Friday, March 2, 2012

Kisah tanpa tajuk 3





Sebulan lagi semester di Politeknik akan bermula. Bermulalah kehidupan baru bagi Dian Thahirah. Berbagai rasa bermain di hati. Iyalah, tempat serba baru; guru baru, kawan kawan baru,suasana belajar yang baru. Siapa yang tak teruja,kan? Tapi adakalanya dia berasa seperti mahu menghentikan pengajian saja. Tengok pada pengorbanan Iqram, dia berasa malu untuk terus menerus mahu mengejar cita citanya. Dia nak jadi apa sebenarnya? Dian Thahirah pernah bercita cita mahu jadi guru tadika, pernah juga bercita cita mahu menjadi jururawat. Kemudian itu apabila dia sedar, mana ada jururawat yang boleh pakai tutup aurat di Singapura ini, cita citanya dihumban ke dalam almari! Apabila dia melihat kakak-kakak senior mengambil jurusan Mechanical Engineering sewaktu dia hadir ke rumah terbuka Politeknik Singapura sebelum peperiksaan 'O' levels-nya pula, dia yakin, itulah jurusan yang akan di lakukannya. Puan Iqram memujuk, memberi pendapat agar dia mengikuti jurusan lain, tapi dia tetap dengan keputusannya. Sempat dia minta bantuan talian hayat dari Melbourne. Si Encik jurutera pun apalagi, beri sokongan moral 101%lah. Dian Thahirah akan mengikuti jejaknya. Siapa yang tidak seronok! "Ramai kakak kakak yang ambil jurusan itu Abang Iq, pakai tudung lagi. Ada dua tiga tu pakai purdah tau. So tentulah jurusan itu sesuai dengan orang macam Dian," pandai si bongsu memujuk. "Susah jaga anak dara ni. Patutlah ada hadis pasal menjaga anak perempuan ni,kan?" Iqram menyerang balas secara lembut. Mengharap agar adik kesayangan mahu mengalah. Namun akhirnya dia yang kalah juga. "Abang Iq dah tak nak jaga anak dara ni lagi kah?" soal Dian Thahirah lesu. "Abang Iq nikahkan saja lah ya?" Iqram pura pura tegas. Memang Dian Thahirah tahu, dalam wasiat arwah Pakcik Yusof ada mengatakan Iqram berhak menentukan jodohnya. "Dian sedar, Dian susahkan Abang Iq, tapi tak payahlah buang Dian dengan cara macam itu. Kalau Abang Iq tak suka Dian lagi, biarlah Dian cari mereka....." Dian pun sudah masuk dalam mode nak kecil hati. Mendengar kata kata itu, pantas Iqram memintas. "No! Selagi Abang Iq hidup, You are not going back there!" Itu pesan ayah. Jangan sampai Dian balik pada keluarganya. Ayah tak mahu Dian bercelaru melihat cara kehidupan mereka. Kalau sekadar menziarah sekali sekala itu, tak apa. "Tapi Abang Iq macam dah penat jaga Dian," rajuknya. Iqram menghela nafas berat. "Janji Dian akan jaga diri, jaga maruah bila masuk Poli okay?" Dian tersenyum gembira. Siapa yang tak gembira kan? "Sayang Abang Iq!" Dia memeluk Iqram kemudian berlari ke dapur mendapatkan kakak iparnya. Mona yang sedang menjemur kain di peluk erat. "Thanks kak, doakan Dian. Sayang kakak more than Abang Iq!" Dian berseloroh. Pasangan itu lah pengganti ibu dan ayah. Dia mencium pipi Mona. Lama.... Kalaulah ibu masih hidup.. Ketukan di pintu menghentikan lamunannya. Dia menyeka airmata yang entah bila mengalir. Lemahlah kalau dah teringat kat arwah ibu. Mesti leleh habis. Tapi kslau terkenangkan ibu kandungnya, tak ada pula nak terasa sebak. Mona menjengul di muka pintu. Wajahnya sukar di tafsirkan. Entah, apa yang tak kena pula kali ni. "Dian, ada budak lelaki cari Dian. Dia ada dekat luar dengan Abang Iq," Mona bersuara rendah. Berkerut dahi mendengar apa yang Mona katakan. Budak lelaki mana pula ni? Dia lantas bangkit dari katilnya. Tadi, Dian memang minta izin untuk berehat dari Mona. Dia tak sedap badan. PMS mungkin. Lambat lambat dia menyarungkan tudung dan abaya ke tubuhnya. Kaki melangkah mengikut Mona ke ruang tamu. "Dah lama kawan dengan Dian?" terdengar Suara Iqram memecah sunyi. Berderau darah Dian mendengar soalan sedemikian. Ini namanya interrogation, bukan berkenalan! Siapa pula yang berani datang ke rumahnya ni!! "Saya satu kelas dengan Thahirah dari menengah satu lagi. Tapi tak pernah berkawan." Hah! Ambil tu! Punya lah berterus terang! Tapi Dian Thahirah masih belum dapat menangkap tuan punya suara itu. Dian berdehem sedikit menandakan bahawa dia ada di situ. Pantas Iqram mendongak memandang adiknya itu. Wajah itu tampak tenang. Awas Dian, jangan sangka air yang tenang tak ada buaya. Jangan sangka Abang Iq tenang, kau tak kan kena grounded! Kata hatinya. Mata sudah membayangkan senario malam nanti. "Dian, ni kawan kelas Dian datang," beritahu Iqram. Dian Thahirah mengangguk. Dia berjalan melintasi tetamu itu dan merebahkan punggung di sisi Iqram. Kak Mona sudah hilang ke dapur. Tetamu itu yang sedang mengeluarkan sesuatu dari begnya mendongak, membuat jantung Dian berhenti berdegup. Apa si dia ni buat dalam rumah aku?!! "You?" jelas Dian Thahirah terperanjat. "Aku lah, kenapa?" selambanya menjawab. Kemudian dia memandang wajah Iqram sambil menyerahkan beberapa keping gambar. "Gambar Thahirah masa prom nite kelmarin." suara dia; tenang; macam dah biasa berjumpa dengan Iqram pula gaya! Iqram mengambil lalu membelek. Dian Thahirah di sisi hanya berani menjeling. Hatinya yang sudah mula mahu stabil berdegup terus berdegup kencang. Dia dalam bahaya. Bahaya yang amat sangat! "Pandai awak ambil gambar," puji Iqram. Dia menyuakan gambar gambar itu kepada Dian Thahirah tetapi si adik jelas tidak mahu menerima. Hujung jari kaki sudah menguis-nguis karpet. Jemari tangan pula giat memintal hujung tudung. Ya Allah, petanda apakah ini? Si tetamu berdehem kecil. Kemudian dia menggeleng. "Itu bukan saya yang petik. Saya nampak dari camera seorang pelajar." Dia memberitahu. Wajah Dian berubah riak. Dia nampak dalam camera seorang pelajar lain dan kemudian???? "Khairy, maksud kau?" akhirnya dia bersuara juga. "Macam ni errr encik...." Khairy memulakan. "Abang Iqram, panggil saja Abang Iq," Iqram mencelah. "Oh, Abang Iqram," Khairy memandang Dian sekilas. Jatuh simpati pula melihat wajah muram itu. "Saya ada attend farewell camp minggu lepas." beritahu Khairy. Dian memang tidak pergi. Semenjak kes Daniel memegang lengannya, dia kena grounded. "Entah macam mana saya boleh nak belek belek camera seorang pelajar ni. Saya nampak gambar gambar Dian dalam memory card dia. So,...." belum sempat Khairy mengakhiri cerita, Dian Thahirah menyambung dengan spekulasi sendiri. " U have them printed?" Khairy mengangguk. "Habis tu yang dalam memory card?" soal Dian Thahirah. "I deleted them." jawabnya bersahaja. Dian Thahirah mengangguk. Kemudian... "Camera siapa?" tentu bukan camera mana mana pelajar perempuan. Waktu itu Dian tak nampak pun mana mana kawan kelasnya menggalas beg camera. "Daniel. Dia kan presiden kelab fotography. Tak kan kau lupa." datar saja suara Khairy kedengaran di telinga. Dian sekadar mendengar, Memang tidak pernah ambil tahu. " Kawan awak tu tak marah ke awak delete semua gambar adik Abang Iq ni?" tiba tiba Iqram bertanya. " Bukan marah saja, sempat bertumbuk. Tapi tak apa lah, last fight." Khairy menjawab memandang tepat ke mata Iqram. Iqram hanya menggeleng. "What makes you?"soal Dian Thahirah. "Aku dengar dari Sarah yang kau kena grounded pasal Daniel. So i assume mak ayah kau mesti strict. Aku cuma tolong kau saja. What if he post gambar gambar kau kat net?" Dian ada beritahu Sarah sebab kenapa dia tak pergi ke farewell camp itu. Memandai pula Sarah menyampaikan pada Khairy ni. "Mak bapak aku dah tak ada. Ni abang aku." Dian menjawab hambar. Khairy mengangguk, serba salah. Salah channel lah pulak! "Dian nak pergi dapur. Tolong Kak Mona," dia memaklumkan pada Iqram. Rupanya tetamu itu di ajak makan tengahari pula. Abang Iqram mana suka kalau tetamu tidak di jamu. Sepanjang Khairy berada di situ, Dian hanya memerap di dapur. Sesekali terdengar suara Iqram dan Khairy ketawa. Entah apa yang di ceritakan mereka. Cuma sebelum Khairy pulang, sia sempat memberitahu sesuatu pada Dian yang membuat gadis itu menghela nafas lega. "Dont worry, Daniel masuk Ngee Ann. You wont be seeing him."

No comments: