Friday, March 2, 2012





Rokok di tangan di campak ke tanah lalu di pijaknya. Sneakers Nike yang dia beli entah berapa tahun yang lalu itu elok saja memijak mijak puntung rokok yang di campaknya tadi. Muka rakan sekerjanya itu di pandang lama. Cuba mencari cari riak bohong pada wajah itu.

"Kau betul ni Man?" Soal Andi. Aiman mengangguk selamba; santai mengunyah pisang goreng yang di beli dari kafe di hujung jalan itu tadi.

"Tak ada angin, tak ada ribut, tiba tiba kau cakap nak menikah, dengan sepupu sendiri pula tu."

"Mak ayah aku suruh. Kitorang rapat sangat, tu yang parents aku risaukan." Andy merenung wajah Aiman.

"Don't tell me sonething has happened?" Soalannya berbaur tuduhan.

PAAPP! Aiman menepuk paha Andi. Terjerit Andi mengaduh kesakitan.

"Aku bukan macam tu eh!" Aiman memberi peringatan. Kacau betul! Kalau Andi yang berfikiran terbuka ni pun boleh fikir ke arah itu, apatah lagi jiran tetangga, saudara mara yang kepo kepo tu? Aiman meraup muka. Lepas ni hidup mesti kecoh.Boleh ke Aiman Amani tanggung gossip liar yang bakal mewarnai hidup mereka berdua?

Aiman menoleh ke sisi rakannya.

"Aku tak jemput ramai orang, buat dalam rumah je. But aku harap kau datang dengan isteri kau." Dia memberitahu Andi. Andi membawa tangannya ke dada.

"Ni Andi lah bro, anything for the sake of brotherhood. Tapi kalau Nina sihat, aku heret dia sama lah. Dia pun nak tunggu hari je tu."

"Err, kalau gitu, kau jadi photoG aku je lah ya. Tak payah aku nak minta tolong adik sedara aku."Sebenarnya, itu memang niat Aiman menjemput Andi. Dia mahu Andi jadi official photographer dan bukan Nureen, adik sepupu dia yang kecoh tu. Dia takut kalau Nureen sabotaj suruh dia dan Amani posing yang bukan bukan pada hari pernikahan mereka nanti. Budak setahun jagung tu,walaupun umur belum cukup, bab kenakan orang dia memang nombor satu. Tengok sajalah masa pernikahan sepupu mereka, Syaqeer dan Qistina; teruk pengantin di paksa pose yang gila gila. Kena marah dengan Pak Long pun dia buat tak faham. Nasiblah Kakak Qistina tu sporting orangnya, kalau tak, mungkin dah sedepa muncung si pengantin. Aiman tak boleh lupa bila Nureen suruh abangnya si Syaqeer baring di riba Qistina. Mahu menjerit sepupu sepupu yang ada. Tapi Nureen dengan selamba menjawab," Korang semua keluar lah dulu.Bukan Nur nak ajak korang pun.Cuma nak ambil gambar Abang Qeer dengan Kak Qis je dalam bilik." Mak Long dah nak keluar aura mengamuk. Nasib ada Mak Su dan Ibunya di dalam rumah. Itulah Nureen, umur belum pun masuk 20 tahun, tapi mentel yang amat, kata Kaklong Zeeta.

Andi menggawangkan tangan ke wajah Aiman. Hisy Aiman ni, orang adalah bertanya itu ini, dia boleh berangan pula! Tak sabar nak jadi suami orang agaknya!

"Man! Aku tanya ni!" Sergah Andi. Aiman terpinga pinga di jerkah sedemikian. Eh, mengelamun ke tadi. Haila..paisey doh!

"Err, kau tanya apa?"

"Kau dengan Amani tu macam mana boleh je ikut cadangan mak ayah kau ni?" Andi memang tak boleh nak digest benda macam ni. Lagi lagi di Singapore ni. Ada ke lagi kawin diatur keluarga? Kahwin macam tu, bukan di kira kahwin paksa ke? Boleh kekal ke? Macam macam perkara bermain di benak Andi. Balik nanti, dia nak cerita dengan isterinya. Selama ni isteri dia si Nina tu cuma layan novel yang macam tu. Naik mual dia dengar cerita Nina tentang watak watak dalam novel yang kena paksa kahwin. Ada yang kerana wasiat, ada yang kena tangkap basah, ada pula kerana nak pelihara maruah keluarga. Hah, ni Nina! Amek kau! Tak payah baca novel yang rekaan penulis semata mata. Depan Andi ni ada watak hidup yang diatur perkahwinannya. Andi tenang menanti jawapan Aiman.

"Aku dengan Amani memang tak ada pilihan sendiri.Selama ni pun,dia cuma rapat dengan aku. Dengan sepupu sepupu lain pun bukannya dia rapat sangat. Sejauh ini, aku tak rasa aku ada masalah untuk jadikan dia isteri. Aku percaya, things can be worked out."Jelas Aiman. Wajah ceria Amani terbayang di mata. Sejak diberitahu tentang perkahwinan mereka, lagak Amani seperti biasa saja. Tak ada pula tanda protes, tak pula manja terlebih.

"Amani pula?" Soal Andi lagi.

"Dia macam biasa saja. Suruh pilih baju,dia pilih. Suruh pergi kursus, dia ceria saja sepanjang kursus. Kau bukan tak pernah nampak dia,kan?"Balas Aiman.

Andi mengangguk tanda faham.

"Aku ingat kahwin macam ni hanya berlaku dalam novel atau drama je. Tak sangka kawan sendiri pun kena kawin atur." Andi tergelak kecil.

"Mangkuk lah kau!" Aiman pura pura marah. Hakikatnya, dia sendiri tak pernah terbayang dia akn mengakhiri zaman bujangnya sebegini rupa.

No comments: