Thursday, March 22, 2007

Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya 17(end)

Part 17
Perut Syifah semakin membesar.Dgn saiz badannya yg agak kecil itu, agak sukar baginya bergerak. Mamanya tempat dia meminta bantuan.Kadang kala Hamka terpaksa pulang ke kampung, jenguk2 pusat tusyennya. Pemeriksaan di Hospital KK menunjukkan kandungannya dalam keadaan sihat dan normal.Cuma keaddan Syifah saja yg tidak menentu.Bila didapati dia tidak boleh menerima makanan, mamanya akan cepat2 menghantarnya ke hospital.2-3 hari Syifah akan di beri drip, sebagai pengganti makanan. Jururawat di ward 81 sudah mengenali Syifah. Setiap bulan selama 8 bulan itu, mesti ada saja wajah Syifah di ward itu.

Selepas solat Zohor, Syifah mengambil Quran untuk di bacanya.Itulah rutinnya sepanjang kehamilan. Syifah berasa tenang bila dia mengalunkan ayat2 suci itu. Sedang dia membaca surah Maryam, terasa air mengalir.Dia sedar, air tubannya dah pecah.Syifah memanggil Mamanya.

"Kenapa nak?"soal Mamnya
"Air tuban dah pecah, mama.Kita ke hospital lah Ma,"ajak Syifah. Tak mahu sekiranya dia terpaksa melahirkan dirumah.
"Ya Allah..Mama siap sekejap.Syifah rasa sakit perut tak?Jangan ke bilik air sendiri tau. Nanti mama tolong siapkan,"Tegas suara Mamanya. Dia tak mahu apa2 berlaku pada anaknya itu.Dahlah Hamka dan Mak Jijah tak ada.Mak Jijah baru saja pulang ke kampung tiga hari yg lalu.Hamka pula dalam perjalanan ke Singapura.Puan Asmah hanya sempat sms Hamka untuk terus ke hospital. Puan Asmah menelefon suaminya di pejabat. Bergegas suaminya menjemput mereka.

Syifah masih stabil. Tiada riak kesakitan di wajahnya. Walaupun contractionnya sudah sekali setiap lima minit, dia tetap tabah. Dia tak mahu Mama dan Papanya risau. Sebaik sahaja mereka tiba, Syifah disorong ke Labour Ward.

"My dear, its already 6cm dilated. Its just a while more,"kata Dr Brenda, pakar gynae yg merawat Syifah.

Midwife yg bertugas memberi kata-kata semangat buat Syifah.Selalunya memang sang suami dibenarkan berada didalam labour ward, untuk memberi perangsang kpd si isteri, tetapi kerana Hamka tiada, tugas itu di ambil alih oleh midwife yg bertugas.

Tiba-tiba Syifah merasakan seperti ada sesuatu yg menolak di rahimmya.
"Doctor, I think its coming..."nafasnya seperti hendak terhenti.
Syifah rasa lemas, tak bernafas.

"Okay Syifah, give a push when you feel its coming." arah Dr Brenda.

"Wahai Tuhan bantulah hambaMu ini"rayu Syifah.Apabila dia memberi lagi satu push, terdengar tangisan bayi."Alhamdulillah..."

"Congrats Syifah.Its a girl..."kata Dr Brenda tapi Sifah tidak menjawab.Matanya tertutup rapat.

"Syifah...Syifah...,"Dr Brenda cuba menggerakkan Syifah.Pipi Syifah di usap2nya,"Nurse get the emergency unit now!"kerah Dr Brenda bila lihat Syifah tanpa respon...

"Push her to the operation theatre,"arahnya lagi bila dia tidak dapat mengeluarkan uri dari rahim Syifah....

Hamppir satu jam Syifah di OT. Puan Asmah menunggu dgn penuh debaran diluar OT.
Sebentar kemudian Hamka tiba.
"Hamka, Syifah masih didalam..."Puan Asmah memberitahu.
"Sabarlah, Mama.InsyaAllah..tak ada apa2,"tenang sungguh Hamka menghadap ujian sebegini. Dia duduk di sebelah mertuanya, sepi tanpa bicara.

Tatkala pintu OT di buka, Hamka terus menuju ke arah Dr Brenda.
" Hamka! Its good to see you," ceria saja suara Doktor itu.
"Is everything okay, Doc?" soal Hamka.
"Well, the placenta was stuck on the wall of the womb, so we have to remove it manually. Its all over now.She's alright.She lost a bit of blood. No transfusion needed, though."Dr Brenda memberitahu.
"Alhamdulillah....thanks Doctor."Hamka mengucapkah terima kasih kepada doktor itu.
"Its a miracle that she survived the ordeal.You know her plight, dont you?" tambah Dr Brenda.
"It's God's work, Doc. Its all thanks to Allah,"jawab Hamka.
"Yeah..I agree.God has it all planned for Syifah. She's a strong girl, I can say."


Selepas Syifah disorong keluar, Dr Brenda pun meminta diri. Wajah Syifah masih pucat, namun dia mampu tersenyum.
"Abang..."lesu saja suaranya.
"Semuanya dah selesai, sayang,"pujuk Hamka.Di belai pipi isterinya.Jururawat yg sedang mendorong katil hanya tersenyum melihat Hamka.

Malam itu, adalah malam yg sunguh bahagia buat Syifah. Selepas mama dan Papanya pulang, Hamka menggendong bayi kecilnya.
"Kita nak namakan dia apa, Bang?" tanya Syifah.
Hamka mengelus pipi anaknya. Dia tersenyum memandang Syifah.
"Siti Nurunnur...boleh tak sayang?"
"Cahaya segala cahaya?"tanya Syifah, inginkan kepastian.
Hamka mengangguk. Dia merapati isterinya yg sedang berbaring. Bayi comel itu di letak disebelah isterinya.

"Mungkin Syifah tak pernah tahu...."Hamka memulakan.
"Tahu apa, bang?"
"Sewaktu abang pulang dari Iraq, memang abang tak nampak Syifah. nak tanya pada mak, abang segan. Tapi mak pula yg bersuara untuk menyatukan kita. Kemudian itu, bila abang dapat tahu Syifah dah jadi tunangan orang....ada kekecewaan sedikit di kala itu. Tapi abang sedar, itu hak Tuhan. Kita hidup kerananya, berkeluarga pun keranaNya."
"Tapi Syifah lihat, abang biasa-biasa je..."pintas Syifah.
"Itulah sayang, abang memang tak pandai nak tunjukkan apa yg ada dalam hati abang. Cuma bila dah setahun selepas ketiadaan arwahnya, abang memberanikan diri, menyatakan hasrat abang."Hamka tersenyum.
"Abang, kenapa abang ambil Syifah sebagai isteri? Pernah ke abang cintakan Syifah sebelum ini?"
"Perlu ke abang jawab soalan itu, sayang?"
Syifah mengambil tangan suaminya lalu dikucup tangan itu,"Abang kan tahu keadaan Syifah dulu...."
"Abang pinang Syifah kerana sayang, abang nak cuba beri Syifah kebahagiaan yg hakiki.Perasaan cinta itu maknawi...susah untuk ditafsirkan.Tapi yg penting, masihkah ada cinta Tuhan untuk kita? Itu yg abang cari selama ini...dan Abang tahu, dgn Syifah, abang akan berjaya mencari cinta Tuhan kerana abang yakin Syifah pun bercita2 mencari cinta yg sejati itu."
"Terima Kasih, bang. Kerana memberi Syifah peluang untuk mencari cinta Tuhan."
"Sebab tu, sayang, nama anak kita Nurunnur.Bukan saja dia memberi cahaya kpd kita, bahkan kita akan didik dia untuk memberi cahaya kepada semua."

Airmata mengalir dari bibir mata Syifah. Airmata kesyukuran kerana Tuhan telah memberikannya nikmat terbesar buatnya. Nikmat cinta kan Tuhan...

Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya 17

Suasana di rumah Mak Jijah ibarat petang raya.Gamat dan kecoh sungguh.Apakan tidak...Nilam yg sudah lama tak pulang, tiba2 menjelma didepan pintu.Tambahan lagi Mama dan Papa Syifah yg baru tiba dari Singapura awal Subuh tadi. Dah 4 bulan Syifah tak bertemu mereka, jadi mereka lah yg datang menjenguknya.Berbual saja di telefon, tak sama macam berbual berhadapan...Pak Mat senyum memanjang saja.Dah lama rumahnya tak seriuh begini.

Nilam terus mendapatkan Syifah."Mai sini...nak belek sikit kakak ipar Nilam seorang ni,"usiknya sambil mencubit pipi Syifah.

"Sekarang seorang tapi kalau dah ada dua, macam mana?"soal Syifah.Nilam merenung wajah Syifah.Tergelak Syifah dibuatnya.

"Oh...nak main2kan Nilam ye...Nanti kena madu betul2 baru tahu..Menangis sorang2 belakang pintu."

Mak Jijah yg sedang duduk berdekatan, terdengar kata2 Nilam..
"Sapa yg nak kena madu?Kamu ke Nilam?"soal Mak Jijah.

Syifah tertawa lagi.Merah padam muka NIlam menahan marah...

"Apalah mak ni, ke situ pula.Suka ke Nilam kena madu?"Nilam bertanya...

"Kalau bakal suami kamu tu, seorang yg alim, yg tahu rasa diri hamba, mampu didik isteri dan anak2, mak rasa tak salah ..."selamba Mak Jijah memberikan pendapat.

"Bukan Nilam lah...NI Kak Syifah ni beriya-iya kata nanti Nilam akn dapat kakak ipar baru..."

"Eh...Akak cakap je,"jawab Syifah.

"Betul ke ni, Syifah?" tanya Mak Jijah.Mamanya yang sedang memerhatikan pun mengangkat kening, hendakkan kepastian.

Syifah terkedu di situ.Takkan dia nak ceritakan perbualannya dgn Hamka berapa bulan yg lalu.Takut pula suaminya tk suka.

