Friday, March 9, 2007

Dia akhirnya.....[6]

Malam itu...sementara Lia meneruskan kerja2 bisnes internetnya, Faris bermain-main dgn Aina di kamar Lia.

"Abang..kenapa tadi abang pulang awal?"tanya Lia.

"Hati abang tak tenang,,sebab tu abang balik,"selamba saja jawapan Faris.

"Kenapa abang tak tidur..selalu selepas Isya' je...dah masuk, tinggallah kami dua beranak ni,"usik Lia.

"Abis tu kena jaga Aina...macam mana nak tidur?Kalau abang ngantuk nanti abang tidurlah..."

Hampir jam 12 malam, baru Lia selesai denngan kerja2nya.Dilihatnya Aina sudah lenyak di atas toddler bednya.Badan Lia pun dah letih, minta berehat. Tapi Faris sudah tertidur di atas katil Lia.

Perlahan, Lia mengejutnya lembut,"Abang, dah jam 12 dah ni.masuklah tidur..."
faris tak menjawab, lenyak betul tidurnya. Lia menatap wajah Faris..ada cahaya ketenangan diwajah itu, tidak seperti selalunya. Lia mengusap pipi suaminya.Sebuah kucupan dihadiahkan buatkan Faris,"Thanks abang." Dengan cermat, Lia membaringkan dirinya diatas katil, takut2 Faris tersedar.Apa pula katanya nanti.
Hampir saja Lia menutup matanya apabila dia terasa ada tangan kasar yg melingkari pinggangnya.Dia menoleh..Wajah Faris begitu rapat dgn wajahnya,"Eh abang kan dah tidur?"

Faris menggelengkan kepalanya,"I was waiting for you.Saja nak lihat reaksi isteri abang ni..." Faris mencium pipi Lia.Lia berpaling, malu.

"Lia, malam ni abang tumpang katil Lia ye..Malaslah nak pindah sebelah..."

"Dulu...tak pernah pun jenguk bilik Lia ni.Sekarang lain pula...."

"Kalau macam tu, tiap2 malam lah abang nak jenguk bilik ni..."

"Eee tak malunya...tak malu dgn Aina ke?"

"aina..pindah je ke bilik abang."

Malam itu, Lia terasa berbeza dgn malam2 yg pernah dilaluinya.

"Tuhan...inikah yg dikatakan hadiah orang yg bersabar?"

No comments: