Suasana di rumah Mak Jijah ibarat petang raya.Gamat dan kecoh sungguh.Apakan tidak...Nilam yg sudah lama tak pulang, tiba2 menjelma didepan pintu.Tambahan lagi Mama dan Papa Syifah yg baru tiba dari Singapura awal Subuh tadi. Dah 4 bulan Syifah tak bertemu mereka, jadi mereka lah yg datang menjenguknya.Berbual saja di telefon, tak sama macam berbual berhadapan...Pak Mat senyum memanjang saja.Dah lama rumahnya tak seriuh begini.
Nilam terus mendapatkan Syifah."Mai sini...nak belek sikit kakak ipar Nilam seorang ni,"usiknya sambil mencubit pipi Syifah.
"Sekarang seorang tapi kalau dah ada dua, macam mana?"soal Syifah.Nilam merenung wajah Syifah.Tergelak Syifah dibuatnya.
"Oh...nak main2kan Nilam ye...Nanti kena madu betul2 baru tahu..Menangis sorang2 belakang pintu."
Mak Jijah yg sedang duduk berdekatan, terdengar kata2 Nilam..
"Sapa yg nak kena madu?Kamu ke Nilam?"soal Mak Jijah.
Syifah tertawa lagi.Merah padam muka NIlam menahan marah...
"Apalah mak ni, ke situ pula.Suka ke Nilam kena madu?"Nilam bertanya...
"Kalau bakal suami kamu tu, seorang yg alim, yg tahu rasa diri hamba, mampu didik isteri dan anak2, mak rasa tak salah ..."selamba Mak Jijah memberikan pendapat.
"Bukan Nilam lah...NI Kak Syifah ni beriya-iya kata nanti Nilam akn dapat kakak ipar baru..."
"Eh...Akak cakap je,"jawab Syifah.
"Betul ke ni, Syifah?" tanya Mak Jijah.Mamanya yang sedang memerhatikan pun mengangkat kening, hendakkan kepastian.
Syifah terkedu di situ.Takkan dia nak ceritakan perbualannya dgn Hamka berapa bulan yg lalu.Takut pula suaminya tk suka.
Hamka yg sedang berbual dgn ayah mertuanya terus mendapatkan Syifah.Syifah menggenggam tangan suaminya, minta buat penjelasan. semua mata dah tertumpu padanya.Serba salah Syifah.Kalau lah dia tahu, dia takkan bergurau negitu dgn Nilam.
"Hamka nak cakap sikit.memang ada Syifah nyatakan hasrat suruh Ham berkahwin lagi..."
Belum sempat dia menghabiskan kata2nya, Mak Jijah dah menyampuk,"Abis tu kamu setujulah? Ni depan mak mertua kamu ni, mak nak tanya, Ham sanggup madukan Syifah?"marah betul suara emaknya.
Hamka tersenyum melihat reaksi emaknya.Tadi okay je bila Nilam sebut pasal madu.Tiba2 sekarang dah beralih pula channel emaknya.
"Benda halal mak. Tak salah kalau Hamka beristeri lagi.Lagipun memang Ham mampu. Tapi tak sebut pun yg Ham akan berkahwin lagi. Mak
Hamka mengucup dahi isterinya. Syifah hanya tertunduk.
"Mama ingatkan apa dah jadi dgn kamu ni, Syifah.Merajuk ke sampai jadi macam tu?tapi Mama tak tolak perkara tu."
Tiba2 Pak Mat tertawa besar,"Dengar tu, ayah Syifah....Kita ni dapat isteri yg solehah. Boleh terima hakikat bermadu.Hah! Tunggu apa lagi,"
Berderai tawa semua yg ada. Ini semua angkara nilam yg tk tahu nak cakap perlahan.Tak semena2 keluarga itu dah buka topik hidup bermadu.
Selepas Maghrib, keluarga besar tu bercadang untuk makan di Kajang.Setiap kali mama dan papa Syifah datang, mesti mereka nak makan Satay Kajang. Hamka teringat macam mana dia di rotan kerana tumpahkan kuah satay kat baju Syifah.Melalak Syifah waktu itu.Apa ke tidak, dia pakai baju baru yang berwarna krim.Memang kuah tu amat ketara diatas baju Syifah.
"Syifah ingat lagi tak..waktu abang tumpahkan kuah..."tanya Hamka.
"Ingat...abang kena pukul dgn Mak.Kesian abang...sakit."ada simpati diwajah isterinya.
Hamka tersenyum Rupa2nya Syifah berhati mulia semenjak kecil lagi.Walaupun Hamka yg bersalah, dia tetap rasa kasihan.
Sewaktu satay dihidangkan, tiba2 saja Syifah rasa loya. Seolah2 macam nak termuntah.Namun digagahkan juga dirinya. Semenjak Hamka carikan penawar tradisional untuk Syifah, keadaannya sudah semakin pulih. Tapi malam ni, lain pula rasanya. Setiap kali dia menyuapkan makanan ke dalam mulut, seolah2 seperti tak terburai isi perut. Mamanya perasan akan reaksi Syifah.
"Kenapa Syifah? Tak selera ke?"tanya Puan Asma.
"Entah Ma..rasa loya je.Tak tertelan.."jawabnya lurus.
"Syifah nak ke bilik air ke?"soal Hamka, penuh tanggungjawab. Syifah menggelengkan kepala. Dia tak nak susahkan suaminya.
Tiba2...Syifah rebah.Panik sekejap keadaan sekeliling.
"Ham, bawa dia ke klinik
Hamka mengangkat Syifah dgn bantuan Papanya.
Malam itu, agak ramai pula pesakit yg sedang menanti giliran.Namun jururawat yg bertugas memberi keutamaan kpd Syifah. Didalam kamar doktor, Dr Azlina memeriksa tubuh Syifah yg terkulai layu.
"Blood pressure agak rendah,tidak seperti normal.Isteri Encik ada history lukemia atau anaemia?" soalnya.
"Sebenarnnya sewaktu di Spore memang dia di syaki menghidap thalassamia, tetapi ujian yg dijalankan selalu negative walaupun symptomnya nyata. Kemudian, isteri saya menyambung dgn ubatan homeopathy.Semenjak saya menghantar dia ke rawatan alternatif, dia nampak sihat, doktor. Cuma tadi, tiba2 dia rasa loya dan kemudian rebah,"terang Hamka dgn panjang lebar.
Dr Azlina hanya berdiam. Di meneliti lagi tubuh pesakitnya itu.Tiada kesan lebam seperti orang kekurangan darah," Saya takkan refer isteri Encik ke hospital.Saya terima bahawa ada kalanya rawatan alternatif lebih membantu dari ubat allopathy yg saya guna. Saya cuma hendak uji air kencingnya bila dia sedar nanti."beritahu doctor muda itu.
"Untuk apa, doktor?Apa masalah isteri saya?" Hamka mula panik.
Dr. Azlina hanya tersenyum,"Saya rasa isteri Encik ni mengandung. Dari pengalaman saya, orang yg kurang gula pada tubuhnya, akan mudah rasa loya, dan rebah sewaktu mengandung.Ini reaksi dari perubahan hormonnya. Sering kali ibu yg hamil begini, akan memerlukan drip untuk jangka masa yg panjang kerana ketidak upayaannya menerima makanan..Tapi ini hanya dapat dilakukan oleh pihak hospital."
Muka Hamka berubah apabila mendengar kata2 doktor bahawa kemungkinan isterinya itu mengandung. Perasaan gembira dan risau bercampur baur.Gembira kerana jika itu benar, dia akan bergelar bapa tapi Syifah akan menanggung risiko tinggi kerana Mamanya pernah berkata, rahim Syifah agak lemah untuk berfungsi.Hamka hanya berserah kepada Tuhan.
Sebentar kemudian, Syifah membuka matanya. Dr Azlina yg sedang memerhatikannya, tersenyum lega.
"Alhamdulillah.Puan dah sedar." Dia membantu Syifah untuk bangun. Hamka mendapatkan isterinya,"Syifah rebah tadi...abang kejarkan ke klinik ni."
Syifah mengangguk, dia masih teringat keadaannya sebelum dia rebah tadi. Doktor memanggil jururawat untuk menguruskan Syifah di bilik air. Setelah pemeriksaan di jalankan, memang benar jangkaan doktor muda itu tadi.
"Tahniah, Encik.Tak lama lagi Encik akan bergelar bapa."beritahunya
Tangannya dihulurkan kepada Syifah," Tahniah, puan. Sekarang ni Puan kena banyak2 jaga diri. Jangan banyak bergerak dan banyak berehat. Puan tentu sudah faham dgn keadaan diri puan sendiri, bukan?" soalnya ramah.
Dr Azlina memang tidak memberi Syifah apa2 ubat kerana dia lebih senang Syifah meneruskan rawatan alternatifnya.
Keluarga yg lain yg menunggu di luar klinik berasa lega melihat Syifah di bawa keluar oleh Hamka.
Mak Jijah dan Puan Asmah sibuk bertanya soalan yg bertubi2 kpd Hamka. Selepas mereka menaiki van, Hamka masih tidak menjawab mana2 soalan pun. Apabila Mak Jijah mula nak membebel...Hamka terus menyelah," Mak..janganlah kecoh sangat, nanti baby kat dalam tu tak lena tidur."
Kenyataan Hamka membuat semua tersenyap.Nilam yg sedar keadaan sekeliling terus memeluk Syifah,"Eee bestnya, Nilam akan jadi makciklah.Terima kasih Tuhan."
Keesokannya, sibuk pula orang2 tua mereka membincangkan tantang hal Syifah. Puan Asmah mencadangkan agar Syifah pulang ke Spore dahulu sepanjang kehamilannya. Lagipun Syifah masih memegang kerakyatan Spore, jadi lebih mudah bersalin di Spore. Cadangannya itu disetujui oleh Mak Jijah dan Pak Mat. Bagi Mak Jijah, dia tak ada masalah dgn rancangan itu kerana dia juga boleh ulang alik ke Spore untuk menjaga Syifah.
"Tapi kalau Syifah pulang ke Spore, abang macam mana?"terpacul dari mulut Syifah.
"Oh...takut rindu yea?"usik Nilam,"Nilam lupa nak beritahu.Sebenarnya Nilam cuti panjang ni.Nilam je lah yg tolong abang uruskan pusat tusyen tu. Abang temankan kakak di Spore."
Hamka tersenyum lega.Tuhan dah permudahkan urusannya.Hanya perlu beritahu rakan2nya sahaja. Lagipun Nilam memang dah biasa dgn mereka.Dan Hamka yakin Nilam akan pandai jaga diri.
No comments:
Post a Comment