“Apa yg di menungkan itu?Tak elok anak dara termenung macam tu…putus harap?”tegur Rusyidah.
“Entahlah, ana pun tak tahu. Wajarkah ana menerima pinangan tu, Rusy? Mampukah ana menjadi seperti isteri-isteri lain?”tanya Amierah.
“Mampu atau tidak, bukannya ana yg layak menjawab.Semuanya tertelak pada diri anti sendiri. Bagi diri anan, Luqman seorang yg serius dalam hidup. Atau anti rasa dia tak layak jadi suami anti?dia bukan calon suami yg menepati cuta rasa anti…”soal Rusyidah kembali.
“Tak…bukan macam itu. Apa yg berlaku pada ana dahulu. Takkan begitu senang dia menerima apa yang berlaku.”
“Pembetulan,”tegas suara Rusyidah,”bukan dia sahaj, bahkan ibunya juga. Takkan anti tak sedar yg ibu Luqman begitu menyayangi anti.Lihat saja sewaktu kenduri kesyukuran anak Kak Yana. Sanggupkah anti melukai hati orang tua itu?”
“Bererti, ana harus menerima demi menjaga hati mereka?”
“Anti harus meninggalkan kenangan pahit yg merosakkan itu.Anti mesti lupakan Uwais!Dia dah tak ada…”
Amierah menggeleng. Masakan dia mudah melupakan apa yg berlaku beberapa tahun yg lalu itu.Mana mungkin dia melupakan Uwais yg tewas kerana dia.
“Amierah, ana tak memaksa.Tapi anti perlu memikirkan masa depan anti.Kita bukan Rabiatul Adawiyah, yg sudah sempurna hidupnya hanya dgn mencintai Tuhan.Jangan melawan fitrah, Amierah. Anti perlukan seseorang to look over you..Please, fikirkanlah.”
“Rusy…will he be able to accept me as who I am? Apa yg berlaku cukup merobekkn keyakinan ana.Ana sebenarnya takut pada keganasan kaum adam.”
“Tak semua orang begitu, Mierah. Takkan Luqman nak berjasar terhadap kamu.jangan kerana Iskandar seorang, semua kaum Adam anti labelkan begitu…”
“Rusy…tolong beritahu Luqman, ana perlu masa untuk berfikir. Terima kasih atas keperihatinan dia.”
Rusyidah merapati sahabatnya itu. Bahu Amierah di rangkul,”Ana doakan yg terbaik untuk anti.”
No comments:
Post a Comment