Part 13
Terasa hangat kucupan di pipi Syifah dan bibir itu terus singgah di leher jinjangnya.Dia tersedar dan dilihat Hamka sedang berada disisi.Syifah segera bangkit dari pembaringan.
Diperbetulkan duduknya di sebelah kanan Hamka.
"Maafkan Syifa, Bang.Terlelap tadi.Mak suruh Syifah rehat, tak sangka sampai terlelap."tangan kirinyanya mengelus pipi Hamka, seolah-olah merayu untuk dimaafkan diri itu.
"Tak apalah...Syifah pun tentu letih. Abang minta maaf kerana mengejutkan Syifa,"balas Hamka sambil mengelus rambut Syifah yg dibiarkan tak diikat itu.
"Abang ke mana tadi?"Syifah bertanya.Perasaan ingin tahu tidak dapat dibendung
"Kenapa?Rindu ke?"usik Hamka,”Baru sekejap,sayang.Pipi mulus isterinya dicubit manja.
“Hah, abang rasa abang tahu kenapa Syifah nak tinggal dikampung ni terus. Syifah takut tak tertanggung rindu kalau Syifah bekerja di Spore dan abang pulak kat sini,
"Eh, tak lah..mana ada,"dia
Hamka menarik Syifah kedalam pelukannya.Syifa hanya membatukan diri.Dia memang segan setiap kali Hamka perlakukannya begitu.Terasa terlalu dekat dgn lelaki itu dan perasaan itu membuat dirinya tidak keruan.
"Abang nak tanya, kenapa Syifah begitu formal dgn abang sedangkan kita dah jadi suami isteri yg sah?Bukan sehari dua pulak tu, dah hampir sebulan dah…"Dia mengelus rambut Syifah lagi. Syifah hanya merenung wajah suaminya,"Emm kerana Syifah terasa amat bersyukur mempunyai suami seperti abang.Penyayang dan sangat memahami keadaan Syifah."
"Tapi abang nak lihat Syifah seperti Syifah yg dahulu, ceria, manja...."
"Perajuk, suka menangis...abang nak lihat Syifah mcm sewaktu Syifah budak2 dulu ke?"sepasang mata bundar itu merenung wajah suaminya.
"Abang rindu dengan Syifah yg dulu..."ujar Hamka.
"Kan Syifah dah dewasa, bang.Takkan Syifah nak macam dulu lagi..."
"Tapi rajuk Syifah tu yg buat abang sering teringatkan Syifah..."
Syifah mengalihkan pandangannya.Dia memang sering merajuk apabila Hamka mengusiknya tapi itu sewaktu dia masih budak2..Sekarang ni....
"Dah lah, Bang.Marilah kita keluar.Malu pula dgn mak dan ayah..."ajak Syifah.
Sebuah kucupan hinggap dipipi Syifah,"Ini yg buat abang lebih sayang kat Syifah ni..."bisik Hamka. Sebenarnya, kalu boleh dia hendak bersama Syifah didalam kamar mereka dan bukannya diluar
“Lama-lama, melecet pipi Syifah, asyik kena cium…”gumamnya.
“Kalau gitu, Syifah nak abang cium kat mana? Kat sini, sini, atau sini?” tanya Hamka lembut sambil bibirnya menjamah setiap inci wajah isterinya.Di cium mata, hidung dan leher Syifah sehingga isterinya menggeliat kegelian.
“Abang…Syifah gelilah,”Syifah merayu sambil
“Sayang…geli ke suka?”pertanyaan itu dibisikkan ditelingan Syifah.
“Hmmph..”Syifah tidak boleh menjawab, kerana bibir Hamka sudah menjelajah ke bibirnya pula.
No comments:
Post a Comment