Masa berlalu begitu cepat.Sedar tak sedar, sudah sebulan Amirah dan Rusyidah berulang alik ke Rumah Kasih Sayang itu. Mereka pun semakin akrab dgn penghuni dan staf wanita di situ.Walaupun Luqman
"Mierah, abang Haikal perasanlah semenjak dua menjak ni, Mierah sering pulang lambat dari sessi program di Rumah Kasih Sayang itu. Abang dan Kakak Yana ni bukannya tak setuju, tapi risau dgn keselamatan kamu berdua. Niat nak selamatkan orang, tapi nanti apa-apa berlaku, kami suami isteri juga yang susah.
"Iyelah Mierah...Luqman ada kata kat kami yang dia minta bantuan Mierah di sana.Katanya, dia lihat puteri-puteri itu senang dgn Mierah. Dan dia juga harap agar Mierah dapat membentuk peribadi Azierah.Ierah tu rapat sekali dgn Mierah, betul ke?"tanya Kak
Mierah mengangguk sambil membetulkan tudungnya," Memang benar Encik Luqman ada minta bantuan Mierah. Ain Aliya, secretary dia, yang sampaikan permintaan itu pada Mierah.Tapi Mierah peliklah...kenapa dia begitu rapat dgn Azierah. Kadang-kala itu sampai tak dibatasi syariat...."
Abang Haikal dan Kak Yana hanya tersenyum, memberi ruang untuk Amirah menyambung keprihatinan hatinya.
"Kadang-kala Amirah rasa tak selesa duduk disana,lebih-lebih lagi kalau perkara begitu berlaku di depan mata Mierah, dan Mierah tak dapat membendungnya. Mierah rasa, selepas projek konsert bersama ni Kak Yana, Mierah nak tarik diri dari jadi volunteer di
"Hai...Amierah, bukankah dulu anti beriya-iya nak jadi penyelamat. Nak selamatkan sesama Islam dari terus terjebak dgn dosa.yang anti lihat tu baru sikit....Kat luar tu macam-macam lagi kerenahnya, Mierah,"usik Rusyidah yang baru keluar dari dapur dgn hidangan.
"Entahlah....itu dulu....sewaktu baru habis belajar...."jawab Amirah hambar.
"Hai...Abang Haikal rasa, eloklah Abang berterus terang saja. Memang Luqman minta abang rahsiakan. Tapi dari terjadi salah faham, elok kita berterus terang."
"Berterus terang?"
"Iye, Mierah....Luqman tu memanglah tak sewarak mana.Mungkin tak setanding orang-orang yg pernah kamu kenali.Pengamalan Islamnya so-so. Tapi dia masih tahu batasan syariat.Sebab itu dia hanya berani mengusik Mierah di depan orang ramai. Dan sebenarnya, Azierah tu adik Luqman."
"Adik dia?Tapi Azierah kata, ibunya seorang Caucasian...dan dia tinggalkan Azierah sewaktu umurnya 13 tahun." protes Mierah....mana mungkin??????
Kak Yana menghampiri Amierah dgn perut yang semakin sarat.Di usap-usap perutnya dgn kasih sayang," Mierah, my dear. Ingat tak Luqman sebut pada malam pertama kita bertemu dgn dia? Well, mungkin Mierah tak dengar pun cerita dia dgn Abg Haikal. Azierah tu adik sebapa. Selepas bapanya bercerai dgn mak Luqman,
dia telah migrate dan bernikah dgn seorang wanita Inggeris. Tapi sayangnya, isterinya itu cuba untuk kembali ke agama asalnya, selepas 12 tahun mereka berkahwin.Walaupun berjaya di halang, di nasihati, tapi selepas setahun kemudian dia mula buat semula tabiat lamanya. Sebab itu, seperti kata Azierah, dia di tinggalkan ibunya sewaktu usianya 13 tahun.Ibunya dah tak betah hidup sebagai seorang Muslimah. Selepas ibunya melarikan diri, ayah Luqman meninggal dunia kerana heart attack.Alhamdulillah, pada waktu itu, Luqman ada di sana, sedang menyambung pelajarannya.Dialah yang menjaga Azierah sepanjang waktu itu, tapi dia tidak dapat mengawal pergerakkan adiknya.Sebab itu, Luqman terus membawanya pulang ke Singapore, atas pass pelawat. Luqman sedang usaha
"Sebab tu, Mierah...anti lihat mereka tu rapat."sambung Rusyidah.
"Jadi, anti pun tahu cerita sebenar? Kenapa tak beritahu ana?"soal Amierah
"Eh, anti yg tak tanya.Takkan ana nak beriya-iya cerita.Lagipun kalau dengar nama Luqman je, anti terus ubah cerita."
Kak Yana tersenyum,"Kenapa Mierah?Benci sangat ke Mierah dgn sepupu abng Haikal tu?"
"Eh, mana ada...Mierah tak cakap pun macam tu."tegas Amirah,"Cuma Mierah kurang selesa bila berdepan dgn dia."
Kak Yana mengusap kepala Mierah yang di tutup hijab berwarna biru laut itu.
"Kenapa Mierah....Luqman ada buat salah dgn Mierah ke?"
"Tak! Eh, adalah...Pada hari pertama Mierah ke
"Dah....jangan nak nangis, nanti banjir pula Clementi ni, Mierah,"usik Haikal.Dia tak suka lihat Mierah menangis.Kalau Mierah sudah menangis kerana perkara itu, Mierah akan terus terbawa-bawa dgn kesedihan dan rasa bersalah itu.
No comments:
Post a Comment