Part 15
Pada malam itu, Syifah kelihatan letih, tidak seperti selalu.Selepas mengemas dapur, dia terus meminta izin untuk berehat dikamar.Mak Jijah perasan akan perubahan menantunya. Dia tidak kelihatan ceria, wajahnya sedikit pucat.Makannya pun sikit sekali.
"Hamka, isteri kamu tu macam sakit je...Selalunya dia akan duduk sembang dgn mak.Pergilah tanya dia...Ham ni pun, tak prihatin langsung,”tegur Mak Jijah.
"Hamka dah tanya tadi kat dapur, dia kata badannya sakit.Sebab tu dia nak rehat.Takkanlah Ham nak biarkan isteri Ham mcm tu, mak.Dia nadi dan tulang belakang Ham.Mak janganlah bimbang,"pujuk Hamka. Dia tahu emaknya amat risauklan keadaan Syifah.bahkan, dia juga risau tapi saja tidak mahu menyatakan kerisauannya pada orang lain.
"Pergilah jenguk dia, hati mak tak sedaplah,"suruh Mak Jijah.
Hamka menapak kebilik perlahan, tidak mahu menganggu rehat isterinya. Syifah sedang berbaring, membelakangi pintu.Terdengar suara isakannya.Hati sang suami tertanya-tanya..
"Sayang, kenapa ni. Sakit lagi ke?" Hamka mendekati isterinya.
Syifah tidak menjawab.Tidak pernah Syifah berkelakuan begini.Isterinya amat taat dgn nya. Tentu ada sesuatu yg berlaku,fakir Hamka.
"Syifah, abangkan sedang bercakap dgn Syifah, kenapa Syifah tak jawab?"tanya Hamka lembut.Isterinya masih membatu.Hamka terlihat sekeping postcard di tangannya.Hamka menarik postcard itu dan terus beristighfar.
"Syifah menangis kerana postcard ini ye?"Hamka masih bertanya.
"Kenapa abang tak beritahu Syifah dulu.Kalau Syifah tahu, Syifah tak akan terima pinangan abang.Syifah..."kata-katanya terputus disitu.Kenapalah baru sekarang dia tahu yg ada orng lain yang mengharapkan suaminya. Kenapa baru sekarang ketika perasaan sayang makin mendalam buat lelaki itu?
"Syifah, abang minta maaf kerana tak beritahu Syifah tentang perkara ni.dan abang minta maaf kerana masih menyimpan postcard tu.Tapi sebelum abang meminang Syifah, abang dah terangkan duduk perkara ni kepada Asyilah.Abang tak boleh terima cintanya dan abang telah beritahu dia yg abang akan meminang Syifah.Dan dia akur tentang perkara itu." Hamka menerangkan satu persatu.
"Abang pinang Syifah bukan kerana simpati? Bukan kerana tunang Syifah meninggal dunia menjelang hari perkahwinan Syifah dan tambahan lagi Syifah tak punya waktu yg lama untuk hidup...Bukan kerana itu,ke bang?"tanya Syifah lembut
"Sayang...kenapa sampai kesitu fikiran Syifah?Kan Syifah tahu, abang memang berniat untuk pinang Sifah tapi Syifah dah ditunangkan dgn arwahnya? Salah ke abang memperisterikan Syifah?"Hamka menarik Syifah kedakapannya.Airmata Syifah semakin deras membasahi pipi.Hamka mencium ubun-ubun puteri airmatanya itu penuh kasih sayang.
"Syifah rasa bersalah kerana Syifah seakan2 merampas kebahagiaan orang lain.Syifah dapat merasakan kekecewaan gadis itu..."Syifah mendakap erat suaminya.
"Sudahlah,sayang.Bukan jodoh abang dgn dia.Lagipun yg terakhir abang dengar, dia dah berkahwin dgn seorang kenalan ayahnya yg jauh lebih baik dari abang.Dan abang tak suka Syifah rasa rendah diri hanya kerana penyakit Syifah itu. Abang dah berjumpa seorang tabib di Bangi.Minggu depan kita akan jumpa dgn tabib tu.setaipa penyakit tu ada ubatnya,Sayang.Itukan sabda Rasulullah?Melainkan sakit tua dan mati...Sayang tak yakin dgn hadis Baginda ke? Syifah
Syifah mengambil tangan suaminya dan dikucupnya.
"Maafkan Syifah abang.Syifah terlalu terikut-ikutkan perasaan.Berdosanya Syfah...Bukankah abang dah pesan berkali2 agar cinta utama Syifah hanya untuk Tuhan yg Agung...Syifah kalah dgn nafsu Syifah sendiri."
Hamka hanya mengelus2 rambut isterinya."Abang maafkan,sayang.Abang faham...cemburu itu sentiasa bermain dihati seorang wanita.Tapi abang yakin bukan kerana cemburu yg membuat Syifah bersedih...Sudahlah tu...sayang tidurlah.Esok nanti murid2 datang, tengok muka cikgu sembab.Yang abang tak mahu, nanti mak pun ikut sama rasa yg abang ni aniaya Syifah sampai Syifah menangis begini.
Malam itu, Syifah tertidur diribaan suaminya.Hamka tak sampai hati melihat isterinya menangis.Lagipun bukannya Syifah boleh runsing, nanti terus sakit pula.
No comments:
Post a Comment