Hamka yg sedang berbual dgn ayah mertuanya terus mendapatkan Syifah.Syifah menggenggam tangan suaminya, minta buat penjelasan. semua mata dah tertumpu padanya.Serba salah Syifah.Kalau lah dia tahu, dia takkan bergurau negitu dgn Nilam.

"Hamka nak cakap sikit.memang ada Syifah nyatakan hasrat suruh Ham berkahwin lagi..."
Belum sempat dia menghabiskan kata2nya, Mak Jijah dah menyampuk,"Abis tu kamu setujulah? Ni depan mak mertua kamu ni, mak nak tanya, Ham sanggup madukan Syifah?"marah betul suara emaknya.
Hamka tersenyum melihat reaksi emaknya.Tadi okay je bila Nilam sebut pasal madu.Tiba2 sekarang dah beralih pula channel emaknya.

"Benda halal mak. Tak salah kalau Hamka beristeri lagi.Lagipun memang Ham mampu. Tapi tak sebut pun yg Ham akan berkahwin lagi. Mak kan tahu macam mana susah payah Ham usaha untuk cari penawar buat Syifah. Takkan Ham nak buat benda tu...Buat masa ni...belum terfikir lagi. Kalau boleh, sampai bila2 pun Ham tak nak fikirkan perkara tu.Cuma Ham nak cakap pada Mama dan Papa. Ham takkan sia-siakan Syifah. Tapi Ham kagum dgn penerimaan Syifah tentang madu."
Hamka mengucup dahi isterinya. Syifah hanya tertunduk.

"Mama ingatkan apa dah jadi dgn kamu ni, Syifah.Merajuk ke sampai jadi macam tu?tapi Mama tak tolak perkara tu."

Tiba2 Pak Mat tertawa besar,"Dengar tu, ayah Syifah....Kita ni dapat isteri yg solehah. Boleh terima hakikat bermadu.Hah! Tunggu apa lagi,"

Berderai tawa semua yg ada. Ini semua angkara nilam yg tk tahu nak cakap perlahan.Tak semena2 keluarga itu dah buka topik hidup bermadu.



Selepas Maghrib, keluarga besar tu bercadang untuk makan di Kajang.Setiap kali mama dan papa Syifah datang, mesti mereka nak makan Satay Kajang. Hamka teringat macam mana dia di rotan kerana tumpahkan kuah satay kat baju Syifah.Melalak Syifah waktu itu.Apa ke tidak, dia pakai baju baru yang berwarna krim.Memang kuah tu amat ketara diatas baju Syifah.

"Syifah ingat lagi tak..waktu abang tumpahkan kuah..."tanya Hamka.
"Ingat...abang kena pukul dgn Mak.Kesian abang...sakit."ada simpati diwajah isterinya.
Hamka tersenyum Rupa2nya Syifah berhati mulia semenjak kecil lagi.Walaupun Hamka yg bersalah, dia tetap rasa kasihan.

Sewaktu satay dihidangkan, tiba2 saja Syifah rasa loya. Seolah2 macam nak termuntah.Namun digagahkan juga dirinya. Semenjak Hamka carikan penawar tradisional untuk Syifah, keadaannya sudah semakin pulih. Tapi malam ni, lain pula rasanya. Setiap kali dia menyuapkan makanan ke dalam mulut, seolah2 seperti tak terburai isi perut. Mamanya perasan akan reaksi Syifah.

"Kenapa Syifah? Tak selera ke?"tanya Puan Asma.


"Entah Ma..rasa loya je.Tak tertelan.."jawabnya lurus.

"Syifah nak ke bilik air ke?"soal Hamka, penuh tanggungjawab. Syifah menggelengkan kepala. Dia tak nak susahkan suaminya.

Tiba2...Syifah rebah.Panik sekejap keadaan sekeliling.
"Ham, bawa dia ke klinik sana tu,"arah Pak Mat.

Hamka mengangkat Syifah dgn bantuan Papanya.

Malam itu, agak ramai pula pesakit yg sedang menanti giliran.Namun jururawat yg bertugas memberi keutamaan kpd Syifah. Didalam kamar doktor, Dr Azlina memeriksa tubuh Syifah yg terkulai layu.

"Blood pressure agak rendah,tidak seperti normal.Isteri Encik ada history lukemia atau anaemia?" soalnya.

"Sebenarnnya sewaktu di Spore memang dia di syaki menghidap thalassamia, tetapi ujian yg dijalankan selalu negative walaupun symptomnya nyata. Kemudian, isteri saya menyambung dgn ubatan homeopathy.Semenjak saya menghantar dia ke rawatan alternatif, dia nampak sihat, doktor. Cuma tadi, tiba2 dia rasa loya dan kemudian rebah,"terang Hamka dgn panjang lebar.

Dr Azlina hanya berdiam. Di meneliti lagi tubuh pesakitnya itu.Tiada kesan lebam seperti orang kekurangan darah," Saya takkan refer isteri Encik ke hospital.Saya terima bahawa ada kalanya rawatan alternatif lebih membantu dari ubat allopathy yg saya guna. Saya cuma hendak uji air kencingnya bila dia sedar nanti."beritahu doctor muda itu.

"Untuk apa, doktor?Apa masalah isteri saya?" Hamka mula panik.
Dr. Azlina hanya tersenyum,"Saya rasa isteri Encik ni mengandung. Dari pengalaman saya, orang yg kurang gula pada tubuhnya, akan mudah rasa loya, dan rebah sewaktu mengandung.Ini reaksi dari perubahan hormonnya. Sering kali ibu yg hamil begini, akan memerlukan drip untuk jangka masa yg panjang kerana ketidak upayaannya menerima makanan..Tapi ini hanya dapat dilakukan oleh pihak hospital."

Muka Hamka berubah apabila mendengar kata2 doktor bahawa kemungkinan isterinya itu mengandung. Perasaan gembira dan risau bercampur baur.Gembira kerana jika itu benar, dia akan bergelar bapa tapi Syifah akan menanggung risiko tinggi kerana Mamanya pernah berkata, rahim Syifah agak lemah untuk berfungsi.Hamka hanya berserah kepada Tuhan.

Sebentar kemudian, Syifah membuka matanya. Dr Azlina yg sedang memerhatikannya, tersenyum lega.
"Alhamdulillah.Puan dah sedar." Dia membantu Syifah untuk bangun. Hamka mendapatkan isterinya,"Syifah rebah tadi...abang kejarkan ke klinik ni."

Syifah mengangguk, dia masih teringat keadaannya sebelum dia rebah tadi. Doktor memanggil jururawat untuk menguruskan Syifah di bilik air. Setelah pemeriksaan di jalankan, memang benar jangkaan doktor muda itu tadi.

"Tahniah, Encik.Tak lama lagi Encik akan bergelar bapa."beritahunya
Tangannya dihulurkan kepada Syifah," Tahniah, puan. Sekarang ni Puan kena banyak2 jaga diri. Jangan banyak bergerak dan banyak berehat. Puan tentu sudah faham dgn keadaan diri puan sendiri, bukan?" soalnya ramah.

Dr Azlina memang tidak memberi Syifah apa2 ubat kerana dia lebih senang Syifah meneruskan rawatan alternatifnya.

Keluarga yg lain yg menunggu di luar klinik berasa lega melihat Syifah di bawa keluar oleh Hamka.

Mak Jijah dan Puan Asmah sibuk bertanya soalan yg bertubi2 kpd Hamka. Selepas mereka menaiki van, Hamka masih tidak menjawab mana2 soalan pun. Apabila Mak Jijah mula nak membebel...Hamka terus menyelah," Mak..janganlah kecoh sangat, nanti baby kat dalam tu tak lena tidur."
Kenyataan Hamka membuat semua tersenyap.Nilam yg sedar keadaan sekeliling terus memeluk Syifah,"Eee bestnya, Nilam akan jadi makciklah.Terima kasih Tuhan."

Keesokannya, sibuk pula orang2 tua mereka membincangkan tantang hal Syifah. Puan Asmah mencadangkan agar Syifah pulang ke Spore dahulu sepanjang kehamilannya. Lagipun Syifah masih memegang kerakyatan Spore, jadi lebih mudah bersalin di Spore. Cadangannya itu disetujui oleh Mak Jijah dan Pak Mat. Bagi Mak Jijah, dia tak ada masalah dgn rancangan itu kerana dia juga boleh ulang alik ke Spore untuk menjaga Syifah.

"Tapi kalau Syifah pulang ke Spore, abang macam mana?"terpacul dari mulut Syifah.
"Oh...takut rindu yea?"usik Nilam,"Nilam lupa nak beritahu.Sebenarnya Nilam cuti panjang ni.Nilam je lah yg tolong abang uruskan pusat tusyen tu. Abang temankan kakak di Spore."
Hamka tersenyum lega.Tuhan dah permudahkan urusannya.Hanya perlu beritahu rakan2nya sahaja. Lagipun Nilam memang dah biasa dgn mereka.Dan Hamka yakin Nilam akan pandai jaga diri.

Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya 16

Part 16

Seperti yg Hamka jangkakan, Syifah tidak sedarkan diri sewaktu azan Subuh berkumandang.Panik Hamka dibuatnya. Seingat Hamka sebelum Syifah tertidur diribaanya, Syifah berada dalam keadaan normal.Hamka memanggil Mak Jijah yg berada diluar. Mak Jijah bergegas masuk ke bilik anaknya.
"Kenapa ni Ham?Apa yg terjadi?"
"Ham cuba kejutkan dia.Mula2 Ham ingat Syifah terlalu letih sampai tak bangun tahajjud.Tapi bila Ham nak gerakkan dia, dia tak respon langsung."
Mak Jijah membelai pipi Syifah,"Syifah...Syifah...bangun nak.Jangan buat mak risau."
Airmata mak Jijah mengalir tanpa di sedarinya.
"Mak, Ham solat dulu yea.Sementara Mak tengok2kan Syifah."hamka berkata.

Selesai dia solat, Mak Jijah meninggalkan mereka untuk menunaikan Subuhnya pula.hatinya pilu mengenangkan nasib menantunya.Selesai saja solat, dia mendapatkan anaknya lagi. Namun Syifah masih belum sedar lagi. Mak Jijah mengambil sebuah bekas dan diisinya air.Di serahkan bekas itu kepada Hamka.
"Mak nak suruh Ham buat apa ni,"tanya hamka.
"Masya Allah, Hamka...kan kamu tu pengamal tariqat, cuba kamu usahakan dgn cara kamu sendiri."jawab Mak Jijah. Hamka terlalu panik sehingga terlupa pada kebolehannya sendiri.
"selama ini Ham tak pernah cuba,mak"
"Sekarang kamu cubalah...Mana tahu itulah jalan penyelesaiannya" Mak Jijah memberi kekuatan kepadan anaknya. Dia tahu, dalam diam, Hamka menyimpan perasaan risau yg amat sangat terhadap sakit isterinya itu.

Sambil Hamka mengamalkan Aurad yg telah dia terima sebagai ijazah, tangannya tak henti2 mengusap pipi isterinya itu.Dia mengambil sedikit air didalam bekas dan menyapunya kewajah Syifah.Dengan bantuan Mak Jijah, dia menyuapkan sedikit air ke bibir Syifah. Hatinya pasrah kepada Tuhan. Perlahan2 Syifah membuka matanya.Dia kelihatan sungguh letih dan tak bermaya. Syifah cuba untuk bangun tapi Hamka menghalangnya.

"Jangan sayang, sayang baru sedar.Syifah pengsan lagi.Kali ini dalam tidur pula,"jelas hamka apabila dilihat wajah Syifah yang bertanda tanya.
"Ya Syifah, risau mak lihat keadaan Syifah tadi. Jangan banyak bergerak dulu Syifah..."pujuk Mak Jijah.
"Abang, dah jam berapa sekarang?Kenapa tak kejutkan Syifah?"
"Sayang kan pengsan tadi.Abang cuba gerakkan untuk solat subuh, tapi sayang tak sedar....Panik abang tau.."jelas Hamka.Dia mengucup pipi isterinya itu. Mak Jijah senang dgn perbuatan Hamka. Dia yakin kasih anaknya terhadap Syifah bukan main-main. Bukan satu gurauan semasa mereka kecil dulu.

“Mak, ada ke orang nak kawin dgn Syifah ni?” tanya hamka.

“kenapa cakap macam tu?” marah Mak Jijah.

“Iyelah, sikit sikit nak menangis. Dahlah tembam, kuat merajuk…”

Dan kata-kata itu membuatkan si gadis tembam t uterus mengalirkan airmata.

“Dahlah…tak payah nangis, nanti dah besar kalau tak orang nak kawin dgn Syfah, abang Hamka kahwinlah dgn Syifah…”dia cuba memujuk gadis tembam itu.

Sebenarnya dia dihantui perasaan bersalah kerana menyebabkan anak Pakcik kamal menangis lagi.


"Mak, tolong Syifah ke bilik air, nak wudhu',"lemah saja suara Syifah. Panggilan menantunya membuatkan Mak Jijah sedar dari lamunanya. Dalam keadaan ini pun, dia mampu menarik senyum tawar mengingatkan peristiwa semasa mereka kecil. Tak sangka kata-kata Hamka menjadi kenyataan.Dia berkahwin dgn gadis tembam yang cengeng tu,akhirnya.


"Nanti abang ambilkan bekas lain, biar mak bantu Syifah berwudhu.Syifah solat baring ye.Badan tu masih belum kuat lagi."beritahu Hamka.

Selesai Syifah solat, Mak Jijah menyiapkan sarapan untuk menantunya itu. Bubur dan telur asin.Dia tahu Syifah perlu makan, tapi sayang, menantunya tiada selera kalau dah sakit begitu.

"Syifah, buat sementara ni cuti lah dulu. Nanti mak beritahu murid2 kamu yg kamu tak sihat.Dalam keadaan macam ni, payah kamu nak mengajar.."cadang Mak Jijah.
Syifah mengangguk perlahan.Dia bersyukur banar kerana dapat seorang mertua yg sungguh memahami dirinya.
"Abang pun dah call kawan2 abg.Inform mereka ttg keadaan Syifah,.Mungkin 3-4 hari ni abang tak bertugas.Jadi bolehlah abang jaga Syifah."tambah Hamka
"Elok tu Hamka.Jangan asyik tinggalkan Syifah ni sorang2.Bahaya kalau kita tak ada dirumah.Hari ini Mak nak ke Pekan sekejap. Syifah tinggal kat rumah dgn Hamka..."
"Mak ni, pesan kami macam kami ni kanak-kanak lebih 10 tahun lalu,"seloroh Hamka.

Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya 15

Part 15
Pada malam itu, Syifah kelihatan letih, tidak seperti selalu.Selepas mengemas dapur, dia terus meminta izin untuk berehat dikamar.Mak Jijah perasan akan perubahan menantunya. Dia tidak kelihatan ceria, wajahnya sedikit pucat.Makannya pun sikit sekali.

"Hamka, isteri kamu tu macam sakit je...Selalunya dia akan duduk sembang dgn mak.Pergilah tanya dia...Ham ni pun, tak prihatin langsung,”tegur Mak Jijah.

"Hamka dah tanya tadi kat dapur, dia kata badannya sakit.Sebab tu dia nak rehat.Takkanlah Ham nak biarkan isteri Ham mcm tu, mak.Dia nadi dan tulang belakang Ham.Mak janganlah bimbang,"pujuk Hamka. Dia tahu emaknya amat risauklan keadaan Syifah.bahkan, dia juga risau tapi saja tidak mahu menyatakan kerisauannya pada orang lain.

"Pergilah jenguk dia, hati mak tak sedaplah,"suruh Mak Jijah.

Hamka menapak kebilik perlahan, tidak mahu menganggu rehat isterinya. Syifah sedang berbaring, membelakangi pintu.Terdengar suara isakannya.Hati sang suami tertanya-tanya..

"Sayang, kenapa ni. Sakit lagi ke?" Hamka mendekati isterinya.

Syifah tidak menjawab.Tidak pernah Syifah berkelakuan begini.Isterinya amat taat dgn nya. Tentu ada sesuatu yg berlaku,fakir Hamka.

"Syifah, abangkan sedang bercakap dgn Syifah, kenapa Syifah tak jawab?"tanya Hamka lembut.Isterinya masih membatu.Hamka terlihat sekeping postcard di tangannya.Hamka menarik postcard itu dan terus beristighfar.

"Syifah menangis kerana postcard ini ye?"Hamka masih bertanya.
"Kenapa abang tak beritahu Syifah dulu.Kalau Syifah tahu, Syifah tak akan terima pinangan abang.Syifah..."kata-katanya terputus disitu.Kenapalah baru sekarang dia tahu yg ada orng lain yang mengharapkan suaminya. Kenapa baru sekarang ketika perasaan sayang makin mendalam buat lelaki itu?
"Syifah, abang minta maaf kerana tak beritahu Syifah tentang perkara ni.dan abang minta maaf kerana masih menyimpan postcard tu.Tapi sebelum abang meminang Syifah, abang dah terangkan duduk perkara ni kepada Asyilah.Abang tak boleh terima cintanya dan abang telah beritahu dia yg abang akan meminang Syifah.Dan dia akur tentang perkara itu." Hamka menerangkan satu persatu.
"Abang pinang Syifah bukan kerana simpati? Bukan kerana tunang Syifah meninggal dunia menjelang hari perkahwinan Syifah dan tambahan lagi Syifah tak punya waktu yg lama untuk hidup...Bukan kerana itu,ke bang?"tanya Syifah lembut
"Sayang...kenapa sampai kesitu fikiran Syifah?Kan Syifah tahu, abang memang berniat untuk pinang Sifah tapi Syifah dah ditunangkan dgn arwahnya? Salah ke abang memperisterikan Syifah?"Hamka menarik Syifah kedakapannya.Airmata Syifah semakin deras membasahi pipi.Hamka mencium ubun-ubun puteri airmatanya itu penuh kasih sayang.
"Syifah rasa bersalah kerana Syifah seakan2 merampas kebahagiaan orang lain.Syifah dapat merasakan kekecewaan gadis itu..."Syifah mendakap erat suaminya.
"Sudahlah,sayang.Bukan jodoh abang dgn dia.Lagipun yg terakhir abang dengar, dia dah berkahwin dgn seorang kenalan ayahnya yg jauh lebih baik dari abang.Dan abang tak suka Syifah rasa rendah diri hanya kerana penyakit Syifah itu. Abang dah berjumpa seorang tabib di Bangi.Minggu depan kita akan jumpa dgn tabib tu.setaipa penyakit tu ada ubatnya,Sayang.Itukan sabda Rasulullah?Melainkan sakit tua dan mati...Sayang tak yakin dgn hadis Baginda ke? Syifah kan tahu, bahwa Tuhan menjadikan manusia berpasang-pasang."

Syifah mengambil tangan suaminya dan dikucupnya.
"Maafkan Syifah abang.Syifah terlalu terikut-ikutkan perasaan.Berdosanya Syfah...Bukankah abang dah pesan berkali2 agar cinta utama Syifah hanya untuk Tuhan yg Agung...Syifah kalah dgn nafsu Syifah sendiri."

Hamka hanya mengelus2 rambut isterinya."Abang maafkan,sayang.Abang faham...cemburu itu sentiasa bermain dihati seorang wanita.Tapi abang yakin bukan kerana cemburu yg membuat Syifah bersedih...Sudahlah tu...sayang tidurlah.Esok nanti murid2 datang, tengok muka cikgu sembab.Yang abang tak mahu, nanti mak pun ikut sama rasa yg abang ni aniaya Syifah sampai Syifah menangis begini.

Malam itu, Syifah tertidur diribaan suaminya.Hamka tak sampai hati melihat isterinya menangis.Lagipun bukannya Syifah boleh runsing, nanti terus sakit pula.

Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya 14

Part 14

" Hamka, dah terlanjur kamu berdua ada di kampung, Mak dan Ayah nak buat kenduri sedikit.Kelmarin di rumah Syifah pun kita tak jemput orang2 kampung, Apa kata kita jemput mereka untuk raikan pernikahan kamu ni?" cadang Mak Jijah.
"Terpulanglah pada Mak.Kalau ikutkan hati, Ham rasa tak perlu,tapi kalau atas niat bersilaturrahmi, apa salahnya..."Hamka memang sentiasa menghormati permintaan ibunya selagi tidak melanggar syariat.Sikap itu yang sangat dikagumi isterinya.malahan semenjak kecil lagi,dia tidak pernah merungut dan sering memenuhi permintaan Mak Jijah.
"Kalau gitu, Sabtu ni kita adakan sedikit kenduri.Tapi talk adalah sebesar kenduri kat Singapore tu,ye Syifah,"Mak Jijah merendah diri dgn menantunya.
"Mak, bukan majlis besar2an yg Syifah inginkan.Kat Spore pun, majlis Syifah sederhana je.Abang Hamka sudi ambil Syifah sebagai isteri pun Syifah dah bersyukur.Itu sudah cukup buat Syifah,mak."Syifah membalas kata-kata Mak Jijah.

Hamka tersenyum mendengar luahan hati isterinya. Isterinya yg suatu ketika dulu puas dibuli ketika kecil. Kemudian hampir jatuh ke tangan seorang doktor yg merawatnya.Dan akhirnya berjaya disunting juga olehnya. Selama di Singapura, Hamka telah berusaha mengenali Syifah dgn lebih dekat.Gadis perajuk sewaktu kecil ini sebenarnya berjiwa kental. Bukan sekali dua sakit isterinya menyerang, tapi Syifah tak pernah mengadu.Cuma mamanya saja yg beritahu Hamka apabila Syifah sedang sakit. Dia tetap menjalankan tugas sebagai isteri. Syifah juga tabah untuk melepaskan tugasnya sebagai guru hanya kerana ingin bersama suami. Dia sanggup tinggalkan kehidupannya yang serba serbi cukup,hanya kerana mahu jadi isteri yg solehah.Namun begitu, dia cukup manja dgn Papa dan Mamanya dan Hamka bertekad akan menjaganya sepenuh hati, dan memberikannya kasih sayang yg sepatutnya diterima oleh Syifah. Bukankah Hamka sudah berikrar pada hari pernikahannya untuk tidak mensia-siakan isterinya itu? Syifah bukansaja tangunggjawabnya didunia, malah diakhirat juga.

Hampir sebulan Syifah di kampong.Perancangannya untuk berhenti kerja diteruskan jua. Mama dan Papanya adalah orang yg paling bahagia ketika Syifah mengumumkan keputusannya.Bagi mereka, Syifah telah berusaha untuk menjadi isteri yg taat, walaupun suaminya bukan pilihannya sendiri. Dia pun sudah mula mengajar tuition di rumah mertuanya.Oleh kerana Syifah tidak meletakkan harga bagi khidmatnya, ramai anak orang kampung yg datang belajar.Mak Jijah pun tumpang gembira kerana ada orang yg menemaninya berbual setiap petang. Hamka pula sudah ada sekolah swasta sendiri, yg dikendalikan bersama rakan2nya.Walaupun tak sebesar mana, namun usahanya membanggakan keluarga. Pasangan muda nin yakin dgn janji Rasulullah mengenai rezeki orang yg berniaga. Tidak seperti orang-orang yang makan gaji, pendapatan mereka tidak tetap.Tapi itu membuatkan tawakkal mereka keopada Tuhan semakin kental.

“Syifah tak menyesal?” tanya hamka sewaktu mereka keluar ke KL kerana Syifah mahu mencari buku-buku rujukan.

“Menyesal apa? Dapat keluar dgn abang macam ni, takkan Syifah nak menyesal,”balasnya sambil membelek buku-buku di kedai buku Minerva.”acuh takj acuh aje jawapannya.

“Iyelah, duduk kat kampong, tentu takselesa.bekerja pula, gaji tak menentu.Anak-anak orang kambong mana mampu bayar yuran macam orang-orang Singapore tu.” Hamka sengaja menduga Syifa.

“Syifah mengajar kerana minat, passion, bukan kerana wang. Memanglah wang tu perlu dalam kita menjalani kehidupan, tapi Syifah tak menjadikan wang sebagai matlamat.Ia alat dalam Syifah menuju matlamat,”tegas tapi lembut jawapan yang diberikan Syifah.

“Apa matlamat Syifah sebenarnya?”tanya Hamka lagi.

“Tidakkah aku jadikan Jin dan Manusia, melainkan untuk beribadah kepadaKu. Tuhan kan dah beritahu kita, kenapa kita dijadikan.”

So?”

“So…apa yang Syifah lakukan …mengajar anak-anak itu, Syifah niatkan sebagai ibadah di sisi Tuhan.Semoga Tuhan tidak menghisab Syifah dgn ilmu yang Dia telah beri pada Syifah.”padat dan tepat.

Hamka meraih bahu isterinya seolah-lah terlupa dia berada dikhalayak ramai,” Bangga dapat isteri macam ni.Sebenarnya abang dah tahu apa Syifah nak jawab.”

“Habis tu?”Syifah cuba memprotes tindakan suaminya tadi.

“Saja nak dengar jawapan tu keluar dari mulut Syifah sendiri.” tenang Hamka memberitahu.

“Abang, we are in public,”Syifah mengingatkan Hamka. Perlahan Hamka melurutkan tangannya dari bahu Syifah.

Dua orang pelajar yang berdiri berdekatan mereka tersenyum dgn telatah Hamka. Gadis-gadis itu cuba mengelak dari ketawa. Tapi jawapan Syifah yg mereka terdengar itu amat mereka kagumi juga.



Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya 13

Part 13

Terasa hangat kucupan di pipi Syifah dan bibir itu terus singgah di leher jinjangnya.Dia tersedar dan dilihat Hamka sedang berada disisi.Syifah segera bangkit dari pembaringan.

Diperbetulkan duduknya di sebelah kanan Hamka.
"Maafkan Syifa, Bang.Terlelap tadi.Mak suruh Syifah rehat, tak sangka sampai terlelap."tangan kirinyanya mengelus pipi Hamka, seolah-olah merayu untuk dimaafkan diri itu.
"Tak apalah...Syifah pun tentu letih. Abang minta maaf kerana mengejutkan Syifa,"balas Hamka sambil mengelus rambut Syifah yg dibiarkan tak diikat itu.
"Abang ke mana tadi?"Syifah bertanya.Perasaan ingin tahu tidak dapat dibendung
"Kenapa?Rindu ke?"usik Hamka,”Baru sekejap,sayang.Pipi mulus isterinya dicubit manja.

“Hah, abang rasa abang tahu kenapa Syifah nak tinggal dikampung ni terus. Syifah takut tak tertanggung rindu kalau Syifah bekerja di Spore dan abang pulak kat sini,kan?”sambung Hamka lagi.
"Eh, tak lah..mana ada,"dia cuba berdalih walaupun dia yakin benar itu yang akan berlaku sekiranya dia masih di Spore. Tak mungkin dia betah ditinggalkan seorang, walau Mam dan Papanya tetap ada bersamanya. Tentu dia akan merindukan suasana romantis setiap kali Hamka ada disisinya,seperti kini.
Hamka menarik Syifah kedalam pelukannya.Syifa hanya membatukan diri.Dia memang segan setiap kali Hamka perlakukannya begitu.Terasa terlalu dekat dgn lelaki itu dan perasaan itu membuat dirinya tidak keruan.


"Abang nak tanya, kenapa Syifah begitu formal dgn abang sedangkan kita dah jadi suami isteri yg sah?Bukan sehari dua pulak tu, dah hampir sebulan dah…"Dia mengelus rambut Syifah lagi. Syifah hanya merenung wajah suaminya,"Emm kerana Syifah terasa amat bersyukur mempunyai suami seperti abang.Penyayang dan sangat memahami keadaan Syifah."
"Tapi abang nak lihat Syifah seperti Syifah yg dahulu, ceria, manja...."
"Perajuk, suka menangis...abang nak lihat Syifah mcm sewaktu Syifah budak2 dulu ke?"sepasang mata bundar itu merenung wajah suaminya.
"Abang rindu dengan Syifah yg dulu..."ujar Hamka.
"Kan Syifah dah dewasa, bang.Takkan Syifah nak macam dulu lagi..."
"Tapi rajuk Syifah tu yg buat abang sering teringatkan Syifah..."
Syifah mengalihkan pandangannya.Dia memang sering merajuk apabila Hamka mengusiknya tapi itu sewaktu dia masih budak2..Sekarang ni....
"Dah lah, Bang.Marilah kita keluar.Malu pula dgn mak dan ayah..."ajak Syifah.
Sebuah kucupan hinggap dipipi Syifah,"Ini yg buat abang lebih sayang kat Syifah ni..."bisik Hamka. Sebenarnya, kalu boleh dia hendak bersama Syifah didalam kamar mereka dan bukannya diluar sana.

“Lama-lama, melecet pipi Syifah, asyik kena cium…”gumamnya.

“Kalau gitu, Syifah nak abang cium kat mana? Kat sini, sini, atau sini?” tanya Hamka lembut sambil bibirnya menjamah setiap inci wajah isterinya.Di cium mata, hidung dan leher Syifah sehingga isterinya menggeliat kegelian.

“Abang…Syifah gelilah,”Syifah merayu sambil cuba meleraikan pelukan Hamka.Namun tubuh sasa Hamka tidak berjaya di tolaknya.

“Sayang…geli ke suka?”pertanyaan itu dibisikkan ditelingan Syifah.

“Hmmph..”Syifah tidak boleh menjawab, kerana bibir Hamka sudah menjelajah ke bibirnya pula.