Saturday, March 17, 2007

Mungkinkah Part 25

Gagang telefon itu di letak perlahan. Fikirannya bercelaru dek panggilan dari Ivan tadi. Amierah yang duduk di sisinya, hanya memandang sepi.

"Mierah...I've got something to say," Luqman memulakan bicara.

Amierah meraih tangan suaminya,"Cakaplah,abang. Mierah sedai dengar..."

"The Home...we have to give it up. Ivan dalam bad debts. He needs to sell off that property, agar dapat bayar creditors."

"So...kita kena kosongkan tempat tu?"tanya Mierah tenang. Akhirnya Luqman mahu juga bercerita.

Luqman mengangguk lemah,"Ya."

"Kenapa abang tak beritahu Mierah? Kita boleh minta tolong Papa. I'm sure he'd help."

"Abang tak nak susahkan sesiapa. ini masalah abang,sayang."

"The girls dah tahu? Ain? Staf yang lain?" Amierah mengajukan pertanyaan.

"Abang tak cakap dgn sesiapa pun...."

"So, apa perancangan abang?" Amierah ingin kepastian,"Tadi Ivan call nak apa?"

Luqman meraih bahu isterinya," Tadi tu, he called to say, ada orang nak beli rumah tu."

"Does that means we have to vacant the place,abang?"Amierah menatap wajah sayu suaminya.

"Entahlah,Mierah...Ivan kata, the buyer sanggup serahkan rumah tu untuk abang atas satu syarat." Luqman merenung wajah Mierah dalam-dalam.

"Syarat? serahkan rumah yang dia beli pada abang? Apa maksud semua ni,bang?"

"Mierah...answer me, sejujur2nya." Luqman memegang kedua-dua bahu isterinya erat.

"Abang, Mierah tak faham...."

"Orang itu kata, dia buat ini semua untuk kebahagiaan Mierah. Siapa dia, Mierah? Siapa? Siapa lagi insan yang ada tempat dihati Mierah?"

Amierah terkejut dgn pertanyaan suaminya,"Abang,please.....Mierah tak tahu apa-apa! Abang kan tahu siapa Mierah...Mustahil untuk Mierah berahsia dgn abang...."

"Mierah, is there someone else before me? Kenapa Mierah tak beritahu abang? Siapa yang sanggup habiskan berjuta-juta dolar hanya untuk orang lain, kalau orang itu is not someone very very special....Betulkan Mierah?" Nada Luqman agak keras.

Amierah masih tidak faham apa yang di sampaikan Luqman,"abang please...Jangan buat Mierah macam ni..."

Luqman terus merenung isterinya, wajahnya yang lesu tadi berubah apabila Amierah menafikan segala-galanya.

"Mierah, ni masalah abang. I can handle this. Abang tak perlu bantuan dari kekasih hati Mierah tu. Faham?"

Amierah menangis mendengar tuduhan Luqman,"Abang.....sampai hati abang.."

"Shut up! Not a word from you Mierah! Mierah yang sampai hati buat abang macam ni..."

Sejurus itu Luqman pun bangun dan meninggalkan Mierah sendirian. Amierah terus menangis di birai katil. Dia tahu Luqman tak berniat membuatnya begitu, tetapi mungkin suaminya itu terlalu tertekan dgn masalahnya.

"Ya Allah, selamatkanlah suamiku di mana pun dia berada. Bantukah dia,Tuhan. Kuatkanlah imannya...."

Amierah masih menunggu di kamar.Sudah jam dua belas malam, tapi Luqman masih belum pulang lagi. Sewaktu ditanya ibu mertuanya tentang kemana perginya Luqmna, dia terpaksa berbohong.Sengaja tidak mahu wanita itu bersusah hati. Mujur sewaktu Luqman meninggalkan rumah tadi, ibu mwertau ke rumah jiran di atas, menghantar tempahan lagsir.Kalau dia ada di rumah, tentu dia akan marahkan Luqman.
Amierah mengusap perutnya yang semakin membesar.Terasa sakit apabila si anak tidak betah duduk diam didalam. Kadang kala pergerakan bayinya membuat dia payah bergerak.Dan saat-saat begini, dia memang mengharap sangat bantuan suaminya.

"Sayang ummi, mana perginya abi sayang ye?" Amierah bertanya sendiri. Bukan tidak mahu menghubungi Luqman lagi, tapi cukuplah tadi panggilannya tidak dijawab.

Akhirnya, Amierah terlena juga dengan kedua-dua telefon dan handphonenya disisi. Wajah yang sentiasa tenang itu ada sedikit riak kerisauan malam itu. Memang Amierah sendiri tidak pernah menyangka perkara begini akan berlaku dalam perkahwinannya.Selama ini, Luqman amat menyayanginya. Tindakannya sentiasa rasional tapi entah kenapa, syaitan berjaya juga meloloskan diri menceroboh mahligai yang mereka bina diatas landasan syariat itu. Sesekali nafas Amierah sesak....dia menangis didalam tidurnya.

Amarahnya sekali lagi menguasai dirinya apabila Ivan tidak mahu berterus terang tentang insan yang sanggup membeli rumah itu semata-mata kerana kebahagiaan Mierah, puteri taman larangannya itu.

Wajah Ivan di renungnya dalam-dalam,"Come on,lah, Ivan. Tell me. Who's that guy?"

Ivan menggeleng kepala,"Sorrylah,kawan.I just can't. It a promise that I made.And I don't break promises."

"Tapi, I just cannot take it.Siapa dia yang sanggup berhabisan duit sebegitu banyak because of my wife....Siapa. Kalau you. If you are i my shoes, what are you going to do,Ivan?" Mierah, she's my wife and I love her...She's very precious to me...Aku tak nak kehilangan dia, kepada entah sesiapa diluar sana..."luah Luqman.

"Betul Mr. Luqman? You love her? Then, why did you leave her just like that? Knowing her condition...what if something happen to your precious one? You tak menyesal?" Ivan membalas dengan Bahasa Melayunya yang pelat itu.

Luqman terkesima dgn kata-kata Ivan. Ada betulnya kata-kata pemuda mata sepet itu. Bagaimana kalau sesuatu berlaku pada Mierah kerana tindakannya itu? Terlambat untuk dia menyesal dan mengharapkan kemaafaan. Apa yang akan dijawab pula pada Papa Mierah yang meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada Luqman? fikirannya buntu....

"Mr.Luqman, I can only tell you that the man who bought over the Home is married to a pretty young girl. They have a baby girl about a year old....What they did is to show gratitude to your wife. Not more than that...."akhirnya Ivan bersuara.

Luqman semakin bingung.Siapakah gerangan mereka...Mierah....apa yang sedang Mierah buat ketika ini? Rasa bersalah pada Mierah...rasa rindu dgn wajah tenang itu...silih berganti. Ya Allah....kenapa aku lebih mementingkan perasaan sendiri? Mierah...maafkan abang..."

Sepanjang perjalanan dari Changi Airport ke rumah, Luqman masih memikirkan Mierah. Maafkan abang, Mierah.Abang bersalah....Ya Allah...aku tewas dgn nafsu ku sendiri....Dia terus berdoa dan berdoa...Teringat kata-kata isteri tersayang kelmarin.

"Abang, bukankah Rasulullah dah berjanji pada kita bahawa doa itu senjata orang Mukmin? Mierah takkan lupa janji Rasulullah itu,bang. Mierah akan terus berdoa disamping usaha Mierah ni. Kita sama-sama berdoa agar kita selamat dunia dan akhirat,ye bang...Mierah redha jika apa pun yang berlaku keatas diri Mierah ataupun kandungan Mierah ni..."
Tuhan, tabahnya hati dan jiwa puteri taman larangan ku itu.

"Ya Allah...berilah aku kekuatan Iman dan Ilmu,
Agar menjadi senjata kehidupanku,
Selamatkan aku Tuhan,
Hinggalah aku bertemu dgnMu."

Mungkinkah Part 24

Luqman menyimpan AlQuran di tempatnya. Dia meraupkan tangan ke muka. Amierah sedang lena di atas katil.Sengaja dia tidak mengejutkan Amierah untuk bertahajud bersama. Jam di dinding di pandang sekilas,"Baru 4.30 pagi, awal lagi..." dia berkata didalam hati. Luqman bangkit dari sejadah lalu menghempaskan tubuhnya di armchair di sudut kamar itu. Dia melepaskan satu keluhan berat. Fikirannya melayang memikirkan nasib RKS yang selama ini di uruskan itu. Luqman menghitung hari. Dia cuma punya sebulan saja lagi untuk menyelamatkan nasib rumah itu serta penghuni-penghuninya. Bukan tidak ada rumah peralihan lain yang boleh menerima penghuni2nya, tapi Luqman tahu puteri-puteri itu tidak akan betah hidup tanpa dia, Ain dan yang paling penting,Amierah.

Luqman tidak sampai hati untuk memberitahu masalahnya pada Amierah. Dia tidak mahu membebankan isterinya dgn perkara seberat itu. Bukan dia tidak tahu, Amierah mampu menolong, tapi Luqman saja yang tidak mahu meminta tolong dari isterinya itu. Bukankah mendapat Amierah sebagai isteri satu nikmat yang besar baginya, cukuplah sekadar itu. Dia teringat pula pada pemberi hadiah cadar di rumah itu. Sarung cadar Friven bukannya murah, tapi siapakah gerangan penderma yang baik hati itu? Kalau dia menjual rumahnya dan kereta juga, bukannya cukup untuk menyelamatkan rumah Kasih sayang itu. Luqman terus berfikir.....

"Abang, a penny for your thought?" suara Mierah mengejutkan Luqman dari lamunan.

"Nothing, Mierah...I was just thinking about....."

"About what? Anything that I should know?" soal Mierah lembut. Perlahan dia mendekati suaminya. Luqman meraih tangan Amierah.

"About me, you and our baby. Nanti kalau dah ada baby, tanggungjawab abang semakin banyak. You have to help me, sayang."

Amierah tersenyum.Dia tahu bukan itu yang Luqman fikirkan.Namu dia tidak mahu terus mendesak.

"InsyaAllah, Mierah akan terus jadi tulang belakang abang." Pandangan Mierah jatuh pada sejadah yang terbentang di atas karpet.

"Abang bangun tahajjud, tak ajak Mierah....Sampai hati abang, memadu kasih dgn Tuhan tak nak ajak Mierah sekali....,"Amierah pura-pura merajuk. Di dalam hatinya, dia memanjatkan syukur kerana Tuhan telah memberi kekuatan untuk Luqman untuk bangun malam.kalau dulu, hanya Mierah saja yang bangun seorang diri.

Luqman tersenyum dgn keletah Amierah," I learnt from you,Mierah. Mierah selalu dapat sampaikan 'love letters' kat Tuhan, abang ni sekali-sekala ajer...tak apalah Mierah bangun lambat sikit. Abang ni yang sepatutnya iri hati dgn Mierah."

Amierah tersenyum, manis. Dia menuju ke kemar mandi. Sebelum dia masuk kedalam bilik air, sempat dia menoleh dan memberitahu suaminya," Abang, do you know that Allah is the best lover ever? He listens without fail, never bored with our pleadings and what not....Sebab tu, Mierah find the best solace in those Surahs...It helps me fight through....You can do it too, abang. He's always there when you need him."

Kata-kata Amierah memberikan keyakinan kepada Luqman untuk terus berusaha menyelamatkan Rumah itu." Ya Allah...I seek your help,O lord."
Luqman terus mencapai handsetnya. Dia menghantar satu msg kpd Ivan, tuan punya rumah itu...

"Its not easy,Mr Luqman. I need to pay off my debts as soon as possible."terang Ivan, tuan tanah rumah kasih sayang itu.
"Why dont you give me a couple of weeks more? I'll get the money by then." pujuk Luqman,"You know that the Home is very important to me."
Ivan memandang ke arah orang yang sedang berlalu lalang di situ.Dia menghela nafas, tertekan dgn situasi begitu.
"Okay, friend. I'll see you again in two weeks time. We didn't expect this to happen, do we?"
Luqman menoleh kearah Ivan yang dudk di sisinya. Tidak sangka lelaki itu akan mengalah dan menuruti permintaannya.

"That's it, Ivan. That's great,man! We'll meet again in 2 weeks' time. I've gotta go. My wife's waiting at home."

Ivan tersenyum,"send my regards to her. Your staff told me she's pregnant now. Its gonna be hard on you, but I am really sorry."

Luqman mengambil beg di sisinya,"She didn't know about this. I keep it from her. Don't want her to worry too much."

Ivan mengangguk,tanda faham dgn kata-kata Luqman. Dia masih lagi duduk di bangku itu setelah Luqman meminta diri. Tanpa disedari oleh Ivan dan Luqman, ada sepasang suami isteri yang mendengar perbualan mereka dari sebalik tembok yang memisahkan tempat rehat di taman itu. Sepasang suami isteri itu mendekati Ivan setelah Luqman berlalu.
"Ivan Lee?"
Ivan mendongak melihat wajah empunya suara,"Do I know you? Have we met before?"
"No. We do not know each other, neither have we met before. I need to talk to you."

Mungkinkah Part 23

Riuh rendah Rumah Kasih Sayang itu bila melihat Amierah keluar dari kereta. Azierah berlari mendapatkan kakak iparnya. Tangan Amierah yang masih lagi memaut pada lengan Luqman, di raih Azierah.

"Kak, we miss you tau! Tiap-tiap hari berbual pasal akak saja. So how's baby?" tanya Azierah manja.

"Baby's doing fine. Adalah sedikit perubahan. Kalau tak ada positive changes, takkan abang nak kasi akak berjalan ke sini,"jawab Amierah.

"Ierah, be careful tau.Hati-hati dengan the baby inside,"pesan Luqman pada adiknya. Azierah menjelirkan lidah.

"Hey brother, I care for Kak Amierah too.Ingat abang seorang yang sayang sangat dengan Kak Mierah?"

"Whatever...tapi Mierah jangan renyah-renyah okay.Jangan diikutkan sangat perangai diorang ni," kali ini pesan Luqman hanya pada isterinya.

Amierah mengangguk ,"Abang, Mierah ke dorm Ierah boleh? Kalau duduk kat office abang, tak selesa lah...."

Luqman mencubit pipi isterinya,"Tadi kata, nak teman abang.dah sampai nak duduk dgn the girls pula...Sebenarnya, Mierah rindu nak sembang dgn budak-budak ni,kan?" soal Luqman.

"Laa, she's always seeing you at home.Tentulah bila dah sampai sini, she would want to see me, ain't I right, Kakak?" celah Azierah.

Luqman cuba menyiku adiknya tapi Azierah cepat mengelak. Azierah memipin Mierah menuju ke dorm. Puteri-puteri yang lain sudah berkumpul di situ.Memandangkan hari Ahad memang hari aktiviti bebas, ada puteri yang sedang mengemas cubicle dan ada juga yang hanya lepa-lepak membaca buku.

Amierah melabuhkan punggungnya di katil Azierah. Dipandang sekeliling dorm itu. Banyak perubahan telah dibuat.

"We painted the walls dgn Kak Rusyidah before she left for umrah. Langsir tu pula, Kak Ain sponsor kain. Suami dia naik pangkat, so he presented us with the cloth. Bedsheets ni exceptional sikit. Abang got a letter from FRIVEN, to collect bedsheets for us.They said it was sponsored by someone, tapi he wanted to remain anonymous.So abang collect je lah....Rezeki dari Tuhan," terang Azierah.

"Anonymous? Sikit pun tak ada hint?"tanya Mierah.Puteri-puteri yang ada di situ menggelengkan kepala.

"Hmm..lots of changes,Alhamdulillah.But your broyther did not say a word to me..." gumam Amierah," why is he keeping things from me?"

Azierah memeluk bahu kakak iparnya,"Well he doesnt want to burden you with litlle things like this, as I've said before...Janganlah read too much into it, nanti your health terganggu..."ujar Azierah.

"Kakak, did you meet Kak Rusy after she came back?" tanya Azierah, cuba untuk merubah topik perbualan.

"Mmm...dua tiga kali she came to help me at home. She's busy preparing for her nikah.."

"Yes, dia kata, tunang dia tu pilihan her mother. Betul ke?"

"Betullah, takkan Kak Rusy nak berbohong,unlikely of her to do that,kan?"

"It made me shudder lah,kak," beritahu Azierah.

"Kenapa?" tannya Amierah sambil memandang wajah adik iparnya itu.

" Its a modernized world.Kak Rusy bukan orang kampung. She's a graduate and yet, she can say 'yes' to matchmaking."

"Ierah...its not really a matchmaking kinda thing. Ustaz Adham tu kenal Kak Rusy. Sama-sama dalam satu usrah kat Uni. of course, they don't date, tak pernah pun berbual kosong dgn each other. Ustaz Idham minta kawan2 tanyakan hal Kak Rusy. that's how they got engaged. Satu pertalian yang suci, yang terjalin di atas landasan syariat. Lagipun Tuhan dah janji dalam Quran, lelaki yang baik, hanya untuk perempuan yang baik. I think they are meant for each other."

"Tapi how would they communicate? They are not that close, I should say. Lepas kahwin, wouldn't Kak Rusy feel weird living under the same roof, sharing the same bed with someone she doesn't love yet?" tanya Azierah. Anak Mat salleh ni memang tak faham dgn cara hidup Islam yang syumul.

"Hey, sayang. Tentulah dalam masa pertunangan ni, rasa sayang tu dah terbit, cuma Kak Rusy tak show it in public.Neither did she show it through her conversations with us, tapi Kak Mierah yakin, her trust, her love dan rasa hormat dia dah mula berputik untuk Ustaz Idham. Kita kena sentiasa dokan yang terbaik untuk dia..." terang Amierah lagi.

"Kakak, apa dalam Islam, Ierah tak boleh choose my own partner?" tanya Azierah ingin tahu.

Amierah tersenyum dgn soalan adiknya itu,"Sayang, dah ada calon ke?"

Azierah termangu mendengar soalan Mierah. Dillah dan Eida yang duduk di katil sebelah mecelah," Hey Blondy, Kak Mierah was asking if you've met your Mr Right? Your Prince Charming? Your partner in crime?"

"Hey, come on.Stop calling me Blondy, I aint a bimbo....kacau lah you guys, eaves dropping ya?"

"Apa salahnya, ini juga satu ilmu, Ierah. Ilmu tu tak semestinya di beri sewaktu kuliah khas saja...Ilmu Tuhan tu kat mana-mana boleh di sampaikan..." Amierah menjelaskan.

"Kak Mierah, terangkanlah pada kita ttg choosing a partner.What does Islam say about that?" tanya Eida.

"Nak tahu? Ni kira tazkirah Munakahat lah yea? Why not call the others too, kita sembang-sembang..." cadang Amierah.

Akhirnya satu dorm duduk mengelilingi Amierah mendengar tazkirahnya tentang perkahwinan dalam Islam.

"So, akak...Dalam Islam, its alright to choose asalkan orang tu yang baik-baiklah ye...?"

Amierah mengangguk lagi,"Macam Khadijah dan Rasulullah. Wasnt Khadijah the one who asked for Rasulullah? Walaupun ramai yang nak jadikan dia isteri, tapi Khadijah tetap pinang Rasulullah. dalam Islam, wanita dikahwini atas 4 perkara yang akak sebutkan tadi..."

"I know i got it jumbled up, but I think its something like this...kerana keturunannya, hartanya, amalannya and....Oh...can't think of that last one...." rungut Eida.

"Perempuan dikahwini atas....kekayaannya, kecantikkannya, keturunannya dan agmanya," Dilla cuba membantu memberi jawapan.

"Mmm, elok sangat jawapan tadi, Dilla. Tapi dalam yang empat tadi, Rasullulah anjurkan agar seorang lelaki mengutamakan agama seseorang wanita, nescaya bahagia hidupnya...So what didi thid hadis tell us? Anyone game enough?"

"Selalunya, lelaki akan mencari wanita or should I say, terpikat pada wanita yang kaya, sexy , savvy, ada career and what not. Yes, itu untuk memberi kepuasan di dunia.Satisfeid and proud when other people comment,"Hey ur wife is one pretty woman, ada career and whatever....tapi macam mana rumahtangga itu nanti...Siapa yang nak mendidik anak-anak agar takutkan Tuhan, jadi insan yg beragama, siapa yang nak jaga solat mereka, hidup mereka...." satu suara mencelah dari pintu dorm.

Semua puteri yang ada menolah kearah suara itu. Ternyata Luqman telah mendengar tazkirah mereka pagi itu. Dia melangkah masuk dan duduk di sisi Amierah.

"That was why, Abang Luqman tidak berputus asa untuk mendapatkan Kak Amierah. I need a wife to jaga harta I, anak-anak I, kerana penghayatan agama yang kuat seorang isteri itu will leave an impact ke atas kebahagiaan sebuah keluarga. Dont tell me you gals tak ingin hidup rukun damai dgn your spouse," Luqman menerangkan lagi.

"Of courselah..kita nak a blessed marriage, tapi just look at us...."

"Kitorang mana ada hope? Tak satu pun ciri-ciri tadi ada pada kita," keluh Shana.

"Say who? You?" tanya Luqman. Dia mengerling kearah Amierah, saja nak minta respon dari isterinya.

"Shana dear, siapa kata you tak menepati ciri-ciri tadi...Tuhan dah janji dalam Al Quran untuk membantu kita yang ingin berubah. I can see changes, positive ones, in you girls....its good to rasa diri berdosa, itu tradisi salafussoleh, sentiasa rasa berdosa dgn Tuhan. Bila kita ada kesungguhan untuk menuju kebaikan, di situ akan ada bantuan Tuhan. Place your Faith in that...sentiasa mengharap akan redha Tuhan, keampunanNya, bantuanNya. And...jangan sekali-kali berputus asa, berburuk sangka dg Tuhan..."

"Oh, God...thanks...lots...." gumam Azierah.

"Kenapa Ierah...whats in your mind?"tanya Luqman, penuh tanda tanya.

"Yalah.... bila Kak Mierah sebut about lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik....My imagination went wild... Takkan I nak kahwin dgn lelaki yang tak baik...then again, I wasnt a good Muslimah myself....."keluh Ierah.

Amierah menggenggam jemari adiknya itu,"Ierah, taubat seseorang pendosa itu lebih baik dari tasbih para wali. I read that somewhere. Itu yang buat semangat akak terus nak berubah.from bad to good, dan kalau kiat dah berjaya jadi a good Muslimah, apa salahnya terus berusaha untuk jadi a better Muslimah?..Tuhan tak ketepikan orang2 yang bertaubat. You are not late...There's room for everything.Pintu taubat tu masih terbuak,Know what...tuhan sentiasa rindu dangan taubat hamba-hambaNya"

"Thanks Kak Mierah. Pagi ni, rasanya tak sama macam pagi-pagi yang lain. I learnt so much, and its time for us to think about our future....hereafter....itu lebih important kan?" Nuur yang sedari tadi diam mendengar akhirnya bersuara.

" Thats it, gals. I hope kita sama-sama dapat manfaat dari apa yang Kak Mierah dah share with us,"kata Luqman sebagai penutup perbualan.

Mierah dan Luqman masih duduk di dorm, memerhatikan puteri-puteri yang berbual sesama mereka. Luqman mencium ubun-ibun isterinya.

"Bang, its not appropriate to show affection in public..." bisik Mierah perlahan.

"I am thankful to Allah for leading me to you,Mierah,"balas Luqman bersahaja.

"Yeah, I know, tapi malulah dgn the gals.Apa diorang kata,nanti."

Tiba-tiba Dilla, Ierah dan Eida tergelak...Mierah dan Luqman memandang mereka, cuba untuk tahu apa yang melucukan sangat.

"Tak...tak ada apa yang melucukan.Its just that Ierah rasa, love after marriage is sweeter...more romantic.Kan abang?" tanya Azierah dgn muka innocentnya.

"Looks like someone is ready to be married off..." usik Eida. Azierah menampar bahu Eida manja. Kata-kata Eida, menjemput sorakan dari puter-puteri yang lain.

Petang itu, sebelum Amierah pulang, dia menarik Azierah ke tepi.

"Ierah, how's this home? Tadi kita tak sempat bual about it. Ain pun senyap, tak cakap apa-apa.." bisik Amierah.Luqman sedang menyimpan barang-barangnya di pejabat.

"Semalam the owner came. Dia pun macam serba salah but he himself is in a lot of debts. Company dia busted! Partner main gila. He has to sell the house to pay off his debt,"beritahu Ierah.

"So what did Abang Luqman say?"

"He said, he managed to find a place somewhere in Siglap. Cantik but very ex...He asked for more time..." beritahu Ierah lagi.

"Ierah...how did you know all this?" tanya Amierah.

"I have my ways lah....," dia tersenyum.

"How?"

"Hide in cabinet file.Kat tepi tu kan kosong. I sat in there, quiet as a mouse!"

Luqman menjenguk dari office,"Ierah, temankan Kakak to my car, dear."

"Okay,abang..Lets go..." Ierah memimpin Amierah ke kereta. Dia tertawa mendengar cerita adik iparnya."Jangan sampai abang tahu. He'll be very mad,"pesan Amierah.


Mungkinkah Part 22

Sudah sebulan Amierah dibenarkan pulang dari hospital.Sebulan itu jugalah Luqman menjaganya siang dan malam. Ada kalanya, Yana dan Rusyidah datang membantu kalau Luqman perlu menyiapkan tugasan di RKS. Amierah ceria walaupun pergerakannya terbatas. Bedside table sudah bertukar menjadi mini pharmacy.Selagi selagan ubat boleh didapati di atas meja itu. Mak Timah pula macam matron di ward ICU, tak henti-henti mengingatkan menantunya setiap kali waktu untuk makan ubat.

"Bang, Mierah rimaslah...macam nak mandi,"ujar Mierah pada satu malam.Memang cuaca agak bahang, memandangkan keadaan di negeri-negeri kejiranan juga mengalami kemarau. Luqman yang baru saja keluar dari bilik air, menggelengkan kepala.

"No way. You have to persevere. Nanti baby tu effect, sayang.."
"Mierah tak tahan..." keluh Mierah.
"Abang lapkan Mierah..."
Mierah pula menggeleng,"Tak puaslah kalau tak bersiram..."
"Mierah nak sakit badan ye?" soal Luqman.
"Takkan lah....sekejap je, 5 mins.."pujuk Mierah.
"Tak boleh sayang.Abang turn the aircon lower ye, biar hilang rasa lekit tu..."

Mierah terus membatu, tidak mahu meneruskan perbualannya. Luqman tahu, semenjak dua menjak ni, Amierah mudah merajuk, mudah terasa, mudah segala-galanya. "Hormonal change in her..." dia teringat kata-kata Dr.Brenda sewaktu Luqman memberitahu wanita itu tentang isterinya.

Luqman merapati isterinya. Mata Mierah bergenang,"Merajuk ye?"
"Mana ada."
"Habis mata merah tu kenapa?"
"Kenang dosa..." jawab Amierah perlahan.
Luqman mengucup isterinya," I am sorry,Mierah. Its for your own good."

Setelah selesai membaca Yassin, Luqman menjenguk lagi isterinya.Mierah sudah terlena. Luqman merenung isterinya penuh simpati. Tterlalu banyak yang dilalui oleh Amierah, terlalu banyak ujiannya. Namun dia sebagai suami tak mampu berbuat apa-apa.Hanya doa sahaja yang tak lepas dari bibir dan hatinya.

Luqman melingkarkan tangannya ke pinggang isteri yang sudah dibuai mimpi. "Wahai Tuhan, engkau yang telah menyatukan kami dalam ikatan ini, ampunkanlah dosa kami. Wahai Tuhan, kuatkanlah iman kami dalam mengharungi kehidupan ini.Semoga kami berjaya membina satu Baitul Muslim dan meletakkan diri kami sebagai pencinta kebenaran.

Isterinya di kucup lagi," I love you Mierah....moga kita sama-sama dapat redha Tuhan melalui perkahwinan ini..."



******************************


"Well, time fly fast, Kak Mierah.You are in your third trimester now. Lagilah abang Luqman kena jaga you...."Azierah berkata, sambil tangannya menyisir rambut Amierah.

"Mmm...baby dah tendang2 selalu.At times, Kak Mierah macam tak larat. Especially in my condition ni."
"Don’t worry, all will be fine. Kan kita bertawakkal dgn Tuhan.."kata Azierah.
"There goes my lil’ sister. Dah pandai sekarang,"kata Amierah tersenyum.
"Kak, takut tak? Nak deliver?" tanya Azierah.

Amierah menjungkit bahu,"Naa...not sure. It’s my first time and I am all so confused."

"Zierah dengar you have to go for the C-sect?"
"Yelah Zierah, placenta tu still low.Its known as placenta preavia. merbahaya...tapi kakak serah pada Tuhan."
"Kak, how's abang? Is he taking it in his stride?"
"Mmm..nampak macam okay. Dia yang beri akak keyakinan all along. I'm blessed with him around."
Azierah membetulkan braid pada rambut Amierah,"Done!"
"Thanks, girl."
"Kak, I wanna say somethinglah..."Azierah separuh berbisik.Di jeling mak Timah yang sedang berehat dikamarnya.
"Apa dia..?"
"Betul abang did not say anything to you?"
Amierah geleng kepala,"What's up, actually?"
"Rumah tu....the owner nak ambil semula end of this month.Abang is trying to find a shelter for us, tapi downpayment semua high....3+1! Mana nak cari duit banyak macam tu? It sums up to 20K? He's always staring into space kalau dia ada kat rumah kasih sayang tu..."
"Kenapa dia tak beritahu kakak, eh?"
"He doesnt want to burden you...Bukannya semua orang tak tahu...how Luqman loves his puteri di Taman Larangan...." terkekeh-kekeh Azierah ketawa.
"Promise me you won't utter a word to my big bro!" Azierah mengingatkan.
"Ye lah tu...I promised."

Sebentar kemudian, terasa pedih di pangkal rahim Mierah. Dia meminta adik iparnya menghantarnya ke kamar.

**************************

Amierah dipimpin Luqman meninggalkan clinic Dr Brenda. Perlahan saja langkah Amierah. Diwajahnya tersimpan seribu rahsia.
"Mierah...kan tadi doktor dah scan baby kita, Dr kata he's okay, sihat cuma breech aje. C-sect tu takkan menyakitkan Mierah...kenapa Mierah masih sugul ni?" tanya Luqman.
"Mierah teringat Mama. Mesti mama sakit macam ni sewaktu mengandungkan Mierah."
"Sebab itulah, Rasulullah lebih menyuruh kita menghormati ibu lebih dari ayah. Don’t worry Mierah...nothings gonna happen to you and our baby."
"Abang, should anything happen and you habe to choose between you and our baby, siapa yang abang pilih?" tanya Mierah.
"You..."jawab Luqman ringkas.
"Kenapa Mierah? Kenapa tak baby ni..Dia darah daging abang,bukan?"tanya Mierah sambil punggungnya dilabuhkan berhati-hati ditempat duduk kereta Luqman.

Setelah kereta membelok, meninggalkan hospital, baru Luqman bersuara," Baby ni, tak ada dosa. Kalau dia pergi dulu, dia selamat. Kita yang hidup ni, boleh terus bertaubat, buat penghapusan dosa...."
Mierah menoleh, memandang wajah suaminya.Luqman mengangkat kening,"Why?"
"You've changed....abang lagi bersedia dari Mierah."
"Bila abang ucap lafaz akad dulu, abang dah berikrar untuk melindungi Mierah. Abang nak kita selamat dunia dan akhirat, abang nak anak2 kita jadi pencinta Tuhan...."
"Tak nak jadi pencinta wanita, macam lagu IrwanSyah?" Mierah mengusik. Teringat dia pada lirik lagu penyanyi Indon yang menjadi kegilaan Puteri-puteri di rumah Kasih Sayang.Betapa kita boleh dirosakkan dengan hiburan yang sebegitu,getus hatinya.
"Itukan fantasy love si Azierah,"keluh Luqman,"macam mana si blonde tu boleh minat kat mamat Indon...gals nowadays.We have to keep her in place, Mierah.

Amierah tersenyum mendengar keluhan Luqman.Azierah amat meminati lagu Irwansyah..My heartlah...Pencinta wanitalah...Macam dah jadi wirid pula...Pening juga kepala Ain dan Luqman hendak menangani masalah penghuni di rumah itu.

" I have to go slow,bang.Takkan nak give her a shock. Nanti terus jammed, lagi parah. Abang, how's the Home? Lama tak dengar cerita..."

Luqman terdiam, tidak menjawab.
"Bang..."
"Mmm?"
"The Home? How is it?"
"Oh..Rumah itu...fine..fine..Its just fine...for now,"gumam Luqman.

Mierah memegang lengan suaminya,"Bang..share with me, apapun.Senang atau susah..."
"Dont worry, Mierah. Mierah tu yang kena rest banyak-banyak. Jangan fikir macam-macam,sayang. Abang tak nak kehilangan Mierah..."
"Naa naa...you won't! I'll fight to the end...Luqman and Mierah....dgn Baitul Muslim kita....Love you abang, forever.

Mungkinkah Part 21

Mak Timah menjadi tak keruan. Dia terus bergegas ke kedai kawannya yang terletak beberpa meter saja dari tempat mereka berada.
"Mierah, mak dah call ambulance.Kita ke hospital ye...Mierah mengandung ke?"tanya Mak Timah, cemas.
"Entah...Mierah tak tahu..Mak sakit..." ngadu Mierah.Ditekan perutnya sedikit. Mulutnya tak lepas2 dgn wiridnya.
"Mierah, tahan sakit tu,ya.Sekejap lagi ambulance tiba."

Amierah memaut pada lengan mertuanya,"Mak...Mierah minta...." Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya. Keadaan sekeliling semakin kabur.Akhirnya Amierah rebah disitu.

Apabila dia membuka mata, suasana sekeliling amat berbeza sekali. Kelihatan Kak Yana dan Mak Timah ada di sisinya.
"Mak...Kak Yana...apa yang terjadi? Kenapa Mierah kena drip?"tanya Mierah apabila dia lihat ada drip yang dipasang di tangannya.
Mak Timah merapati Mierah,"tadi kan Mierah pengsan kat depan kedai tu..."
"Oh...Mak beritahu Kak Yana ke?" tanya Mierah letih.
"Mak risau.Dahlah kita tinggal berdua aje. Mak cuma teringat nak beritahu Yana."
"Terima kasih, Mak.Kak Yana, maaflah Mierah menyusahkan akak lagi.."
Yana menggelengkan kepala,"Mierah..mierah, kita kan cousin. Apa pula Mierah susahkan akak.."

Amierah cuba untuk bangun tetapi Mak Timah menegahnya. Amierah semakin tak faham. Tadi ada darah yang mengalir, kemudian drip.Kini, nak bangun pun tak boleh.
"Mierah, you have to rest. Badan tu tak kuat. Selagi belum dapat green light dari doktor, you tak boleh bergerak mana-mana."
Amierah agak kecewa,"Mierah rasa Mierah belum solat Zohorkan?"
"Biar Kak Yana bantu Mierah bersihkan diri.Then, Mierah solat baring ye,sayang..You have to.Darurat ni Mierah..."terang Kak Yana.
Amierah hanya akur dgn arahan Yana.Tubuhnya terasa terlalu lemah. Rasa terhentak di punggung pun masih terasa sakit. Selepas solat, Amierah tertidur lagi...
Dalam tidurnya, dia terasa seperti Luqman ada disisi. Amierah dapat merasakn ciuman lembut dipipinya.Dia berasakan seolah2 Luqman sedang mengelus rambutnya. Amierah terus terlena lagi....

Luqman berada di sisi katil Amierah, tertidur dgn hanya berbantalkan lengannya. Ada riak keletihan diwajah suaminya. Tangan kiri Luqman menggenggam kemas jemari Miera. Mierah memandang sekeliling.Mak dan Yana tidak kelihatan,mungkin jua sudah pulang ke rumah.Amierah cuba menggerakkan tubuhnya. Tindakannya membuatkan Luqman terjaga. Dengan mata yang masih berpisat-pisat(betul ke perkataan ni kwn2?), dia membantu Amierah duduk bersandarkan bantal. Amierah mengucup tangan suaminya, lembut.Terasa hilang rinduya terhadap Luqman bila melihat susuk tubuh itu berada di sisinya.

"Bila abang sampai? kan seminar abang belum selesai lagi?" tanya Amierah.

" Abang Haikal call abang.Alhamdulillah ada seat kosong.Abang terus ambil flight tu, balik sini."

"You've not gone home?"

"Tak sayang, abang terus ke sini dari Airport tadi.."Luqman menjawab sambil mengusap kepala isterinya yang bertudung.

"Abang, bila Mierah boleh balik? Kesian mak sorang2 kat rumah..." tanya Mierah lagi.

Luqman merenung muka Amierah lembut.Di usapnya pipi isterinya itu.

"Mierah, you are not aware of what happened, did you?"

Amierah menggelang kepala."Kenapa? What happened?"

"Mierah...good news or bad news first?" tanya Luqman.

"Good or bad? I think the good news first...."jawab Mierah perlahan.

"Sayang, you are pregnant." Luqman tersenyum. Pipi isterinya dikucup, lembut.

Wajah Amierah berubah berseri-seri,"Betul ke,abang? Alhamdulillah...tapi abang, kan Mierah bleeding...The baby...?"

"Tuhan tak kejam, Mierah. The fetus survive, tapi Mierah ada low lying placenta. Dr Brenda kata, its very dangerous...The bleeding will continue."

"Bang...Mierah takut.." airmata mula meleleh dari kelopak matanya. Luqman sudah menjangkakan itu semua.

"Insya Allah, Mierah. Everything will be fine.Kita berdoa banyak-banyak. Kita minta dariNya. Tuhan yang menentukan, Mierah yakin akan perkara itu,kan..."

Amierah membelakangkan suaminya. Airmatanya begitu deras, tidak tertahan.Dia tidak mahu Luqman melihat keadaannya itu.

"Mierah, Mierah kena banyak rehat. Its CRIB, as they called it.COMPLETE REST IN BED. "

"Mierah rasa macam cripple..."getus Mierah perlahan, namun cukup kuat untuk Luqman mendengarnya.

"Mierah, you ain't cripple. Ini ujian Tuhan, anggaplah sebagai penghapusan dosa atau peningkatan darjat...disisi Tuhan,"pujuk Luqman.

"Orang macam Mierah ni kotor...mana ada peningkatan darjat...I am nothing..."gumam Amierah.

Luqman membalikkan tubuh Mierah menghadapnya," There! There! My darling Mierah.Berapa kali abang kata, abang tak nak dengar lagi macam tu....We have to be optimistic. Abang will be here, for you and our our baby."

"Abang, Mierah takut...."

"Abang faham,sayang. Kita cari hikmahnya, Mierah. Kita berbaik sangka dgn apa yang kita hadapi ini. Tentu ada maksud Tuhan yang kita belum tahu..."

Sebentar kemudian, seorang jururawat masuk kedalam bilik Amierah.

"Afternoon dear. Must be happy now. darling hubby is here,"ucap jururawat separuh umur itu sambil tersenyum riang.

Amierah cuba untuk membalas senyuman itu.

"I'm nurse Ellaine.I'll be in charge of you here."Jururawat itu memperkanalkan diri. Kemudian dia berdiri disisi katil Mierah, meghadap Luqman dan isterinya itu.

"I'm sure you know what happened. Don't worry, low lying placenta, although it is not common, the chance of survival is there. But you must take great care. Lessen your movements.Call us even for an easy chore. You are a princess for now.We'll be the ladies in waiting..."Nurse Ellaine cuba meringankan beban yang dipikul Mierah dan Luqman.

"Sir, I am sure you're gonna be with your missus, aren't you?"
Nurse Ellaine bertanya pada Luqman. Luqman mengangguk.

"Well, this chair here can be turned to a sleeping couch. You may use the bathroom, the TV and there's a mini fridge under the vanity top.Your mini wardrobe is here. The 7-11 is at the Children's tower, if you do not know yet...And there's a self service laundry on the second floor of the Children's Tower."

Luqman tergelak.Nurse Ellaine memandangnya, pelik.

"This doesn't sound like KK Women and Children's Hospital but more like a service apartment. Too many great facilities...I should say," Luqman memberitahu.

Nurse Ellaine pun ikut tergelak,"Yes...Hmm, you know us, being Singaporean...we paid tax..so we want good service."

Nurse Ellaine membuat pemeriksaan routine terhadap Mierah. Sebelum dia keluar, dia sempat memesan," Don't go to the bathroom alone.Get your husband's help. Take care."

Luqman memandang Mierah, tudung isterinya di buka dan diletak ketepi.

"You need to ease yourself, sayang?"

Amierah menggeleng. Dia dapat marasakan darah yang keluar. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu.

"I need you by my side,abang.I am really scared."

jalan-jalan KL....a plain jane's description of a reunion

People say pictures speak a thousand words...but as I did not take a lot of pics, I would rather say it in words.....with love{ceh...mcm real!] That Thursday nite, we took off {mcm naik plane,pulak] in a double decker konsortium bus. We did not buy the double deck tickets, but agaknya, dah tak ada bus, dia bagi je bus tu...and tak sampai 4 hrs, kita dah sampai Pudu.....At Katari Hotel, we could not check in b4 6am...so we went to Maulana rest for an early breakfast...macam sahur,kan. At 5.50, dapat pula check in, masuk and terus solat....

Then at 9, began the shopping spree...bukannya apa, setakat beli novels je...then beli tudung for my MIL, buku ilmiah for my maman and bibik....then soru....b4 we headed back to our hotel...Yelah...kan hari Jumaat, takkan nak bersadai kat kedai, tak solat Jumaat pulak...memang musafir, but no one knows, right?

During lunch tadi, sempat I called my abang kat Cyberjaya...guna my hubby as bait, I tanya dia, "Tak nak belanja kitorang makan ke? Kan dah lama tak jumpa {dah ten years, kali terakhir i jumap dia was at mekah in 1996}...and lo and behold, he fetched us after work...tulah sebab, shopping kena cut short pasal si abang ni, walaupun I dah jadi wife orang, dia masih treat me mcm adik2 kecik je..."Hana kat mana ni? Tunggu sana nanti abang ambik" then sms lagi"Hana tunggu...abang jam...", tak lama lepas tu.."hana, abang ada depan Pudu ni...hana kat mana?" and so on and so forth!!!!
Abang...abangI Of you're reading this entry..I wonder...how ur wife can tolerate you?...agaknya dgn wife dia, mesti dia sayang sangat2...tak membebel pun.

He came around 6 gitu, dgn mak and ayah and his nephew{my nephew jugak,kan...pasal I anak angkat mak dia, apa?} and drove us to Kajang...makan apa lagi? satay kajang lah....The last time I went there was in 1990, sebabnya? I stayed kat rumah dia which is just a stone throw away....The place had changed for the better....Hubby pun terperanjat rusa tengok satay tu....dahlah my abang orderkan satay rusa....hubby said, kat Sporenya satay kajang tak real,lah!

Waktu balik {i ate a bit je...bukannya malu but dah nak terkeluar semuanya}, we singgah his mum's place and I got to see the other 2 siblings...wah...how they grew! Aku jer yang terbantut macam kena sumpah makanan! And the best thing, anak2 sedara I call me KAKAK...pasal tak pernah in their life they knew they had an auntie in Spore...So betapa kembangnya...dipanggil kakak....Perasan...berangan....was the words my sibling described me.Tak kisahlah tu...

Lepas tu...we went to Bukit Ampang...The scenery is spectacular...YUYUL...you should amik gambar kat sana...lampu dia cantik, boleh nampak d whole KL...Lepas tu my abang sent us back to the hotel...penatlah sangat. Hubby dah selamat, dia solat kat Cheras..I aje yang tersangkut kerana segan nak masuk masjid dgn T-shirt and pants...mcm tak appropriate gitu...So jamak ta'khirlah kiranya....

And I selamat sampai Spore at 4 pm tadi...sampai kat kastam, the officer wonder why my bag banyak boxes...yelah kat scanner dia buku2 tu nampak macam boxes,kan...So be it...tak semestinya orang pi holiday beli baju, tudung, jubah, and the likes aje ,kan...Kita holiday bukulah....And for the bookworms out there.....end of April ni kat KL ada Pesta Buku...kenyanglah mindaku,kiranya......

Signing out.....tapi kan...entah kenapa, I think I miss KL lah...atau miss dgn orang2 kat sana...entahlah...apa-apa saja