Saturday, April 5, 2008

Cuti Panjanggggggggggggggggg

Cuti Panjang?

Haa....bukan nk pergi holidays...musim haji pun dah lepas dah.....



Cuma nak bercuti dari melungsuri blog sendiri...
nak bercuti dari meng-update blog sendiri....

Kenapa?

Entah......mungkin terasa hati? tak.....

penat menulis........mungkin

merajuk?...............lagi tidak!


Saya letih memikirkan masalah negara....ehehehe

Tentang cerita di blog, saya takkan delete....

saya serahkan kepada pembaca untuk menilai tulisan saya.
Apakah saya menulis tanpa mengilut fakta alam...atau sebagainya.

Saya bukanlah penulis professional.
saya menulis apa yang dekat dihati, dan tentang apa yang saya pasti.

Cuma sementara ini, biarkanlah saya bersuluk, bermuhasabah,
menelek kekhilafan diri, mencari dosa-dosa yang belum saya taubat lagi...
Mungkin itu hijab yang terbit sehingga saya di salah fahami.

Cerita cerita dan blog personal tidak akan saya update kerana
dalam keadaan begini, saya tak yakin dapat menulis yang terbaik yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua.

Kepada yang prejudis terhadap saya.....

Janganlah pandang saya yang menulis, terimalah dan carilah ilmu dari apa yang ditulis
kerana
ilmu itu milik Tuhan dan wajib dikongsi.


Hanya itu matlamat saya ...

Bukan glamour dan popular yang menjadi idaman saya....

Saya tahu...tulisan saya tak layak ke versi cetak...
Saya sedar perkara itu.............


Saya menulis kerana saya suka menulis, dan kalau ada yg mahu menerbitkan pun,
saya anggap ia adalah satu wadah buat saya mengembangkan cara saya berdakwah......


maaf zahir batin......




Al Muznibah ilallah....

Ummihana Al Ikhwan