Friday, February 9, 2007

Mungkinkah Part 7

Seperti yg dijanjikan, Fattah menghantar props tepat pada waktunya. Luqman yg kebetulan masih berada di pejabat di perkenalkan kepada Fattah. Berkerut juga muka Fattah apabila melihat Luqman.Amierah yg berada di situ pura-pura tidak perasan dgn reaksi Fattah.

"Encik Luqman, ini Fattah, sepupu saya.Bererti dia sepupu Kak Yana juga." terang Amirah.

"Fattah, ini Luqman, sepupu Abang Haikal.Dia pengurus Rumah Kasih Sayang ni."


Fattah menghulur tangan, disambut oleh Luqman,"Macam biasa nampaklah..."
Luqman tersenyum,"Mungkin Fattah pernah jumpa arwah adik abang Haikal tak?"

"Oh yes! You looked just like him.Macam arwah abang Uwais! Kalau dia masih hidup, people will say you guys are twins. So much alike."

Amirah berdehem sebagai isyarat kepada Fattah. Fattah menoleh ke arah sepupunya itu.

"Sorry Kak Mierah...I forgot you are around. Kak Mierah ni, tak boleh dengar nama Abang Uwais...sensitif sikit...dia..."

Cepat saja Amierah memintas kata-kata Fattah,"Encik Luqman, I believe you belum lihat lagi baju yg I pilih untuk the girls.Maybe you would like to see those dresses.Kalau you tak berkenan, I'll have them changed today."

"Oh ya, tadi Ain ada beritahu saya tentang pesanan you tu but I forgot. Let me go and check them out with Azierah.Excuse me," kata Luqman.

Selepas Luqman keluar meninggalkan dewan, Amierah terus menegur Fattah,"Kenapa Fattah sebut pasal arwah abang Uwais? Lepas tu sempat nak cerita tentang Kakak pula."

"Sorrylah kak,tapi muka dia tu serupa muka abang Uwais. Fattah rasa tentu perwatakan dia macam arwah abang Uwais juga."

"Wajah yg serupa tak bererti hati dan watak pun sama.Kembar serupa pun boleh berbeza watak...lagikan mereka, setakat cousin saja," jawab Mierah.

"Bagi akak which is a better choice?"soal Fattah,"Iyelah..kalau untuk jadi calon suami?"

"Astaghfirullah...bila Fattah pandai cakap macam mak nenek ni.Nak akak beritahu Mak Usu? Pergi ITE, pandai pula cakap benda2 tak berfaedah ni yer?"

"Bukan macam tu.Kalau kakak ngadu kat Ummi pun, Ummi tak marah lah.Ummi pun kadang2 sibuk pasal akak ni tak kahwin2 lagi.Ada masanya Ummi cakap kat Fattah, "Aku nak cari orang yg sama macam Uwais.Baru Kak Mierah kau tu nak kahwin agaknya!" Fattah meniru gaya Umminya, Mak Usu Amirah.

"Kalau sama pun wajah, kan tak sama orangnya.Uwais tetap Uwais, tak boleh di gantikan dgn orang lain. Lagi pun bukan kerana Uwais, kakak tak nak kahwin..."

"Habis tu...pasal apa?Kak, kenapa sebelum ni kita tak kenal dia?"soal Fattah.

"Dah lah Fattah, mengalahkan orang perempuan.Dia jarang bergaul dgn keluarga abang Haikal.Dia ikut ibu dia.Sedangkan ayah dia yg berkeluarga dgn Abang Haikal.Hei...backdrop ni kita belum pasang lagi..Sampai maghrib pun tak selesai, kalau asyik layankan Fattah ni.Kak Mierah nak balik tau...letihlah. Malam nanti nak jaga baby Kak Yana pula."

"Alaa, nak buat macam mana, adik beradik Fattah semua girls....Eh, anak Kak Yana girl ke boy?"

"Kalau nak tahu, cepat-cepatlah siapkan kerja, then ikut Kakak balik ke rumah Kak Yana.Hmm..awak tu dah jadi uncle lah..."usik Mierah.

"Kakak pun dah jadi aunty. Bila nak jadi Ummi pula?"

"Dah...nak menyimpang eh? Tak tolong pasang ni baru tahu..."

Amierah terus saja bergurau dgn Fattah.Jarak umur mereka yg agak jauh membuat Fattah senang dan manja dgn Amirah. Tanpa mereka ketahui, Luqman sebenarnya masih berada di sebalik pintu dewan.Dan dia telah mendengar segala perbualan Amierah dan Fattah.

Luqman berhasrat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Amierah dari Kak Yana.


No comments: