"Lia, Abang Faris pergi dulu ya,'lamunannya terhenti. Dia menoleh kearah suara itu.suaminya sudah bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
"Abang Faris tak makan dulu ke?" tanya Lia, penuh sopan.
"Lia, Lia...hari ini
Faris menjenguk sarapan di atas meja.Ada nasi goring kampung yg dah tersedia,"Lia, nanti tak payah masaklah untuk Abang Faris.Buka nanti Abang Faris makan nasi ni pun okay juga.Thanks ya, Lia."
Sebelum Faris melangkah keluar, Lia mengucup tangannya, "Maafkan Lia, Abang Faris."
Faris tersenyum senang.Semenjak bernikah lagi, setiap hari, Lia akan meminta maaf sebelum Faris ke tempat kerja.Kepala Lia di usap bagai seorang anak kecil,"Sudahlah Lia.Abang Faris faham.Pergilah jenguk baby kat dalam tu.Tadi masa Abang Faris lalu depan bilik Lia, rasanya dia dah sedar tu.Nanti lihat Lia tak ada, menangis pula."
Lia mengangguk sepi. Dia hanya memandang wajah suaminya hambar.Apabila kelibat Faris sudah tidak kelihatan, barulah dia masuk menjenguk Aina.
Lia merebahkan dirinya disebelah Aina.Anak itu merengek2 minta disusukan.
"Emmm..anak Umi ni lapar yea.Baca doa dulu yea, sayang."
Fikiran Lia menerawang lagi.Dia teringatkan kisah setahun yg lepas. Sewaktu umur Aina baru menjangkau 8 bulan. Ketika Aina baru belajar bertatih , ketika itu jugalah Liana kehilangan seorang yg sangat dikasihinya. Dia teringat pada Latiff, wajah lembut yg pernah menyayanginya sewaktu-waktu dahulu. Wajah itulah yg sentiasa memberikan dia semangat untuk meneruskan kehidupan. Kini wajah itu sudah tiada, hanya gambar yg tidak mampu berkata-kata mengganti kehadiran wajah tenang itu. Peristiwa pada 12 August 2005 itu segar diingatan. Ketika itu, Lia dan Latiff baru pulang dari Poliklinik Bedok bersama puteri sulong mereka. Latiff mangambil cuti semata-mata hendak menemankan Lia membawa puterinya ke klinik. Dalam perjalanan pulang itulah, perkara yg tidak disangka-sangka berlaku. Ketika Lia dan Latiff berjalan hendak memasuki National Library berdekatan Burger Kings, ada sekumpulan remaja berlari meluru kearah mereka.Latiff sempat menolak Lia ketepi.Namun belum sempat dia bergerak, meloloskan diri dari kumpulan remaja itu, datang lagi sekumpulan remaja yg membawa senjata. Pergaduhan berlaku didepan mata Lia dan Aina dan Latiff yg terperangkap ditengah-tengah kekecohan itu di tikam bertubi-tubi oleh seorang remaja dari kumpulan kedua tadi. Berhambur darah dari dadanya.Lia hanya mampu melihat, melindungi anaknya yg masih dalam pelukannya.
"Hey..its the wrong person! You killed the wrong guy!" jerit salah seorang dari mereka.
"Apa lagi? Larilah...."jerit seorang lagi dan bertempiaranlah anak remaja itu melarikan diri. Lia terpaku melihat suaminya.Apabila orang ramai mula berkumpul, dan paramedik tiba,perkara yg amat ditakuti Lia akhirnya menjadi realiti.Latiff tidak dapat diselamatkan.Dia menghembuskan nafas terakhir disisi Lia dan Aina. Perasaan Lia waktu itu hanya Tuhan saja yg tahu.
Hanya sewaktu dihospital, Lia mendapat tahu bahawa tikaman itu terkena pada vital organs, yg membuat Latiff tewas untuk terus hidup. Walaupun pembunuhnya dapat dikesan dan di tangkap seminggu selepas itu, tiada apa yg dapat mengembalikan Latiff kepada keluarga itu semula.
No comments:
Post a Comment