Friday, March 9, 2007

Dia akhirnya.....[2]

"Kriiiing...kriiing.."bunyi telefon menyedarkan Lia.Dia menyeka airmata yg mengalir.
"Assalamua'laikum Lia,"
"Waalaikum salam..'
"Lia menangis lagi ye?"
"Mmm..tak lah, Lia terlelap je.Abang Faris dah sampai tempat kerja?"
"Sudah, baru aje sampai. Lia, banyak bersabar yea..Doakan untuk arwahnya. Kita tak mampu nak buat apa-apa.Mintalah pada Tuhan.Dia yg mencipta kita Lia. Abang got to go. See you later."

Gagang telefon di kembalikan pada tempatnya,.Dia menghela nafas berat.

"Ya Allah...berilah aku petunjuk. Tentu ada hikmah disebalik apa yg kau jadikan ini.." doa Lia.

Selepas asar, Lia ke dapur menyediakan apa yg patut buat Faris berbuka.Lazimnya Faris akan pulang jam 6ptg. Lia tak sampai hati nak sediakan setakat nasi lemak pagi tadi buat Faris, walaupun itu permintaan suaminya.
"Suami...tapi selama 2 minggu ni, tak pernah aku rasa dia tu suami ku...Abg Latiff....kalaulah dia masih hidup, tentu lain ceritanya." Begitulah Lia, sentiasa bermonolog sendiri. walaupun dia amat menghormati Faris, tapi perasaan cinta tidak pernah berputik dalam hati Lia.

"Baba, baba.."suara Aina jelas kedengaran dari ruang tamu. Sengaja Lia membiarkan Aina didalam playfencenya supaya mudah dia membuat kerja di dapur. Lia menjenguk ke ruang tamu. Rupa-rupanya Faris sudah pulang dan dah pun bermain dgn anaknya tu.

"Eh, Abg Faris balik awal hari ni?" sapa Lia sambil mengucup tangan Faris.
"A'ah lah Lia. Lepas jumpa klien di Joo Chiat tadi, abang Faris terus balik, malas nak ke pejabat.Panas sangat cuaca kat luar tu, Lia. Tak larat abang Faris nak drive."
"Is it gonna be alright if you dont return to the office?"
"Abang Faris ambil time off ,Lia.Dont you worry about me,"jawab Faris.
"Lia, tadi Lia tak kunci pintu,kan?You know how I got in?"
"Sorry, Abang Faris.Lia lupa.Lagipun, takkan ada perompak waktu siang macam ni."
"Barang kat rumah ni kena curi, tak apa, Lia.Its you and Aina I am worried about. Abang Faris tak nak kamu berdua ni .....tak apalah Lia, I wanna get changed."
Dia mencium pipi gebu Aina dan berlalu masuk kekamarnya. Lia pelik dengan kata-kata Faris yg tergantung tu. "Biarkanlah..."getus hati Lia.


No comments: