Amirah melihat jam ditangan.Sudah menunjukkan jam 4.30 petang. "Ya Allah, dah Asar ni.Baik solat dulu.Kalau tak, pasti terlewat ni...Kerja tak siap lagi,"fikirnya.
Dia menoleh kearah Rusyidah yang sedang leka melakarkan langkah-langkah tarian sufi.
"Rusyidah, ana nak solat dululah...dah masuk waktu ni."beritahu Amirah.
"Eh, iye ke? Ya Allah...tak sedar masa berlalu.Kita berjemaah ye."
Selepas solat, Amirah merebahkan tubuhnya diatas sofa.
"Mmm..Makruh tidur lepas asar, nanti mewarisi gila.."tegur Rushidah.
"Tak tidurlah, rehat jer.Letih sangat badan ni."
"Amirah, program untuk rumah kebajikan anak-anak kasih sayang tu, siapa yang coordinate?" tanya Rusyidah.
"Kalau pihak kita, yang berurusan tu, Abang haikal dan Kak Yanalah.Tapi pihak rumah kebajikan tu, ana tak pasti pula."
"Ana dengar dari Najwa semalam, nama pegawai kat rumah tu..ialah Luqmanul Hakim.Katanya ada kena mengena dgn Abang Haikal.Tapi Kak Yana tak cakap apa-apa pun dgn ana. Kalau diikutkan jadual, esok ana dikehendaki kesana, untuk 'train' remaja-remaja puteri disitu dgn tarian Sufi ni."
"Jadi, apa masalahnya?"
"Iyelah..selama ni, kalau kita volunteer jadi event maneger, selalunya pegawai yg involve tu wanita, ini lelaki...susah nak berhubung,"keluh Rusyidah.
"Oh, anti rasa payahlah nak berbual kalau ada masalah, gitu?"
"Tentulah..selama ni pun dgn Abang Haikal je, yg ana berani bercakap.Itu pun yg perlu-perlu je...."
"Eloklah tu, kita ni
"Laa..Kesitu pula.Ana tak pernah terfikir hal itu.Lagipun sampai sekarang, tak pernah sms pun.Kadang-kadang tu, lupa pula ana ni tunangan orang."
"Tak apalah...baru tunangan, belum jadi isteri yg sah.Masih perlu jaga batasan syariat tu. Nanti dah jadi isteri yg sah pada Ustaz Adham, barulah boleh berbual manja eh?,"usik Amirah.
"Isy...tak sukalah layan anti ni,"merah padam wajah Rusyidah menahan malu. seraya itu, telefon berbunyi.Amirah segera menjawabnya.
"Assalamu'alaikum," suaranya tegas tapi sopan.
"Wa alaikum salam,Mierah ke tu?" suara Haikal dihujung talian.
"Oh, abang Haikal.Kak Yana tiada disini.
Terdengar suara Haikal tergelak dihujung talian.
"Itu abang Haikal tahulah.Kaka
"Abis tu, abang Haikal cari siapa?"
"Cari kamu dan Rusy...kenapa?tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh....tapi ..ada apa hal?"
"Hah...nak ambil kamu jadi isteri nombor dua.Nak tak?"
Amirah terdiam.Tak sangka itu yang dijawab Haikal. Kemudian gagang telefon bertukar tangan.
"salam, Mierah...Kak Yana ni,"
"Ye kak...terperanjatlah Miera dgn Abang Haikal...Ntah apa-apa dia merepek.Nasib baiklah Mierah dah kenal lama dgn dia, kalau tak...Mierah rasa dia macam ada masalah jer..."
"Sorilah dik, dia bergurau je...Alaa, kamu pun macam adik dia je,"pujuk Kak Yana.
"Sebenarnya, ada apa akak suami isteri cari Miera ni?"tanya Miera lembut.
"Ni, lepas Isya' akak dan Abang Haikal nak bertemu dgn wakil Rumah Kasih Sayang tu, ingat nak ajak Mierah dan Rusy sekali."
"Mierah okay jelah...Lagipun Mierah nak juga lihat stage dia, nak fikirkan props yg kita perlu nanti.kalau Rusy tu, bisa diaturlah,InsyaAllah."jawab Amirah.
"Okaylah.Malam nanti kami jemput okay. Tunggu akak di main road tau.Jadi Abang Haikal tak payah masuk lorong rumah kamu tu..."
Sewaktu mereka tiba di RUmah Kasih Sayang, penghuni-penghuninya sedang menjamu selera. Ramai anak gadis belasan tahun yang menjadi penghuni rumah itu.
Kedatangan Amirah dan sahabat-sahabatnya dipandang penuh tanda tanya. Mungkin penghuni baru atau mungkin pegawai baru yang sentiasa silih berganti.Maklumlah tak ramai yang sanggup bertugas dgn puteri-puteri masalah seperti penghuni dirumah ini.
Haikal membawa Amirah dan Rusyidah terus ke pejabat. Salam di beri dan dijawab oleh sesorang yang berada di pejabat itu.
"Masuk."
"Dah masuk pun.Memang datang ni nak masuklah.Takkan nak diri kat luar je,"seloroh haikal.
"selambanya,"getus hati Amirah.
"Laa, abang rupanya.man ingat tadi puteri-puteri yang buat havoc waktu solat."
Mereka bersalaman dan berpelukan,"hai...tinggal dekat pun susah nak jumpa kamu, Luqman. busy sangat ke?"
"Tak lah, abang. Nak kata sibuk pun taklah juga, cuma bila dah selesai waktu pejabat, Man lebih senang pulang ke rumah."
"Mak kamu sihat, Man?"tanya Kak
"Mak macam tulah kak.Dah tua, ada saja yang tak kenanya.akak pun...apa khabar orang dalam?"
"Berbual-bual ni, lupa abang nak kenalkan.Ni..namanya Rusyidah Bte Mazlan, bertugas di Darul Taqwa sebagai pegawai kebudayaan dan perhubungan luar. Tunangnya Adham, yang kamu jumpa sebelum kamu bertolak ke
Luqman mengangguk-angguk, Oh..Adham, Man ingat lagi kat dia.kadang2 tu ada juga dia email kat Man.Tapi tak pernash cerita yg dia dah ada buah hati." Rusyidah hanya tunduk.
"Yang ini, Man, namanya Amirah.dia ni nak dijadikan madu Kak Yana dia tak nak.Agaknya nak cari Prince charming dari mana ntah....."
Geram betul Amirah dgn kata-kata Haikal.Kat sini pun sempat nak bergurau. Amirah tahu yang Luqman masih memperhatikannya.Dia
"Ni, Man.Kedatangan kami ni nak bincang tentang program yang kita nak buat bersama.Abang nak tahu juga pengisian yang macam mana yang kamu perlukan?"
Pertemuan sejam dipejabat Luqman membuahkan hasil. Amirah sudah dapat menggambarkan props yang dia perlukan.Begitu juga Rusyidah, walaupun dalam keaddan 'sceptical' terhadap penghuni-penghuni dirumah itu, dia sempat bertemu mereka dan mengumpulkan 6 orang puteri untuk tarian sufi yang bakal dipersembahkan. Luqman banyak berbual dgn Haikal, manakala Amirah dan yang lain setakat memberikan butir-butir yang sering Haikal tinggalkan dari topik perbincangan. Dari pengamatan Amirah, hanya Luqman saja pegawai lelaki di rumah itu. Haikal mempelawa Luqman pulang bersama.
"Man, kami dah nak pulang ni. Nak abang hantarkan?" pelawa Haikal.
"Alhamdulillah...kebetulan kereta Man assistant Man guna tadi.Tapi, its out of the way lah ,bang.Man tinggal kat Jurong. Abang
"Hujung ke hujung pun,
Sepanjang perjalanan, Amirah banyak mendiamkan diri. Selalunya dia yang lantang memberi idea itu dan ini.Namun kehadiran Luqman dikereta Haikal membuatnya bungkam.
"Amirah, apa rancangan kamu ttg props nanti?"tanya Haikal.
"nantilah, bang.Mierah fikirkan."jawabnya pendek.
"Fikir?tadi idea tak datang ke?Mierah pergi lihat stage tadikan?"soal Haikal lagi.
"Mmm..."
"Hai...mmm..je, jawab kamu.Peliknya Mierah malam ni. selalu kalau dah lihat pentas, idea datang bertubi-tubi,"usik Haikal.
"Whateverlah...."jawab Amirah.
Lagi pelik.tak pernah pula Mierah jawab macam tu.Baiklah MIss Whatever, abang dah tak nak tanya. Esok, kalau dah dapat lakarkan propnya, email terus kat abang."
"InsyaAllah."
Kak Yana dapat memahami hati Mierah yang malas menjawab suaminya didepan orang yang tidak berapa dikenali. Sudah lama dia menjaga Amirah. Amirah tidak suka banyak berbual didepan lelaki yang dia tidak kenal.Lebih-lebih lagi jika lelaki itu seusianya.
" It's alright Amirah.Take your time.We have like... a month to go. Kakak yakin, you can do it."
Tiba-tiba Rusyidah bersuara, "Eh, esokkan anti dah janji dgn ana, Amirah. Anti nak temankan ana bertemu dengan puteri-puteri di rumah itu.Ana dah beritahu mereka.Esok ada latihan."
Amirah menoleh kearah sahabatnya itu,"Bila masa pula ni?"
"Tadi, selepas solat Asar..."
Amirah mengetap bibirnya, "Esok ana bagi jawapan."
Luqman yang sedang duduk di bahagian belakang penumpang bersuara,"Mungkin Cik Amirah ni tak suka bertamu di tempat saya.Maklumlah, rumah tu penuh dgn anak-anak bermasaalah..."
Terperanjat Amirah mendengar kata-kata sinis begitu.Selama ini, anak-anak sebegitu yang dia suka dekati. Mendengar keluhan, rintihan mereka.Amirah sering membawa mereka ke pangkal jalan.Memberi harapan, bahawa Tuhan masih menyayangi mereka. Ingin saja dia menyagkal kata-kata Luqman.
"Tak...mungkin sahabat saya ni, tak sihat."protes Rusyidah.
Sebentar kemudian, MPV Haikal pun tiba di destinasi pertamanya.Setelah bersalaman dengan Kak Yana, kedua-dua gadis itu pun beredar. Luqman hanya menuruti dgn sorotan matanya.
"Abang, that girl...yes that Miss Whatever. She's with an attitude."komen Luqman.
"Well, you have to know her, to judge her, Luqman. But I can say...she's one great muslimah.Betul tak
"Yes,Man. We've known her long enuff. She's not like what you think she is. Cinta dia pada Islam, cukup mendalam. Dia tu impian setiap suami. Kami jaga dia macam adik kami sendiri,
"Kalau begitu, I have to get to know her better."
"We'll see about that,"kata haikal, terus meluncur keretanya laju.
No comments:
Post a Comment