Friday, March 9, 2007

I was tagged!

I was tagged by Ain this time...

6 weird thigs about me?

Haa haa haa..I've been weird all along...

1) Tak tahu kenapa, kalau baca cerpen, I would cry when the plot went sad....macam in Versus,Naqiah Khalidah...even when I knew its all mere creations.

2) I would sleep with my glasses on, takut mimpi nanti tak nampak clear...maybe.

3) I am a left handed, but bila sapu sampah, and house chores, my right hand works better.

4) I am close to my cyber friends...boleh nangis dan ketawa bersama...cos we meet in alam maya..but in real life, I freak out.Macam anti soc...?

5) I love to bake, but I cant cook!And I puke at my own cooking sedangkan di asrama I am attached to the school kitchen, day in, day out!

6) I write novels in Malay, scored a Distinction in Malay as Mother Tongue for my "O"(well, who didnt?) BUT..... when I speak, its all berterabur....

* to my no 6's statement, I must thank the Teratakianz, Hlovate and Rnysa and Kak Noor Suraya...whoever you ppl might be, cos kita tak pernah bertemu tapi terasa ukhwah dah terjalin walaupun setakat baca karya you guys....for giving me the trusto read Malay novels, yang selama ini I takut nak pegang....but ur karyas changed my perspective of the Malay Novels world.....

Ain...dah okay ke ni?

Now nak tag siapa?

Syafiqah, Nurul Aini, Saiedah, Hafizz, Aisyah Iskandar, Miqdad.....jawab!

Dia akhirnya.....[6]

Malam itu...sementara Lia meneruskan kerja2 bisnes internetnya, Faris bermain-main dgn Aina di kamar Lia.

"Abang..kenapa tadi abang pulang awal?"tanya Lia.

"Hati abang tak tenang,,sebab tu abang balik,"selamba saja jawapan Faris.

"Kenapa abang tak tidur..selalu selepas Isya' je...dah masuk, tinggallah kami dua beranak ni,"usik Lia.

"Abis tu kena jaga Aina...macam mana nak tidur?Kalau abang ngantuk nanti abang tidurlah..."

Hampir jam 12 malam, baru Lia selesai denngan kerja2nya.Dilihatnya Aina sudah lenyak di atas toddler bednya.Badan Lia pun dah letih, minta berehat. Tapi Faris sudah tertidur di atas katil Lia.

Perlahan, Lia mengejutnya lembut,"Abang, dah jam 12 dah ni.masuklah tidur..."
faris tak menjawab, lenyak betul tidurnya. Lia menatap wajah Faris..ada cahaya ketenangan diwajah itu, tidak seperti selalunya. Lia mengusap pipi suaminya.Sebuah kucupan dihadiahkan buatkan Faris,"Thanks abang." Dengan cermat, Lia membaringkan dirinya diatas katil, takut2 Faris tersedar.Apa pula katanya nanti.
Hampir saja Lia menutup matanya apabila dia terasa ada tangan kasar yg melingkari pinggangnya.Dia menoleh..Wajah Faris begitu rapat dgn wajahnya,"Eh abang kan dah tidur?"

Faris menggelengkan kepalanya,"I was waiting for you.Saja nak lihat reaksi isteri abang ni..." Faris mencium pipi Lia.Lia berpaling, malu.

"Lia, malam ni abang tumpang katil Lia ye..Malaslah nak pindah sebelah..."

"Dulu...tak pernah pun jenguk bilik Lia ni.Sekarang lain pula...."

"Kalau macam tu, tiap2 malam lah abang nak jenguk bilik ni..."

"Eee tak malunya...tak malu dgn Aina ke?"

"aina..pindah je ke bilik abang."

Malam itu, Lia terasa berbeza dgn malam2 yg pernah dilaluinya.

"Tuhan...inikah yg dikatakan hadiah orang yg bersabar?"

Dia akhirnya.....[5]

Sesampai dirumah, Lia dapati pintu rumah tak berkunci.Cuak dibuatnya.Lupa lagikah dia..Tentu kena marah kalau Faris tahu. Dia terus membuka daun pintu.

"Aina...pergi mana?Puas Baba cari Aina." suara itu sudah lama tidak Lia dengari.Tersentak Lia dibuatnya. Aina terus diamnbil dari gendongan Lia.

"Lia pergi mana?Kenapa tak beritahu?" soal Faris tanpa memandang wajah Lia.

"Lia cuba beritahu tadi pagi tapi abang Fa...tapi abang terus tinggalkan Lia kat pintu." Lia masih teringat lagi peristiwa pagi tadi.Macam bercakap dgn tembok saja gayanya.

Faris perasan ada kelainan pada panggilan Lia terhadapnya. Ah..mungkin saja Lia nak ambil hatinya, dah lah keluar tanpa izin...

"Sayang Baba dah makan?"

"Dah.."jawab Aina pelat.

"Abang, tadi Lia terserempak dengan Abang Syam.Lia makan dengan dia tadi..."

"Terserempak?kan ni waktu kerja..Lia pegi makan dgn Syam?"

"Tak...Abang Syam bawa Chah shopping, esok mereka nak ke Cubmed di Bintan."

"Sudah lah tu...pergi mandikan Aina. Lepas tu kita solat asar sama2."

Lia cemas juga...Mesti Faris tak suka yg dia berjumpa Syam dan Anisah..Diambilnya Aina dari Faris.Tangan Lia bersentuhan dgn Faris.Ada getaran disitu...Lia marah dgn perasaannya sendiri...Apalah kau Lia...dia kan suami kau! getus hatinya.

Selepas solat, faris memangku Aina di riba. Rambut ikal mayang anak itu dielus lembut.

"Lia..ada perkara yg abang Faris nak cakapkan..." Macam nak terhenti nafas Lia,apa lagi yg tak kena...

"Lia dah enam bulan kita bernikah..Dulu niat awal abang Faris menikahi Lia ialah untuk protect Lia dan Aina.Abang Faris tak nak dia hidup macam kita dirumah tumpangan dulu, tanpa kasih sayang sejati. Tapi abang Faris rasa, abang Faris bukan orang yg layak untu lakukan itu semua. Lia...eloklah kalau kita ..."kata-kata Faris terhenti.Ada air jernih yg gugur dari kelopak matannya.

Lia mendekatkan dirinya dgn suaminya.Tangan Faris di genggam erat,"Abang..Maafkan Lia kalau selama ini Lia menyusahkan abang. Tapi tolong jangan tinggalkan Lia,bang.Cukuplah dengan satu perpisahan.Lia tak mampu untuk lalui itu semua. Lia tak boleh halang pemergian arwah abang Latiff walau pada saat itu, Lia amat mengharapkan kasihnya, tapi kalau abang pun nak tinggalkan Lia, Lia tak akan benarkan ia berlaku.Walaupun Lia ....."Lia sudah tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya.Airmatanya sudah merembes membasahi pipi dan telekungnya. Faris terperanjat dgn ungkapan Lia.tak sangka wanita itu sebenarnya menyayanginya.Dia terlalu angkuh untuk menyedari itu semua.

"Lia, benarkah apa yg Lia cakapkan ni?Lia panggil abang.....?"

"Abang...please..jangan tinggalkan kami. Lia cukup bahagia untuk terus berkhidmat pada abang.Hati Lia tenang bila Lia dapat buat itu semua.Tapi bila abang tarik itu semua..abang tak benarkan Lia berkhidmat untuk abang...Lia kecewa dgn perkahwinan kita. Bukankah tempat seorang isteri itu sentiasa disisi suaminya?"

Faris menyeka airmata yg membasahi pipi isterinya,"Lia...maafkan abang,sayang." Di peluk erat kedua Lia dan Aina didalam dakapannya,"Abang janji abang takkan kecewakan Lia dan Aina lagi,sayang...."


Dia akhirnya.....[4]

Suasana di Tampines Mall pada petang Rabu itu agak sunyi, maklumlah bukan hari cuti. Lia memimpin tangan Aina yg asyik nak lari dari Umminya. Dari satu kedai, Lia ke kedai yg lain.Lia berhajat hendak membelikan Aina sepasang kasut baru. Kasut kanak-kanak yg Lia nampak di internet agak eksklusive, tapi mahal.Memandangkan Aina hanya akan memakai kasut untuk 2-3 bulan aje, Lia berniat untuk membeli di Tampines Mall .Lagipun, perniagaannya di internet agak lembab sejak kebelakangan ini, apa salahnya bawa Aina keluar bersiar-siar. Lia pun bosan tinggal dirumah yg senyap sunyi,seperti tinggal dgn orang bisu.
"Lia!Lia!" terdengar satu suara memanggilnya.Lia tercari-cari suara itu.
Dari kejauhan ternampak seorang wanita melambai2kan tangan. Lia tersenyum gembira. Anisah dan Syamsul berjalan ke arahnya.
"Apa kahbar,Lia?"tanya Anisah sambil mengucup kedua pipi Lia.
"Alhamdulillah, sihat. Chah tak kerja ke hari ni? Shopping eh?"sempat Lia mengusik.
"Chah ambil cuti.Esok nak ke Bintan,ClubMed, dgn kawan-kawan pejabat Abang.Pergi free n easy lah Lia"terang Anisah.

"Oh..ni bulan madu yg keberapa ye, Abang Syam?"

"Kamu ni Lia, masih macam dulu lagi.tak habis2 mengusik orang,"Syam bersuara."Lia, kamu ni berdua je ke?Mana Faris?"

"Kerja, mana ada masa untuk Lia.Main2 dgn Aina pun dah tak lagi," sayu suara Lia.
"Lia, Abang Syam sense something not right. Faris pun dah lama tak contact kami."
"You wanna talk about it,Lia?"tanya Anisah.Wanita ini seperti memahami keadaan Lia.
"Kita ke Seoul Garden.Abang Syam rasa...tentu Lia dan Aina ni belum makan lagi."

Lia mengangguk.Selepas solat Zohor, Lia dan Aina terus keluar tanpa makan tengahari.

Selepas memesan makanan, Syam bertanya soalan bertubi-tubi kepada Lia.
"Abang, kasihan Chah lihat Lia.Tak baik abang tanya mcm tu."

"Entahlah Chah..abang pelik dgn Faris.Dulu.dia yg beriya2 benar. Tapi sekarang ni..baru berapa bulan je nikah..Lia dah di diamkan mcm tu.'

'Dah nasib Lia mungkin abang Syam. Ada ibu, ditinggalkan. Kemudian menumpang kasih di Darul Ihsan Lil Banat sampai jadi isteri arwah abang. Tak lama Lia dapat rasa dikasihi...abang pergi. Mungkin ini suratan buat Lia. Lia tak salahkan Abang Faris."

Anisah menggenggam tangan sahabatnya itu,"Lia..Chah tak pernah merasakan apa yg Lia lalui.Tapi Chah yakin ia sesuatu yg memedihkan. Chah harap, Lia sabar dan tabah."

"Tak apa,Lia.Kamu ni dah macam adik kami sendiri. Abang Fendy baru je semalam tanya khabar kamu. Dia ada cakap kat abang Syam yg dia terserempak dgn faris di Bedok corner,makan sorang2.Bila Shila tanyakan hal kamu, Faris tak jawab apa pun.Tu yang Fendy call abang Syam. Tak sangka rupa2nya keluarga kamu bermasaalah."

Aina yg sedari tadi senyap tiba-tiba menangis,"Baba....baba..."
Sedaya upaya Lia cuba memujuk anak kecil itu,"Baba work..Nanti malam kita jumpa Baba okay."

Syamsul hanya menggeleng kepala melihat anak itu," Uncle kesian dgn kamu ni,Aina. Nanti uncle jumpa Baba kamu, tanya apa masalah dia..."

"Abang Syam, Lia harap abang Syam janganlah jumpa Abang Faris.Lia rasa dia cuma jauh hati dgn Lia kerana sampai sekarang......."

"Sampai sekarang apa Lia?"tanya Anisah lembut.

"Kami masih dibilik yg berasingan....tapi Abang Faris yg suruh Lia buat begitu.Memang Lia tak nafikan Lia masih ingat pada arwah abang.Mana mungkin Lia terus melupakannya. Tapi sedaya upaya, Lia cuba menjadi isteri yg baik buat Abang Faris.Cuma Lia belum mampu bermesra dgn dia mcm mana yg patut Lia lakukan."

Malu juga dia hendak berterus terang, tapi Syam dah seperti abangnya sendiri. Bila Lia ditinggalkan di depan pagar Darul Ihsan sewaktu umurnya 3 tahun, Syam dan kawan-kawannyalah yg jumpa dia. Dia ditinggal oleh ibunya yg hanya membekalkan surat lahirnya. walau segala usaha sudah dibuat untuk menjejaki ibunya , usaha itu tidak berhasil.Tinggallah Lia di darul Ihsan Lil Banta mula dari saat itu. Sebab itu, dia amat rapat dgn Faris dan kawan-kawan yg lain.Mereka dianggap mcm abang dia sendiri. Bukannya jauh asrama putera dan puteri. Lia sentiasa di ajak bermain sama sehinggalah dia memjejaki alam remaja. Diwaktu itu, pergaulannya mula dibataskan sendiri. dan bermulalah cinta berputik diantara dia dan Latiff.

"Lia...Lia...termenung pula.Makanlah...jangan kamu fikirkan sangat."Chah mengejutnya dari lamunan.

Selepas makan, Syam dan Anisah menghantar kedua beranak itu pulang.

"Selalunya Faris balik jam berapa." soal Syam

"Dulu baru-baru kami nikah, jam 6 abang Faris dah sampai.Tapi sekarang ...sampai Lia dah tertidur, baru Abang Faris pulang. kalau dia pulang awal pun, lps Isya' dah tidur.Lia cuma dapat jumpa dia waktu solat je,Abang Syam.Itu pun Lia yg minta izin untuk solat dgn dia."

"Lia, kamu panggil suami kamu apa tadi?"

"Abang Farislah...abis tu nak panggil apa?"

"Kamu panggil arwah Latiff?"

"Abang...."

"kamu perasan tak Lia, cara kamu panggil abang Syam, abang Fendy..sama je dgn cara kamu bahasakan Faris. Abg Syam bukannya apa, Lia.Cuma nak membantu...mungkin kamu tak sedar kesilapan tu.Tapi dia bukan lagi seperti abang2 yg lain, dia suami kamu Lia."

"Subhanallah...kenapalah Lia tak nampak silap Lia tu dari dulu...."Lia mengeluh.

"Bukan salah kamu, Lia.Kalau Chah pun, mungkin Chah tak anggap benda tu berat.Tapi cuba Lia ubah panggilan tu...."

"Ee malulah Lia..."

"habis tu kamu nak biarkan rumahtangga kamu dingin terus? Kesian Aina tu Lia. Kalau kamu dah tak sayang dia lagi, biar Chah je yang jaga."tegus Syam.

"Eh, abang Syam ni...sampai kesitu pula.sampai nak ambil ank Lia. Ni je lah peninggalan arwah abang. Kalau abang Syam nak...Lia doakan balik dari batam nanti, insyaAllah adalah tu..."

"Eehh...pandai mengusik lagi..."kata Anisah sambil mencubit peha Lia.





Dia akhirnya.....[3]

Selepas peristiwa di ruang tamu itu,Faris banyak mendiamkan diri. Dia hanya berbual dan bermain2 dgn Aina, tapi sering menjauhkan diri dari Lia.
"Abang Faris, tadi pagi Lia masuk ke bilik Abang Faris, nak ambil baju2 untuk Lia cuci, but I tak nampak baju kotor dlm bakul tu," Lia cuba memulakan perbualan.Dia dah rimas tinggal bersama tapi sepi tanpa bicara. Selama ini Abang Faris tak pernah buat perkara begitu. Lia kenal Faris dah lama, bukan sebulan dua ni saja.
"Abang Faris hantar dobi kat blok depan,Lia."
"But I am here.Lia boleh buat semua tu,bukannya susah."
"Lia ada banyak kerja lagi.Nak jaga baby, nak kemas rumah, you have to monitor your online business..nak masak...,"jawab Faris.
"Tapi Lia dah biasa.Dulu masa Abang masih hidup pun, Lia buat semua tu."
Faris memandang Lia, tersenyum,"Abang?.maksud Lia..Latiffkan? Lia, dulu Lia buat semua tu kerana Lia sayangkan Arwahnya, Lia nak jadi isteri solehah.Lia yg cerita sendiri dgn Abang Faris.Sekarang ni lain.Cita2 Lia nak jadi isteri solehah tu dah pergi bersama Latiff.Abang Faris tak nak bebankan Lia."

Lia terdiam, fikirannya masih bingung melihat perubahan pada suaminya itu. Bukankah Latiff dah lama tiada?

"Lia, mulai esok, Lia tak perlulah masak lebih.Abang Faris banyak kerja, balik pun mungkin lambat. So lunch, dinner, Abang Faris makan kat luar saja." Walaupun kata-kata Faris lembut, namun hati Lia terguris juga. Malam itu, keluarga itu hanya melayan fikiran masing-masing. Selepas Isya' berjemaah, Faris meminta diri untuk berehat.

"Lia, badan Abang Faris letihlah Lia. I need a good rest. Esok meeting tak habis2.Lepas tu ada presentation."
Lia mengangguk2kan kepalanya tanda faham. Semenjak mereka bernikah ni, selepas Isya' Lia akan menghadap komputer mengendalikan website bisnesnya sementara Faris membantu menjaga Aina. Lia besdalaman dgn lelaki itu...suaminya.
Di gendong Aina yg dah terlelap di atas katil Faris. Aina tersedar dari tidurnya.
"Shhh..shhh..tidur sayang.Malam ni Umi jaga ye..Baba letih,"pujuk Lia...lantas keluar meninggalkan kamar itu.
Faris hanya mengekori kedua beranak itu dengan matanya yg lesu. Dia sendiri tidak faham dgn perubahan hatinya itu. Sewaktu dia mengambil keputusan untuk memperisterikan Lia, kawan2 karibnya banyak mempersoalkan keputusan itu.

"Kau ni betul ke tak, Faris? Aku rasa Lia masih sayangkan arwah Latiff lagi."soal Syamsul.
"Betul tu, Faris.Kita ni semuanya membesar bersama.Takkan kau tak tahu apa yg ada dalam hati budak Lia tu lagi.."tegur Fendy.
Ketika itu, Faris cuma ada satu niat, nak membela nasib Lia dan Aina.Lagipun antara mereka, Farislah yg paling rapat dgn Lia, Latiff dan Aina. Lagipun, Syamsul dan Fendy dah berumahtangga.
"Entahlah...tapi takkan kita nak lihat saja penderitaan Lia tu semenjak Latiff tiada?
Kalau pun bukan Lia yang aku simpati sangat, si Aina tu. Aku tak boleh biarkan dia merasa hidup macam kita."

Syamsul dan Fendy terdiam. Syamsul, Fendy, Latiff dan Faris sama-sama membesar di rumah tumpangan anak yatim Darul Ihsan. Selain Fendy yang masih mempunyai mak yg berpenyakit kronik, mereka bertiga adalah anak yatim. Syamsul kematian ibu dan ayah didalam kemalangan.Latiff pula tidak pernah mengenali siapa ibu dan ayahnya.Manakala Faris, yg merupakan yg tertua di antara mereka, kehilangan ibu sewaktu dia dilahirkan.Ayahnya pula meninggal setahun selepas itu.

"Kalau iti menjadi alasan kau, Faris, kami tak menghalang." Faris masih teringat perbualannya bersama dua sahabat karibnya itu. "Ya Allah...kau tabahkan hati aku dan hatinya. Buakan aku sengaja berbuat begini...Ya Allah, ampunkan aku wahai Tuhan."

Sementara dikamar sebelah, sambil membelai-belai rambut Aina, airmata Lia terus mengalir.Dia tidak faham dgn sikap Faris yg tiba-tiba berubah.Disaat Lia baru hendak belajar menerima Faris sebagai suami, Faris seolah-olah menarik diri, menyesal dgn keputusannya memperisterikan Lia. Bukan Lia yg minta disimpati.Lia tidak mudah putus arah.Walaupun dia terasa sungguh dgn pemergian suaminya, dia tabah. Walau tidak sampai 2 tahun Lia menjadi isteri Latiff, tapi dia bersyukur kerana mendapat suami yg begitu mengambil berat tentang dirinya. Dia bercita-cita membina keluarga Islam contoh dgn arwah suaminya itu, tapi Tuhan lebih menyayangi dia....Pandangan Lia beralih pada gambar dibingkai yg tergantung didinding.Gambar selepas nikah yg diambil oleh Syamsul.
"Abang Faris...bukankah Abang Faris yg mengizinkan Lia tidur berasingan sehingga Lia bersedia?Bukankah ini semua rancangan Abanga Faris? Kenapa kini...berubah hati?Apa yg patut Lia lakukan?Lia mengaku masih tak terdaya untuk melupakan arwah abang.Tapi Lia tak larat diperbuat begini."

Dia akhirnya.....[2]

"Kriiiing...kriiing.."bunyi telefon menyedarkan Lia.Dia menyeka airmata yg mengalir.
"Assalamua'laikum Lia,"
"Waalaikum salam..'
"Lia menangis lagi ye?"
"Mmm..tak lah, Lia terlelap je.Abang Faris dah sampai tempat kerja?"
"Sudah, baru aje sampai. Lia, banyak bersabar yea..Doakan untuk arwahnya. Kita tak mampu nak buat apa-apa.Mintalah pada Tuhan.Dia yg mencipta kita Lia. Abang got to go. See you later."

Gagang telefon di kembalikan pada tempatnya,.Dia menghela nafas berat.

"Ya Allah...berilah aku petunjuk. Tentu ada hikmah disebalik apa yg kau jadikan ini.." doa Lia.

Selepas asar, Lia ke dapur menyediakan apa yg patut buat Faris berbuka.Lazimnya Faris akan pulang jam 6ptg. Lia tak sampai hati nak sediakan setakat nasi lemak pagi tadi buat Faris, walaupun itu permintaan suaminya.
"Suami...tapi selama 2 minggu ni, tak pernah aku rasa dia tu suami ku...Abg Latiff....kalaulah dia masih hidup, tentu lain ceritanya." Begitulah Lia, sentiasa bermonolog sendiri. walaupun dia amat menghormati Faris, tapi perasaan cinta tidak pernah berputik dalam hati Lia.

"Baba, baba.."suara Aina jelas kedengaran dari ruang tamu. Sengaja Lia membiarkan Aina didalam playfencenya supaya mudah dia membuat kerja di dapur. Lia menjenguk ke ruang tamu. Rupa-rupanya Faris sudah pulang dan dah pun bermain dgn anaknya tu.

"Eh, Abg Faris balik awal hari ni?" sapa Lia sambil mengucup tangan Faris.
"A'ah lah Lia. Lepas jumpa klien di Joo Chiat tadi, abang Faris terus balik, malas nak ke pejabat.Panas sangat cuaca kat luar tu, Lia. Tak larat abang Faris nak drive."
"Is it gonna be alright if you dont return to the office?"
"Abang Faris ambil time off ,Lia.Dont you worry about me,"jawab Faris.
"Lia, tadi Lia tak kunci pintu,kan?You know how I got in?"
"Sorry, Abang Faris.Lia lupa.Lagipun, takkan ada perompak waktu siang macam ni."
"Barang kat rumah ni kena curi, tak apa, Lia.Its you and Aina I am worried about. Abang Faris tak nak kamu berdua ni .....tak apalah Lia, I wanna get changed."
Dia mencium pipi gebu Aina dan berlalu masuk kekamarnya. Lia pelik dengan kata-kata Faris yg tergantung tu. "Biarkanlah..."getus hati Lia.


Dia akhirnya.....[1]

Sudah 2 minggu Liana jadi isteri Faris. Hidupnya sudah tidak seperti tahun-tahun yg lepas. Namun tiada senyuman bahagia di wajah Lia. Tidak seperti pengantin baru yg masih manis darahnya.Lia sama macam surirumah2 lain.Tiada bulan madu, tiada sembah menyembah, pergi ziarah orang2 tua dalam keluarga.Lia seperti biasa, buat kerja rumah, masak, jaga anak....Ya, Liana sudah memiliki seorang puteri comel yg baru berumur 18 bulan.

"Lia, Abang Faris pergi dulu ya,'lamunannya terhenti. Dia menoleh kearah suara itu.suaminya sudah bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
"Abang Faris tak makan dulu ke?" tanya Lia, penuh sopan.
"Lia, Lia...hari ini kan hari Khamis.Lia mungkin dah lupa kot.Abang puasalah Lia."
Faris menjenguk sarapan di atas meja.Ada nasi goring kampung yg dah tersedia,"Lia, nanti tak payah masaklah untuk Abang Faris.Buka nanti Abang Faris makan nasi ni pun okay juga.Thanks ya, Lia."

Sebelum Faris melangkah keluar, Lia mengucup tangannya, "Maafkan Lia, Abang Faris."
Faris tersenyum senang.Semenjak bernikah lagi, setiap hari, Lia akan meminta maaf sebelum Faris ke tempat kerja.Kepala Lia di usap bagai seorang anak kecil,"Sudahlah Lia.Abang Faris faham.Pergilah jenguk baby kat dalam tu.Tadi masa Abang Faris lalu depan bilik Lia, rasanya dia dah sedar tu.Nanti lihat Lia tak ada, menangis pula."
Lia mengangguk sepi. Dia hanya memandang wajah suaminya hambar.Apabila kelibat Faris sudah tidak kelihatan, barulah dia masuk menjenguk Aina.

Lia merebahkan dirinya disebelah Aina.Anak itu merengek2 minta disusukan.
"Emmm..anak Umi ni lapar yea.Baca doa dulu yea, sayang."
Fikiran Lia menerawang lagi.Dia teringatkan kisah setahun yg lepas. Sewaktu umur Aina baru menjangkau 8 bulan. Ketika Aina baru belajar bertatih , ketika itu jugalah Liana kehilangan seorang yg sangat dikasihinya. Dia teringat pada Latiff, wajah lembut yg pernah menyayanginya sewaktu-waktu dahulu. Wajah itulah yg sentiasa memberikan dia semangat untuk meneruskan kehidupan. Kini wajah itu sudah tiada, hanya gambar yg tidak mampu berkata-kata mengganti kehadiran wajah tenang itu. Peristiwa pada 12 August 2005 itu segar diingatan. Ketika itu, Lia dan Latiff baru pulang dari Poliklinik Bedok bersama puteri sulong mereka. Latiff mangambil cuti semata-mata hendak menemankan Lia membawa puterinya ke klinik. Dalam perjalanan pulang itulah, perkara yg tidak disangka-sangka berlaku. Ketika Lia dan Latiff berjalan hendak memasuki National Library berdekatan Burger Kings, ada sekumpulan remaja berlari meluru kearah mereka.Latiff sempat menolak Lia ketepi.Namun belum sempat dia bergerak, meloloskan diri dari kumpulan remaja itu, datang lagi sekumpulan remaja yg membawa senjata. Pergaduhan berlaku didepan mata Lia dan Aina dan Latiff yg terperangkap ditengah-tengah kekecohan itu di tikam bertubi-tubi oleh seorang remaja dari kumpulan kedua tadi. Berhambur darah dari dadanya.Lia hanya mampu melihat, melindungi anaknya yg masih dalam pelukannya.

"Hey..its the wrong person! You killed the wrong guy!" jerit salah seorang dari mereka.
"Apa lagi? Larilah...."jerit seorang lagi dan bertempiaranlah anak remaja itu melarikan diri. Lia terpaku melihat suaminya.Apabila orang ramai mula berkumpul, dan paramedik tiba,perkara yg amat ditakuti Lia akhirnya menjadi realiti.Latiff tidak dapat diselamatkan.Dia menghembuskan nafas terakhir disisi Lia dan Aina. Perasaan Lia waktu itu hanya Tuhan saja yg tahu.

Hanya sewaktu dihospital, Lia mendapat tahu bahawa tikaman itu terkena pada vital organs, yg membuat Latiff tewas untuk terus hidup. Walaupun pembunuhnya dapat dikesan dan di tangkap seminggu selepas itu, tiada apa yg dapat mengembalikan Latiff kepada keluarga itu semula.