinya itu. Kalau benar, tidak apa. tapi kalau tersilap orang, mana mahu diletakkan mukanya itu. mendapati Indah sudah pun membeli aiskrim, Khaulah cepat-cepat membawa Indah kembali ke hotel. dia mahu memberitahu ibunya siapa yang dilihatnya tadi.

Pemuda yang memerhatikan Khaulah itu masih terpaku disitu. Didalam hatinya terus berteka-teka. Kalau benar itu Nur, kenapa dia tidak menegurnya. Dari cara gadis itu menarik tudungnya menghindarkan mata-mata lelaki ajnabi memandangnya, memang dia dapat merasakan bahwa gadis itu adalah Nurnya yang dia tinggalkan lebih tiga tahun lalu demi mengejar cita-cita di Bumi Arab ini. Dia teringat pesan emaknya agar mencari Nur sekiranya dia sudah di Tanah Haram itu.

Dia bertekad untuk menemui keluarga gadis itu esok. Dia kemudian bergerak dari pintu hotel itu. Tugasannya masih belum selesai lagi. dan harapannya agar dia dapat dipertemukan kembali dengan gadis itu secepat mungkin.

Saturday, May 3, 2008

Makkatul Mukarramah 2

Sudah semingu Khaulah di Tanah haram ini. Sepanjang semingu itu, dia juga sudah mula mesra dengan jemaah yang berada dikamarnya. Nek Timah, Cik Yam dan juga makcik Suminah adalah merupakan teman sekamar mereka. Ditambah dengan dia, umminya dan juga Indah sikecil itu, mereka akan berkampung dikamar itu selama sebulan gamaknya (tolak masa ke Mina dan Arafah juga ke Madinah..tak sampailah sebulan!)

Dan selama semingu itu, walidnya memang rajin membelikan dia donut dari kedai Dunkin Donut di Hotel Hilton. Bukannya Khaulah dan Indah memilih makan, tetapi mereka tak betah beratur panjang dengan jemaah yang lain di aras enam sekadar nmahu membawa makanan ke bilik hotel. Rntah apa silapnya, pihak agensdi tidak menyediakan meja dan kerusi diruang bufet itu. walidnya yang berat mulut itu malah, menegur kelemahan pihak agensi itu. Manalah nak berkatnya kalau makan, sudah meniru gaya syaitan! Apakah ketua jemaah atau lebih mesra dipanggil syeikh haji tidak menegur kesialpan pihak agensi ini? Entahlah, mahuisa..kalau mahu buat duit, apapun mereka sanggup ketepikan! Akhirnya Khaulah lebih banyak makan Donut daripada makan nasi yang disediakan pihak agensi. namun adakalnya Khaulah terpkasa turun juga menjelajah ke aras enam, kerana menemankan makcik Suminah untuk mengambil nasi buat teman sebilik yang lain.

"Kau ni, tak amakn nasi ke?" pernah makcik Suminah bertanya. Terpaksalah Khaulah menerangkan masalah makan berdiri yang diamalakan jemaah yang lain.

"Bawa naik bilik jer lah, macam makcik..Kita bayar ribu-ribu..makanlah aja lah!" beritahu Makcik Suminah. Khaulah terpisat-pisat melihat Makcik Suminah yang menuang lauk bagai tak ada orang lagi yang mahu makan. Perbuatan makcik Suminah dilihat oleh jemaah yang lain. Khaulah yang berada disisnya berasa canngung menunggu wanita itu menyelesaikan misinya.

"Ibu, banyaknya ambil lauk?"suara parau seorang lelaki kedengaran dari belakang. Pantas Khaulah menoleh. Seorang lelaki yang mungkin didalam lingkungan umur dua puluhan tahun sedang berdiri dibelakangnya. Khaulah membuang pandang ke arah lain. kalau tidak salah, itulah anak bujang Makcik Suminah yang datang bersama wanita itu untuk menunaikan rukun kelima itu. Makcik Suminah menrengkan bahawa dia bukannya makan sendiri tetapi mengambil sekali makanan untuk kawan-kawan sekamar. Sempat pula makcik Suminah melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap Kkhaulah yang sudah seminggu makan donut kerana malu untuk beraur dan makan berdiri di tempat makan itu. Marah ada, malu pun ada juga kerana makcik Suminah bercerita dengan suara yang mampu didengari oleh semua yang ada di situ. Anak lelaki wanita itu sekadar memandang wajah Khaulah yang berunah riak. Memang tak boleh ank dielakkan lagi. Semasa di Singapura, wajahnya di sembunyikan disebalik purdahnya.Tetapi kini, apabila berada didalam ihram, maka wajiblah dia menanggalkan purdah nya itu.

Khaulah sedar, sejak di dalam pesawat lagi, ada jemaah yang memandangnya dengan sinis. Buruk sangat ke orang yang memakai purdah ini? namun didalam kesamaran cahaya kapal terbang itu, Khaulah tidak berasa janggal kerana tidak ramai yang sedar, dia sudah menanggalkan purdahnya. Tetapi ketika terpaksa berehat berdekatan dengan sekumpulan remaja lelaki di lapangan terbang Jeddah, terasa wajahnya seperti disimbah minyak tanah saja apabila ada jemaah yang tidak henti-henti memandang wajanya itu.

"Ya Allah, tak payahlah pandang-pandang. Muka aku sama dengan muka korang juga..bukannya ada mata terkurang atau hidung yang tersalah letak,"gumamnya.

"Sudah-sudahlah tu...orang bukannya pandang kamu. Kamu saja yang perasan."tegur Umminya sekadar mahu mengusir rasa tidak selesa dihati Khaulah.

"Eh, Lala..tolong bawakan pinggan ni naik atas." suara Makcik Suminah mengejutkan dia dari lamunan. Khaulah Khaulah..disiang hari pun masih nak mengelamun. Sedarlah kat mana kamu berada sekarang nih.

"Apasal panggil Lala, ibu?" tanya si anak bujangnya pula.

"Alah, nama dia panjang sangat. Susah ibu nak sebut." jawab ibunya pula sambil tangannya cuba mengawal pinggan nasi dari jatuh menyembah lantai.

Khaulah sekadar mendengar perbualan mereka. Dia tidak ada hati untuk masuk campur walaupun dia tahu mereka berbual tentang dirinya. Setibanya di lif, mereka terserempak dengan kumpulan tiga pemuda yang berlainan jemaah. Salah seorang dari mereka melemparkan senyuman kepada Khaulah.

"Dah makan?"soal pemuda itu. namun soalannya dibalas oleh Makcik Suminah.

"Ah'ha,lah kita nak bawak naik ke bilik, senang sikit nak makan. Dia ni kesian, haji ifrad, tak selesa makan kat ruang tu." Khaulah sedar, wanita itu sedang bercerita tentang dirinya. Memang dia dan keluarganya saja yang melakukan haji ifrad didalam rombongan itu.

Pemuda itu masih tersenyum memandang Khaulah tetapi sedikit pun Khaulah tidak membalasnya. Kenal pun tidak, nak balas senyuman maut itu buat apa? Dia melemparkan pandangan ketepi lobi. Pandangan tajam anak Makcik suminah kearahnya membuat dia terus mengarahkan mata memandang pintu lif yang belum terbuka.

Aduh......rimas sekali!

Thursday, April 24, 2008

Ku kenal erti cinta itu di Makkatul Mukarramah

Pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Suci itu amat meruntunkan hatinya. Pertama kali melabuhkan pandangan kearah masjid nan indah itu, membuat dia terpegun, tak terkata.Ini dia Masjidil Haram yang diceritakan oleh setiap ustazah yang mendidiknya. Indahnya, macam dalam fairytale.

"Cantiknya Indah....macam mimpi,"dia memberitahu adik kecilnya yang sedang melawan rasa mengantuk.Indah hanya mengangguk lemah. Papa dan Mama sudah mula mengeluarkan bagasi dan beg sandang dari bas yang mereka naiki bersama jemaah lain. Khaulah tersenyum kearah mamanya lalu tangan mencapai beg sandangnya yang diikat dengan reben kuning dan ungu, warna kegemaran kawan-kawannya ditempat dia bertugas. Khaulah memimpin tangan Indah berjalan memasuki lobby Makkah City Centre yang akan menjadi penempatannya sepanjang dia berada di Makkah ini nanti. Khaulah dapati sudah tidak ramai jemaah haji yang serombongan dengannya di lobi hotel.Semuanya sudah berangkat ke atas, kelaras sembilan untuk mengambil kunci bilik.Khaulah tidak kisah, kerana dia tahu, dia akan ditempatkan dengan beberapa orang jemaah lain.Dan dia tahu, makcik-makcik tadi sudah terlebih dahulu ke laras sembilan untuk mendapatkan kunci bilik.

"Mama, nak terus ke bilik atau nak makan malam? Badan macam dah lekit ni,"dia mengadu pada mamanya.

"Hisy..kamu tu...lupake?Kita ni haji ifrad, bukan tamatuk..Jangan pulak masuk tandas nanti, dia bawa sekali sabun segala..."Mamanya memesan.takut sigadis lupa akan pantang larangnya pula.

"Taklah,Ma.Khaulah takkanlah lupa...Tak tahulah kalau nenek seorang ni yang dah lupa!"dia mencuit Indah yang sedang berdiri senyap disisnya.Indah berdiri dengan mata yang separuh tertutup.Mengantuk sungguh dia.

Papa yang diam sedari tadi memandang Indah dengan penug simpati.Akhirnya Papa mengarahkan semua ke bilik sahaja, agar dapat berehat sebentar.Apatah lagi, seawal jam 3pagi, mereka harus bangun untuk bersiap-siap ke Masjid.

SEkali lagi, Khaulah menjengah keluar hotel.Memandang bangunan masjid yang gagah berdiri, menjadi kebanggan umat Islam itu.Dia sungguh bersyukur kerana akhirnya dia dapat menjejakkan kaki ke tanah suci.Rezeki yang datang, dia tak mahu menolak walaupun umurnya ketika itu amat muda.Baru dua puluh satu tahun.Dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk terbang menunaikan rukun Islam yang kelima itu.Khaulah gembira yang teramat sangat.Dia teringat kata-kata Rasulullah mengenai permusafiran. BUkankah elok kalau seorang ummat Rasulullah itu menziarahi Mekkah dan Madinah sebelum dia menjejakkan kali ke bumi Tuhan yang lain. Dan disini, Khaulah berdiri, merendah diri didepan Tuhan Azza Wajall kerana dianatara berjuta hambanya, Khaulah terpilih untuk menjadi tetamunya dikita itu. Apa yang Khaulah tidak tahu, Tuhan telah mencaturkan buatnya sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya.