Friday, February 9, 2007

Mungkinkah Part 11

“Apa yg di menungkan itu?Tak elok anak dara termenung macam tu…putus harap?”tegur Rusyidah.

“Entahlah, ana pun tak tahu. Wajarkah ana menerima pinangan tu, Rusy? Mampukah ana menjadi seperti isteri-isteri lain?”tanya Amierah.

“Mampu atau tidak, bukannya ana yg layak menjawab.Semuanya tertelak pada diri anti sendiri. Bagi diri anan, Luqman seorang yg serius dalam hidup. Atau anti rasa dia tak layak jadi suami anti?dia bukan calon suami yg menepati cuta rasa anti…”soal Rusyidah kembali.

“Tak…bukan macam itu. Apa yg berlaku pada ana dahulu. Takkan begitu senang dia menerima apa yang berlaku.”

“Pembetulan,”tegas suara Rusyidah,”bukan dia sahaj, bahkan ibunya juga. Takkan anti tak sedar yg ibu Luqman begitu menyayangi anti.Lihat saja sewaktu kenduri kesyukuran anak Kak Yana. Sanggupkah anti melukai hati orang tua itu?”

“Bererti, ana harus menerima demi menjaga hati mereka?”

“Anti harus meninggalkan kenangan pahit yg merosakkan itu.Anti mesti lupakan Uwais!Dia dah tak ada…”

Amierah menggeleng. Masakan dia mudah melupakan apa yg berlaku beberapa tahun yg lalu itu.Mana mungkin dia melupakan Uwais yg tewas kerana dia.

“Amierah, ana tak memaksa.Tapi anti perlu memikirkan masa depan anti.Kita bukan Rabiatul Adawiyah, yg sudah sempurna hidupnya hanya dgn mencintai Tuhan.Jangan melawan fitrah, Amierah. Anti perlukan seseorang to look over you..Please, fikirkanlah.”

“Rusy…will he be able to accept me as who I am? Apa yg berlaku cukup merobekkn keyakinan ana.Ana sebenarnya takut pada keganasan kaum adam.”

“Tak semua orang begitu, Mierah. Takkan Luqman nak berjasar terhadap kamu.jangan kerana Iskandar seorang, semua kaum Adam anti labelkan begitu…”

“Rusy…tolong beritahu Luqman, ana perlu masa untuk berfikir. Terima kasih atas keperihatinan dia.”

Rusyidah merapati sahabatnya itu. Bahu Amierah di rangkul,”Ana doakan yg terbaik untuk anti.”

Mungkinkah Part 10

Hampir dua minggu Amirah tak ke rumah Kasih sayang itu selepas acara Konsert amal. Dia banyak menghabiskan masa menulis buku Latihan Bahasa Inggeris yg selama ini menjadi sumber pendapatannya. Melihat Amirah banyak memerap dirumah, Rusyidah cuba mengajaknya keluar.

"Meirah, petang nanti kita ke rumah Kak Yana nak tak? Ana dah lama tak ziarah dia. Rindulah nak lihat baby Kak Yana,"ajak Rusyidah.

"Hmm..malaslah nak keluar.Kerja ana ni tak habis-habis lagi.Sebelum acara konsert t, banyak yg tertangguh.."Amirah cuba mengelak.Lagipun memang dia rasa letih dgn kerja-kerja yg terbengkalai itu.

"Alaa, Mierah.Sekejap je. Selepas Maghrib, kita balik," pujuk rusyidah.

Akhirnya Amirah mengalah.tak sampai hati melihat kawannya memujuk tanpa henti.

Sewaktu mereka tiba di rumah Yana, Haikal baru sahaja keluar untuk bertemu Luqman.

"Alhamdulillah, korang datang.Abang Haikal baru keluar jumpa Luqman,"beritahu Yana.

"Ada apa, kak Yana?"tanya Rusyidah,"Dia ada projek untuk kita lagi ke?"

"Ntahlah...tapi rasanya kali ini projek untuk dia sendiri."jawab Yana.

Amirah teringat peristiwa di dalam lif sewaktu Luqman menghantarnya pulang tempoh hari. Luqman seolah-olah ingin mengatakan sesuatu.

"Ni, Mierah.Terlanjur Mierah dah datang ni. Akak nak beritahu Mierah...."kak Yana cuba membuka topik perbualan.

Amirah menatap wajah Yana, penuh minat.Ntah apa yg hendak Yana sampaikan, bisik hatinya.

"Kakak rasa, dah tiba masanya Mierah fikirkan masa depan Mierah. Kakak dan abang Haikal memang senang dgn Mierah. dah macam adik sendiri. Tapi kalau kami tak ada, Mierah macam mana....Mierah, mak Luqman dah berapa kali tanya kakak pasal kamu. Luqman sebenarnya nak melamar. Cuma dia tak tahu apa pendapat Mierah. Mak dia mengharap sangat Mierah..."

Amirah masih diam. Pandangannya masih dituju pada Kak Yana.

"Mierah dengar tak ni?"soal Yana.

"Kakak, kakak kan tahu sejarah Mierah..takkan Mierah nak terima pinangan sesiapa.Mierah tak boleh jadi sebaik-baik isteri...."sayu kedengaran suara Mierah.

"Mierah, Luqman tu, baik, ana rasa.Kalau tak, masakan dia nak cari seorang isteri yg menjaga syariat,"pujuk Rusy.

"Dia cuma kenal ana secara lahir.Dia tak tahu apa yg dah ana lalui...Kalau lah dia tahu..."

"Dia dah tahu Mierah.Malah Cik Timah pun tahu. Kakak minta maaf kerana terpaksa beritahu apa yg berlaku terhadap Uwais kpd mereka.Dari situ, mereka juga dah maklum apa yg terjadi pada Mierah. Akak terpaksa berterus terang.Mereka perlu tahu keadaan sebenar.Mierah tak marah, bukan?" ujar yana .

"Mierah, ana bersyukur sangat bila dapat tahu Luqman ada hajat untuk memperisterikan anti. Dan bila mereka dah tahu pun, dia masih tetap dgn pendirian dia...."Rusy memberitahu.

"Entahlah kak. Mierah tak boleh buiat keputusan.Mierah bingung, tak sangka Kakak dan Rusy nak beritahu Mierah perkara macam ni. Mierah tak tahu nak kata apa..."jawab Mierah.

"Mierah, anti tak perlu jawab sekarang. Tunaikanlah solat istikharah,minta Tuhan beri petunjuk. Ana sentiasa respect decision yg anti buat nanti.Ana yakin anti tahu apa yg anti perlukan sekarang..."
Kata-kata Rusyidah seolah-olah memujuk Mierah untuk menerima pinangan itu.

"Kak, boleh Mierah tahu, bila mereka utarakan hal ni?" tanyaaaaa Mierah ingin kepastian.

Yana berfikir sejenak,"Semasa mereka terserempak Mierah kat sini. Waktu kakak baru bersalin.Mierah ingat lagi?"

Mungkinkah Part 9

Concert di rumah tumpangan itu berjalan dgn lancar.Sebelum maghrib, sempat juga Haikal dan Yana datang menjenguk untuk memberi taklimat akhir buat puteri-puteri itu. Amierah dan Rusyidah amat sibuk sekali. Selain memastikan semuanya okay, amierah membantu mecarikan tempat penginapan untuk kumpulan Mawaddah yg di jemput.

"Rusy, bawa jer mereka ke rumah kita.Ana tak sempat book hotel lah. lagipun rasanya mereka tentu tak selesa di hotel.Nak cuci baju dan segalanya.mereka lebih senang buat sendiri."cadang Amirah.

"Terpulang pada antilah, Mierah.Itukan rumah anti.Ana ni menumpang saja."ujar Rusy.

"Iyelah tu...menumpang aje. Ana tahulah, bila anti dah nikah nanti,tentu anti ikut Ustaz Idham dan tinggalkan ana sendiri."

"kalau gitu, anti pun kahwinlah.Nanti tak keseorangan..."usik Rusyidah.

"Siapa yg nak kahwin ni?" terdengar satu suara dari belakang.

Mierah dan Rusyidah menoleh.Luqman sedang berdiri di muka pintu, sambil tersenyum.

"Ni, Mierah.Saya nak beritahu.Malam ni penginapan kumpulan Mawaddah dah sedia. The group will stay at my friend's apartment.Terlanjur my friend tu bawa familynya holiday ke Hong Kong.Kunci rumah dia, dia tinggalkan pada maid dia.So I dah email dia, he agreed.And your problem is solved,"beritahu Luqman.

"Tapi macam mana Encik Luqman..."kata-kata Amierah tergantung apabila Luqman menunjuk ke arah Rusyidah.

"She told me you forgot to book the hotel rooms. so I came to your rescue."

"I did not forget.Cuma tak sempat saja..."Amirah membetulkan ayat Luqman.

"Whatever it is, Cik Amirah. But for me, I think you've done so much for the House.Jadi tak salah kalau I pula yg bantu buat kerja you. Now, I have to go.See you."

Selepas Luqman beredar, Rusyidah terus memberitahu,"Ana tak beritahu dia.Ana berbual dgn Kak Yana dan Ain tadi.Mungkin dia terdengar perbualan kami.Ana memang dah plan dgn Kak Yana, worst come to worst, kat rumah anti jerlah...HOTEL NORMANTON PARK...."

"Apa pun...alhamdulillah, dah ada bantuan Tuhan."

"Mierah...ana nak beritahu anti sesuatu.Tapi tak tahu bila waktu yg sesuai. But I've to talk to you.Hopefully, Kak Yana will be around too."

"Apa dia?Cakap jer lah kat sini..."suruh Mierah.

"No..lain kali.We fix a date.Kita keluar ke , ke rumah Kak Yana ke..."

"Okay-okaylah...come, kita pergi lihat those girls bersiap-siap. Elok juga kumpulan Mawaddah tu nak bantu mereka bersiap-siap.Bernafas juga ana.."ujar Amierah.

Persembahan malam itu berjalan dgn lancar.Alhamdulillah hadirin yg datang, memberi feedback positif ttg persembahan dari puyteri-puteri di situ. di akhir persembahan, Azierah dan Dilla telah mendeklamasikan sajak "Kehebatan Tuhan". tarian sufi mereka pun mendapat sambutan hangat, lebih-lebih lagi dgn nyanyian live dari kumpulan Mawaddah. Ada hadirin yg menitiskan airmata keinsafan. Amierah memanjatkan syukurnya kehadrat Tuhan kerana memberi keinsafan bukan sahaja pada penghuni di rumah itu malah kepada hadirin yg menyaksikan persembahan itu juga.dia teringat kata-kata Encik Zul dari Mawaddah Productions sewaktu dia menghadiri bengkel kebudayaan di Rufaqa' cawangan Bandar Country Homes.

"Hiburan itu dah sebahagian keperluan manusia.Ianya satu fitrah.Cuma salah memilih hiburan yg membuat seseorang itu rasa bersalah. Hiburan yg mendatangkan faedah ialah bila kita tonton atau kita lihat, mendatangkan rasa bersalah, mengharap, rasa insaf, takut dan rasa cinta kepada Tuhan.Itulah hiburan yg dibenarkan dalam Islam.dan sebagai seorang pelakon, penyajak, penasyid...menyampaikan mesej tentang Tuhan saja tidak mencukupi.tetapi...anda semua kena mengharap pada tuhan, moga persembahan anda itu mendatangakan rasa insaf, taubat, rasa mengharap akan keampunan Tuhan.Bukan sahaja kepada diri anda, malah kepada hadirin yg menyaksikan persembahan anda....."

Dan malam itu, Amirah benar-benar bersyukur kerana Tuhan telah mengizinkan dia berbuat sesuatu untuk mendekatkan dirinya dan diri hadirin yg ada kepada Tuhan. sewaktu dia duduk di taman mengambil angin,Ttiba-tiba dia terasa tubuhnya dicuit.

"A penny for your thought?"usik Azierah.Dia masih lagi memakai pakaian persembahannya.

"Zierah...dah selesai ke sessi bergambar di dewan tu ?"tanya Amierah.

"Ramai tetamu yg dah pulang.Yg tinggal cuma kawan-kawan Abang Luqman saja,"jawab azierah sambil membelek-belek tudung yg dipakainya.

"Cantik Zierah pakai tudung macam tu,"puji Amirah.

"Is that a compliment or is that a sarcasm?"soal Azierah.

"Sorry, dear.I did not mean to hurt you in any way.Tapi you look so comfortable in that scarf.Manis anak mat salleh ni, rupanya."

Azierah tergelak dengar kata-kata Amirah.

"Why do you people like to call me anak mat salleh? Yeah, I look like my mum.Very much like her.Except for my hidung.Its daddy's nose, penyek, as abang Luqman puts it.But look at my ID, my race is Malay."

Kali ini Amirah pula yg tergelak dengan pengakuan Azierah, lebih-lebih lagi tentang hidungnya.

"Alhamdulillah, Zierah.My work here is over. The concert is a success, I should say.Thanks to all of you. You gals did a good job."Amirah bersuara.

"Does that means you are not coming back?" tanya Azierah...

"Tak lah...I will, if you still need me." jawab Amirah lembut, sambil mengusap kepala Azierah yg bertudung itu.

"We will always need you, Amierah.In fact, we need you forever..."terdengar satu suara dari arah balkoni. Azierah dan Amirah menoleh serentak.

"Abang ni...you are always at places where you are not needed."tutur Azierah.

“Hah...iyalah tu.You have Amierah now, so you dont need me anymore.Dulu siapa yg jaga you back in UK?"

Ibu Luqman yg turut ada di situ, tersenyum melihat anak gadisnya.Azierah dah di anggap seperti anaknya sendiri walaupun pada hakikatnya gadis itu sekadar anak kepada bekas suaminya.Dia tak mahu ada sikap dendam yg bakal merosakkan hidup anak gadis itu.

"Mak. lihat ni Abang Luqman dah mula hendak mengungkit..."terkial-kial juga Azierah hendak menyebut perkataan Melayu yg agak payah.

"Dia bergurau je tu.Anak mak ni, you did well, tadi.Mak bersyukur sangat."

"Mak, Zierah nak pakai macam ni terus..."kata Zierah sambil menunjukkan tudung yg masih lekat dikepala.

"Alhamdulillah. Kalau itu dari hati Zierah.Mak tak nak memaksa. Mak takut Zierah tak mampu dan bencikan Mak kerana terlalu memaksa."

"No, Mak. Kalau Zierah rasa tak mampu, Kak Mierah will always be there for me."

Amirah yg masih berada di situ, menjawab merendah diri," Siaplah kakak ni, Zierah. Kakak pun lemah, macam semua orang di sini."

"Jangan kata begitu, Mierah. Mierah banyak bantu puteri-puteri disini.Mereka sering cerita tentang Mierah...."kata Makcik Timah.

Amirah seolah-olah tidak percaya.

"Well, I cuma ceritakan apa yg berlaku di rumah ni, pada my mother.Since puteri di sini sering bercakap ttg you pada I, itulah yg I cerita pada Mother I ni,"terang Luqman.

Lagi sekali Amirah terkejut...

"Hey, sis.Kita cuma cerita yg baik-baik.Dont worry, we have nothing against you," celah Azierah.

Amirah mengerling ke arah jam di tangannya. dah hampir jam sebelas. Dia perlu uruskan Kumpulan mawaddah ke penginapan mereka di rumah teman Luqman.

"Maaf, Makcik.Mierah minta diri dulu.Mierah belum habis tugas." Dia meminta diri untuk beredar.

"Miss Amirah Kartika Syuhadah....your job is done.I dah uruskan everything untuk you.Rusy dah janji nak temankan Mawaddah sampai mereka depart for KL tomorrow.Cuma dia minta I hantar you pulang, selamat hingga sampai rumah.dan I dah berjanji dgn dia.sekarang I have to kotakan janji I pula.Betul tak mak?" pintas Luqman.

Amirah betul-betul pelik dgn tindakan Luqman. Dia asyik membantu membuat tugasan Amirah.dan yg lebih pelik lagi, bagaimana pula dia tahu nama penuh Amirah itu?

Mujur Cik Timah ada bersama semasa Luqman menghantar Amierah pulang.

"Amierah, makcik tanya sikit boleh?" tanya Cik timah apabila dia mendapati Amirah hanya membisu sepanjang perjalanan.

Amirah mengangguk,"Tanyalah makcik...Mirah tak kisah."

"Yana kata Amirah ni anak tunggal.Ayah Mierah ada biznes di Sabah."

Amirah mengangguk lagi,"Mierah tak ada keluarga lain selain ayah Mierah.tapi kerana tugas, dia terpaksa tinggalkan Mierah di sini."

"Jadi Mierah tinggal dgn Rusyidah tu. Itu rumah sapa?"

"Rumah ayah Mierah....tapi Mierah ajak Rusy temankan sementara dia belum berkahwin." Amierah tenang menjawab setiap soalan ibu Luqman.Baginya, mestilah orang tua seperti makcik Timah pelik melihat anak-anak gadis tinggal sendirian tanpa pantauan orang tua.

"Kalau Rusy dah nikah nanti...Mierah akan sendiri lah,"telah Cik Timah.

Mierah tersenyum lagi.Dia seperti pasti dengan niat asal wanita disebelahnya itu.

"Mungkin juga, makcik.Lagipun Mierah dah biasa.Sejak kecil, bila ibu meninggal dan Papa sibuk dgn biznes, Mierah dah biasa urus hidup sendiri.Cuma apabila Kak Yana dan keluarganya sering ambil berat tentang Mierah, barulah Mierah rasakan kasih sayang berkeluarga. Itupun menumpang kasih orang."

"Alaa Mierah, you boleh ada keluarga sendiri dan tak payah lagi tumpang kasih orang,"celah Luqman bersahaja.

"Luqman ni, suka menyampuk,"tegur ibunya,"Mierah tak pernah terfikir nak berkeluarga ke?"

Cik Timah berhati-hati mengatur ayatnya, takut hati Mierah terguris.

"Siapa yg nak kan Mierah ni...dan Mierah tak pernah terfikir tentang itu.Mierah bersyukur dgn apa yg Mierah ada sekarang..."perlahan jawapan Amirah.

"Hai Cik Amirah....ada orang yg nak kan awak...tapi awak yg selalu buat tak tahu." Luqman bersuara, antara kedengaran dan tidak. Tapi Amirah dapat menangkap apa yg dikatakan oleh jejaka yg sedang memandu kereta itu.

Amirah memandang keluar. Suasana sekeliling sudah gelap.Jam sudah menunjukka hampir jam 12 pagi. Kata-kata Luqman masih menjadi tanda tanya buat Amirah.

Apabila mereka tiba di rumah Amirah, Luqman membukakan pintu untuknya.

"Pelik,"getus hati kecil Amirah.

"I'll send you to your doorstep." kata Luqman tanpa menoleh ke arah gadis itu.

"Err...tak perlu.Saya dah.."

"Awak dah biasa?" celah Luqman. Amirah tertunduk.Tak sangka lelaki itu agak tegas pendiriannya.

"Memang awak dah biasa.Lagipun awak tinggal di tempat elite, tak ada siapa yg nak menjaga tepi kain awak. Tapi janji saya pada Rusyidah tetap saya kotakan.I dont like to break promises that I've made."

Setelah bersalaman dgn Cik Timah, Amirah melangkah lemah ke arah lif. Kedua-dua mereka hanya membisu sehingga Amirah tiba di muka pintu rumahnya.

“Now, tugas saya dah selesai.Selamat tinggal dan good night,”ujar Luqman.

Amierah masih membatu, kelu untuk berkata-kata.Apabila Luqman sudah berlalu barulah dia bersuara.

“Encik Luqman..”

“Yes?”

“Terima Kasih”

“My pleasure”

Mungkinkah Part 8

Amirah dan Fattah tiba di rumah Kak Yana hampir menjelang maghrib.Setelah bersalaman dgn Haikal, Fattah terus saja mahu menjenguk baby didalam baby's cotnya.

"Hei, budak ni. Awak tu entah dari mana-mana, jangan nak mengada-ngada nak jenguk baby pula,"tegur Amirah.

"Apasal tak boleh, Kak Mir?"soal Fattah

"Iyelah, kita kan dari luar.Ntah dalam perjalanan kita tadi, ada roh jahat yg mengekori.Nanti tak tentu pasal, baby tu yg diganggunya pula.Dalam Islam pun ada doa bila kita merziarahi baby-baby macam ni, yg belum lepas hari..."terang Amirah.

"A' ah lah..Ummi pun ada beritahu Fattah, tapi Fattah tak hafal. Kak Yana, baby ni dah tahnik ke belum?"tanya Fattah.

"Sudah, Abi kamu yang tahnik kan.Elok orang yg soleh yg mentahnikkan seorang baby, berkat.Sebab tu, Abang Haikal minta Abi kamu yg tahnikkan."

"Oh, jadi Ummi dan Abi dah ziarah Kakak Yana lah ye...Tak beritahu Fattah pun,"ngomel Fattah

"Dah lah Fattah.Ummi kamu kata, you insisted on going for your soccer games yesterday,sebab tu mereka datang dgn the rest of your sisters,"terang Haikal.

"Oh.... i remember.Tapi Ummi tak cakap nak datang sini.Ummi cuma cakap nak ziarah family. By the way, Kak Yana, what's cooking today?"

"Fattah oi! Kak Yana dalam harilah...What do you expect her to cook?Chilli crab? beef staek?Sabsuka? Teppanyaki?" usik Amirah

"Tengoklah tu, Kak Yana, dah lah Kak Mierah ni dera Fattah suruh pasang backdrop tu, lepas tu tak belanja pun kita makan."

Kak Yana dan Haikal tertawa melihat telatah sepupu mereka tu.

"Memanglah Kak Yana dalam hari.Lauk Kak Yana pun simple je, Fattah.Tapi KaK Mierah kamu dah masak.Dia masak gulai ketam tadi.Abang Haikal pun ada beli mee goreng mamak .Pergilah kat dapur tu,self service," kata Haikal sambil tertawa.

"Nanti, Abang Haikal, biar dia siap2 untuk solat dulu maghrib dulu.Lepas solat baru makan.Lambat pula dia solat kalau dah makan tu,'Mierah berkata lagi.Fattah memuncungkan bibirnya kearah Amierah.

"Lapar tau,Kak Mir. Nanti solat tak khusyuk,"pujuk Fattah.

"Tak pa, yg jadi imam kan Abang Haikal, bukan Fattah. Takkan lapar sikit pun tak tahan.You ate a slice of cake remember?Tadi, adik Luqman beri..."Amirah mengingatkannya.

"Yelah....talking of Luqman. He looked like arwah abg Uwais lah."Fattah memberitahu Haikal.

Amierah menjeling Fattah, "Tak habis-habis budak ni..."getusnya dalam hati.


Setelah solat Maghrib berjemaah, Fattah terus menyeduk nasi di dapur. Amierah membantu Yana menjaga anaknya sementara Yana merehatkan diri dikamar. Haikal menemani Fattah di dapur. Terdengar suara memberi salam di luar. Amirah meninggalkan baby di baby's cot lalu menjenguk tetamu di pintu. Degup jantungnya hampir terhenti apabila melihat Luqman dan ibunya diluar.

"Oh, Encik Luqman, makcik, masuklah."jemput Amirah.

"Siapa, Mierah?"tanya Haikal.

"Encik Luqman dan ibunya,"jawab Amierah.

Pantas Haikal meninggalkan meja makan lalu menyambut tetamu yg tidak di sangka-sangkanya itu.

"Masuklah, Cik Mah.hah, Luqman, kenapa tak call nak datang?"

"Inilah, Haikal, si Luqman ni.Tiba-tiba je call makcik suruh siap2.Dia kata nak ziarah Yana, baru bersalin,"jawab ibu Luqman.

Amirah memanggil Yana di kamarnya.Terperanjat juga Yana apabila mandapat tahu yg ibu Luqman datang bersama.

"Jangan-jangan nak tanya pasal Mierah tak?Apa aku nak cakap?"kata Yana didalam hati.

Amirah terus ke dapur menyediakan minuman dan sedikit juadah untuk tetamu yang datang.Walaupun dia tidak pernah berbual santai dgn Luqman, tapi kedatangan Luqman menjadi tanda tanya pada dirinya.

"Ah...biarlah.Dia kan sepupu Abag Haikal.Kalau Fattah dan aku boleh datang sesuka hati, takkan dia tak boleh..."

Sewaktu Amirah menyediakan air, Luqman menyapa dia bersahaja,"Awak baru sampai juga?"

"Tak, tadi sebelum Maghrib, dgn Fattah."

"Awak datang terus dari Rumah tu ke?"

Amirah mengangguk,"Jemput minum makcik, Encik Luqman."

Cik Timah memerhatikan Amirah penuh minat,"Sapa ni Yana?Nak kata adik kamu, kamu anak tunggalkan?"

"NI Amirah, anak arwah Mak Ngah Yana. Kalau Cik Timah ingat lagi, dulu masa dia sekolah, Yana dgn Haikal yg jaga dia."jawab Yana sopan.

"Lah..sepupu kamu lah ni.Kenapa berencik-encik dgn Luqman? Kita kan bersaudara.'ujarnya.

Amirah hanya tersenyum,"Tak apalah, makcik.."

Luqman memotong kata-kata Mierah,"dia memang jarang berbual dgn Man, mak.Kalau dia datang ke rumah tu, dia cuma jumpa puteri-puteri kat situ.Kalau dgn Azierah tu rapatlah dia."

"Oh...eloklah. Makcik harap, Mierah dapat beri tunjuk ajar pada Azierah tu. Kesian dia."

"Saya cuma berkawan dgn dia saja, makcik.Untuk beri tunjuk ajar tu, mungkin saya bukanlah orangnya,"jawab Amierah.

Sejurus tu, Fattah pun keluar dari dapur.Bia bersalman dgn Luqman,"Jumpa lagi, kita ya."

"Yang ni pun sepupu Kak Yana.Dia tolong buatkan hiasan untuk concert kat rumah tu..."terang Luqman.

"Kau ni Man, selama ni tak cerita pun tentang sedara mara Yana yg banyak bantu kau,"leter Cik Timah.Luqman tersenyum dgn komen ibunya tu.

"Saya minta diri dulu, ye. Nak ke dalam sekejap,"pinta Amirah.

"Fattah pun nak baliklah.Nak cium baby sekejap.Fattah punya assignment belum habis lagi.Esok nak hantar ni..."kata Fattah sambil menggendong baby Yana.

Apabila Amierah ke kamar, dan Fattah pun sudah pulang, Cik Timah mula menyuara.Suaranya agak rendah, seolah-olah tidak mahu Amirah mendengar apa yang hendak di katakan.

"Ni Yana, Haikal.Sebenarnya selain dari nak jenguk anak kamu ni, Cik ada hajat lain. Ni hah...Luqman ada sebut tentang Amirah tu...Bila dah lihat orangnya, Cik pun berkenan.Ni nak tanya kamu berdua ni...Dia tu dah disunting ke belum?"

Yana dan Haikal saling berpandangan.Haikal mengeluh.berat untuk dia berkata-kata.

"Abang serahkan pada Ayang je,"dia memberitahu Yana.

"Amierah tu tidak berpunya.Tapi macam mana Yana nak cakap ye, cik.Makcik dan Luqman ingat tak pada adik abang Haikal?Arwah Uwais Al qarni?"

"Maaflah, Yana.Apa yg makcik dengar, arwahnya meninggal kerana di serang? Waktu tu makcik krisis dgn arwah bapa Luqman,cik tak sanggup datang melawat.Tak nak jumpa keluarga yg lain."

"Tak apa, makcik.Yg berlalu tu, tak usahlah diungkit.Yana dan Haikal faham.Memang arwahnya mati kerana di serang sekumpulan remaja."

"Apa yg Luqman dengar dari keluarga abah, Uwais nak selamatkan seseorang.Gadis itu di aniaya depan mata dia.Tapi dia tak sempat nak buat apa-apa.."

"Makcik, Luqman, gadis yg arwah Uwais nak selamatkan tu ialah Amierah sendiri. Kami pun sebenarnya tak berapa pasti apa yg berlaku.Cuma selepas berjumpa dgn Luqman, Amirah sendiri bercerita dgn Rusyidah tentang apa sebenarnya yg berlaku.Menurut Rusyidah, sewaktu Mierah dirogol, Uwais ada di situ.Tapi Uwais terlebih dahulu di pukul, sehingga tak terdaya untuk selamatkan Mierah.Dan yg buat Mierah terus rasa bersalah atas kematian Uwais ialah, tatkala Uwais nak tolong tutupkan tubuhnya yg di noda itu, waktulah dia di pukul di kepala sehingga jatuh didepan Mierah.Arwahnya mati disitu juga. Sampai sekarang, Mierah tak dapat melupakan peristiwa tu.Dia rasa, dia penyebab Uwais meninggal dan dia rasa dirinya berdosa sangat-sangat.Man, dia bukan gadis yg sombog.tapi apa yg berlaku pada dia, buat dia jadi begitu."

Haikal menyambung,"Budak tu baik, Cik.Haikal pun tak salakan dia atas pemergian Uwais.Lagipun memang nasib dia.Budak yg buat dia tu sebenarnya dendam kat dia...rasanya macam cinta tak dibalas.Mierah tu dari kecil memang jaga syariat.tak bergaul dgn lelaki.Macam mana dia nak layan budak tu...dah tentu dia tahu benda tu salah.Tak dibenarkan syariat. Tak sangka akhirnya terjadi begitu...."

Luqman dan ibunya saling berpandangan.Bagi Luqman, apa yg didengari di balik pintu dewan sudah jelas.

Mungkinkah Part 7

Seperti yg dijanjikan, Fattah menghantar props tepat pada waktunya. Luqman yg kebetulan masih berada di pejabat di perkenalkan kepada Fattah. Berkerut juga muka Fattah apabila melihat Luqman.Amierah yg berada di situ pura-pura tidak perasan dgn reaksi Fattah.

"Encik Luqman, ini Fattah, sepupu saya.Bererti dia sepupu Kak Yana juga." terang Amirah.

"Fattah, ini Luqman, sepupu Abang Haikal.Dia pengurus Rumah Kasih Sayang ni."


Fattah menghulur tangan, disambut oleh Luqman,"Macam biasa nampaklah..."
Luqman tersenyum,"Mungkin Fattah pernah jumpa arwah adik abang Haikal tak?"

"Oh yes! You looked just like him.Macam arwah abang Uwais! Kalau dia masih hidup, people will say you guys are twins. So much alike."

Amirah berdehem sebagai isyarat kepada Fattah. Fattah menoleh ke arah sepupunya itu.

"Sorry Kak Mierah...I forgot you are around. Kak Mierah ni, tak boleh dengar nama Abang Uwais...sensitif sikit...dia..."

Cepat saja Amierah memintas kata-kata Fattah,"Encik Luqman, I believe you belum lihat lagi baju yg I pilih untuk the girls.Maybe you would like to see those dresses.Kalau you tak berkenan, I'll have them changed today."

"Oh ya, tadi Ain ada beritahu saya tentang pesanan you tu but I forgot. Let me go and check them out with Azierah.Excuse me," kata Luqman.

Selepas Luqman keluar meninggalkan dewan, Amierah terus menegur Fattah,"Kenapa Fattah sebut pasal arwah abang Uwais? Lepas tu sempat nak cerita tentang Kakak pula."

"Sorrylah kak,tapi muka dia tu serupa muka abang Uwais. Fattah rasa tentu perwatakan dia macam arwah abang Uwais juga."

"Wajah yg serupa tak bererti hati dan watak pun sama.Kembar serupa pun boleh berbeza watak...lagikan mereka, setakat cousin saja," jawab Mierah.

"Bagi akak which is a better choice?"soal Fattah,"Iyelah..kalau untuk jadi calon suami?"

"Astaghfirullah...bila Fattah pandai cakap macam mak nenek ni.Nak akak beritahu Mak Usu? Pergi ITE, pandai pula cakap benda2 tak berfaedah ni yer?"

"Bukan macam tu.Kalau kakak ngadu kat Ummi pun, Ummi tak marah lah.Ummi pun kadang2 sibuk pasal akak ni tak kahwin2 lagi.Ada masanya Ummi cakap kat Fattah, "Aku nak cari orang yg sama macam Uwais.Baru Kak Mierah kau tu nak kahwin agaknya!" Fattah meniru gaya Umminya, Mak Usu Amirah.

"Kalau sama pun wajah, kan tak sama orangnya.Uwais tetap Uwais, tak boleh di gantikan dgn orang lain. Lagi pun bukan kerana Uwais, kakak tak nak kahwin..."

"Habis tu...pasal apa?Kak, kenapa sebelum ni kita tak kenal dia?"soal Fattah.

"Dah lah Fattah, mengalahkan orang perempuan.Dia jarang bergaul dgn keluarga abang Haikal.Dia ikut ibu dia.Sedangkan ayah dia yg berkeluarga dgn Abang Haikal.Hei...backdrop ni kita belum pasang lagi..Sampai maghrib pun tak selesai, kalau asyik layankan Fattah ni.Kak Mierah nak balik tau...letihlah. Malam nanti nak jaga baby Kak Yana pula."

"Alaa, nak buat macam mana, adik beradik Fattah semua girls....Eh, anak Kak Yana girl ke boy?"

"Kalau nak tahu, cepat-cepatlah siapkan kerja, then ikut Kakak balik ke rumah Kak Yana.Hmm..awak tu dah jadi uncle lah..."usik Mierah.

"Kakak pun dah jadi aunty. Bila nak jadi Ummi pula?"

"Dah...nak menyimpang eh? Tak tolong pasang ni baru tahu..."

Amierah terus saja bergurau dgn Fattah.Jarak umur mereka yg agak jauh membuat Fattah senang dan manja dgn Amirah. Tanpa mereka ketahui, Luqman sebenarnya masih berada di sebalik pintu dewan.Dan dia telah mendengar segala perbualan Amierah dan Fattah.

Luqman berhasrat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Amierah dari Kak Yana.


Mungkinkah Part 6

"Mierah, bagaimana dgn props untuk pementasan?Mierah senyap je..Apa perkembangan props tu?" tanya Haikal sewaktu mesyuarat di rumah kasih sayang.

"Alhamdulillah, Mierah dah siapkan plan dan Mierah pun dah tunjuk pada Amran dan Fattah. Mereka sedang siapkan those backdrops di rumah Fattah. Ada juga mereka email Mierah akan gambar-gambar backdrop yg half finished.InsyaAllah by tomorrow siap, kata mereka. Dan budak-budak tu sendiri yg nak deliver backdrop ke sini,"terang Mierah panjang lebar.

"So, that's settled then. Kamu Rusy...tarian sufi tu..okay ke?"tanya Haikal pada Rusyidah pula.

"InsyaAllah dah settle the whole thing. Cuma Rusy nak minta izin, kelmarin Rusy ada ajar ,mereka mendeklamasi sajak secara choral reading.Nampaknya mereka minat dan pembacaannya baik.Boleh Rusy masukkan ke dalam iteneries kita?"

"Elok juga macam tu.Apa kata kamu Luqman?Iyelah...kami ni hanya membantu kamu.But you are the event organizer.So you have the final say,"Haikal menanyakan pendapat Luqman.

Luqman mengangguk setuju,"Well, kalau the trainers dah nampak potensi those girls.I serahkan saja pd you all.tapi bagaimana dgn jemputan penasyid Mawaddah dari Kuala Lumpur tu?"

"Itu dah kami usahakan.Mereka ni ada 3 kumpulan.Mawaddah Pusat that is from Rawang, bandar Country Homes.Another one based in Kedah.That is Mawaddah Utara.And also Mawaddah Selatan, based in Rompin, Pahang. So its either Mawaddah Pusat or Selatan who will be coming over.Apa pun, mereka semua sama."terang Kak Yana.

"Okaylah, kalau gitu.By the way, costume those girls, macam mana ye? I was thinking of getting new ones for them.Tapi kalau I sendiri yang bawa mereka pergi shopping untuk baju, rasanya tak larat.Kerenah budak-budak tu.Dan I dont want people to salah anggap.Seorang lelaki dgn anak-anak dara ramai-ramai macam tu...."kata luqman lagi.

"Tahu kamu takut ye, Man.Hah...cik kak berdua ni...ada siapa nak temankan puteri-puteri tu?"tanya Kak Yana.

"Bila waktunya?" tanya Rusyidah.

"The money is ready.Mungkin petang nanti, lepas solat and lunch..."jawab Luqman.

"Oh..kalau later in the afternoon, I am afraid that I cant make it. Rusy dah janji dgn kakak dan abang nak ziarah rumah mak Idham....Dah dua minggu Rusy tangguhkan kerana sibuk di sini..."Rusyidah menjawab tersipu-sipu.

"Hai, tinggal you je la,Mierah.Can you make it? Kawan tu dah ziarah bakal mak mertua,"usik Haikal.

Amierah memandang Rusy dan kemudian Kak Yana.Kak Yana sedang mengurut perutnya.Ada tanda kesakitan di wajah itu.

"Tak kan nak ajak Kak Yana pula..."getus hati Mierah.

Dia mengangguk tanda setuju,"tapi saya tak boleh lama.I have other things to attend to."

Luqman menghela nafas lega.Tak perlulah dia bawa puteri-puteri jagaannya itu.
“I will send you guys. Kalau dah selesai shopping, just give me a call and I'll pick you up," katanya.

Tiba-tiba Kak Yana mengadu kesakitan.

"Kenapa ni?"tanya Haikal.

"Rasanya its time.Baby dah nak keluar...."kata Yana sambil berpaut pada lengan Haikal.

“I think we should go to the hospital now.kalau terkeluar kat sini, siapa nak sambut?"

Bergegas Haikal dan Rusy membawa Yana ke kereta,"Rusy, dari hospital tu, dekat saja kan kamu nak ke rumah kakak kamu?So, kamu temankan Kak Yana ni sampai ke sana okay..."

"Amierah...ana tak teman anti ye.Ana ikut Kak Yana saja.Anti bolehkan sorang2 disini?"

Amierah mengangguk lemah. Hendak tak hendak, dia terpaksa berada di situ keseorangan.

"Tak apalah Amierah.You can rest di sini.I wont be around.Ofiice ni memang jarang ada orang masuk.Zohor kalau you nak join the girls, bolehlah ke musollah.I nak jumpa the girls to get them ready.Nak jalan pun kena briefing...kalau tak macam-macam drama diorang."

Seraya itu, Luqman pun keluar bersama-sama dgn Haikal dan Rusyidah, meninggalkan Amierah.

Mungkinkah Part 5

Hari itu memang Rusy sengaja tak nak ajak Mierah ke rumah itu bersama.Biarlah dia berehat dirumah.Moga-moga fikirannya kembali tenang.

Petang itu, setibanya Rusyidah di Rumah Kasih sayang, Azierah terus menariknya ke perpustakaan.

"Eee,budak ni. Apa yang dia nak agaknya.What's got into you? We have to train our dance, remamber.Tarian sufi tu mesti selesai hari inilah...."leter Rusyidah.

"Okay, give me 5 mins. Where's my kakak? How come she's not here today?"

"She's not feeling well, Azierah. Lagipun she has nothing to do kat sini.I was the one who dragged her here.So give her a break, okay?"jawab Rusyidah.

"Good! just wanna tell you.Semalam I went home with Abang Luqman...."senyum Azierah.

"Alhamdulillah, mak dia dah boleh accept you ke? How was it?"tanya Rusyidah, ingin tahu.

"Well,at first, I was scared.You know, my mother kahwin dgn bekas suami dia...so, indirectly, I pun rasa macam we snatched the kebahagiaan from her."

"So?"

"But Mak was a nice lady.A bit old, naggy, but she was fine. Cuma, she doesnt want me to address abang as Bro..Dia kata, macam tak hormat abang.Well, something like that lah."

"Good for you, dear.So apa pula you call her?" tanya Rusy lagi.

"I call her 'Mak"lah! Happy nya, I have a mother now.Bukan anak yatim lagi..."

"But you still have your own mother.You bukan anak yatim, sayang oi!"celah Rusy...

"Tapi..she's no longer a Muslim lah. I will pray for her, always.Mak kata, jangan putus asa."

"So you pulled me in here, just to tell me that you dah di terima oleh mak Encik Luqman lah..."usik Rusyidah.

"Well, ada lagi.This is a great happy news for me.Yesterday, during dinner, mak was telling abang to get married. Of course, abang was a bit fed up with her nags...tapi, he told mak, he was interested in a girl who volunteers di sini.That girl, as he said, ada kena mengena dgn Kak Yana.Distant cousin or something. Is it Kak Amierah, Kak Rusy?"

Rusyidah tersenyum, gembira.Dia mendakap Azierah.Terpinga-pinga juga Azierah di buatnya.

"Eh, mestilah.Orang yg dimaksudkan tu, semestinya Kak Amierah...your favourite sis. I am so happy for her. I've always wanted her to lead a happy life."

"Does kak Amirah likes my abang?"

"That...I am not sure.Cuma, never-never tell her about this, okay.She's not ready for all this.It is too sudden, dear!"

"Sure! I promise.My mouth is sealed! And promise that you wont utter a thing to my brother.Mak dah mula sayang I, and I know he's jealous...Ha! Ha ! Ha"

******************

Mungkinkah Part 4

" Belum tidur lagi, Mierah?"sapa Rusyidah sambil melabuhkan punggungnya disisi Amirah.

Amirah menggelengkan kepala,"Entahlah, mata ni tak nak lelap."

"Anti masih teringatkan kisah lama tu? Dah lah Mierah...ia dah berlalu.Anti mesti fikirkan masa depan anti. Bukan pandang ke belakang dan menangisi perkara yang berlalu."

"Banyaknya dosa ana, Rusy. Rasanya macam tak terampun....Ana rasa Tuhan tak terima Taubat ana..."Amirah bersuara. Lemah saja suara itu.

"Kenapa ni, kenapa nak bersangka buruk dgn Tuhan? Bukankah Tuhan dah memberitahu kita, dalam 99 namaNya.Bahawa Tuhan itu Maha penyayang, pengasih, Maha Pengampun.Tuhan tu Maha Baik,Mierah. Dia mengampunkan hamba-hamba yg bertaubat. Rasul pun ada menyebut bahawa tangisan taubat seorang pendosa itu lebih baik dari tasbih para Wali. Letaklah keyakinan anti pada itu.Semua orang buat salah, buat dosa, samada kita sedar atau tidak.Namun begitu Tuhan sentiasa menerima taubat kita, kalau kita benar-benar bertaubat. Lagipun, dalam perkara itu, ana yakin anti tak bersalah...cuma waktu tu...You're just at the wrong place, at the wrong time."


Amirah merenung album di tangannya. Ada gambar Abang Haikal, Kak Yana, Amirah dan seorang remaja, yang rupanya persis wajah Luqman.Gambar itu menunjukkan hari Convocation Amirah. Wajah Amirah begitu ceria sekali dalam foto itu. Rusyidah mengambil album itu dari Amirah.

"Anti masih rasa bersalah dgn dia?"tanya Rusyidah lembut sambil menudingkan jarinya ke arah gambar remaja itu.

"Hmm,"keluh Amirah.Ana berdosa terhadap Uwais.Kalau lah malam itu, Ana tak beriya-iya nak ke majils jamuan tu....tentu dia tak mati.....”

Rusyidah tergelak,"Mierah, anti ingat anti ni boleh mengusai qada' dan qadar Tuhan? Anti yakin sangat, kalau Uwais tak pergi jemput anti, dia masih hidup sekarang dan sudah pun bergelar seorang peguam?"

Amirah terdiam.Hanya airmata sahaja yang deras mengalir dari mata beningnya.
"Mana dia Amirah yg ana kenal hah? Amierah yang tegas, confident dan sentiasa rational? Please, Mierah...tiada siapa yg menyalahkan anti atas kematian Uwais."

Amirah mengadap Rusyidah.Dia menggenggam tangan sahabatnya itu kemas,"Rusy...anti tahu tak..semasa kami di serang oleh Iskandar dan kawannya, Uwais berusaha nak selamat ana tapi dia tak dapat melawan. Mereka ramai, dia hanya seorang. Dia cuma melihat lemah bila Iskandar melakukan perbuatan keji itu ke atas ana. Walaupun ana menjerit memanggilnya, dia tidak dapat berbuat apa-apa.Dia teruk di pukul oleh mereka.Mereka tendang dia, tumbuk dia, hentak kepala dia...Ya Allah...sakitnya Uwais.."

Tangisan Amirah semakin kuat. Emosinya terganggu kerana teringatkan peristiwa hitam yg merosakkan hidupnya itu. Rusyidah mendakap Amirah. Dia perlu menenangkan sahabatnya ini. Dia tahu Amirah menghadapi trauma.

Kemudian, dalam tangisan itu, Amirah menyambung lagi," Ana masih ingat dgn jelas.Sewaktu Uwais bangun menghampiri ana,waktu itu ana tahu, dia nak tutup aurat ana yg dah terbarai tu....Uwais menangis, Rusy.Itu yang ana lihat.Tapi belum sempat dia menghampiri...Iskandar,lelaki jahanam tu terus memukul kepalanya.Waktu itulah Uwais rebah di sebelah ana."

Rusyidah hanya membisu, membiarkan Amirah melepaskan perkara yang terbuku di hatinya selama ini. Semenjak peristiwa yg berlaku lima tahun yang lalu itu, Amirah tidak pernah menceritakan perkara yg sebenarnya.Walaupun Kak Yana, Haikal dan Rusyidah tahu, dia menjadi mangsa rogol dan Uwais mati kerana di serang, Amirah tidak pernah menceritakan secara detail bagaimana Uwais mati didepannya. Semua report, mereka terima dari counsellor polis yang bertugas dalam kes pembunuhan itu.

Setelah tangisan Amirah reda, Rusyidah kembali bersuara.Sambil membelai-belai rambut Amirah yang ikal mayang itu, dia cuba memberi pengharapan kepada gadis itu," Mierah, itu ujian yang Tuhan beri pada anti.Walaupun berat mata kami memandang, ana pasti, berat lagi bahu anti memikul.Tapi percayalah.. kami tak pernah salahkan anti atas kematian Uwais. Dan apa yang berlaku ke atas anti, adalah satu ketentuan.Bukan anti yang punya angkara. Anti tak berdosa Mierah. Anti menutup aurat, dan anti pun bukannya keluar dgn Uwais.Uwais cuma ke majlis itu menyongsong anti krn hatinya terasa berat. Malam itu, dia ada telefon ana.Dia kata, hatinya tak sedap. Memandangkan Abang Haikal dan Kak Yana sudah berangkat untuk honeymoon waktu tu, dia berasa bertanggung jawab untuk jemput anti pulang. Itu kata-kata terakhir yang ana dgr dari Uwais. Ana ada minta dia ajak Idham, tapi Idham sedang usrah. Siapa sangka, Mierah. Tapi yakinlah, dia pasti ditempatkan di tempat org2 soleh."

"Rusy..ana berdosa pd Uwais Al Qarni." ujar Mierah.

"Mierah,,,janganlah kata macam itu lagi. Ana yakin arwah Uwais tak sedikit pun menyalahkan anti. Anti dah macam adik dia sendiri. Tanggung jawab dia untuk protect anti pada waktu itu.

"Dah lah, Mierah.Dah jam 3 pagi ni.Sekejap lagi Subuh.Ana bawa anti berehat di bilik eh?Nanti kita berjemaah."

"Rusy...ana tak larat nak tahajjud...lagipun ana belum tidur lagi."

"Tidur dulu, ana kejutkan nanti sebelum azan."

Rusyidah menemani Amirah di biliknya.Dia bertahajjud di kamar Amirah. Rusyidah tak mampu nak berbuat apa-apa melainkan memanjatkan doa agar Tuhan terus memberi sahabatnya kekuatan untuk menghadapi hari-hari seterusnya.

Pagi itu sewaktu Mierah sedang berehat, Rusyidah menelefon Yana dan memberitahunya tentang apa yang diceriota oleh Mierah.

"Begitu rupanya..Patutlah dia takut sangat kalau Kak Yana dan Abg Haikal sebut tentang kahwin. Dulu kan Rusy...Abg Haikal pernah sebut nak satukan dia dgn arwahnya.Tapi dah tak jodoh. Ni, kakak ada sesuatu nak beritahu kamu.Harap Rusy rahsiakan dulu hal ni dari Mierah..."

"Berita apa? Apa halnya, kak?"

"Luqman kelmarin ada beritahu kami yang dia ingin pinang Amirah. Serba salah kami nak menjawab. dia tu budak baik...tapi sejarah dia...Kalau pun Luqman tak kisah, bagaimana dgn Amirah sendiri?"tanya Yana.

"Rusy dah rasa dah yg Encik Luqman tu berkenan kat dia, tapi macam mana nak khabarkan pada dia eh, kak?"

"Kita biarkan dulu, Rusy.Takut emosi dia terganggu.Selepas projek concert tu nanti, baru kita beritahu. Waktu tu, akak rasa, tentu akak dah selamat melahirkan.Lagipun dia dah janji nak jaga akak sewaktu dalam pantang."

"InsyaAllah,kak.Kita dokan yg terbaik untuk Mierah.Rusy pun kasihan kat dia.Nanti kalau Rusy dah bernikah, siapa yg nak temankan dia. Dahlah ayahnya tak pernah jenguk dia di Singapore ni.."

"Ayah dia tu sibuk memanjang. Lagi-lagi selepas dia mama Mierah meninggal dan lepas apa yg berlaku, langsung dia tak nak balik Singapore.Sabah dgn Singapore ni, tak jauh mana. Orang lain pun bisnes juga, taklah sesibuk dia...."leter kak Yana.

"Eh, Rusy dah lewatlah kak. Nak ke pusat tusyen tu dulu.Petang ni pula,dah janji dgn anak-anak di rumah tu.'

Mungkinkah {Part 3}

Masa berlalu begitu cepat.Sedar tak sedar, sudah sebulan Amirah dan Rusyidah berulang alik ke Rumah Kasih Sayang itu. Mereka pun semakin akrab dgn penghuni dan staf wanita di situ.Walaupun Luqman cuba mendekati Amirah, dia sedaya upaya cuba mengelak. Pada kaca mata Amirah, Luqman memang seorang yang bertanggungjawab. Ini dapat dilihat melalui tugasnya di Rumah peralihan itu. Luqman begitu komited mendapatkan kerjasama berbagai pertubuhan yang lain untuk membentuk peribadi puteri-puteri di situ. Amirah juga di minta untuk mengisi program-program untuk penghuni rumah itu. sesekali selepas membantu Rusyidah dgn latihan tarian sufinya, dan selepas menyediakan peralatan props untuk pementasan, Amirah akan mengumpulkan puteri-puteri di situ untuk program muhasabah. Amirah lebih senang bercerita tentang betapa indahnya Islam, kasih sayang Tuhan, dan tentang sifat Tuhan yang Maha Pengampun itu.Setiap kali selesai program, tentu ada saja puteri yg datang mendekatinya, untuk meluahkan rasa hati mereka. Amirah sedar, penghuni2 di situ juga seperti orang2 lain yang perlu di belai, di beri perhatian dan di beri kasih sayang. Amirah tak pernah menolak permintaan mereka untuk bertemu selepas sessi bersamanya. Adakalanya, terpakasa dia pulang jauh malam bersama Rusyidah. Azierah pernah juga mempelawa Amirah untuk bermalam di situ, tapi Amirah menolak dgn alasan dia perlu menghabiskan tugasan di rumah.

"Mierah, abang Haikal perasanlah semenjak dua menjak ni, Mierah sering pulang lambat dari sessi program di Rumah Kasih Sayang itu. Abang dan Kakak Yana ni bukannya tak setuju, tapi risau dgn keselamatan kamu berdua. Niat nak selamatkan orang, tapi nanti apa-apa berlaku, kami suami isteri juga yang susah. Kan bang Hailkal yang kenalkan kamu dgn rumah tu..."tegur Haikal sewaktu dia dan isterinya datang bertandang ke rumah Amirah pada suatu petang.


"Iyelah Mierah...Luqman ada kata kat kami yang dia minta bantuan Mierah di sana.Katanya, dia lihat puteri-puteri itu senang dgn Mierah. Dan dia juga harap agar Mierah dapat membentuk peribadi Azierah.Ierah tu rapat sekali dgn Mierah, betul ke?"tanya Kak Yana.

Mierah mengangguk sambil membetulkan tudungnya," Memang benar Encik Luqman ada minta bantuan Mierah. Ain Aliya, secretary dia, yang sampaikan permintaan itu pada Mierah.Tapi Mierah peliklah...kenapa dia begitu rapat dgn Azierah. Kadang-kala itu sampai tak dibatasi syariat...."

Abang Haikal dan Kak Yana hanya tersenyum, memberi ruang untuk Amirah menyambung keprihatinan hatinya.

"Kadang-kala Amirah rasa tak selesa duduk disana,lebih-lebih lagi kalau perkara begitu berlaku di depan mata Mierah, dan Mierah tak dapat membendungnya. Mierah rasa, selepas projek konsert bersama ni Kak Yana, Mierah nak tarik diri dari jadi volunteer di sana..."

"Hai...Amierah, bukankah dulu anti beriya-iya nak jadi penyelamat. Nak selamatkan sesama Islam dari terus terjebak dgn dosa.yang anti lihat tu baru sikit....Kat luar tu macam-macam lagi kerenahnya, Mierah,"usik Rusyidah yang baru keluar dari dapur dgn hidangan.

"Entahlah....itu dulu....sewaktu baru habis belajar...."jawab Amirah hambar.

"Hai...Abang Haikal rasa, eloklah Abang berterus terang saja. Memang Luqman minta abang rahsiakan. Tapi dari terjadi salah faham, elok kita berterus terang."

"Berterus terang?"

"Iye, Mierah....Luqman tu memanglah tak sewarak mana.Mungkin tak setanding orang-orang yg pernah kamu kenali.Pengamalan Islamnya so-so. Tapi dia masih tahu batasan syariat.Sebab itu dia hanya berani mengusik Mierah di depan orang ramai. Dan sebenarnya, Azierah tu adik Luqman."

"Adik dia?Tapi Azierah kata, ibunya seorang Caucasian...dan dia tinggalkan Azierah sewaktu umurnya 13 tahun." protes Mierah....mana mungkin??????

Kak Yana menghampiri Amierah dgn perut yang semakin sarat.Di usap-usap perutnya dgn kasih sayang," Mierah, my dear. Ingat tak Luqman sebut pada malam pertama kita bertemu dgn dia? Well, mungkin Mierah tak dengar pun cerita dia dgn Abg Haikal. Azierah tu adik sebapa. Selepas bapanya bercerai dgn mak Luqman,
dia telah migrate dan bernikah dgn seorang wanita Inggeris. Tapi sayangnya, isterinya itu cuba untuk kembali ke agama asalnya, selepas 12 tahun mereka berkahwin.Walaupun berjaya di halang, di nasihati, tapi selepas setahun kemudian dia mula buat semula tabiat lamanya. Sebab itu, seperti kata Azierah, dia di tinggalkan ibunya sewaktu usianya 13 tahun.Ibunya dah tak betah hidup sebagai seorang Muslimah. Selepas ibunya melarikan diri, ayah Luqman meninggal dunia kerana heart attack.Alhamdulillah, pada waktu itu, Luqman ada di sana, sedang menyambung pelajarannya.Dialah yang menjaga Azierah sepanjang waktu itu, tapi dia tidak dapat mengawal pergerakkan adiknya.Sebab itu, Luqman terus membawanya pulang ke Singapore, atas pass pelawat. Luqman sedang usaha kan agar Azierah dapat taraf P.R. Dia nak jaga adiknya terus. Tapi kerana culture yang berbeza, Luqman meletakkan Azierah di rumah Kasih sayang itu, dan bukan dirumahnya sendiri.Lagipun, mak Luqman masih dalam tahap awal untuk menerima anak bekas suaminya itu."

"Sebab tu, Mierah...anti lihat mereka tu rapat."sambung Rusyidah.

"Jadi, anti pun tahu cerita sebenar? Kenapa tak beritahu ana?"soal Amierah

"Eh, anti yg tak tanya.Takkan ana nak beriya-iya cerita.Lagipun kalau dengar nama Luqman je, anti terus ubah cerita."

Kak Yana tersenyum,"Kenapa Mierah?Benci sangat ke Mierah dgn sepupu abng Haikal tu?"

"Eh, mana ada...Mierah tak cakap pun macam tu."tegas Amirah,"Cuma Mierah kurang selesa bila berdepan dgn dia."

Kak Yana mengusap kepala Mierah yang di tutup hijab berwarna biru laut itu.
"Kenapa Mierah....Luqman ada buat salah dgn Mierah ke?"

"Tak! Eh, adalah...Pada hari pertama Mierah ke sana, dia ada beritahu yg dia nak berkenalan dgn Mierah dihadapan penghuni rumah tu. Malunya Mierah...Tapi bila lihat wajah dia, Mierah teringat pada ......." Kata-kata Amierah termati di situ. Airmata mula bergenang.

"Dah....jangan nak nangis, nanti banjir pula Clementi ni, Mierah,"usik Haikal.Dia tak suka lihat Mierah menangis.Kalau Mierah sudah menangis kerana perkara itu, Mierah akan terus terbawa-bawa dgn kesedihan dan rasa bersalah itu.

Mungkinkah part 2

Amirah dan Rusyidah tiba dirumah tumpangan itu tepat jam sepuluh pagi.Penghuni di situ sedang mengadakan aktiviti bebas.Pegawai yang bertugas, Ain Aliya membawa mereka ke dalam.

"Okay, kawan-kawan semua.Our new sisters are here. Semalam tentu kita semua dah jumpa mereka.So sesiapa yang terlibat, bolehlah berkumpul dgn mereka.

"Takkan yang terlibat saja? We wanna be with them too."seorang gadis bersuara. Ain Aliya memandang Amierah dan Rusyidah, menanti kepastian.

"I think, it should be alright,Ain. I am not involve, so maybe I could get to know them better," Amirah memberi jawapan.

"Yes.That's what I wanted. Okay, frens...kalau ada yang interested to join us, lets go to the garden outside.

Gadis itu menghampiri Amirah dan menarik lengan Amirah.Amirah membiarkan saja. ada juga rakan-rakannya yang turut serta.

"Beautiful garden!”terpacul dari mulut Amirah.

"Hey, sister, you like this place?" tanya gadis tadi.

Amirah mengangguk.Di pandang sekeliling taman mini itu. Nyaman, tenang...

"Kalau kakak nak tahu, kita yg jaga tempat ni.Kira macam port kitoranglah..."

"Oh ya?" tanya Amirah sambil melabuhkan punggungnya di sebuah bangku.

"You girls...dah lama ke tinggal disini?"tanya Amirah.

"We've been here for ages."

"Kakak rasa, semua orang dah tahu nama akak, tapi I have yet to get to know you all," Amirah bersuara.

"Okay.... nama I, Aziera,"jawab gadis yang menarik lengan Amirah tadi.Lalu dia memperkenalkan satu persatu kawan-kawannya di situ.

"So...you are..Farah, Nur, Insyirah and Dania. I think...I wanna know you people better. Kakak suka berkawan dgn you gals."

"Dan saya pun nak kenal lebih rapat kamu. Saya senang dgn kamu."suara seorang lelaki mengganggu perbualan Amirah.

Tersentak Amirah dibuatnya. Merona wajah ayu gadis itu. Dia memperbetulkan duduknya.

Azierah merapati Luqman.

"Brother Luqman ni...selalu ganngu kitalah...Why are you here? Don't you have work to do?"

Luqman tersenyum dgn kata-kata itu.

"Berkenalan pun satu pekerjaan." Semua puteri-puteri di situ tertawa mendengar penjelasan Luqman. Amirah bingkas bangun.Dia tak betah dgn lelaki seperti Luqman.

"Maaf, I have to go.Mungkin Rusyidah memerlukan bantuan saya,"ujarnya sambil berlalu. Tidak sedikit pun dia memandang wajah kacak Luqman.

Terdiam puteri-puteri itu. Begitu juga dgn Luqman. Amirah sangat pelik bagi mereka.Selalunya setiap gadis yang berurusan dgn Luqman, pasti tertawan dgn wajah tampannya.Cuma Luqman saja yang tidak melayan.Tapi gadis ini tidak seperti mereka-mereka. Walaupun Luqman menunjukkan minat, dia tetap dgn pendiriannya. Tidak mahu berbual dgn lelaki ajnabi.

" Hi brother...there goes your chance....kalau dapat wife macam tu...tentu seronok sey,Like my frends said"GEREK!". Betul tak girls?"tanya Aziera pada kawan-kawannya. Mereka mengangguk setuju.

"Aziera suka kat dia ke?"tanya Luqman.

"Hello, brother...your sista aint a lesbian ok!Iera cuma rasa...it would be nice to hafta sister in law like her. But, you have to change too.Dia bukan minah-minah kat London okay....Iera lihat...dia tu macam puteri di Taman Larangan."

"Wah...bahasa Melayu dah standard nampak..."usik luqman,"Unlike when you first reached here, darling."

"Well, practice makes perfect. And I am glad to be here too. At least down here,I learn to know my roots."jawab Aziera.

"I've got to go, gals. Behave yourselves.I think Sister Amirah makes a good befriender and I hope you people would not lose a good befriender like her." Luqman menasihati putri-puteri yang ada.

"You can count on us, brother.And we'll make sure you get a good wife for urself too.You beter not lose her..."usik puteri-puteri disitu.

Penghuni disitu memang menyayangi Luqman dan semua staf di rumah itu. Mereka tidak seperti warden yang garang dan bengis setiap masa. Penghuni dianggap seperti anak atau adik sendiri.Sesuai dengan projek YELLOW RIBBON yang dilancarkan Pemerintah, Rumah Kasih Sayang sentiasa memberi pengharapan kpd penghuninya untuk berubah dan diterima masyarakat.

Sementara itu Amirah terus mencari Rusyidah. Dalam kekalutannya itu, dia bertembung dgn Ain Aliya.

"Astaghfirullah.Maaf Ain.I tak perasan you di depan,"katanya.

"Sister Amirah ni macam nampak hantu aje. Any problems with the girls?"tanya Ain.

Amirah menggelengkan kepalanya,"Eh, taklah.We got along well.Cuma tadi rasanya Encik Luqman ada perkara yg nak di bualkan dgn one of the gals, so saya minta diri."

"Ohh...puteri di sini memang rapat dgn Luqman,"selamba saja Ain membahasakan Bossnya dgn nama saja.

"Saya nak cari teman saya.Ain tahu dia dimana?"

"Oh,,Rusy? She's with the girls in their rooms.Come, I'll bring you there."

Amirah mengekori Ain Aliya.Cantik suasana dormitory puteri2 disitu.Lebih dari hostel Amirah sewaktu di universiti dulu. Rusyidah sedang buat demo tarian sufi kepada puteri-puteri yg terlibat. Wajahnya terlalu ceria. Mentelah pula, puteri2 itu memberi kerjasama yang sangat menggalakkan.Ain meninggalkan Amirah bersama yg lain.

"Ain, thanks ya."

"Don't mention it.OK, got to go.Nanti menjerit si Luqman lihat I tak ada di office"kata Ain sambil tertawa.

Mungkinkah........{Intro}

Amirah melihat jam ditangan.Sudah menunjukkan jam 4.30 petang. "Ya Allah, dah Asar ni.Baik solat dulu.Kalau tak, pasti terlewat ni...Kerja tak siap lagi,"fikirnya.
Dia menoleh kearah Rusyidah yang sedang leka melakarkan langkah-langkah tarian sufi.
"Rusyidah, ana nak solat dululah...dah masuk waktu ni."beritahu Amirah.
"Eh, iye ke? Ya Allah...tak sedar masa berlalu.Kita berjemaah ye."

Selepas solat, Amirah merebahkan tubuhnya diatas sofa.

"Mmm..Makruh tidur lepas asar, nanti mewarisi gila.."tegur Rushidah.

"Tak tidurlah, rehat jer.Letih sangat badan ni."

"Amirah, program untuk rumah kebajikan anak-anak kasih sayang tu, siapa yang coordinate?" tanya Rusyidah.

"Kalau pihak kita, yang berurusan tu, Abang haikal dan Kak Yanalah.Tapi pihak rumah kebajikan tu, ana tak pasti pula."

"Ana dengar dari Najwa semalam, nama pegawai kat rumah tu..ialah Luqmanul Hakim.Katanya ada kena mengena dgn Abang Haikal.Tapi Kak Yana tak cakap apa-apa pun dgn ana. Kalau diikutkan jadual, esok ana dikehendaki kesana, untuk 'train' remaja-remaja puteri disitu dgn tarian Sufi ni."

"Jadi, apa masalahnya?"

"Iyelah..selama ni, kalau kita volunteer jadi event maneger, selalunya pegawai yg involve tu wanita, ini lelaki...susah nak berhubung,"keluh Rusyidah.

"Oh, anti rasa payahlah nak berbual kalau ada masalah, gitu?"

"Tentulah..selama ni pun dgn Abang Haikal je, yg ana berani bercakap.Itu pun yg perlu-perlu je...."

"Eloklah tu, kita ni kan muslimah.Ada peradapannya.berbual tu juga, ada tatasusilanya.Tapikan, Rusy...ana terfikir pula, macam mana nanti kalau tunanag anti tu dah balik dari Jordan? Kena bual jugakan? Atau nanti guna email atau sms jer?"

"Laa..Kesitu pula.Ana tak pernah terfikir hal itu.Lagipun sampai sekarang, tak pernah sms pun.Kadang-kadang tu, lupa pula ana ni tunangan orang."

"Tak apalah...baru tunangan, belum jadi isteri yg sah.Masih perlu jaga batasan syariat tu. Nanti dah jadi isteri yg sah pada Ustaz Adham, barulah boleh berbual manja eh?,"usik Amirah.

"Isy...tak sukalah layan anti ni,"merah padam wajah Rusyidah menahan malu. seraya itu, telefon berbunyi.Amirah segera menjawabnya.

"Assalamu'alaikum," suaranya tegas tapi sopan.

"Wa alaikum salam,Mierah ke tu?" suara Haikal dihujung talian.

"Oh, abang Haikal.Kak Yana tiada disini.

Terdengar suara Haikal tergelak dihujung talian.

"Itu abang Haikal tahulah.Kaka Yana kamu ada di sisi abang ni."

"Abis tu, abang Haikal cari siapa?"

"Cari kamu dan Rusy...kenapa?tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh....tapi ..ada apa hal?"

"Hah...nak ambil kamu jadi isteri nombor dua.Nak tak?"

Amirah terdiam.Tak sangka itu yang dijawab Haikal. Kemudian gagang telefon bertukar tangan.

"salam, Mierah...Kak Yana ni,"

"Ye kak...terperanjatlah Miera dgn Abang Haikal...Ntah apa-apa dia merepek.Nasib baiklah Mierah dah kenal lama dgn dia, kalau tak...Mierah rasa dia macam ada masalah jer..."

"Sorilah dik, dia bergurau je...Alaa, kamu pun macam adik dia je,"pujuk Kak Yana.

"Sebenarnya, ada apa akak suami isteri cari Miera ni?"tanya Miera lembut.

"Ni, lepas Isya' akak dan Abang Haikal nak bertemu dgn wakil Rumah Kasih Sayang tu, ingat nak ajak Mierah dan Rusy sekali."

"Mierah okay jelah...Lagipun Mierah nak juga lihat stage dia, nak fikirkan props yg kita perlu nanti.kalau Rusy tu, bisa diaturlah,InsyaAllah."jawab Amirah.

"Okaylah.Malam nanti kami jemput okay. Tunggu akak di main road tau.Jadi Abang Haikal tak payah masuk lorong rumah kamu tu..."

Sewaktu mereka tiba di RUmah Kasih Sayang, penghuni-penghuninya sedang menjamu selera. Ramai anak gadis belasan tahun yang menjadi penghuni rumah itu.
Kedatangan Amirah dan sahabat-sahabatnya dipandang penuh tanda tanya. Mungkin penghuni baru atau mungkin pegawai baru yang sentiasa silih berganti.Maklumlah tak ramai yang sanggup bertugas dgn puteri-puteri masalah seperti penghuni dirumah ini.

Haikal membawa Amirah dan Rusyidah terus ke pejabat. Salam di beri dan dijawab oleh sesorang yang berada di pejabat itu.

"Masuk."

"Dah masuk pun.Memang datang ni nak masuklah.Takkan nak diri kat luar je,"seloroh haikal.

"selambanya,"getus hati Amirah.

"Laa, abang rupanya.man ingat tadi puteri-puteri yang buat havoc waktu solat."

Mereka bersalaman dan berpelukan,"hai...tinggal dekat pun susah nak jumpa kamu, Luqman. busy sangat ke?"

"Tak lah, abang. Nak kata sibuk pun taklah juga, cuma bila dah selesai waktu pejabat, Man lebih senang pulang ke rumah."

"Mak kamu sihat, Man?"tanya Kak Yana.

"Mak macam tulah kak.Dah tua, ada saja yang tak kenanya.akak pun...apa khabar orang dalam?"

Yana mengusap perutnya yang membusung,"Dua bulan lagi, Man.Alhamdulillah, so far so good. baby ni pun nak tunggu Pak Tehnya balik dari London baru nak keluar agaknya."

"Berbual-bual ni, lupa abang nak kenalkan.Ni..namanya Rusyidah Bte Mazlan, bertugas di Darul Taqwa sebagai pegawai kebudayaan dan perhubungan luar. Tunangnya Adham, yang kamu jumpa sebelum kamu bertolak ke London kelmarin."

Luqman mengangguk-angguk, Oh..Adham, Man ingat lagi kat dia.kadang2 tu ada juga dia email kat Man.Tapi tak pernash cerita yg dia dah ada buah hati." Rusyidah hanya tunduk.

"Yang ini, Man, namanya Amirah.dia ni nak dijadikan madu Kak Yana dia tak nak.Agaknya nak cari Prince charming dari mana ntah....."

Geram betul Amirah dgn kata-kata Haikal.Kat sini pun sempat nak bergurau. Amirah tahu yang Luqman masih memperhatikannya.Dia cuba mengelak pandangan itu.

"Ni, Man.Kedatangan kami ni nak bincang tentang program yang kita nak buat bersama.Abang nak tahu juga pengisian yang macam mana yang kamu perlukan?"

Pertemuan sejam dipejabat Luqman membuahkan hasil. Amirah sudah dapat menggambarkan props yang dia perlukan.Begitu juga Rusyidah, walaupun dalam keaddan 'sceptical' terhadap penghuni-penghuni dirumah itu, dia sempat bertemu mereka dan mengumpulkan 6 orang puteri untuk tarian sufi yang bakal dipersembahkan. Luqman banyak berbual dgn Haikal, manakala Amirah dan yang lain setakat memberikan butir-butir yang sering Haikal tinggalkan dari topik perbincangan. Dari pengamatan Amirah, hanya Luqman saja pegawai lelaki di rumah itu. Haikal mempelawa Luqman pulang bersama.

"Man, kami dah nak pulang ni. Nak abang hantarkan?" pelawa Haikal.

"Alhamdulillah...kebetulan kereta Man assistant Man guna tadi.Tapi, its out of the way lah ,bang.Man tinggal kat Jurong. Abang kan kat Pasir Ris.Hujung ke hujung tu, Bang."

"Hujung ke hujung pun, Singapore ni bukannya besar mana. Johor tu 5 kali ganda dari Singapore pun abang sanggup round selalu, takkan nak hantar kamu abang nak fikir banyak-banyak pula. Lagipun anak dara dua orang ni tinggal di Clementi. Dekat sangatlah dgn rumah kamu."

Sepanjang perjalanan, Amirah banyak mendiamkan diri. Selalunya dia yang lantang memberi idea itu dan ini.Namun kehadiran Luqman dikereta Haikal membuatnya bungkam.

"Amirah, apa rancangan kamu ttg props nanti?"tanya Haikal.

"nantilah, bang.Mierah fikirkan."jawabnya pendek.

"Fikir?tadi idea tak datang ke?Mierah pergi lihat stage tadikan?"soal Haikal lagi.

"Mmm..."

"Hai...mmm..je, jawab kamu.Peliknya Mierah malam ni. selalu kalau dah lihat pentas, idea datang bertubi-tubi,"usik Haikal.

"Whateverlah...."jawab Amirah.

Lagi pelik.tak pernah pula Mierah jawab macam tu.Baiklah MIss Whatever, abang dah tak nak tanya. Esok, kalau dah dapat lakarkan propnya, email terus kat abang."

"InsyaAllah."

Kak Yana dapat memahami hati Mierah yang malas menjawab suaminya didepan orang yang tidak berapa dikenali. Sudah lama dia menjaga Amirah. Amirah tidak suka banyak berbual didepan lelaki yang dia tidak kenal.Lebih-lebih lagi jika lelaki itu seusianya.

" It's alright Amirah.Take your time.We have like... a month to go. Kakak yakin, you can do it."

Tiba-tiba Rusyidah bersuara, "Eh, esokkan anti dah janji dgn ana, Amirah. Anti nak temankan ana bertemu dengan puteri-puteri di rumah itu.Ana dah beritahu mereka.Esok ada latihan."

Amirah menoleh kearah sahabatnya itu,"Bila masa pula ni?"

"Tadi, selepas solat Asar..."

Amirah mengetap bibirnya, "Esok ana bagi jawapan."

Luqman yang sedang duduk di bahagian belakang penumpang bersuara,"Mungkin Cik Amirah ni tak suka bertamu di tempat saya.Maklumlah, rumah tu penuh dgn anak-anak bermasaalah..."

Terperanjat Amirah mendengar kata-kata sinis begitu.Selama ini, anak-anak sebegitu yang dia suka dekati. Mendengar keluhan, rintihan mereka.Amirah sering membawa mereka ke pangkal jalan.Memberi harapan, bahawa Tuhan masih menyayangi mereka. Ingin saja dia menyagkal kata-kata Luqman.

"Tak...mungkin sahabat saya ni, tak sihat."protes Rusyidah.

Sebentar kemudian, MPV Haikal pun tiba di destinasi pertamanya.Setelah bersalaman dengan Kak Yana, kedua-dua gadis itu pun beredar. Luqman hanya menuruti dgn sorotan matanya.

"Abang, that girl...yes that Miss Whatever. She's with an attitude."komen Luqman.

"Well, you have to know her, to judge her, Luqman. But I can say...she's one great muslimah.Betul tak Yana?"

"Yes,Man. We've known her long enuff. She's not like what you think she is. Cinta dia pada Islam, cukup mendalam. Dia tu impian setiap suami. Kami jaga dia macam adik kami sendiri,Man."

"Kalau begitu, I have to get to know her better."

"We'll see about that,"kata haikal, terus meluncur keretanya laju.