Friday, March 2, 2012

Kisah tanpa tajuk 4






Dian Thahirah berjalan tanpa arah di bangunan Mechanical Engineering itu. Jam sudah menunjukkan pukul 3.15 petang. Gusar kerana dia belum melakukan solat Zuhur lagi. Kuliah tadi berakhir jam 1.45 petang. Kemudian itu, dia diajak berdiskusi dengan rakan rakan sekumpulan. Mahu menolak, dia baru saja berkawan dengan mereka, tambahan pula mereka bukan rakan sebangsa. Budak budak Cina ni tahu ke waktu solatnya? Hatinya memang tidak tenteram sepanjang satu jam diskusi itu dijalankan. Sehingga kegusaran wajahnya menjadi perhatian ketua kumpulannya.

"Dian, you have a problem with our discussion?" tanya Eric penuh prihatin. Dian kelihatan serba salah. Bagaimana mahu beritahu? Dia memandang rakan rakan yang lain.

"Err, I actually have to excuse myself." Dian memberitahu.

"You are rushing somewhere?" Eric bertanya lagi. Suka pula dia melihat gadis di depannya yang berselubung dengan jubah kelam dan paahmina ini. Eric terasa bagai berada du timur tengah setiap kali berada dekat dengan Dian Thahirah.

"I have yet to perform my afternoon prayers," Dian Thahirah memberitahu perlahan. Serba salah mahu bersuara. Takut di kata dia mengada- ngada.

Eric menepuk meja. Dian Thahirah terkedu melihat perlakuan Eric. Oh no!!! Kemudian Eric tersenyum pula.

"I forgot that you Muslims pray five times a day. My neighbour's kids; they told me that." Eric memberitahu. Memandang rakan rakan yang lain, Eric menyambung lagi.

"Let's call it a wrap? This lady here needs her time." Angeline menepuk tangan, gembira.

"I dont need to pray, but i sure do need a puff," Angeline membisikkan ke telinga Dian. " Let's make a move,babe." Dian Thahirah membalas senyuman Angeline. Merokok pula minah kacukan ni. Sayang, muka lawa lawa macam ni, sengaja pula dia nak memendekkan umur.

Saat semua ahli kumpulan sudah bersurai, Dian masih tercari cari di mana letaknya musolla. Mahu bertanya, dia tidak pula berpapasan dengan sesiapa. Manalah perginya semua pelajar pelajar Melayu di sini? Takkan semua sudah pupus?

Dian berjalan lagi menuju ke hujung blok. Langkahnya yang tidak pasti itu membuat dia kelihatan seperti rusa masuk kampung. Dalam hati dia mengutuk diri sendiri. Minggu lepas dia seperti terlupa nak tanya di mana letaknya musollah. Sekarang ini, terkial kial sendiri. Akhirnya, Dian bercadang mengambil wudhu sahaja di tandas berdekatan dan lepas itu, carilah ceruk ceruk mana untuk bersolat. Selepas siap berwudhu, dia berjalan ke belakang bangunan. Berhati- hati dia mencari arah qiblat dengan kompasnya. Mujur kompas pemberian Izz sentiasa di bawa ke mana-mana. Kalau nak guna ilmu melihat pada arah matahari, manalah Dian arif sangat, walau dah berkali kali arwah ayahnya mengajar. Dian menghamparkan pashmina xtra yang sentiasa di simpan di dalam begnya, mengikut arah qiblat. Dan dengan tenang, dia mengangkat takbir.

Di luar pengetahuan Dian, perbuatannya di perhatikan sepasang mata. Dan sepasang mata itu ralit memerhatikan setiap gerak Dian sehingga salam kedua di beri.

No comments: