Selepas peristiwa di ruang tamu itu,Faris banyak mendiamkan diri. Dia hanya berbual dan bermain2 dgn Aina, tapi sering menjauhkan diri dari Lia.
"Abang Faris, tadi pagi Lia masuk ke bilik Abang Faris, nak ambil baju2 untuk Lia cuci, but I tak nampak baju kotor dlm bakul tu," Lia
"Abang Faris hantar dobi kat blok depan,Lia."
"But I am here.Lia boleh buat semua tu,bukannya susah."
"Lia ada banyak kerja lagi.Nak jaga baby, nak kemas rumah, you have to monitor your online business..nak masak...,"jawab Faris.
"Tapi Lia dah biasa.Dulu masa Abang masih hidup pun, Lia buat semua tu."
Faris memandang Lia, tersenyum,"Abang?.maksud Lia..Latiffkan? Lia, dulu Lia buat semua tu kerana Lia sayangkan Arwahnya, Lia nak jadi isteri solehah.Lia yg cerita sendiri dgn Abang Faris.Sekarang ni lain.Cita2 Lia nak jadi isteri solehah tu dah pergi bersama Latiff.Abang Faris tak nak bebankan Lia."
Lia terdiam, fikirannya masih bingung melihat perubahan pada suaminya itu. Bukankah Latiff dah lama tiada?
"Lia, mulai esok, Lia tak perlulah masak lebih.Abang Faris banyak kerja, balik pun mungkin lambat. So lunch, dinner, Abang Faris makan kat luar saja." Walaupun kata-kata Faris lembut, namun hati Lia terguris juga. Malam itu, keluarga itu hanya melayan fikiran masing-masing. Selepas Isya' berjemaah, Faris meminta diri untuk berehat.
"Lia, badan Abang Faris letihlah Lia. I need a good rest. Esok meeting tak habis2.Lepas tu ada presentation."
Lia mengangguk2kan kepalanya tanda faham. Semenjak mereka bernikah ni, selepas Isya' Lia akan menghadap komputer mengendalikan website bisnesnya sementara Faris membantu menjaga Aina. Lia besdalaman dgn lelaki itu...suaminya.
Di gendong Aina yg dah terlelap di atas katil Faris. Aina tersedar dari tidurnya.
"Shhh..shhh..tidur sayang.Malam ni Umi jaga ye..Baba letih,"pujuk Lia...lantas keluar meninggalkan kamar itu.
Faris hanya mengekori kedua beranak itu dengan matanya yg lesu. Dia sendiri tidak faham dgn perubahan hatinya itu. Sewaktu dia mengambil keputusan untuk memperisterikan Lia, kawan2 karibnya banyak mempersoalkan keputusan itu.
"Kau ni betul ke tak, Faris? Aku rasa Lia masih sayangkan arwah Latiff lagi."soal Syamsul.
"Betul tu, Faris.Kita ni semuanya membesar bersama.Takkan kau tak tahu apa yg ada dalam hati budak Lia tu lagi.."tegur Fendy.
Ketika itu, Faris cuma ada satu niat, nak membela nasib Lia dan Aina.Lagipun antara mereka, Farislah yg paling rapat dgn Lia, Latiff dan Aina. Lagipun, Syamsul dan Fendy dah berumahtangga.
"Entahlah...tapi takkan kita nak lihat saja penderitaan Lia tu semenjak Latiff tiada?
Kalau pun bukan Lia yang aku simpati sangat, si Aina tu. Aku tak boleh biarkan dia merasa hidup macam kita."
Syamsul dan Fendy terdiam. Syamsul, Fendy, Latiff dan Faris sama-sama membesar di rumah tumpangan anak yatim Darul Ihsan. Selain Fendy yang masih mempunyai mak yg berpenyakit kronik, mereka bertiga adalah anak yatim. Syamsul kematian ibu dan ayah didalam kemalangan.Latiff pula tidak pernah mengenali siapa ibu dan ayahnya.Manakala Faris, yg merupakan yg tertua di antara mereka, kehilangan ibu sewaktu dia dilahirkan.Ayahnya pula meninggal setahun selepas itu.
"Kalau iti menjadi alasan kau, Faris, kami tak menghalang." Faris masih teringat perbualannya bersama dua sahabat karibnya itu. "Ya Allah...kau tabahkan hati aku dan hatinya. Buakan aku sengaja berbuat begini...Ya Allah, ampunkan aku wahai Tuhan."
Sementara dikamar sebelah, sambil membelai-belai rambut Aina, airmata Lia terus mengalir.Dia tidak faham dgn sikap Faris yg tiba-tiba berubah.Disaat Lia baru hendak belajar menerima Faris sebagai suami, Faris seolah-olah menarik diri, menyesal dgn keputusannya memperisterikan Lia. Bukan Lia yg minta disimpati.Lia tidak mudah putus arah.Walaupun dia terasa sungguh dgn pemergian suaminya, dia tabah. Walau tidak sampai 2 tahun Lia menjadi isteri Latiff, tapi dia bersyukur kerana mendapat suami yg begitu mengambil berat tentang dirinya. Dia bercita-cita membina keluarga Islam contoh dgn arwah suaminya itu, tapi Tuhan lebih menyayangi dia....Pandangan Lia beralih pada gambar dibingkai yg tergantung didinding.Gambar selepas nikah yg diambil oleh Syamsul.
"Abang Faris...bukankah Abang Faris yg mengizinkan Lia tidur berasingan sehingga Lia bersedia?Bukankah ini semua rancangan Abanga Faris? Kenapa kini...berubah hati?Apa yg patut Lia lakukan?Lia mengaku masih tak terdaya untuk melupakan arwah abang.Tapi Lia tak larat diperbuat begini."
No comments:
Post a Comment