Friday, February 9, 2007

Mungkinkah Part 4

" Belum tidur lagi, Mierah?"sapa Rusyidah sambil melabuhkan punggungnya disisi Amirah.

Amirah menggelengkan kepala,"Entahlah, mata ni tak nak lelap."

"Anti masih teringatkan kisah lama tu? Dah lah Mierah...ia dah berlalu.Anti mesti fikirkan masa depan anti. Bukan pandang ke belakang dan menangisi perkara yang berlalu."

"Banyaknya dosa ana, Rusy. Rasanya macam tak terampun....Ana rasa Tuhan tak terima Taubat ana..."Amirah bersuara. Lemah saja suara itu.

"Kenapa ni, kenapa nak bersangka buruk dgn Tuhan? Bukankah Tuhan dah memberitahu kita, dalam 99 namaNya.Bahawa Tuhan itu Maha penyayang, pengasih, Maha Pengampun.Tuhan tu Maha Baik,Mierah. Dia mengampunkan hamba-hamba yg bertaubat. Rasul pun ada menyebut bahawa tangisan taubat seorang pendosa itu lebih baik dari tasbih para Wali. Letaklah keyakinan anti pada itu.Semua orang buat salah, buat dosa, samada kita sedar atau tidak.Namun begitu Tuhan sentiasa menerima taubat kita, kalau kita benar-benar bertaubat. Lagipun, dalam perkara itu, ana yakin anti tak bersalah...cuma waktu tu...You're just at the wrong place, at the wrong time."


Amirah merenung album di tangannya. Ada gambar Abang Haikal, Kak Yana, Amirah dan seorang remaja, yang rupanya persis wajah Luqman.Gambar itu menunjukkan hari Convocation Amirah. Wajah Amirah begitu ceria sekali dalam foto itu. Rusyidah mengambil album itu dari Amirah.

"Anti masih rasa bersalah dgn dia?"tanya Rusyidah lembut sambil menudingkan jarinya ke arah gambar remaja itu.

"Hmm,"keluh Amirah.Ana berdosa terhadap Uwais.Kalau lah malam itu, Ana tak beriya-iya nak ke majils jamuan tu....tentu dia tak mati.....”

Rusyidah tergelak,"Mierah, anti ingat anti ni boleh mengusai qada' dan qadar Tuhan? Anti yakin sangat, kalau Uwais tak pergi jemput anti, dia masih hidup sekarang dan sudah pun bergelar seorang peguam?"

Amirah terdiam.Hanya airmata sahaja yang deras mengalir dari mata beningnya.
"Mana dia Amirah yg ana kenal hah? Amierah yang tegas, confident dan sentiasa rational? Please, Mierah...tiada siapa yg menyalahkan anti atas kematian Uwais."

Amirah mengadap Rusyidah.Dia menggenggam tangan sahabatnya itu kemas,"Rusy...anti tahu tak..semasa kami di serang oleh Iskandar dan kawannya, Uwais berusaha nak selamat ana tapi dia tak dapat melawan. Mereka ramai, dia hanya seorang. Dia cuma melihat lemah bila Iskandar melakukan perbuatan keji itu ke atas ana. Walaupun ana menjerit memanggilnya, dia tidak dapat berbuat apa-apa.Dia teruk di pukul oleh mereka.Mereka tendang dia, tumbuk dia, hentak kepala dia...Ya Allah...sakitnya Uwais.."

Tangisan Amirah semakin kuat. Emosinya terganggu kerana teringatkan peristiwa hitam yg merosakkan hidupnya itu. Rusyidah mendakap Amirah. Dia perlu menenangkan sahabatnya ini. Dia tahu Amirah menghadapi trauma.

Kemudian, dalam tangisan itu, Amirah menyambung lagi," Ana masih ingat dgn jelas.Sewaktu Uwais bangun menghampiri ana,waktu itu ana tahu, dia nak tutup aurat ana yg dah terbarai tu....Uwais menangis, Rusy.Itu yang ana lihat.Tapi belum sempat dia menghampiri...Iskandar,lelaki jahanam tu terus memukul kepalanya.Waktu itulah Uwais rebah di sebelah ana."

Rusyidah hanya membisu, membiarkan Amirah melepaskan perkara yang terbuku di hatinya selama ini. Semenjak peristiwa yg berlaku lima tahun yang lalu itu, Amirah tidak pernah menceritakan perkara yg sebenarnya.Walaupun Kak Yana, Haikal dan Rusyidah tahu, dia menjadi mangsa rogol dan Uwais mati kerana di serang, Amirah tidak pernah menceritakan secara detail bagaimana Uwais mati didepannya. Semua report, mereka terima dari counsellor polis yang bertugas dalam kes pembunuhan itu.

Setelah tangisan Amirah reda, Rusyidah kembali bersuara.Sambil membelai-belai rambut Amirah yang ikal mayang itu, dia cuba memberi pengharapan kepada gadis itu," Mierah, itu ujian yang Tuhan beri pada anti.Walaupun berat mata kami memandang, ana pasti, berat lagi bahu anti memikul.Tapi percayalah.. kami tak pernah salahkan anti atas kematian Uwais. Dan apa yang berlaku ke atas anti, adalah satu ketentuan.Bukan anti yang punya angkara. Anti tak berdosa Mierah. Anti menutup aurat, dan anti pun bukannya keluar dgn Uwais.Uwais cuma ke majlis itu menyongsong anti krn hatinya terasa berat. Malam itu, dia ada telefon ana.Dia kata, hatinya tak sedap. Memandangkan Abang Haikal dan Kak Yana sudah berangkat untuk honeymoon waktu tu, dia berasa bertanggung jawab untuk jemput anti pulang. Itu kata-kata terakhir yang ana dgr dari Uwais. Ana ada minta dia ajak Idham, tapi Idham sedang usrah. Siapa sangka, Mierah. Tapi yakinlah, dia pasti ditempatkan di tempat org2 soleh."

"Rusy..ana berdosa pd Uwais Al Qarni." ujar Mierah.

"Mierah,,,janganlah kata macam itu lagi. Ana yakin arwah Uwais tak sedikit pun menyalahkan anti. Anti dah macam adik dia sendiri. Tanggung jawab dia untuk protect anti pada waktu itu.

"Dah lah, Mierah.Dah jam 3 pagi ni.Sekejap lagi Subuh.Ana bawa anti berehat di bilik eh?Nanti kita berjemaah."

"Rusy...ana tak larat nak tahajjud...lagipun ana belum tidur lagi."

"Tidur dulu, ana kejutkan nanti sebelum azan."

Rusyidah menemani Amirah di biliknya.Dia bertahajjud di kamar Amirah. Rusyidah tak mampu nak berbuat apa-apa melainkan memanjatkan doa agar Tuhan terus memberi sahabatnya kekuatan untuk menghadapi hari-hari seterusnya.

Pagi itu sewaktu Mierah sedang berehat, Rusyidah menelefon Yana dan memberitahunya tentang apa yang diceriota oleh Mierah.

"Begitu rupanya..Patutlah dia takut sangat kalau Kak Yana dan Abg Haikal sebut tentang kahwin. Dulu kan Rusy...Abg Haikal pernah sebut nak satukan dia dgn arwahnya.Tapi dah tak jodoh. Ni, kakak ada sesuatu nak beritahu kamu.Harap Rusy rahsiakan dulu hal ni dari Mierah..."

"Berita apa? Apa halnya, kak?"

"Luqman kelmarin ada beritahu kami yang dia ingin pinang Amirah. Serba salah kami nak menjawab. dia tu budak baik...tapi sejarah dia...Kalau pun Luqman tak kisah, bagaimana dgn Amirah sendiri?"tanya Yana.

"Rusy dah rasa dah yg Encik Luqman tu berkenan kat dia, tapi macam mana nak khabarkan pada dia eh, kak?"

"Kita biarkan dulu, Rusy.Takut emosi dia terganggu.Selepas projek concert tu nanti, baru kita beritahu. Waktu tu, akak rasa, tentu akak dah selamat melahirkan.Lagipun dia dah janji nak jaga akak sewaktu dalam pantang."

"InsyaAllah,kak.Kita dokan yg terbaik untuk Mierah.Rusy pun kasihan kat dia.Nanti kalau Rusy dah bernikah, siapa yg nak temankan dia. Dahlah ayahnya tak pernah jenguk dia di Singapore ni.."

"Ayah dia tu sibuk memanjang. Lagi-lagi selepas dia mama Mierah meninggal dan lepas apa yg berlaku, langsung dia tak nak balik Singapore.Sabah dgn Singapore ni, tak jauh mana. Orang lain pun bisnes juga, taklah sesibuk dia...."leter kak Yana.

"Eh, Rusy dah lewatlah kak. Nak ke pusat tusyen tu dulu.Petang ni pula,dah janji dgn anak-anak di rumah tu.'

No comments: