Saturday, March 17, 2007

Mungkinkah Part 22

Sudah sebulan Amierah dibenarkan pulang dari hospital.Sebulan itu jugalah Luqman menjaganya siang dan malam. Ada kalanya, Yana dan Rusyidah datang membantu kalau Luqman perlu menyiapkan tugasan di RKS. Amierah ceria walaupun pergerakannya terbatas. Bedside table sudah bertukar menjadi mini pharmacy.Selagi selagan ubat boleh didapati di atas meja itu. Mak Timah pula macam matron di ward ICU, tak henti-henti mengingatkan menantunya setiap kali waktu untuk makan ubat.

"Bang, Mierah rimaslah...macam nak mandi,"ujar Mierah pada satu malam.Memang cuaca agak bahang, memandangkan keadaan di negeri-negeri kejiranan juga mengalami kemarau. Luqman yang baru saja keluar dari bilik air, menggelengkan kepala.

"No way. You have to persevere. Nanti baby tu effect, sayang.."
"Mierah tak tahan..." keluh Mierah.
"Abang lapkan Mierah..."
Mierah pula menggeleng,"Tak puaslah kalau tak bersiram..."
"Mierah nak sakit badan ye?" soal Luqman.
"Takkan lah....sekejap je, 5 mins.."pujuk Mierah.
"Tak boleh sayang.Abang turn the aircon lower ye, biar hilang rasa lekit tu..."

Mierah terus membatu, tidak mahu meneruskan perbualannya. Luqman tahu, semenjak dua menjak ni, Amierah mudah merajuk, mudah terasa, mudah segala-galanya. "Hormonal change in her..." dia teringat kata-kata Dr.Brenda sewaktu Luqman memberitahu wanita itu tentang isterinya.

Luqman merapati isterinya. Mata Mierah bergenang,"Merajuk ye?"
"Mana ada."
"Habis mata merah tu kenapa?"
"Kenang dosa..." jawab Amierah perlahan.
Luqman mengucup isterinya," I am sorry,Mierah. Its for your own good."

Setelah selesai membaca Yassin, Luqman menjenguk lagi isterinya.Mierah sudah terlena. Luqman merenung isterinya penuh simpati. Tterlalu banyak yang dilalui oleh Amierah, terlalu banyak ujiannya. Namun dia sebagai suami tak mampu berbuat apa-apa.Hanya doa sahaja yang tak lepas dari bibir dan hatinya.

Luqman melingkarkan tangannya ke pinggang isteri yang sudah dibuai mimpi. "Wahai Tuhan, engkau yang telah menyatukan kami dalam ikatan ini, ampunkanlah dosa kami. Wahai Tuhan, kuatkanlah iman kami dalam mengharungi kehidupan ini.Semoga kami berjaya membina satu Baitul Muslim dan meletakkan diri kami sebagai pencinta kebenaran.

Isterinya di kucup lagi," I love you Mierah....moga kita sama-sama dapat redha Tuhan melalui perkahwinan ini..."



******************************


"Well, time fly fast, Kak Mierah.You are in your third trimester now. Lagilah abang Luqman kena jaga you...."Azierah berkata, sambil tangannya menyisir rambut Amierah.

"Mmm...baby dah tendang2 selalu.At times, Kak Mierah macam tak larat. Especially in my condition ni."
"Don’t worry, all will be fine. Kan kita bertawakkal dgn Tuhan.."kata Azierah.
"There goes my lil’ sister. Dah pandai sekarang,"kata Amierah tersenyum.
"Kak, takut tak? Nak deliver?" tanya Azierah.

Amierah menjungkit bahu,"Naa...not sure. It’s my first time and I am all so confused."

"Zierah dengar you have to go for the C-sect?"
"Yelah Zierah, placenta tu still low.Its known as placenta preavia. merbahaya...tapi kakak serah pada Tuhan."
"Kak, how's abang? Is he taking it in his stride?"
"Mmm..nampak macam okay. Dia yang beri akak keyakinan all along. I'm blessed with him around."
Azierah membetulkan braid pada rambut Amierah,"Done!"
"Thanks, girl."
"Kak, I wanna say somethinglah..."Azierah separuh berbisik.Di jeling mak Timah yang sedang berehat dikamarnya.
"Apa dia..?"
"Betul abang did not say anything to you?"
Amierah geleng kepala,"What's up, actually?"
"Rumah tu....the owner nak ambil semula end of this month.Abang is trying to find a shelter for us, tapi downpayment semua high....3+1! Mana nak cari duit banyak macam tu? It sums up to 20K? He's always staring into space kalau dia ada kat rumah kasih sayang tu..."
"Kenapa dia tak beritahu kakak, eh?"
"He doesnt want to burden you...Bukannya semua orang tak tahu...how Luqman loves his puteri di Taman Larangan...." terkekeh-kekeh Azierah ketawa.
"Promise me you won't utter a word to my big bro!" Azierah mengingatkan.
"Ye lah tu...I promised."

Sebentar kemudian, terasa pedih di pangkal rahim Mierah. Dia meminta adik iparnya menghantarnya ke kamar.

**************************

Amierah dipimpin Luqman meninggalkan clinic Dr Brenda. Perlahan saja langkah Amierah. Diwajahnya tersimpan seribu rahsia.
"Mierah...kan tadi doktor dah scan baby kita, Dr kata he's okay, sihat cuma breech aje. C-sect tu takkan menyakitkan Mierah...kenapa Mierah masih sugul ni?" tanya Luqman.
"Mierah teringat Mama. Mesti mama sakit macam ni sewaktu mengandungkan Mierah."
"Sebab itulah, Rasulullah lebih menyuruh kita menghormati ibu lebih dari ayah. Don’t worry Mierah...nothings gonna happen to you and our baby."
"Abang, should anything happen and you habe to choose between you and our baby, siapa yang abang pilih?" tanya Mierah.
"You..."jawab Luqman ringkas.
"Kenapa Mierah? Kenapa tak baby ni..Dia darah daging abang,bukan?"tanya Mierah sambil punggungnya dilabuhkan berhati-hati ditempat duduk kereta Luqman.

Setelah kereta membelok, meninggalkan hospital, baru Luqman bersuara," Baby ni, tak ada dosa. Kalau dia pergi dulu, dia selamat. Kita yang hidup ni, boleh terus bertaubat, buat penghapusan dosa...."
Mierah menoleh, memandang wajah suaminya.Luqman mengangkat kening,"Why?"
"You've changed....abang lagi bersedia dari Mierah."
"Bila abang ucap lafaz akad dulu, abang dah berikrar untuk melindungi Mierah. Abang nak kita selamat dunia dan akhirat, abang nak anak2 kita jadi pencinta Tuhan...."
"Tak nak jadi pencinta wanita, macam lagu IrwanSyah?" Mierah mengusik. Teringat dia pada lirik lagu penyanyi Indon yang menjadi kegilaan Puteri-puteri di rumah Kasih Sayang.Betapa kita boleh dirosakkan dengan hiburan yang sebegitu,getus hatinya.
"Itukan fantasy love si Azierah,"keluh Luqman,"macam mana si blonde tu boleh minat kat mamat Indon...gals nowadays.We have to keep her in place, Mierah.

Amierah tersenyum mendengar keluhan Luqman.Azierah amat meminati lagu Irwansyah..My heartlah...Pencinta wanitalah...Macam dah jadi wirid pula...Pening juga kepala Ain dan Luqman hendak menangani masalah penghuni di rumah itu.

" I have to go slow,bang.Takkan nak give her a shock. Nanti terus jammed, lagi parah. Abang, how's the Home? Lama tak dengar cerita..."

Luqman terdiam, tidak menjawab.
"Bang..."
"Mmm?"
"The Home? How is it?"
"Oh..Rumah itu...fine..fine..Its just fine...for now,"gumam Luqman.

Mierah memegang lengan suaminya,"Bang..share with me, apapun.Senang atau susah..."
"Dont worry, Mierah. Mierah tu yang kena rest banyak-banyak. Jangan fikir macam-macam,sayang. Abang tak nak kehilangan Mierah..."
"Naa naa...you won't! I'll fight to the end...Luqman and Mierah....dgn Baitul Muslim kita....Love you abang, forever.

No comments: