Saturday, September 6, 2008

Ikhlas mengasihimu 10

Mereka bergerak ke tempat parkir kereta sejurus melihat ZunnurAin menyerahkan passport kepasa pegawai immigresyen yang bertugas. Sedikitpun gadis itu tidak menoleh untuk melambai buat kali terakhhir. Hati Budi sedikit terkilan dengan tindakan temannya itu. Namun memikirkan wajah Puan Zahidah yang tenang menghantar pemergian anaknya kali ini, dia turut pasrah. Semoga ZunnurAin menemui ketengannya di sana.
“Pakcik dan makcik tak nak tunggu sampai pesawat berlepas?” tanya Budi Arman apabila mendengar Hj Bakhtiar mengajak Puan Zahidah ke kereta. Hj. Bakhtiar sekadar menggegeleng kepala.

“Kita balik sajalah Budi. Nanti kalau dia dah sampai, terpulanglah kalau dia nak telefon kita atau tidak. Budi bukannya tak kenal Ain tu.”beritahu Puan Zahidah.

“Jomlah. Pakcik nak rehat kat rumah lah Budi. Dah macam –macam sangat yang berlaku. Pening kepala pakcik ni,”Hj Bakhtiar menyambung.

“Biar Budi yang drive, pakcik.” Pinta Budi Aerman. SEjak dari tadi lagi, Hj Bakhtiar tidak banyak cakap. Sewaktu Ain menyalamnya juga, dia hanya memesan sedikit saja pada anak gadisnya itu.

“Budi, Zin pergi dulu. Zin minta maaf,”rendah suara Zin mencecah pendengarannya. Dilihatnya air bergenang di tubir mata gadis itu. Zin nak menangis ke? Leleh dah Zin ni? Atau mengahrapkan kedatangan Khyryl? Tapi takkan Khyryl nak datang pula?

“Hati-hati kat sana, tau. Jaga akhlak, jaga agama. Jangan lupa makan.”pesan Budi pada ZunnurAin. Gadis itu sekadar mengangguk lesu.Menyesal pasal dah beli tiket ke?

“Bila kita akan jumpa lagi,ek?”Zin berusaha berlagak biasa. Namun kali ini, Budi tahu, hati Zin berbelah bagi. Biarlah, Budi tak akan menghalangnya. Biar ZunnurAin pergi membawa hati yang luka. Luka kerana dia tidak memahami orang disekelilingnya. Biarlah masa yang mendidiknya.

“Nantilah, lepas Budi nikah kot,”beritahu Budi selamba.

“Ha’ah….jangan lupa call Zin ya,”sempat Zin memesannya. Budi dapat melihat sebutir mutiara yang hampir jatuh dari mata gadis itu, tapi cepat-cepat diseka dengan hujung tudungnya. ZunnurAin kemudian terus duduk sepi disebelah ibunya sehinggalah panggila terakhir untuk penumpang diumumkan. Tanpa menoleh, gadis itu terus hilang ke dalam dewan berlepas.



“ Kami minta maaf, Budi. Kami menyusahkan Budi. Akhirnya, majlis Khyryl dan Ain, entah jadi apa agaknya.”keluh Puan Zahidah.

“Khyryl tak cakap apa-apa pada makcik ke?” Budi bertanya sambil memandu kereta Toyota Wish milik ayah ZunnurAin keluar dari Singapore Changi Airport. Pembangunan pesat yang sedang berjalan lancar tidak dapat memikat hatinya untuk merasakan indahnya berada di bumi Temasek ini. Sejurus dia pulang dari Kuala Lumpur, ZunnurAin pula berlepas ke Pekanbaru. Dia sendiri tidak tahu apa yang menunggu di hadapan.

“Khyryl cuma beritahu makcik, apa yang dia dah cakap dengan Budi dan apa yang dia dah tulis pada Ain. Makcik tak sangka Budi, drastik sungguh tindakan dia. Teruk dia kena marah dengan Mama dan Papanya. Tapi dia kata, dia tahu…Budi saja yang boleh jaga Ain. Berkalai-kali dia tekankan benda itu pada makcik.” Puan Zahidah berkata dalam tangisan yang cuba ditahankan.

“Budi tak tahu nak kata apa, makcik. Memang pertunangan itu tak semestinya berakhir dengan pernikahan. Tapi Budi yakin, ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini.”

“Macam manalah pakcik nak cakap lagi Budi. Kau dah banyak sangat bantu keluarga kami. Sampai ke tahap ini pun, Budi terpaksa bantu kami lagi,”Hj Bakhtiar akhirnya bersuara.

“Budi…kau dah ada calon hati ke?”tiba-tiba Puan Zahidah bertanya. Budi menggeleng kepala. Calon apalah yang dia nak cari. Hidupnya masih belum stabil untuk jaga anak dara orang.

“Kita batalkan saja majlis kita tu saja, Idah. Nanti abang beritahu Khyryl, agar pulangkan semua kad jemputan. Yang dah terlepas dihantar tu, kita buat kenduri tahlil sajalah.” Haji Bakhtiar memberi pendapat. Ada sendu pada suaranya. Masalah ZunnurAin putus tunang dan lari ke Pekanbaru amat membebani jiwanya sebagai ayah. Ayah mana pun akan terasa malu dengan berita yang sedemikian. Bagaimana harus dia menjawab soalan rakan-rakannya nanti?

“Pakcik, tak payahlah kita batalkan. Kita teruskan saja majlis pernikahan itu.Saya dah hubungi pihak kadhi semalam. Semuanya akan selesai dengan indah, insyaAllah. Yang penting sekarang, kita doakan kesejahteraan Zin. Budi harap sangat dia dapat rehatkan fikirannya di sana.”celah Budi sebelum sempat Puan Zahidah membalas kata-kata suaminya.

“Budi, sanggup ambil Ain jadi isteri?” Puan Zahidah agak terperanjat dengan kata-kata pemuda yang sedang memandu itu.

“Kita serahkan pada Tuhan saja makcik…”tenang dia membalas.

No comments: