Saturday, September 6, 2008

Ikhlas mengasihimu 11

Seminggu sudah ZunnurAin berada di bumi Sumatera itu. Sedikit sebanyak perasaannya sudah mula stabil. Aktiviti bersama pelajar-pelajar di situ membuat dia melupakan kemelut hatinya. Walaupun sms dan panggilan dari Singapura tidak pernah tidak hadir walau sehari, hati ZunnurAin sudah tidak berkecamuk seperti dia di Bumi Temasek seminggu lepas.

"Zin sihat? Jangan lupa tahajjud."

"Bila kita nak jumpa lagi? Kau tak nak gaduh dengan aku?"

"Aku balik, kau pergi..Kalau tahu dulu, aku balik bawak pasangan, tak lah sunyi hidup aku macam ni"

Itulah antara sms mengusik yang selalu dia dapat dari Budi Aerman. Adakalanya ZunnurAin tersenyum sendiri membaca sms itu dan jemarinya akan lincah membalas setiap kali sms begitu datang mengunjung.

Bekas tunangnya juga ada menelefon, menanyakan khabar berita. Suara Khyryl yang ramah, ada kalanya membuat ZunnurAin bertanya-tanya akan setiap tndakan yang diambil oleh lelaki itu.

"Ain, Aunty mahu tanya sedikit, boleh" soal Humairah yang sudah sarat kandungannya. Sewaktu itu mereka sedang duduk berehat dianjung rumah tamu yang diduduki ZunnurAin.

"Huh? Tanya apa sih?" balas ZunnurAin, acuh tak acuh. Matanya masih leka melihat anak-anak TK yang bermain di sekeliling kolam ikan paten. Seronoknya mereka, hidup tiada bermasalah. Itulah mereka, yang dilahirkan putih bersih, detik hatinya.

Antara Khyryl dan Budi Aerman , siapa yang lebih Ain senangi?"soalan itu tiba-tiba terpacul dari mulut makciknya itu. Humairah menatap wajah ZunnurAin yang kelihatan terkejut dengan soalan sedemikian rupa.

"Maksud Aunty, apa? Bukankah yang satu itu, bekas tunangan, dan yang satu itu calon suami saya dalam sekelip mata dan kemudiannya ikatan itu juga turut dileraikan?" ZunnurAin membalas soalan dengan soalan juga. Tersenyum Humairah mendengar soalan sinis itu. Rupanya, gadis ini masih menyimpan perasaan di dalam hati. Pada luaran saja, dia kelihatan seperti sudah melupakan segalanya.

"Ain masih marah?"soal Humairah lagi.

ZunnurAin sekadar menggelengkan kepala. Buat apa nak simpan perasaan marah? Bukankah apa yang berlaku itu dengan seizin Tuhan yang berhak dalam hidupnya?

"Nah, kalau tidak marah lagi, jawab deh, soalan pertama tadi,'pujuk Humairah, masih tidak mahu melupakan topik perbualan mereka.

ZunnurAin melemparkan pandangan ke sisi. Dari tempat dia berehat itu, dia dapat melihat dengan jelas asrama Puteri yang terletak hanya dua ratus meter sahaja dari rumah tamu. Kelibat Aisyah dan Munawarrah, anak anak dari Johor Baru yang sedang bermain teng-teng halaman asrama mencuit hatinya. Dia tertawa kecil. Kalau bukan Humairah yang duduk disebelah, mahu saja dia ke asrama untuk bersama anak-anak gadis yang baru meningkat remaja itu.

"Ain.."Humairah memanggilnya. Seketika, ZunnurAin melepaskan nafas. Wajah makciknya itu ditatap sekilas.Dia tahu, dia perlu menjawab soalan Humairah itu.

"Entahlah Aunty..Bila balik dari sini, Ibu dah tunangkan Ain. Budi yang tahu pun tak mahu beritahu Ain masa dia jemput Ain di Airport. Dia diamkan saja berita sseserius itu. Khyryl, yang jadi tunangan sebentar Ain itu, seorang yang matang. Dia tidak memaksa. Cuma yang buat Ain pelik, ialah macam mana dia boleh terus putuskan pertunangan kami? Dia kata dia buat tu semua kerana dia rasa, Ain sayangkan Budi. Tapi Ain sendiri tidak pernah rasa macam itu, Aunty" jawab ZunnurAin rendah. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya terhadap Budi Aerman, sehingga dia diberitahu sebegitu oleh Khyryl.

"Ain mengharapkan perkahwinan bersama Khyryl itu terjadi?" Humairah bertanya tenang. ZunnurAin sekadar menjungkit bahu. Dia sendiri pun tak tahu....

"Ain, apa perasaan Ain terhadap Budi Aerman?" pancinh Humairah lagi.

"Aunty kan tahu, kami rapat semenjak kecil lagi. Dia dah macam abang Ain. Ain rapat dengan dia, pasal dia selalu mengalah dengan Ain,"beritahu gadis itu.

"Kenapa Aunty tanya ni?" tiba-tiba Ain merasakan sesuatu pada soalan-soalan tadi.

"Ain, Om Hafiz mahu Aunty titipkan pesanan ini buat ponakannya ini. Di antara lelaki dan perempuan, ikatan best friend itu tidak ada. Platonic relationship itu haram, Ain. Walaupun hati kita tidak saling mencintai, pergaulan yang tiada batas itu tetap tidak boleh diterima di sisi syariat. Kerana merasakan Budi itu seorang abang, Ain tidak segan kalau dia yang menjemput, dia yang menemankan Ain di mana-mana, gitukan? Tapi sayang, kamu kena ingat bahawa diantara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan muhrim, akan hadir yang ketiga," lembut Aunty Humairah menerangkan demi menjaga perasaan anak saudaranya itu.

ZunnurAin sekadar mendengar. Ada betulnya apa yang dikatakan makciknya. Dia lupa bahawa dia dan Budi bukanlah adik beradik yang sah.Platonic relationship, itu juga yang dijadikan topik oleh Khyryl. Mungkin Khyryl tak suka dengan keakraban yang terjalin diantara dia dan Budi? Tapi kenapa pula Khyryl hanya menganggap dia sebagai seorang adik selepas dia memutuskan pertunangan? Bukankah itu juga tidak sah? Bukankah itu juga dipanggil platonic relationship? Tapi diantara dia dan Khyryl, tidaklah seperti dia dan Budi.

"Ain, semalam ibu kamu ada menelepon, katanya majlis nikah kamu akan tetap berlangsung," Humairah dengan tenang memberitahu gadis itu.

"Apa? Ain harus pulang untuk dinikahkan pula?"cemas suara ZunnurAin medengar berita yang dikhabarkan. Dia berkalih duduk, mengadap Humairah pula. Wajah makciknya di pandang dalam-dalam. Manalah tahu, wanita itu sewkadar mahu bergurau saja.

"Nggak perlulah, Ain. Mungkin selepas Asar nanti, Om akan ke sini untuk menerangkan semuanya kepada kamu. Masalah munakahat ini, biarlah kita serahkan pada yang arif. Cuma, Aunty ingin nasihatkan Ain, agar banyak-banyak bersabar, redha dengan ketentuan ini. Aunty yakin ada hikmah disebalik kepayahan Ain ini." Humairah memujuk.

"Ain tak faham. Macam mana nak nikah kalau Ain masih lagi kat sini?" soal AIn lagi. Dia memandang tepat wajah makciknya.

"Ain, syarat nikah ialah, seorang wali, kedua mempelai dan dua orang saksi. Tidak disebut kadhi daerah, atau pejabat pernikahan atau sebagainya. Itu semua hanyalah prosedur yang dijalan, agar memudahkan setiap preses pernikahan. Ain, yang Aunty tahu, di Singapura sana, mereka sudah menyelesaikan segala-galanya. Entahlah Ain, Aunty sendiri tidak tahu bagamana mereka lakukan itu semua..." Humairah kematian kata-kata. Memang dia sendiri tidak pasti apa yang ada dalam perancangan kakaknya di Singapura.

ZunnurAin bangkit dari duduknya. Dia berlalu memasuki rumah tamu itu.

" Aunty, sebagai anak, Ain kena taat, kan? Walaupu hak Ain sendiri di rampas?"soalnya lirih.

Humairah tidak menjawab, bahkan dia sendiri dapat merasakan penderitaan anak saudaranya itu. Harapannya ialah, agar kakaknya tidak salah membuat perhitungan. Dia mahu melihat kebahagiaan ZunnurAin.

"Aunty, kenapa Budi tak beritahu Ain benda ni?" soal Ain lagi.

"Kenapa harus Budi, Ain?" Humairah bertanya lembut.

"Iya..kenapa dia nak sibuk-sibuk beritahu Ain? Dia pun bukannya ada kaitan apa-apa dengan Ain, kan Aunty.."balas gadis itu rendah