Friday, February 9, 2007

Mungkinkah Part 9

Concert di rumah tumpangan itu berjalan dgn lancar.Sebelum maghrib, sempat juga Haikal dan Yana datang menjenguk untuk memberi taklimat akhir buat puteri-puteri itu. Amierah dan Rusyidah amat sibuk sekali. Selain memastikan semuanya okay, amierah membantu mecarikan tempat penginapan untuk kumpulan Mawaddah yg di jemput.

"Rusy, bawa jer mereka ke rumah kita.Ana tak sempat book hotel lah. lagipun rasanya mereka tentu tak selesa di hotel.Nak cuci baju dan segalanya.mereka lebih senang buat sendiri."cadang Amirah.

"Terpulang pada antilah, Mierah.Itukan rumah anti.Ana ni menumpang saja."ujar Rusy.

"Iyelah tu...menumpang aje. Ana tahulah, bila anti dah nikah nanti,tentu anti ikut Ustaz Idham dan tinggalkan ana sendiri."

"kalau gitu, anti pun kahwinlah.Nanti tak keseorangan..."usik Rusyidah.

"Siapa yg nak kahwin ni?" terdengar satu suara dari belakang.

Mierah dan Rusyidah menoleh.Luqman sedang berdiri di muka pintu, sambil tersenyum.

"Ni, Mierah.Saya nak beritahu.Malam ni penginapan kumpulan Mawaddah dah sedia. The group will stay at my friend's apartment.Terlanjur my friend tu bawa familynya holiday ke Hong Kong.Kunci rumah dia, dia tinggalkan pada maid dia.So I dah email dia, he agreed.And your problem is solved,"beritahu Luqman.

"Tapi macam mana Encik Luqman..."kata-kata Amierah tergantung apabila Luqman menunjuk ke arah Rusyidah.

"She told me you forgot to book the hotel rooms. so I came to your rescue."

"I did not forget.Cuma tak sempat saja..."Amirah membetulkan ayat Luqman.

"Whatever it is, Cik Amirah. But for me, I think you've done so much for the House.Jadi tak salah kalau I pula yg bantu buat kerja you. Now, I have to go.See you."

Selepas Luqman beredar, Rusyidah terus memberitahu,"Ana tak beritahu dia.Ana berbual dgn Kak Yana dan Ain tadi.Mungkin dia terdengar perbualan kami.Ana memang dah plan dgn Kak Yana, worst come to worst, kat rumah anti jerlah...HOTEL NORMANTON PARK...."

"Apa pun...alhamdulillah, dah ada bantuan Tuhan."

"Mierah...ana nak beritahu anti sesuatu.Tapi tak tahu bila waktu yg sesuai. But I've to talk to you.Hopefully, Kak Yana will be around too."

"Apa dia?Cakap jer lah kat sini..."suruh Mierah.

"No..lain kali.We fix a date.Kita keluar ke , ke rumah Kak Yana ke..."

"Okay-okaylah...come, kita pergi lihat those girls bersiap-siap. Elok juga kumpulan Mawaddah tu nak bantu mereka bersiap-siap.Bernafas juga ana.."ujar Amierah.

Persembahan malam itu berjalan dgn lancar.Alhamdulillah hadirin yg datang, memberi feedback positif ttg persembahan dari puyteri-puteri di situ. di akhir persembahan, Azierah dan Dilla telah mendeklamasikan sajak "Kehebatan Tuhan". tarian sufi mereka pun mendapat sambutan hangat, lebih-lebih lagi dgn nyanyian live dari kumpulan Mawaddah. Ada hadirin yg menitiskan airmata keinsafan. Amierah memanjatkan syukurnya kehadrat Tuhan kerana memberi keinsafan bukan sahaja pada penghuni di rumah itu malah kepada hadirin yg menyaksikan persembahan itu juga.dia teringat kata-kata Encik Zul dari Mawaddah Productions sewaktu dia menghadiri bengkel kebudayaan di Rufaqa' cawangan Bandar Country Homes.

"Hiburan itu dah sebahagian keperluan manusia.Ianya satu fitrah.Cuma salah memilih hiburan yg membuat seseorang itu rasa bersalah. Hiburan yg mendatangkan faedah ialah bila kita tonton atau kita lihat, mendatangkan rasa bersalah, mengharap, rasa insaf, takut dan rasa cinta kepada Tuhan.Itulah hiburan yg dibenarkan dalam Islam.dan sebagai seorang pelakon, penyajak, penasyid...menyampaikan mesej tentang Tuhan saja tidak mencukupi.tetapi...anda semua kena mengharap pada tuhan, moga persembahan anda itu mendatangakan rasa insaf, taubat, rasa mengharap akan keampunan Tuhan.Bukan sahaja kepada diri anda, malah kepada hadirin yg menyaksikan persembahan anda....."

Dan malam itu, Amirah benar-benar bersyukur kerana Tuhan telah mengizinkan dia berbuat sesuatu untuk mendekatkan dirinya dan diri hadirin yg ada kepada Tuhan. sewaktu dia duduk di taman mengambil angin,Ttiba-tiba dia terasa tubuhnya dicuit.

"A penny for your thought?"usik Azierah.Dia masih lagi memakai pakaian persembahannya.

"Zierah...dah selesai ke sessi bergambar di dewan tu ?"tanya Amierah.

"Ramai tetamu yg dah pulang.Yg tinggal cuma kawan-kawan Abang Luqman saja,"jawab azierah sambil membelek-belek tudung yg dipakainya.

"Cantik Zierah pakai tudung macam tu,"puji Amirah.

"Is that a compliment or is that a sarcasm?"soal Azierah.

"Sorry, dear.I did not mean to hurt you in any way.Tapi you look so comfortable in that scarf.Manis anak mat salleh ni, rupanya."

Azierah tergelak dengar kata-kata Amirah.

"Why do you people like to call me anak mat salleh? Yeah, I look like my mum.Very much like her.Except for my hidung.Its daddy's nose, penyek, as abang Luqman puts it.But look at my ID, my race is Malay."

Kali ini Amirah pula yg tergelak dengan pengakuan Azierah, lebih-lebih lagi tentang hidungnya.

"Alhamdulillah, Zierah.My work here is over. The concert is a success, I should say.Thanks to all of you. You gals did a good job."Amirah bersuara.

"Does that means you are not coming back?" tanya Azierah...

"Tak lah...I will, if you still need me." jawab Amirah lembut, sambil mengusap kepala Azierah yg bertudung itu.

"We will always need you, Amierah.In fact, we need you forever..."terdengar satu suara dari arah balkoni. Azierah dan Amirah menoleh serentak.

"Abang ni...you are always at places where you are not needed."tutur Azierah.

“Hah...iyalah tu.You have Amierah now, so you dont need me anymore.Dulu siapa yg jaga you back in UK?"

Ibu Luqman yg turut ada di situ, tersenyum melihat anak gadisnya.Azierah dah di anggap seperti anaknya sendiri walaupun pada hakikatnya gadis itu sekadar anak kepada bekas suaminya.Dia tak mahu ada sikap dendam yg bakal merosakkan hidup anak gadis itu.

"Mak. lihat ni Abang Luqman dah mula hendak mengungkit..."terkial-kial juga Azierah hendak menyebut perkataan Melayu yg agak payah.

"Dia bergurau je tu.Anak mak ni, you did well, tadi.Mak bersyukur sangat."

"Mak, Zierah nak pakai macam ni terus..."kata Zierah sambil menunjukkan tudung yg masih lekat dikepala.

"Alhamdulillah. Kalau itu dari hati Zierah.Mak tak nak memaksa. Mak takut Zierah tak mampu dan bencikan Mak kerana terlalu memaksa."

"No, Mak. Kalau Zierah rasa tak mampu, Kak Mierah will always be there for me."

Amirah yg masih berada di situ, menjawab merendah diri," Siaplah kakak ni, Zierah. Kakak pun lemah, macam semua orang di sini."

"Jangan kata begitu, Mierah. Mierah banyak bantu puteri-puteri disini.Mereka sering cerita tentang Mierah...."kata Makcik Timah.

Amirah seolah-olah tidak percaya.

"Well, I cuma ceritakan apa yg berlaku di rumah ni, pada my mother.Since puteri di sini sering bercakap ttg you pada I, itulah yg I cerita pada Mother I ni,"terang Luqman.

Lagi sekali Amirah terkejut...

"Hey, sis.Kita cuma cerita yg baik-baik.Dont worry, we have nothing against you," celah Azierah.

Amirah mengerling ke arah jam di tangannya. dah hampir jam sebelas. Dia perlu uruskan Kumpulan mawaddah ke penginapan mereka di rumah teman Luqman.

"Maaf, Makcik.Mierah minta diri dulu.Mierah belum habis tugas." Dia meminta diri untuk beredar.

"Miss Amirah Kartika Syuhadah....your job is done.I dah uruskan everything untuk you.Rusy dah janji nak temankan Mawaddah sampai mereka depart for KL tomorrow.Cuma dia minta I hantar you pulang, selamat hingga sampai rumah.dan I dah berjanji dgn dia.sekarang I have to kotakan janji I pula.Betul tak mak?" pintas Luqman.

Amirah betul-betul pelik dgn tindakan Luqman. Dia asyik membantu membuat tugasan Amirah.dan yg lebih pelik lagi, bagaimana pula dia tahu nama penuh Amirah itu?

Mujur Cik Timah ada bersama semasa Luqman menghantar Amierah pulang.

"Amierah, makcik tanya sikit boleh?" tanya Cik timah apabila dia mendapati Amirah hanya membisu sepanjang perjalanan.

Amirah mengangguk,"Tanyalah makcik...Mirah tak kisah."

"Yana kata Amirah ni anak tunggal.Ayah Mierah ada biznes di Sabah."

Amirah mengangguk lagi,"Mierah tak ada keluarga lain selain ayah Mierah.tapi kerana tugas, dia terpaksa tinggalkan Mierah di sini."

"Jadi Mierah tinggal dgn Rusyidah tu. Itu rumah sapa?"

"Rumah ayah Mierah....tapi Mierah ajak Rusy temankan sementara dia belum berkahwin." Amierah tenang menjawab setiap soalan ibu Luqman.Baginya, mestilah orang tua seperti makcik Timah pelik melihat anak-anak gadis tinggal sendirian tanpa pantauan orang tua.

"Kalau Rusy dah nikah nanti...Mierah akan sendiri lah,"telah Cik Timah.

Mierah tersenyum lagi.Dia seperti pasti dengan niat asal wanita disebelahnya itu.

"Mungkin juga, makcik.Lagipun Mierah dah biasa.Sejak kecil, bila ibu meninggal dan Papa sibuk dgn biznes, Mierah dah biasa urus hidup sendiri.Cuma apabila Kak Yana dan keluarganya sering ambil berat tentang Mierah, barulah Mierah rasakan kasih sayang berkeluarga. Itupun menumpang kasih orang."

"Alaa Mierah, you boleh ada keluarga sendiri dan tak payah lagi tumpang kasih orang,"celah Luqman bersahaja.

"Luqman ni, suka menyampuk,"tegur ibunya,"Mierah tak pernah terfikir nak berkeluarga ke?"

Cik Timah berhati-hati mengatur ayatnya, takut hati Mierah terguris.

"Siapa yg nak kan Mierah ni...dan Mierah tak pernah terfikir tentang itu.Mierah bersyukur dgn apa yg Mierah ada sekarang..."perlahan jawapan Amirah.

"Hai Cik Amirah....ada orang yg nak kan awak...tapi awak yg selalu buat tak tahu." Luqman bersuara, antara kedengaran dan tidak. Tapi Amirah dapat menangkap apa yg dikatakan oleh jejaka yg sedang memandu kereta itu.

Amirah memandang keluar. Suasana sekeliling sudah gelap.Jam sudah menunjukka hampir jam 12 pagi. Kata-kata Luqman masih menjadi tanda tanya buat Amirah.

Apabila mereka tiba di rumah Amirah, Luqman membukakan pintu untuknya.

"Pelik,"getus hati kecil Amirah.

"I'll send you to your doorstep." kata Luqman tanpa menoleh ke arah gadis itu.

"Err...tak perlu.Saya dah.."

"Awak dah biasa?" celah Luqman. Amirah tertunduk.Tak sangka lelaki itu agak tegas pendiriannya.

"Memang awak dah biasa.Lagipun awak tinggal di tempat elite, tak ada siapa yg nak menjaga tepi kain awak. Tapi janji saya pada Rusyidah tetap saya kotakan.I dont like to break promises that I've made."

Setelah bersalaman dgn Cik Timah, Amirah melangkah lemah ke arah lif. Kedua-dua mereka hanya membisu sehingga Amirah tiba di muka pintu rumahnya.

“Now, tugas saya dah selesai.Selamat tinggal dan good night,”ujar Luqman.

Amierah masih membatu, kelu untuk berkata-kata.Apabila Luqman sudah berlalu barulah dia bersuara.

“Encik Luqman..”

“Yes?”

“Terima Kasih”

“My pleasure”

No comments: