Thursday, March 22, 2007

Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya 14

Part 14

" Hamka, dah terlanjur kamu berdua ada di kampung, Mak dan Ayah nak buat kenduri sedikit.Kelmarin di rumah Syifah pun kita tak jemput orang2 kampung, Apa kata kita jemput mereka untuk raikan pernikahan kamu ni?" cadang Mak Jijah.
"Terpulanglah pada Mak.Kalau ikutkan hati, Ham rasa tak perlu,tapi kalau atas niat bersilaturrahmi, apa salahnya..."Hamka memang sentiasa menghormati permintaan ibunya selagi tidak melanggar syariat.Sikap itu yang sangat dikagumi isterinya.malahan semenjak kecil lagi,dia tidak pernah merungut dan sering memenuhi permintaan Mak Jijah.
"Kalau gitu, Sabtu ni kita adakan sedikit kenduri.Tapi talk adalah sebesar kenduri kat Singapore tu,ye Syifah,"Mak Jijah merendah diri dgn menantunya.
"Mak, bukan majlis besar2an yg Syifah inginkan.Kat Spore pun, majlis Syifah sederhana je.Abang Hamka sudi ambil Syifah sebagai isteri pun Syifah dah bersyukur.Itu sudah cukup buat Syifah,mak."Syifah membalas kata-kata Mak Jijah.

Hamka tersenyum mendengar luahan hati isterinya. Isterinya yg suatu ketika dulu puas dibuli ketika kecil. Kemudian hampir jatuh ke tangan seorang doktor yg merawatnya.Dan akhirnya berjaya disunting juga olehnya. Selama di Singapura, Hamka telah berusaha mengenali Syifah dgn lebih dekat.Gadis perajuk sewaktu kecil ini sebenarnya berjiwa kental. Bukan sekali dua sakit isterinya menyerang, tapi Syifah tak pernah mengadu.Cuma mamanya saja yg beritahu Hamka apabila Syifah sedang sakit. Dia tetap menjalankan tugas sebagai isteri. Syifah juga tabah untuk melepaskan tugasnya sebagai guru hanya kerana ingin bersama suami. Dia sanggup tinggalkan kehidupannya yang serba serbi cukup,hanya kerana mahu jadi isteri yg solehah.Namun begitu, dia cukup manja dgn Papa dan Mamanya dan Hamka bertekad akan menjaganya sepenuh hati, dan memberikannya kasih sayang yg sepatutnya diterima oleh Syifah. Bukankah Hamka sudah berikrar pada hari pernikahannya untuk tidak mensia-siakan isterinya itu? Syifah bukansaja tangunggjawabnya didunia, malah diakhirat juga.

Hampir sebulan Syifah di kampong.Perancangannya untuk berhenti kerja diteruskan jua. Mama dan Papanya adalah orang yg paling bahagia ketika Syifah mengumumkan keputusannya.Bagi mereka, Syifah telah berusaha untuk menjadi isteri yg taat, walaupun suaminya bukan pilihannya sendiri. Dia pun sudah mula mengajar tuition di rumah mertuanya.Oleh kerana Syifah tidak meletakkan harga bagi khidmatnya, ramai anak orang kampung yg datang belajar.Mak Jijah pun tumpang gembira kerana ada orang yg menemaninya berbual setiap petang. Hamka pula sudah ada sekolah swasta sendiri, yg dikendalikan bersama rakan2nya.Walaupun tak sebesar mana, namun usahanya membanggakan keluarga. Pasangan muda nin yakin dgn janji Rasulullah mengenai rezeki orang yg berniaga. Tidak seperti orang-orang yang makan gaji, pendapatan mereka tidak tetap.Tapi itu membuatkan tawakkal mereka keopada Tuhan semakin kental.

“Syifah tak menyesal?” tanya hamka sewaktu mereka keluar ke KL kerana Syifah mahu mencari buku-buku rujukan.

“Menyesal apa? Dapat keluar dgn abang macam ni, takkan Syifah nak menyesal,”balasnya sambil membelek buku-buku di kedai buku Minerva.”acuh takj acuh aje jawapannya.

“Iyelah, duduk kat kampong, tentu takselesa.bekerja pula, gaji tak menentu.Anak-anak orang kambong mana mampu bayar yuran macam orang-orang Singapore tu.” Hamka sengaja menduga Syifa.

“Syifah mengajar kerana minat, passion, bukan kerana wang. Memanglah wang tu perlu dalam kita menjalani kehidupan, tapi Syifah tak menjadikan wang sebagai matlamat.Ia alat dalam Syifah menuju matlamat,”tegas tapi lembut jawapan yang diberikan Syifah.

“Apa matlamat Syifah sebenarnya?”tanya Hamka lagi.

“Tidakkah aku jadikan Jin dan Manusia, melainkan untuk beribadah kepadaKu. Tuhan kan dah beritahu kita, kenapa kita dijadikan.”

So?”

“So…apa yang Syifah lakukan …mengajar anak-anak itu, Syifah niatkan sebagai ibadah di sisi Tuhan.Semoga Tuhan tidak menghisab Syifah dgn ilmu yang Dia telah beri pada Syifah.”padat dan tepat.

Hamka meraih bahu isterinya seolah-lah terlupa dia berada dikhalayak ramai,” Bangga dapat isteri macam ni.Sebenarnya abang dah tahu apa Syifah nak jawab.”

“Habis tu?”Syifah cuba memprotes tindakan suaminya tadi.

“Saja nak dengar jawapan tu keluar dari mulut Syifah sendiri.” tenang Hamka memberitahu.

“Abang, we are in public,”Syifah mengingatkan Hamka. Perlahan Hamka melurutkan tangannya dari bahu Syifah.

Dua orang pelajar yang berdiri berdekatan mereka tersenyum dgn telatah Hamka. Gadis-gadis itu cuba mengelak dari ketawa. Tapi jawapan Syifah yg mereka terdengar itu amat mereka kagumi juga.



No comments: