Friday, March 9, 2007

Dia akhirnya.....[5]

Sesampai dirumah, Lia dapati pintu rumah tak berkunci.Cuak dibuatnya.Lupa lagikah dia..Tentu kena marah kalau Faris tahu. Dia terus membuka daun pintu.

"Aina...pergi mana?Puas Baba cari Aina." suara itu sudah lama tidak Lia dengari.Tersentak Lia dibuatnya. Aina terus diamnbil dari gendongan Lia.

"Lia pergi mana?Kenapa tak beritahu?" soal Faris tanpa memandang wajah Lia.

"Lia cuba beritahu tadi pagi tapi abang Fa...tapi abang terus tinggalkan Lia kat pintu." Lia masih teringat lagi peristiwa pagi tadi.Macam bercakap dgn tembok saja gayanya.

Faris perasan ada kelainan pada panggilan Lia terhadapnya. Ah..mungkin saja Lia nak ambil hatinya, dah lah keluar tanpa izin...

"Sayang Baba dah makan?"

"Dah.."jawab Aina pelat.

"Abang, tadi Lia terserempak dengan Abang Syam.Lia makan dengan dia tadi..."

"Terserempak?kan ni waktu kerja..Lia pegi makan dgn Syam?"

"Tak...Abang Syam bawa Chah shopping, esok mereka nak ke Cubmed di Bintan."

"Sudah lah tu...pergi mandikan Aina. Lepas tu kita solat asar sama2."

Lia cemas juga...Mesti Faris tak suka yg dia berjumpa Syam dan Anisah..Diambilnya Aina dari Faris.Tangan Lia bersentuhan dgn Faris.Ada getaran disitu...Lia marah dgn perasaannya sendiri...Apalah kau Lia...dia kan suami kau! getus hatinya.

Selepas solat, faris memangku Aina di riba. Rambut ikal mayang anak itu dielus lembut.

"Lia..ada perkara yg abang Faris nak cakapkan..." Macam nak terhenti nafas Lia,apa lagi yg tak kena...

"Lia dah enam bulan kita bernikah..Dulu niat awal abang Faris menikahi Lia ialah untuk protect Lia dan Aina.Abang Faris tak nak dia hidup macam kita dirumah tumpangan dulu, tanpa kasih sayang sejati. Tapi abang Faris rasa, abang Faris bukan orang yg layak untu lakukan itu semua. Lia...eloklah kalau kita ..."kata-kata Faris terhenti.Ada air jernih yg gugur dari kelopak matannya.

Lia mendekatkan dirinya dgn suaminya.Tangan Faris di genggam erat,"Abang..Maafkan Lia kalau selama ini Lia menyusahkan abang. Tapi tolong jangan tinggalkan Lia,bang.Cukuplah dengan satu perpisahan.Lia tak mampu untuk lalui itu semua. Lia tak boleh halang pemergian arwah abang Latiff walau pada saat itu, Lia amat mengharapkan kasihnya, tapi kalau abang pun nak tinggalkan Lia, Lia tak akan benarkan ia berlaku.Walaupun Lia ....."Lia sudah tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya.Airmatanya sudah merembes membasahi pipi dan telekungnya. Faris terperanjat dgn ungkapan Lia.tak sangka wanita itu sebenarnya menyayanginya.Dia terlalu angkuh untuk menyedari itu semua.

"Lia, benarkah apa yg Lia cakapkan ni?Lia panggil abang.....?"

"Abang...please..jangan tinggalkan kami. Lia cukup bahagia untuk terus berkhidmat pada abang.Hati Lia tenang bila Lia dapat buat itu semua.Tapi bila abang tarik itu semua..abang tak benarkan Lia berkhidmat untuk abang...Lia kecewa dgn perkahwinan kita. Bukankah tempat seorang isteri itu sentiasa disisi suaminya?"

Faris menyeka airmata yg membasahi pipi isterinya,"Lia...maafkan abang,sayang." Di peluk erat kedua Lia dan Aina didalam dakapannya,"Abang janji abang takkan kecewakan Lia dan Aina lagi,sayang...."


No comments: