Friday, March 2, 2012
Kisah tanpa tajuk 4
Dian Thahirah berjalan tanpa arah di bangunan Mechanical Engineering itu. Jam sudah menunjukkan pukul 3.15 petang. Gusar kerana dia belum melakukan solat Zuhur lagi. Kuliah tadi berakhir jam 1.45 petang. Kemudian itu, dia diajak berdiskusi dengan rakan rakan sekumpulan. Mahu menolak, dia baru saja berkawan dengan mereka, tambahan pula mereka bukan rakan sebangsa. Budak budak Cina ni tahu ke waktu solatnya? Hatinya memang tidak tenteram sepanjang satu jam diskusi itu dijalankan. Sehingga kegusaran wajahnya menjadi perhatian ketua kumpulannya.
"Dian, you have a problem with our discussion?" tanya Eric penuh prihatin. Dian kelihatan serba salah. Bagaimana mahu beritahu? Dia memandang rakan rakan yang lain.
"Err, I actually have to excuse myself." Dian memberitahu.
"You are rushing somewhere?" Eric bertanya lagi. Suka pula dia melihat gadis di depannya yang berselubung dengan jubah kelam dan paahmina ini. Eric terasa bagai berada du timur tengah setiap kali berada dekat dengan Dian Thahirah.
"I have yet to perform my afternoon prayers," Dian Thahirah memberitahu perlahan. Serba salah mahu bersuara. Takut di kata dia mengada- ngada.
Eric menepuk meja. Dian Thahirah terkedu melihat perlakuan Eric. Oh no!!! Kemudian Eric tersenyum pula.
"I forgot that you Muslims pray five times a day. My neighbour's kids; they told me that." Eric memberitahu. Memandang rakan rakan yang lain, Eric menyambung lagi.
"Let's call it a wrap? This lady here needs her time." Angeline menepuk tangan, gembira.
"I dont need to pray, but i sure do need a puff," Angeline membisikkan ke telinga Dian. " Let's make a move,babe." Dian Thahirah membalas senyuman Angeline. Merokok pula minah kacukan ni. Sayang, muka lawa lawa macam ni, sengaja pula dia nak memendekkan umur.
Saat semua ahli kumpulan sudah bersurai, Dian masih tercari cari di mana letaknya musolla. Mahu bertanya, dia tidak pula berpapasan dengan sesiapa. Manalah perginya semua pelajar pelajar Melayu di sini? Takkan semua sudah pupus?
Dian berjalan lagi menuju ke hujung blok. Langkahnya yang tidak pasti itu membuat dia kelihatan seperti rusa masuk kampung. Dalam hati dia mengutuk diri sendiri. Minggu lepas dia seperti terlupa nak tanya di mana letaknya musollah. Sekarang ini, terkial kial sendiri. Akhirnya, Dian bercadang mengambil wudhu sahaja di tandas berdekatan dan lepas itu, carilah ceruk ceruk mana untuk bersolat. Selepas siap berwudhu, dia berjalan ke belakang bangunan. Berhati- hati dia mencari arah qiblat dengan kompasnya. Mujur kompas pemberian Izz sentiasa di bawa ke mana-mana. Kalau nak guna ilmu melihat pada arah matahari, manalah Dian arif sangat, walau dah berkali kali arwah ayahnya mengajar. Dian menghamparkan pashmina xtra yang sentiasa di simpan di dalam begnya, mengikut arah qiblat. Dan dengan tenang, dia mengangkat takbir.
Di luar pengetahuan Dian, perbuatannya di perhatikan sepasang mata. Dan sepasang mata itu ralit memerhatikan setiap gerak Dian sehingga salam kedua di beri.
Kisah tanpa tajuk 3
Sebulan lagi semester di Politeknik akan bermula. Bermulalah kehidupan baru bagi Dian Thahirah. Berbagai rasa bermain di hati. Iyalah, tempat serba baru; guru baru, kawan kawan baru,suasana belajar yang baru. Siapa yang tak teruja,kan? Tapi adakalanya dia berasa seperti mahu menghentikan pengajian saja. Tengok pada pengorbanan Iqram, dia berasa malu untuk terus menerus mahu mengejar cita citanya. Dia nak jadi apa sebenarnya? Dian Thahirah pernah bercita cita mahu jadi guru tadika, pernah juga bercita cita mahu menjadi jururawat. Kemudian itu apabila dia sedar, mana ada jururawat yang boleh pakai tutup aurat di Singapura ini, cita citanya dihumban ke dalam almari! Apabila dia melihat kakak-kakak senior mengambil jurusan Mechanical Engineering sewaktu dia hadir ke rumah terbuka Politeknik Singapura sebelum peperiksaan 'O' levels-nya pula, dia yakin, itulah jurusan yang akan di lakukannya. Puan Iqram memujuk, memberi pendapat agar dia mengikuti jurusan lain, tapi dia tetap dengan keputusannya. Sempat dia minta bantuan talian hayat dari Melbourne. Si Encik jurutera pun apalagi, beri sokongan moral 101%lah. Dian Thahirah akan mengikuti jejaknya. Siapa yang tidak seronok! "Ramai kakak kakak yang ambil jurusan itu Abang Iq, pakai tudung lagi. Ada dua tiga tu pakai purdah tau. So tentulah jurusan itu sesuai dengan orang macam Dian," pandai si bongsu memujuk. "Susah jaga anak dara ni. Patutlah ada hadis pasal menjaga anak perempuan ni,kan?" Iqram menyerang balas secara lembut. Mengharap agar adik kesayangan mahu mengalah. Namun akhirnya dia yang kalah juga. "Abang Iq dah tak nak jaga anak dara ni lagi kah?" soal Dian Thahirah lesu. "Abang Iq nikahkan saja lah ya?" Iqram pura pura tegas. Memang Dian Thahirah tahu, dalam wasiat arwah Pakcik Yusof ada mengatakan Iqram berhak menentukan jodohnya. "Dian sedar, Dian susahkan Abang Iq, tapi tak payahlah buang Dian dengan cara macam itu. Kalau Abang Iq tak suka Dian lagi, biarlah Dian cari mereka....." Dian pun sudah masuk dalam mode nak kecil hati. Mendengar kata kata itu, pantas Iqram memintas. "No! Selagi Abang Iq hidup, You are not going back there!" Itu pesan ayah. Jangan sampai Dian balik pada keluarganya. Ayah tak mahu Dian bercelaru melihat cara kehidupan mereka. Kalau sekadar menziarah sekali sekala itu, tak apa. "Tapi Abang Iq macam dah penat jaga Dian," rajuknya. Iqram menghela nafas berat. "Janji Dian akan jaga diri, jaga maruah bila masuk Poli okay?" Dian tersenyum gembira. Siapa yang tak gembira kan? "Sayang Abang Iq!" Dia memeluk Iqram kemudian berlari ke dapur mendapatkan kakak iparnya. Mona yang sedang menjemur kain di peluk erat. "Thanks kak, doakan Dian. Sayang kakak more than Abang Iq!" Dian berseloroh. Pasangan itu lah pengganti ibu dan ayah. Dia mencium pipi Mona. Lama.... Kalaulah ibu masih hidup.. Ketukan di pintu menghentikan lamunannya. Dia menyeka airmata yang entah bila mengalir. Lemahlah kalau dah teringat kat arwah ibu. Mesti leleh habis. Tapi kslau terkenangkan ibu kandungnya, tak ada pula nak terasa sebak. Mona menjengul di muka pintu. Wajahnya sukar di tafsirkan. Entah, apa yang tak kena pula kali ni. "Dian, ada budak lelaki cari Dian. Dia ada dekat luar dengan Abang Iq," Mona bersuara rendah. Berkerut dahi mendengar apa yang Mona katakan. Budak lelaki mana pula ni? Dia lantas bangkit dari katilnya. Tadi, Dian memang minta izin untuk berehat dari Mona. Dia tak sedap badan. PMS mungkin. Lambat lambat dia menyarungkan tudung dan abaya ke tubuhnya. Kaki melangkah mengikut Mona ke ruang tamu. "Dah lama kawan dengan Dian?" terdengar Suara Iqram memecah sunyi. Berderau darah Dian mendengar soalan sedemikian. Ini namanya interrogation, bukan berkenalan! Siapa pula yang berani datang ke rumahnya ni!! "Saya satu kelas dengan Thahirah dari menengah satu lagi. Tapi tak pernah berkawan." Hah! Ambil tu! Punya lah berterus terang! Tapi Dian Thahirah masih belum dapat menangkap tuan punya suara itu. Dian berdehem sedikit menandakan bahawa dia ada di situ. Pantas Iqram mendongak memandang adiknya itu. Wajah itu tampak tenang. Awas Dian, jangan sangka air yang tenang tak ada buaya. Jangan sangka Abang Iq tenang, kau tak kan kena grounded! Kata hatinya. Mata sudah membayangkan senario malam nanti. "Dian, ni kawan kelas Dian datang," beritahu Iqram. Dian Thahirah mengangguk. Dia berjalan melintasi tetamu itu dan merebahkan punggung di sisi Iqram. Kak Mona sudah hilang ke dapur. Tetamu itu yang sedang mengeluarkan sesuatu dari begnya mendongak, membuat jantung Dian berhenti berdegup. Apa si dia ni buat dalam rumah aku?!! "You?" jelas Dian Thahirah terperanjat. "Aku lah, kenapa?" selambanya menjawab. Kemudian dia memandang wajah Iqram sambil menyerahkan beberapa keping gambar. "Gambar Thahirah masa prom nite kelmarin." suara dia; tenang; macam dah biasa berjumpa dengan Iqram pula gaya! Iqram mengambil lalu membelek. Dian Thahirah di sisi hanya berani menjeling. Hatinya yang sudah mula mahu stabil berdegup terus berdegup kencang. Dia dalam bahaya. Bahaya yang amat sangat! "Pandai awak ambil gambar," puji Iqram. Dia menyuakan gambar gambar itu kepada Dian Thahirah tetapi si adik jelas tidak mahu menerima. Hujung jari kaki sudah menguis-nguis karpet. Jemari tangan pula giat memintal hujung tudung. Ya Allah, petanda apakah ini? Si tetamu berdehem kecil. Kemudian dia menggeleng. "Itu bukan saya yang petik. Saya nampak dari camera seorang pelajar." Dia memberitahu. Wajah Dian berubah riak. Dia nampak dalam camera seorang pelajar lain dan kemudian???? "Khairy, maksud kau?" akhirnya dia bersuara juga. "Macam ni errr encik...." Khairy memulakan. "Abang Iqram, panggil saja Abang Iq," Iqram mencelah. "Oh, Abang Iqram," Khairy memandang Dian sekilas. Jatuh simpati pula melihat wajah muram itu. "Saya ada attend farewell camp minggu lepas." beritahu Khairy. Dian memang tidak pergi. Semenjak kes Daniel memegang lengannya, dia kena grounded. "Entah macam mana saya boleh nak belek belek camera seorang pelajar ni. Saya nampak gambar gambar Dian dalam memory card dia. So,...." belum sempat Khairy mengakhiri cerita, Dian Thahirah menyambung dengan spekulasi sendiri. " U have them printed?" Khairy mengangguk. "Habis tu yang dalam memory card?" soal Dian Thahirah. "I deleted them." jawabnya bersahaja. Dian Thahirah mengangguk. Kemudian... "Camera siapa?" tentu bukan camera mana mana pelajar perempuan. Waktu itu Dian tak nampak pun mana mana kawan kelasnya menggalas beg camera. "Daniel. Dia kan presiden kelab fotography. Tak kan kau lupa." datar saja suara Khairy kedengaran di telinga. Dian sekadar mendengar, Memang tidak pernah ambil tahu. " Kawan awak tu tak marah ke awak delete semua gambar adik Abang Iq ni?" tiba tiba Iqram bertanya. " Bukan marah saja, sempat bertumbuk. Tapi tak apa lah, last fight." Khairy menjawab memandang tepat ke mata Iqram. Iqram hanya menggeleng. "What makes you?"soal Dian Thahirah. "Aku dengar dari Sarah yang kau kena grounded pasal Daniel. So i assume mak ayah kau mesti strict. Aku cuma tolong kau saja. What if he post gambar gambar kau kat net?" Dian ada beritahu Sarah sebab kenapa dia tak pergi ke farewell camp itu. Memandai pula Sarah menyampaikan pada Khairy ni. "Mak bapak aku dah tak ada. Ni abang aku." Dian menjawab hambar. Khairy mengangguk, serba salah. Salah channel lah pulak! "Dian nak pergi dapur. Tolong Kak Mona," dia memaklumkan pada Iqram. Rupanya tetamu itu di ajak makan tengahari pula. Abang Iqram mana suka kalau tetamu tidak di jamu. Sepanjang Khairy berada di situ, Dian hanya memerap di dapur. Sesekali terdengar suara Iqram dan Khairy ketawa. Entah apa yang di ceritakan mereka. Cuma sebelum Khairy pulang, sia sempat memberitahu sesuatu pada Dian yang membuat gadis itu menghela nafas lega. "Dont worry, Daniel masuk Ngee Ann. You wont be seeing him."
Kisah tanpa tajuk 2
"Seronok ke malam tadi?" soal Iqram selepas habis solat. Dian Thahirah membuat muka cemberut. Semalam sewaktu dia sampai ke rumah, Iqram dan Mona masih belum pulang. Selepas dia solat Isyak, dia terus saja masuk tidur, tiada mood untuk menunggu Iqram dan Mona pulang dari date. "Menyesal ke pergi?" soal Mona pula. Dia melipat telekungnya dan di gantung ke penyangkut. "Ada budak tu paksa Dian menari. Siap tarik lengan orang. Bencilah. Macam sengaja hendak kenakan orang." sekali nafas Dian Thahirah mengadu. Terbeliak mata Iqram mendengar cerita adik susuannya itu. Tarik lengan? Ada orang lelaki pegang adik dia? Dian Thahirah perasan wajah Iqram yang sudah berubah riak. Tentu sebentar lagi Dian akan di kenakan hukuman. Grounded!!!!! "Err err... Dia pegang lengan saja Abg Iq, tak terkena kulit pun." Dian Thahirah memberitahu, takut takut. Matilah kalau Abang Iq mengamuk. Abang Iq bukan macam Abg Izz atau Kak Mona. Kalau Abg Izz, masih lagi boleh berkompromi. Boleh lagi janji takkan buat lagi. Tapi depan Dian Thahirah sekarang ialah Abang Iq dan bukan adik dia si Izzuddin yang hanya tiga tahun lebih tua dari Dian. "Abang Iq dah cakap dengan Dian awal awal kan? Majlis macam tu bercampur dengan maksiat. Awak tu degil, nak sangat pergi. Lihat, Tuhan dah tunjukkan." tegur Iqram datar. Songkok di kepala di tarik lalu di letakkan ke tepi. " I just wanna see the whole thing, Abang Iq. I am sorry," dia buat muka sedih. Mona di sisi Iqram di jelingnya. "Isy, kakak ipar kesayangan ni tak mahu kasi back up lah pula! Saat genting ni!" Dian Thahirah berkata kata di dalam hati. "Lain kali dengar cakap Abang Iq Dian. Selain Izz, Abang cuma ada Dian. Abang Iq tak nak tengok Dian jadi macam..." kata kata Iqram terhenti di situ. Dia meraup muka. Menyesal kerana hampir terlanjur kata. Dia Thahirah sudah meleleh airmata. "Dian tahu apa maksud Abang Iq. Dia pun tak mahu jadi macam diorang walaupun Dian sedar siapa Dian sebenarnya," Dian Thahirah tidak dapat menahan sedu. Setiap kali kisahnya di bangkitkan, dia tidak mampu untuk menahan tangis. Iqram menarik Dian rapat. Bahu adiknya itu di rangkul. Walau mereka tidak berkongsi rahim ibu yang sama, dia, Izz dan Dian berkongsi air susu yang sama. Arwah ibu Iqram lah yang mendidik dan mengasuh Dian sedari kecil. Sedari umurnya seminggu lagi, Dian Thahirah sudah di ambil oleh arwah ibu dan ayah. Menurut cerita mereka, ibu ayah kandung Dian Thahirah itu orang susah. Kelahiran Dian memang tidak mereka harapkan. Nak gugurkan kandungan, sudah terlambat kerana sewaktu emaknya mengetahui akan kehadiran Dian Thahirah dalam rahimnya, kandungan sudah pun menjangkau ke enam bulan. Tahap bahaya kalau mahu menggugurkannya. Maka mereka membuat keputusan untuk menjual bayi itu pada majikan mereka yang berbangsa Cina. Mujurlah ibu dan ayah mendapat tahu tentang itu dari seorang kenalan yang kebetulan tinggal di perumahan di mana ayah Dian bekerja.Mengamuk sakan arwah ayah Iqram waktu itu. Dan saat itu juga dia bertindak membeli Dian dari mereka sebelum majikannya sempat berbuat sedemikian. Begitulah yang di ceritakan arwah Pak Hamzah dan arwah Mak Sukainah. Dian meraih tangan Iqram. Sedih dan menyesal dengan kedegilannya mahu menghadiri prom nite semalam. "Abang Iq, Dian degil. Dian tahu Dian kena dengar cakap Abang Iq dan Kak Mona. Dian pun cuma ada Abang Iq saja selain Abang Izz dan Kak Mona," tersedu sedu dia meminta maaf. Begitulah Dian setelah kematian ayah dan ibu susuannya. Kalau dia buat Iqram matah atau sedih, dia cepat meminta maaf. Dia sedar, hidupnya sekadar menumpang kasih. Iqram mengusap kepala Dian. Adik bongsu yang berumur 13 tahun lagi muda darinya itu di pujuk. Iqram bukanlah mahu mengongkong hidup Dian Thahirah tapi dia mahu menjaga adiknya seperti yang di pesan oleh arwah ayah. "Tak mahulah sedih sedih macam ni. Kak Mona sedihlah," Mona mencelah. Dia juga turut mengusap belakang Dian Thahirah. Dia memang sayang sangat dengan Dian. Dian sudah seperti sebahagian dari hidupnya. Tidak pernah dia berasa cemburu dengan kasih sayang yang dicurahkan Iqram ke atas Dian. Dian melepaskan tangan Iqram lalu menyandar di bahu Mona. Dia memeluk Mona erat. "Sayang kak mona," dia membisikkan... Tiba tiba Iqram bersuara pula," Semalam Dian pulang naik apa? Dengan siapa?" Cerita semalam belum berakhir rupanya. Iqram masih belum puas hati. Dian Thahirah manarik nafas. Kali ini kena cerita dari A sampai Z. Biar Iqram puas dengan jawapannya. " Wah, ada knight in shining armour, lah."usik Mona. Iqram merenung isterinya tajam. Tidak suka dengan apa yang di katakan Mona. Pantas Mona menutup mulut dengan tangan. Kemudia dia mengangkat tangan kiri tanda minta maaf. " Itu saja?" soal Iqram. Dian Thahirah mengangguk. Lama Iqram berjeda. Sejadah di atas karpet di kuis kuis dengan jari telunjuk. Kemudian dia memandang wajah Dian Thahirah. " Apa pun, Abang Iq tak mahu Dian rapat dengan mana mana lelaki pun, faham?" Dia memberitahu tegas."Dian tanggung jawab Abang Iq selagi Abang Iq tidak serahkan Dian pada suami Dian." Dian Thahirah mengangguk lagi. Dia tahu Iqram marah kerana sayang. Ibu bapanya sendiri pun tidak sayangkan dirinya. Si anak buangan yang hampir hampir jadi anak angkat orang NON MUSLIM!!!!
Kisah tanpa tajuk 1
Duduknya di perbetulkan. Tudung yang tersenget tadi di kemaskan semula. Sebal hatinya melihat adegan di luar perpustakaan tadi. Berbagai bagai perasaan dtg bermain di hati. Marah, sedih, terperanjat, namun dia amat berasa meluat melihat anak muda sebayanya berasmara dana seperti itu. Sesekali dia menjengah ke tangga. Sedari dia tiba tadi, Iqram masih belum menunjukkan batang hidung. "Abang Iq mandi ke tenggelam dalam perigi Kak Mona?" dia bertanya wanita muda yang sedang melayari internet di hadapannya. Wanita itu tersenyum manis, kemudian tergelak kecil. "Kalau Abg Iq tenggelam, Dian Thahirah kena hubungi ScdF ni nampaknya," dia berseloroh, menampakkan lesung pipit di kiri kanan pipi. Mata Dian tertumpu pada sepasang lesung pipit itu.
" Ayu sangatlah Kak Mona ni. Patutlah Abg Iq terpikat," Kata-kata Dian Thahirah cepat cepat di pintas Mona.
" Eh, mana ada sepupu awak tu terpikat kat akak. Mana pernah dia tengok wajah akak sebelum nikah." Dian tertawa.
Ingatannya kembali mengimbau satu satunya abang angkat yang dia sayangi itu. "Abang Iq kata, dia redha jer siapa pun yang jadi isteri dia. Dian pun terperanjat dengar dia cakap macam tu. Tak sangka lah zaman macam ni pun masih ada orang kahwin kerana wasiat." Mona mencebik mendengar kata kata Dian Thahirah. Sudah kerap sangat pernikahannya di persoalkan. Kalau dengan Dian ni dah muak mendengar. Ada saja yang mahu di katanya. Tak habis habis mahu menyakat. Derap kaki Iqram menuruni anak tangga menghentikan perbualan kedua dua mereka. Dian Thahirah tersenyum senang melihat abang susuannya yang kelihatan segak dengan kemeja T berwarna biru laut dan slacks hitam. Dian Thahirah memerhatikan Iqram daei atas ke bawah. Kemudian dia tertawa lepas. Berkerut kenibg Iqram melihat gelagat gadis itu. "Apasal? Tak pernah nampak Abg Iq handsome macam ni ke?" soal Iqram tidak senang. Tidak senang di tertawakan sedemikian. Dian Thahirah menggelengkan kepala. Bukan tidak pernah melihat abangnya segak bergaya, tetapi sekadar di minta menghantarkan anak gadis itu ke majlis prom nite saja, apa perlu dia siap segala? "Mana tuxedo Abang Iq?" soal Dian Thahirah di antara sisa tawanya. Mona mencuit lengan adik iparnya itu. Buatnya Iqram merajuk dan tak mahu menghantarnya ke majlis makan makan itu, baru padan dengan muka. Silap silap haribulan, ada yang menangis airmata darah di rumah itu nanti.
"Dian Thahirah, awak ni nak pergi ke tak?" soal Iqram serius. Pantas Dian Thahirah mengangguk. "Kalau nak pergi, jaga adab itu ya. Jangan sampai Abang Iq kata tak payah pergi." tegas suara Iq menyampaikan amaran.
"Sorry Abang Iq, Dian bergurau saja. But on a serious note, Abang siap siap ni nak pergi mana?" soal Dian. Kemudian dia menoleh ke arah Mona pula. Wanita kacukan Arab itu memakai jalabiyah merah samar, beserta....eh, Kak Monanya pun dah siap pakai tudung! Ni mesti nak keluar datinglah ni. Muka Dia Thahirah berubah cemberut, konon konon menunjukkan rajuknya!
"Abang nak bawak Kak Mona dinner kat Carousel. Awak tu nanti makan kenyang kenyang dekat majlis sekolah tu ya!" usik Iqram. Isyy... Seronok melihat wajah si adik menahan rajuk! Bulat mata Dian Thahirah mendengar kata kata abangnya. Lupa pula mahu menceritakan apa yang dia nampak siang tadi di perpuastakaan. Dia memang teringin mahu pergi ke Carousel, tapi sengaja pula Iqram pergi bawa Mona sewaktu dia perlu menghadiri majlis lain! Di dalam kereta, Iqram siap berleter agar jangan buat itu dan ini. Pedih telinga mendengar leteran Iqram. Mona di sebelah hanya diam seribu bahasa. Kalau Iqram sudah bercakap, jangan mencelah, nanti bertambah panjang 'kuliah'nya!
Dian Thahirah berasa kurang senang dengan suasana majlis itu. Baik dari segi pakaian mahupun pergaulan, terasa kawan kawannya sedikit melampaui batas. Baru habis menengah empat. Belum masuk kolej pun! Si Tiara dengan makeovernya, si Ryana dengan kasut timit tinggi 5 inci. Kepala Dian Thahirah sedikit sesak dengan musik yang di putarkan. Tadi, Daniel ada mengajak dia menari bersama. Rasa macam nak tercabut kepala dari badan sewaktu Daniel mengajak dia ke lantai menari. Mujur Sarah berada dekat dengan dia.Sarahlah yang menyelamatkam keadaan tadi. Konon konon mahu menyuruh Dian menemankannya ke tandas. Pheeww!! Kalau tak ada Sarah, sudah tentu si Daniel itu akan mengheretnya ke lantai untuk berdansa. "Gila ke nak ajak aku menari macam tu," dia bermonolog sendiri. Dia berdiri sambil menelitikan pakaiannya, arbaya dari kain lace pemberian Bonda, emak Mona.
"Memang pun gila. Tapi yang gila tu awak. Dah tahu bertudung litup, sengaja datang majlis macam ni buat apa? Pergilah dengar ceramah kat masjid!" satu suara garau mencelah dari belakang. Pantas dia menoleh, sedikit terkejit kerana Khairy sedang berdiri terlalu dekat dengan dia. Dia ke belakang sedikit, menjarakkan dirinya dari lelaki itu.
" Where's your handphone?" tanya Khairy.
"Nak buat apa?" soalan Khairy dibalas dengan soalan juga. Gila ke mamat ni nak handphone orang? Sedangkan handphone dia tu selalu saja bertukar ganti.
"Mana handphone lah makcik? Biar aku call mak ayah kau. Tempat macam ni, tak sesuai untuk kau. Dont you understand?" tukas Khairy. Belum sempat dia menjawab kata kata Khairy, Daniel datang lagi. Kali ini, dia seolah olah mahu memaksa Dian Thahirah menyertainya di lantai menari itu.
" Bro, she's my date okay. Kalau kau nak usik, banyak chix kat sana tu. Tu, Tiara, Sarah, Ryana, Alisson... Semua tu available bro," Khairy menahan Daniel dari menarik Dian Thahirah.
Daniel merenung Khairy tajam. Tidak puas hati dengan ungkapan Khairy tadi. Risau juga Dian Thahirah kerana kedua dua mamat ni memang alah dengan satu sama lain. Pantang bertemu, tentu nak bergasak. Akhirnya, Daniel melepaskan pegangannya pada tangan Dian Thahirah. Dia mendengus kasar sebelum melangkah pergi.
"Nasib baik dia pegang sleeves kau. Kalau dia pegang tangan kau tu, sertulah pakai selori tanah, tak hilang jugak dosanya!" sindir Khairy. Dian Thahirah tidak membalas. Matanya terasa panas.
"Aku nak balik. Kalau Sarah tanya, kau cakap saja aku ada emergency." Khairy tidak menjawab, tetapi lelaki itu hanya mengikut langkah Dian Thahirah hingga ke ruang lobby.
Sampai saja di pintu hotel, dia meminta seorang pekerja hotel itu menahankan teksi buat Dian Thahirah. "Make sure she gets a good cabby," dia memberitahu pekerja hotel itu.
Cerpen - Redha seorang Nusrah (Part 1)
Lauk daging masak kicapnya di simpan ke dalam peti ais. Jam di dinding di pandang sekilas. Sudah hampir satu pagi, namun batang hidung Eddy masih belum kelihatan. Di mana agaknya suaminya itu? Dia mengeluh untuk sekian kalinya. Bukan dia tidak kenal dengan perangai Eddy yang suka merambu tidak tentu hala itu. Dia kenal sangat. Bukan dia tidak kenal Eddy tu. Eddy tu kaki botol, mat motor, kaki clubbing; entah apa apa lagi lah yg boleh di samakan dengan suaminya itu. Tapi dia akur, itulah jodohnya. Jodoh yang di tentukan oleh Tuhan kepadanya. Kalau kakak kakaknya yang lain simpati dan bersedih akan nasibnya,dia pula hanya tersenyum. Baginya, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Begitulah dia. Dia, yang di beri nama Siti Nusrah Insyirah.
Kaki di bawa melangkah ke bilik. Mahu kata Eddy jenis yang tidak bertanggungjawab, jauh sekali. Rumah lima bilik, dengan kemudahan lengkap ini serta makan pakai yang sempurna menunjukkan dia suami yang bukan sedemikian. Nak kata dia tidak sayangkan Nusrah, pun tidak juga. Kasih sayangnya terhadap Nusrah terserlah. Tapi itulah, dia tidak boleh di pisahkan dengan motor dan botol. Macam dah sinonim dengan lelaki Itu.
Telefon rumah berdering nyaring, menjerit minta di jawab. Pantas Nusrah menyambar telefon tanpa wayar di meja sisi. Salam di beri. Dia tahu siapa pemanggil itu berdasarkan nombor pada skrin 'caller id' telefon itu.
"Nusrah?" suara di hujung sana memanggil setelah dia membalas salam. "Emm...Nusrah lah ni," dia menjawab lembut.
"Sayang buat apa pagi pagi buta ni? Kenapa tak tidur lagi huh?" terdengar suara resah Eddy di hujung talian. "Tunggu Abang balik," dia memberitahu. Terdengar keluhan Eddy. Rasa bersalah mungkin kerana membuat Nusrah menunggu.
"Pergilah masuk tidur, abang dah nak balik ni." Eddy seakan memujuk. " Will be reaching you in no time precious." Ayat ayat romantik itu tidak mampu membuang perasaan risau di hati Nusrah.
"Abang, janganlah speed lagi. Nusrah tunggu abang."sempat dia memesan sebelum talian di matikan oleh si pemanggil. Nafas di hela. Lawang hatinya, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, kau ampunkan lah dosa suamiku. Berilah dia peluang untuk menjadi hamba yang bertaqwa."
Kalau lah Eddy se'normal' abang abang iparnya yang lain, alangkah indahnya. Nusrah bukan tidak redha, tapi sebagai seorang isteri, dia teringin sangat merasakan dirinya di bimbing. Macam Nadhirah, kakak sulungnya. Suami Nadhirah, Abang Muhammad itu lepasan institusi tinggi juga macam Eddy. Tapi lain sungguh cara hidup dia. Bibir sentiasa dengan zikrullah. Sembahyang berjemaah menjadi tradisi keluarga. Anak Nadhirah yang bongsu, si Aiman itu baru berumur empat tahun, tapi sudah mampu menjadi bilal. Nadhirah ada memberitahu, setiap pagi Minggu adalah hari tazkirah mereka. Indahnya hidup bersama Tuhan begitu,kan?
Lihat pula kehidupan Nawwarah. Walau Hakimi tidak sewarak Muhammad, dia tidak juga mengabaikan agamanya. Berbeza dengan Muhammad yang mengaggotai sebuah jemaah bertariqat, Hakimi itu rajin ke masjid. Setiap minggu, di bawa Nawwarah Ke masjid untuk mengikuti kuliah dan kelas Fardhu Ain. Dia? Di sinilah dia saban malam sendirian, menanti suaminya pulang. Dan sering pula kepulangan suami itu di dalam keadaan mabuk. Hanya kepada Allah tempat dia mengadu. Kepada ayahnya juga tidak pernah dia mempamirkan keluh kesah. Yakin sekali, tentu ada hikmahnya ayah menerima pinangan Haji Qamaruddin dan Puan Qamariah setahun dulu. Walau Kak Nawarrah menentang, walau Kak Nadhirah menyuruhnya beristikharah, Nusrah hanya terus mempersetuju. "Akak, mesti ada hikmahnya kak." Nusrah memujuk Nawwarah. Tatkala Nadhirah menggesa dia memikirkan masak masak, Nusrah sekadar berseloroh," Tak apalah,dapat suami mat motor, bolehlah Nusrah ambil lesen motor lepas ni. Boleh konvoi pergi ekspedisi dengan dia. Keluarga kita semua cuma boleh pandu kereta saja kan? Tak ada thrill, lah." Dan kakak-kakaknya hanya mampu menggeleng kepala seraya berdoa agar kebahagiaan bakal menjadi milik si adik hingga ke akhirnya.
Nusrah membuka mata saat terasa ada tangan kasar yang membelai pipinya. Rambutnya yang menutupi separuh wajah di sebak kebelakang. Eddy sedang duduk di sisinya dengan wajah penuh keletihan. Saat melihat susuk suami di hadapannya, pantas tangannya meraih tangan suaminya itu; di salam lalu di kucup penuh hormat. Wajah suami di tatap manis. "Nusrah ambilkan abang air ya? Tentu abang penat." penuh santun dia menutur. Pipi suami di belai mesra. Rindu dengan wajah yang hanya dia tatap lewat malam dan awal pagi itu. Syukur kepada Tuhan kerana Eddy selamat sampai ke rumah seperti yang dia doakan.
"Nusrah, tak payah sayang. Abang dah minum." Eddy menahan isterinya dari berlalu. Tubuh kecil itu di gamit ke sisinya. Isteri yang di nikahi enam bulan yang lalu. Isteri yang tidak pernah bermasam muka dengannya. Isteri yang menjadi idaman setiap lelaki. Wajah isterinya itu di tatap lama. Tidak betah di tenung sedemikian, Nusrah melarikan pandangan.
"Abang rindu Nusrah," ucap Eddy. "Nusrah tahu." tersenyum Nusrah membalas kata kata suaminya.
"Macam mana Nusrah tahu?" soal Edry. Pelik dengan jawapan isterinya itu. "Abang tak mabuk malam ini. Jadi Nusrah yakinlah apa yang abang cakap tu benar." lembut saja kata-kata isterinya tapi terasa seperti belati yang menikam hati. Menusuk sekali bunyinya.
Genggamannya pada jemari Nusrah dilonggarkan. Sedar bahawa sang suami mungkin terasa dengan kata-katanya, cepat dia memohon maaf.
"Abang, Nusrah minta maaf. Tiada niat untuk menyakiti hati abang tapi memang Nusrah gembira setiap kali abang balik macam ni. Hati isteri mana yang boleh tenteram selagi suaminya tidak ada di depan mata, bang. Nusrah jarang dapat lihat wajah abang, Nusrah ni lagilah rindu."
Terkedu Edry mendengar. Nusrah rindukan dia? Nusrah tidak menyampah dengan perangai dia?
Tangan di bawa membelai rambut isterinya. Rambut Nusrah panjang melepasi pinggang. Hitam dan lebat, tidak pernah di lihat oleh lelaki ajnabi. Teringat Eddy pada kali pertama Nusrah melepaskan hijab di hadapannya. Pada malam pertama mereka sah menjadi suami isteri. Malam itu, sewaktu dia masuk ke dalam kamar pengantin, Nusrah sedang melipat telekung. Entah solat apa, kerana solat Isyak sudah di lakukan berjemaah sebelum itu bersama seisi keluarga.
Dia teringat kata-kata Nusrah tatkala dia ralit memerhati rambut isterinya yang panjang mengurai itu.
"Maaf, saya tak reti berfesyen. Rambut ni, tidak pernah di dandan di mana mana salon pun. Dan selain ayah, awaklah lelaki pertama yang melihat saya tanpa hijab." "Jadi, saya orang luar yang dapat lihat aurat awak, begitu?" waktu itu sengaja Eddy memprovok, mahu menguji gadis di depannya. Ibu kata, Nusrah anak yang taat. Tentunya dia akan menjadi isteri yang taat juga. Sewaktu ibu memberitahu, hati Eddy jengkel sekali. Entah iya, entah tidak. Mana tahu Nusrah itu kahwin terpaksa, kemudian akan tulis kontrak kahwin. Macam dalam cerita cerita di televisyen itu. Perempuan, mesti suka nonton cerita merepek macam itu kan? Hah, lepas itu dia ikut lah juga!
Nusrah sekadar mengangguk. Eddy tersenyum sinis. Apalah hendak di banggakan sangat aurat yang tersimpan. Bukan dia tidak faham syariat, tapi kenapalah ekstrim sangat sampai dalam rumah pun pakai tudung. Depan perempuan bangsa asing pun nak tutup aurat. Bukannya perempuan perempuan bangsa asing itu tidak memiliki apa yang dia miliki. Nusrah.... Nusrah....
Eddy masih mahu menguji.
" Ini kali pertama awak biarkan rambut awak di perlihatkan orang selain dari keluarga sendiri kan? Maksud saya; ayah dan kakak kakak awak?"
Mata mencerun memandang Nusrah yang sedang menyediakan tempat tidurnya. Lincah tangan gadis bertubuh kecil itu membentangkan gebah di atas katil yang masih lagi berhias dengan cadar yang cantik itu. Selimut dan bantal juga di sediakan rapi. Hanya anggukan yang menjadi jawapan. Perlahan dia merapati gadis itu.
"Kenapa awak macam tak segan segan depan saya? Ibu kata awak ini gadis pingitan." Tangannya sengaja di bawa membelai rambut Nusrah. Gadis itu tiba tiba membeku. Pucat wajahnya di perlakukan sedemikian. Eddy tertawa di dalam hati. Uh! Tadi tunjuk gungho! Tahu pun kejong!!!
"Saya takut sebenarnya. Saya takut jadi isteri awak, itu sebenarnya. Tapi saya tidak mahu kecewakan sesiapa. Dan kini, setelah menjadi isteri awak, saya sedar akan tanggungjawab saya. Apa pun yang awak akan lakukan pada saya, saya redha. Walau ia menyakitkan fizikal, mental dan spiritual saya. Saya sedang dalam proses mencari redha Tuhan. Kalau perkahwinan ini adalah salah satu cabarannya, saya cekal." Dalam kekalutan hati, sempat juga Nusrah berhujjah.
Hati lelakinya tersentuh sangat di kala itu. Nusrah bukan gadis tidak berpelajaran. Dia sempat menamatkan pengajiannya sehingga peringkat diploma sebelum di sunting oleh keluarga Haji Qamaruzzaman. Sempat juga dia bekerja di sebuah syarikat MNC sebelum dia berhenti sebulan lalu atas permintaan Eddy. Waktu itu, Eddy sekadar menguji, mahu melihat kalau kalau tunangnya itu memprotes. Tapi elok saja tunang yang dia tidak pernah heret ke mana mana itu menerima usulannya.
"Saya mahukan isteri yang boleh jaga makan pakai saya. Yang sentiasa ada dirumah bila saya pulang dari kerja. Yang saya boleh harapkan waktu saya memerlukan." Mana ada perempuan berkarier yang sanggup tinggalkan kerjaya untuk jadi bibik sepenuh masa. Lagi lagi kalau suaminya itu gila gila macam dia! Tapi bukan Nusrah. Sedikit pun dia tidak cuba untuk berunding demi kepentingan dirinya! Pelik sungguh!
"Kalau saya berhajatkan awak malam ni pun, awak akan setuju saja? Macam itu? Awak tak nak suruh saya tandatangan apa apa perjanjian? Maklumlah awak bukan tak kenal siapa saya, kan? Mana tahu awak tak mahu saya usik mahkota awak. Saya kan penuh dengan dosa..." Eddy bertanya. Walau hati sudah mula berputik rasa kagum dengan gadis di depannya, dia tetap mahu tahu kalau Nusrah memiliki agenda lain. Perlahan Nusrah memaling tubuh, menghadap Eddy.
"Encik Iqmal Zahidi, sejak menjadi tunangan awak, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk buat perkara yang tidak tidak. Malahan,saya amat takut kalau perbuatan saya setelah menjadi isteri awak bakal memalukan keluarga saya. Saya tak mahu orang mengatakan arwah mama, ayah dan kakak kakak saya tidak tahu mendidik saya. Dan tadi setelah sah menjadi isteri awak, saya menjadi lebih takut. Takut sangat kalau saya tak mampu menjaga maruah suami dan maruah keluarga mertua saya. Tangungjawab saya sebagai anak, isteri dan menantu sudah cukup berat bagi saya. Mana mungkin saya sanggup membuat perkara merepek itu semua? Saya tidak sanggup di laknat malaikat hingga ke Subuh. Saya tak mahu mati tanpa redha suami. Saya takut untuk menjadikan neraka tempat rehat saya di sana. Saya tak mahu." Mendengar jawapan Nusrah dengan suara menahan tangis, Eddy menjadi serba salah. Pantas tubuh gadis itu di tarik dalam pelukan. Dia memeluk Nusrah kejap. Pilihan ayah dan ibu tidak pernah salah. Dan kemudian dia terasa baju Melayunya basah. Menangislah Nusrah. Aku tak akan buat kau menangis lagi. Janjinya pada waktu itu.
Nusrah dan dia di ijab kabulkan atas kehendak keluarga. Nusrah sememangnya mencari keredhaan ayahnya manakala dia, tidak memilih. Siapa yang ibu ayahnya pilih, dia akur saja. Dengan caranya yang ranggi, dia malas mahu melayan kerenah menantu dan mertua yang macam macam. Kalau sudah ayah yang memilih, dan ibu serta kakak dan abangnya setuju, dia ikutkan saja. Semoga ada berkat di situ. Sebab itulah dia tidak mrnolak usulan keluarganya untuk memperisterikan Nusrah asalkan keluarga Nusrah menerimanya. Bahkan member member motor dan rakan sekerja pun agak tercengang melihat isterinya di hari pernikahan mereka. Si mat clubbing dapat isteri bertudung litup.
"Bro, bukan ke ada kata kata yang mengatakan perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik saja?" Hazrul, member clubbingnya menyoal tidak puas hati. Eddy hanya ketawa geli hati.
" Itu maknanya aku ni lelaki baik baik lah," dia membalas. Si rakan mencebik panjang, meluat mendengar jawapan ego si pengantin lelaki.
"Abang, jom rehat kat dalam. Nusrah mengantuk sangat," ajakan si isteri membawa dia kembali ke alam nyata. Ahh... Jauh dia mengelamun.
Eddy sekadar mengangguk. Kasihan isterinya itu. Terpaksa bersengkang mata menanti dia pulang. Setianya dia... Tapi kau Eddy? Hati menjadi radang dengan kekhilafan diri sendiri. Bila mahu berubah? Demi Nusrah, demi Akhirat, demi Tuhan yang menjadikan kau? ahhhggghh
"Jom sayang. Abang pun dah letih." Tubuh Nusrah di cempungnya hingga ke bilik. Begitulah sayangnya pada Nusrah. Perlahan tubuh itu di baringkan dan di selimutkan. Kasihnya dia pada Nusrah. Di kaki katil sudah tersedia sepersalinan pakaian. Tuala, T shirt, kain pelikatnya, akan sentiasa berganti setiap hari. Nusrah akan pastikan pakaiannya berganti walau dia berkali kali memberitahu dia boleh ulang pakai baju untuk tidur kerana tidurnya hanya sekejap saja. Manakan tidak, pulangnya jam dua pagi. Seawal tujuh pagi dia sudah keluar ke tempat kerja pula. Tak sempat pakaiannya nak melekat peluh. Lagipun bilik tidurnya berhawa dingin. Tapi Nusrah tetap Nusrah. Dia tetap jaga pakaian suaminya sebaik mungkin.
Nusrah sebak tatkala terasa pipi dan dahinya di cium Eddy. Kenapa suami yang baik terhadapnya itu belum mampu berbaik baik dengan Tuhan. Doa Nusrah masih belum Tuhan tunaikan. Dia perlu gigih berdoa dan berusaha lagi. Bukankah doa itu senjata orang mukmin? Atau mungkin Nusrah masih belum menjadi orang yang beriman? Tuhan, bantulah aku, pintanya.Teringin sangat Nusrah menjadi makmum kepada seorang lelaki bernama Iqmal Zahidi.
"Nusrah apa khabar?" ayahnya menyoal. Sesekali dia menjenguk ayah dan ibunya, tentu Nusrah yang mereka cari. " Dia sihat." pendek saja dia membalas. "Kenapa tak bawa dia sekali. Ibu tak rasa Nusrah tak mahu ikut kalau di ajak." ibunya pula mengasak dengan provokasi sedemikian. Eddy tersenyum tawar. Nak ajak Nusrah? Naik motor dia?
"Orang datang naik motor ibu."cepat dia mereka alasan.
"Alah, Nusrah itu bukannya cerewet. Kamu ni dari mana sebenarnya? Keluar dengan kutu kutu motor? Bilanya kamu nak berubah Eddy?" ayah mencela, bagai tidak mengizinkan dia membela diri. "Tadi ada konvoi ayah, member Eddy kawin." alasan lagi. Tapi memang dia tidak menipu. Salah seorang kutu motor kumpulannya bersanding tengah hari tadi. Maka dia dan member member yang lain telah keluar mengiringi kereta pengantin. Dia pun bukan kutu sebarangan. Motor dia jenis Ducati tu adalah idaman ramai.
" Kamu tahu tak perasaan ibu ni Eddy?" Bahunya di jungkit. Manalah dia tahu perasaan ibunya itu.
"Malu ibu dengan mertua kamu. Dengan ipar duai kamu. Tu si Nadhirah dengan Nawwarah. Suami moleh molek, sesempurna manusia. Ibu malu anak Ibu macam ni. Kasihan Nusrah itu.. Kalaulah Mama dia hidup lagi, tentu dia sedih bermenantukan hantu!" aduh, pedas sungguh di sindir sedemikian.
"Kalau Ayah jadi mertua kamu, menantu macam ni tentunya di reject awal awal tau. Ayah tak tahulah kenapa mereka diam tak menegur pun perangai kamu ni. Kalau mak bapak orang lain, dah berpisah agaknya kamu dengan anak diorang." kata kata Hj Qamaeuzzaman menyentap perasaannya. Di pisahkan? Dengan isteri sebaik Nusrah? Mintak simpang!! Dia tak mahu!!!
"Berubah lah Eddy. Fikirkan masa depan. Kalau kamu tak kisah masuk neraka, fikirkan zuriat kamu. Ibu ayah bukan tak pernah didik kamu. Tapi tak tahulah di mana silap ibu, sampai kamu abaikan suruhan Tuhan. Dosa ibu yang manalah yang belum ibu taubatkan sampai Tuhan uji ibu macam ini." Puan Qamariah sudah mula beremosi. Sedih ada; menyesal sekali sekala datang menerjah di hati tatkala terfikir akan nasib menantu pilihan keluarga itu. Selalunya, mertua dengan menantu tak boleh nak berbaik. Tetapi dia tidak, simpati sungguh dia dengan nasib Nusrah setelah bergelar menantunya. Semoga menantunya itu mendapat pembelaan dari Allah.
Dapur Encik Ahmad riuh dengan suara anak anak perempuannya. Hari itu, hari lahir Encik Ahmad yang ke lima puluh. Mahu dibawa makan di hotel, dia menolak. Maka, Nadhirah mencadangkan mereka berkumpul di rumah bapa mereka. Nawwarah serta suaminya sedang sibuk menghias kek hari jadi. Sejak kebelakangan ini, suami Nawwarah kemaruk menghadiri kelas mendekor kek bersama isterinya. Hakimi seronok menghabiskan masa bersama Nawwarah membuat perkara yang sama sama di minati mereka.
" Bi, fondant merah tu untuk bunga bungaannya lah Bi." omel Nawwarah tatkala Hakimi sudah mula menguli fondant siap sedia yang Nawwarah bawa dari rumah mereka.
" Eh, bukan Nawwar kata tutup kek ni dengan fondant merah ke tadi? Lepas tu wording guna yang kuning. Bunga bunga kan Bi dah buat kelmarin guna sugar paste," Hakimi merenung isterinya. Ni macam ada yang tertinggal saja gaya si Nawwarah. Nawwarah tersengih sengih mendengar pertanyaan Hakimi. "Sugar paste yang Bi buat tu... Tertinggal kat dalam peti sejuk. Nawwar lupa nak ambil lah," Nawwarah memberi alasan. Hakimi menggeleng kepala. Sejak dua menjak ni, isterinya sering sangat lupa itu ini.
" Isteri kamu ni ada termakan semut ke Kimi? Kak Dhirah tengok asyik lupa lupa saja. Kak Dirah tempah pizza base dengan dia pun boleh dia lupa nak buat! Banyak pula akak order tau. Seratus keping. Nak buat jualan amal minggu depan."celah Nadhirah yang sedang menumis nasi beriyani. Nadhirah memang pakar memasak. Kawan kawan suaminya pun akan mengupah dia kalau mereka ada majlis. Air tangan Nadhirah persis arwah Mama mereka. Masak apa pun sedap, menurut Encik Ahmad.
Nawwarah tertawa. Mana ada makan semut, memang dia betul betul lupa kerana sibuk dengan tempahan kek cawan dari wedding planners yang berusaha sama dengannya.
"Iya ke kak? Tak apa, kalau gitu,hari Rabu ni, Kimi off kerja. Kimi buat untuk akak. Rezeki jangan di tolak. Rezeki anak dalam perut," Hakimi menjawab. Pantas Nawwarah mencuitnya. "Oooppss... Terlepas cakap," dia membisik kepada Nawwarah. Nusrah sudah tergelak gelak. Patutlah Nawwarah jadi pelupa. Pembawaan anak rupanya.
" Betul ke ni, kak Wawa?" soal Nusrah, sedikit teruja. Nawwarah tersenyum mengiyakan. Alhamdulillah, Nusrah memanjatkan syukur di dalam hati. "Akak kena jaga kesihatan ni. Tak boleh renyah renyah," petes dia menasihatkan. Tangannya mengelus perut Nawwarah yang masih kempes itu. Ini kandungan Nawwarah yang kedua. Setahun lalu, Nawarrah kehilangan bayinya kerana dia terjatuh dalam bilik air. Tapi Nawwarah tenang. Dia terima dengan redha mehnah yang berlaku. Kata Nadhirah, tentu ada hikmahnya kenapa Allah ambil semula nimat yang Dia mahu beri pada kita. Dan Nawwarah akur dengan nasihat kakaknya itu.
"Semoga Allah permudahkan urusan," Nadhirah pula mendoakan. Dia juga gembira dengan beritayang baru di dengarnya.
"Kamu pula bila lagi Nusrah?" tanya Nawwarah. Nusrah tersenyum. Belum lagi ada rezeki seperti itu bagi dirinya.
"Tak apa, baru lagi pun. Belajar jadi isteri yang baik dulu. Nanti senang nak jadi ibu yang baik," celah Nawwarah. Nusrah mengangguk. Akur, bukan mudah memiliki anak dengan keadaan seperti sekarang. Tidak mampu di fikirkan akan masa depan anaknya nanti.
"Dia memang isteri yang baik, Kak Dhirah."Eddy saja yang belum dapat saingi dia," terdengar suara Eddy mencelah dari ruang tamu. Hisy, telinga tikus betul. Dalam masa dia melayan anak Kak Dhirah bermain dengan iphone nya pun, sempat juga dia memasang telinga. Nusrah menjenguk le ruang tamu. Eddy sedang memangku anak buahnya. Dia melihat Eddy mengenyitkan mata ke arahnya. Ada ada saja!
Rokok di tangan di nyalakan. Selepas makan, mata terasa mengantuk pula. Apalah nasib, dia berada di rumah mertuanya. Kalaulah di rumah sendiri, mahu saja dia berkubang di atas katil. Ahli keluarga yang lain sudah siap berwudhu. Sekejap lagi masuklah waktu Asar. Zuhur tadi dia 'terlepas' dari berjemaah kerana tiba-tiba Nadhirah teringat yang dia lupa membeli air batu. Maka dengan rela hati Eddy mempelawa untuk keluar ke kedai. Pulangnya pula dia lengah-lengahkan. Bijak dia mengelat. Tapi takkan mahu mengelat lagi. Kasihan juga pada Nusrah. Airmuka isterinya itu perlu dia jaga. Kenapalah berat sangat dia mahu melakukan rukun Islam kedua ini. Bukan dia tidak tahu akan dosanya, tapi sering pula dia tinggalkan.
"Uncle, cepat sikit tau. Achik Nusrah dah tunggu," beritahu Aidid anak kedua Kak Nadhirah. Anak sulung Kak Nadhirah itu sudah siap berjubah dan berkopiah. Memang dia di disiplinkan untuk bersiap elok apabila hendak bersolat. Lihatlah saja Walid dan Walidahnya itu. Eddy termalu sendiri. Rokok yang sedang di kepit di celah jari di cucuh puntungnya lalu di campak ke dalam tong di tepi koridor rumah.
" Smoking eh? Aint good for your health brother!" Aidid menegur. Terkeluar sudah slanga backstreet boys nya. "Habits aint easy to kill," balas Eddy. Dengan si Aidid ni dia tidak segan sangat hendak berbual. Anak saudaranya ini agak sempoi.
" Kena usaha uncle. Tuhan akan bantu," matang Aidid bersuara sebelum berlalu meninggalkan Eddy di luar. Aidid tahu akan latar belakang suami makciknya itu. Bukan dia tidak simpati dengan Nusrah tapi walidnya ada memberitahu, jihad Achik Nusrah ialah untuk membawa Uncle Eddynya kembali kepada kehidupan hamba yang bertuhan. Bukan mudah jihad Achiknya itu. Silap haribulan diri sendiri boleh tergelincir. Tapi Aidid yakin Achiknya cekal dan tetap imannya.
Dan tanpa pengetahuan Eddy, sewaktu Nusrah bersiap siap di kamar, sempat dia berbual hati ke hati bersama Nadhirah dan Nawwarah.
" Nusrah kena tabah. Lihat saja Siti Asiah. Suaminya itu penentang Tuhan, malah berani mengaku dirinya Tuhan. Tapi Siti Asiah tetap menghormati suaminya. Akak tahu perjalanan hidup Nusrah berliku. Tapi ini jalan yang Nusrah pilih,kan? Akak yakin Eddy boleh berubah. Bukan jahat sangat pun si Eddy tu. Cuma dia seronok sangat dengan air kencing syaitan tu. Rasa macam madu kot bagi dia," sempat Nadhirah berseloroh. Nawarrah tertawa geli hati. Ada pula di samakan arak dengan madu!
"Dia tak bawa balik rumah kan? Kita doa saja yang terbaik untuk dia. Kak Wawa dapat lihat ciri suami yang baik pada dia itu. Cuma itulah...Kelemahan dia tu...harap harap dia mahu merubah cara hidupnya."
Sebelum Eddy dan Nusrah pulang petang itu, sempat Muhammad menitipkan pesan. Tuhan akan berlari kepada makhluk yang berlari kepadaNya. Eddy akur, mereka berniat baik. Bahkan tiada seorang pun dari kerabat Nusrah yang menyisihnya walau mereka tahu cara hidupnya berbeza. Cuma dia... Dia belum mampu merubah diri.
Rokok di tangan di campak ke tanah lalu di pijaknya. Sneakers Nike yang dia beli entah berapa tahun yang lalu itu elok saja memijak mijak puntung rokok yang di campaknya tadi. Muka rakan sekerjanya itu di pandang lama. Cuba mencari cari riak bohong pada wajah itu.
"Kau betul ni Man?" Soal Andi. Aiman mengangguk selamba; santai mengunyah pisang goreng yang di beli dari kafe di hujung jalan itu tadi.
"Tak ada angin, tak ada ribut, tiba tiba kau cakap nak menikah, dengan sepupu sendiri pula tu."
"Mak ayah aku suruh. Kitorang rapat sangat, tu yang parents aku risaukan." Andy merenung wajah Aiman.
"Don't tell me sonething has happened?" Soalannya berbaur tuduhan.
PAAPP! Aiman menepuk paha Andi. Terjerit Andi mengaduh kesakitan.
"Aku bukan macam tu eh!" Aiman memberi peringatan. Kacau betul! Kalau Andi yang berfikiran terbuka ni pun boleh fikir ke arah itu, apatah lagi jiran tetangga, saudara mara yang kepo kepo tu? Aiman meraup muka. Lepas ni hidup mesti kecoh.Boleh ke Aiman Amani tanggung gossip liar yang bakal mewarnai hidup mereka berdua?
Aiman menoleh ke sisi rakannya.
"Aku tak jemput ramai orang, buat dalam rumah je. But aku harap kau datang dengan isteri kau." Dia memberitahu Andi. Andi membawa tangannya ke dada.
"Ni Andi lah bro, anything for the sake of brotherhood. Tapi kalau Nina sihat, aku heret dia sama lah. Dia pun nak tunggu hari je tu."
"Err, kalau gitu, kau jadi photoG aku je lah ya. Tak payah aku nak minta tolong adik sedara aku."Sebenarnya, itu memang niat Aiman menjemput Andi. Dia mahu Andi jadi official photographer dan bukan Nureen, adik sepupu dia yang kecoh tu. Dia takut kalau Nureen sabotaj suruh dia dan Amani posing yang bukan bukan pada hari pernikahan mereka nanti. Budak setahun jagung tu,walaupun umur belum cukup, bab kenakan orang dia memang nombor satu. Tengok sajalah masa pernikahan sepupu mereka, Syaqeer dan Qistina; teruk pengantin di paksa pose yang gila gila. Kena marah dengan Pak Long pun dia buat tak faham. Nasiblah Kakak Qistina tu sporting orangnya, kalau tak, mungkin dah sedepa muncung si pengantin. Aiman tak boleh lupa bila Nureen suruh abangnya si Syaqeer baring di riba Qistina. Mahu menjerit sepupu sepupu yang ada. Tapi Nureen dengan selamba menjawab," Korang semua keluar lah dulu.Bukan Nur nak ajak korang pun.Cuma nak ambil gambar Abang Qeer dengan Kak Qis je dalam bilik." Mak Long dah nak keluar aura mengamuk. Nasib ada Mak Su dan Ibunya di dalam rumah. Itulah Nureen, umur belum pun masuk 20 tahun, tapi mentel yang amat, kata Kaklong Zeeta.
Andi menggawangkan tangan ke wajah Aiman. Hisy Aiman ni, orang adalah bertanya itu ini, dia boleh berangan pula! Tak sabar nak jadi suami orang agaknya!
"Man! Aku tanya ni!" Sergah Andi. Aiman terpinga pinga di jerkah sedemikian. Eh, mengelamun ke tadi. Haila..paisey doh!
"Err, kau tanya apa?"
"Kau dengan Amani tu macam mana boleh je ikut cadangan mak ayah kau ni?" Andi memang tak boleh nak digest benda macam ni. Lagi lagi di Singapore ni. Ada ke lagi kawin diatur keluarga? Kahwin macam tu, bukan di kira kahwin paksa ke? Boleh kekal ke? Macam macam perkara bermain di benak Andi. Balik nanti, dia nak cerita dengan isterinya. Selama ni isteri dia si Nina tu cuma layan novel yang macam tu. Naik mual dia dengar cerita Nina tentang watak watak dalam novel yang kena paksa kahwin. Ada yang kerana wasiat, ada yang kena tangkap basah, ada pula kerana nak pelihara maruah keluarga. Hah, ni Nina! Amek kau! Tak payah baca novel yang rekaan penulis semata mata. Depan Andi ni ada watak hidup yang diatur perkahwinannya. Andi tenang menanti jawapan Aiman.
"Aku dengan Amani memang tak ada pilihan sendiri.Selama ni pun,dia cuma rapat dengan aku. Dengan sepupu sepupu lain pun bukannya dia rapat sangat. Sejauh ini, aku tak rasa aku ada masalah untuk jadikan dia isteri. Aku percaya, things can be worked out."Jelas Aiman. Wajah ceria Amani terbayang di mata. Sejak diberitahu tentang perkahwinan mereka, lagak Amani seperti biasa saja. Tak ada pula tanda protes, tak pula manja terlebih.
"Amani pula?" Soal Andi lagi.
"Dia macam biasa saja. Suruh pilih baju,dia pilih. Suruh pergi kursus, dia ceria saja sepanjang kursus. Kau bukan tak pernah nampak dia,kan?"Balas Aiman.
Andi mengangguk tanda faham.
"Aku ingat kahwin macam ni hanya berlaku dalam novel atau drama je. Tak sangka kawan sendiri pun kena kawin atur." Andi tergelak kecil.
"Mangkuk lah kau!" Aiman pura pura marah. Hakikatnya, dia sendiri tak pernah terbayang dia akn mengakhiri zaman bujangnya sebegini rupa.