Friday, March 2, 2012

Cerpen - Redha seorang Nusrah (Part 1)



Lauk daging masak kicapnya di simpan ke dalam peti ais. Jam di dinding di pandang sekilas. Sudah hampir satu pagi, namun batang hidung Eddy masih belum kelihatan. Di mana agaknya suaminya itu? Dia mengeluh untuk sekian kalinya. Bukan dia tidak kenal dengan perangai Eddy yang suka merambu tidak tentu hala itu. Dia kenal sangat. Bukan dia tidak kenal Eddy tu. Eddy tu kaki botol, mat motor, kaki clubbing; entah apa apa lagi lah yg boleh di samakan dengan suaminya itu. Tapi dia akur, itulah jodohnya. Jodoh yang di tentukan oleh Tuhan kepadanya. Kalau kakak kakaknya yang lain simpati dan bersedih akan nasibnya,dia pula hanya tersenyum. Baginya, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Begitulah dia. Dia, yang di beri nama Siti Nusrah Insyirah.

Kaki di bawa melangkah ke bilik. Mahu kata Eddy jenis yang tidak bertanggungjawab, jauh sekali. Rumah lima bilik, dengan kemudahan lengkap ini serta makan pakai yang sempurna menunjukkan dia suami yang bukan sedemikian. Nak kata dia tidak sayangkan Nusrah, pun tidak juga. Kasih sayangnya terhadap Nusrah terserlah. Tapi itulah, dia tidak boleh di pisahkan dengan motor dan botol. Macam dah sinonim dengan lelaki Itu.
Telefon rumah berdering nyaring, menjerit minta di jawab. Pantas Nusrah menyambar telefon tanpa wayar di meja sisi. Salam di beri. Dia tahu siapa pemanggil itu berdasarkan nombor pada skrin 'caller id' telefon itu.
"Nusrah?" suara di hujung sana memanggil setelah dia membalas salam. "Emm...Nusrah lah ni," dia menjawab lembut.
"Sayang buat apa pagi pagi buta ni? Kenapa tak tidur lagi huh?" terdengar suara resah Eddy di hujung talian. "Tunggu Abang balik," dia memberitahu. Terdengar keluhan Eddy. Rasa bersalah mungkin kerana membuat Nusrah menunggu.
"Pergilah masuk tidur, abang dah nak balik ni." Eddy seakan memujuk. " Will be reaching you in no time precious." Ayat ayat romantik itu tidak mampu membuang perasaan risau di hati Nusrah.
"Abang, janganlah speed lagi. Nusrah tunggu abang."sempat dia memesan sebelum talian di matikan oleh si pemanggil. Nafas di hela. Lawang hatinya, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, kau ampunkan lah dosa suamiku. Berilah dia peluang untuk menjadi hamba yang bertaqwa."
Kalau lah Eddy se'normal' abang abang iparnya yang lain, alangkah indahnya. Nusrah bukan tidak redha, tapi sebagai seorang isteri, dia teringin sangat merasakan dirinya di bimbing. Macam Nadhirah, kakak sulungnya. Suami Nadhirah, Abang Muhammad itu lepasan institusi tinggi juga macam Eddy. Tapi lain sungguh cara hidup dia. Bibir sentiasa dengan zikrullah. Sembahyang berjemaah menjadi tradisi keluarga. Anak Nadhirah yang bongsu, si Aiman itu baru berumur empat tahun, tapi sudah mampu menjadi bilal. Nadhirah ada memberitahu, setiap pagi Minggu adalah hari tazkirah mereka. Indahnya hidup bersama Tuhan begitu,kan?
Lihat pula kehidupan Nawwarah. Walau Hakimi tidak sewarak Muhammad, dia tidak juga mengabaikan agamanya. Berbeza dengan Muhammad yang mengaggotai sebuah jemaah bertariqat, Hakimi itu rajin ke masjid. Setiap minggu, di bawa Nawwarah Ke masjid untuk mengikuti kuliah dan kelas Fardhu Ain. Dia? Di sinilah dia saban malam sendirian, menanti suaminya pulang. Dan sering pula kepulangan suami itu di dalam keadaan mabuk. Hanya kepada Allah tempat dia mengadu. Kepada ayahnya juga tidak pernah dia mempamirkan keluh kesah. Yakin sekali, tentu ada hikmahnya ayah menerima pinangan Haji Qamaruddin dan Puan Qamariah setahun dulu. Walau Kak Nawarrah menentang, walau Kak Nadhirah menyuruhnya beristikharah, Nusrah hanya terus mempersetuju. "Akak, mesti ada hikmahnya kak." Nusrah memujuk Nawwarah. Tatkala Nadhirah menggesa dia memikirkan masak masak, Nusrah sekadar berseloroh," Tak apalah,dapat suami mat motor, bolehlah Nusrah ambil lesen motor lepas ni. Boleh konvoi pergi ekspedisi dengan dia. Keluarga kita semua cuma boleh pandu kereta saja kan? Tak ada thrill, lah." Dan kakak-kakaknya hanya mampu menggeleng kepala seraya berdoa agar kebahagiaan bakal menjadi milik si adik hingga ke akhirnya.

Nusrah membuka mata saat terasa ada tangan kasar yang membelai pipinya. Rambutnya yang menutupi separuh wajah di sebak kebelakang. Eddy sedang duduk di sisinya dengan wajah penuh keletihan. Saat melihat susuk suami di hadapannya, pantas tangannya meraih tangan suaminya itu; di salam lalu di kucup penuh hormat. Wajah suami di tatap manis. "Nusrah ambilkan abang air ya? Tentu abang penat." penuh santun dia menutur. Pipi suami di belai mesra. Rindu dengan wajah yang hanya dia tatap lewat malam dan awal pagi itu. Syukur kepada Tuhan kerana Eddy selamat sampai ke rumah seperti yang dia doakan.
"Nusrah, tak payah sayang. Abang dah minum." Eddy menahan isterinya dari berlalu. Tubuh kecil itu di gamit ke sisinya. Isteri yang di nikahi enam bulan yang lalu. Isteri yang tidak pernah bermasam muka dengannya. Isteri yang menjadi idaman setiap lelaki. Wajah isterinya itu di tatap lama. Tidak betah di tenung sedemikian, Nusrah melarikan pandangan.
"Abang rindu Nusrah," ucap Eddy. "Nusrah tahu." tersenyum Nusrah membalas kata kata suaminya.
"Macam mana Nusrah tahu?" soal Edry. Pelik dengan jawapan isterinya itu. "Abang tak mabuk malam ini. Jadi Nusrah yakinlah apa yang abang cakap tu benar." lembut saja kata-kata isterinya tapi terasa seperti belati yang menikam hati. Menusuk sekali bunyinya.
Genggamannya pada jemari Nusrah dilonggarkan. Sedar bahawa sang suami mungkin terasa dengan kata-katanya, cepat dia memohon maaf.
"Abang, Nusrah minta maaf. Tiada niat untuk menyakiti hati abang tapi memang Nusrah gembira setiap kali abang balik macam ni. Hati isteri mana yang boleh tenteram selagi suaminya tidak ada di depan mata, bang. Nusrah jarang dapat lihat wajah abang, Nusrah ni lagilah rindu."
Terkedu Edry mendengar. Nusrah rindukan dia? Nusrah tidak menyampah dengan perangai dia?
Tangan di bawa membelai rambut isterinya. Rambut Nusrah panjang melepasi pinggang. Hitam dan lebat, tidak pernah di lihat oleh lelaki ajnabi. Teringat Eddy pada kali pertama Nusrah melepaskan hijab di hadapannya. Pada malam pertama mereka sah menjadi suami isteri. Malam itu, sewaktu dia masuk ke dalam kamar pengantin, Nusrah sedang melipat telekung. Entah solat apa, kerana solat Isyak sudah di lakukan berjemaah sebelum itu bersama seisi keluarga.
Dia teringat kata-kata Nusrah tatkala dia ralit memerhati rambut isterinya yang panjang mengurai itu.
"Maaf, saya tak reti berfesyen. Rambut ni, tidak pernah di dandan di mana mana salon pun. Dan selain ayah, awaklah lelaki pertama yang melihat saya tanpa hijab." "Jadi, saya orang luar yang dapat lihat aurat awak, begitu?" waktu itu sengaja Eddy memprovok, mahu menguji gadis di depannya. Ibu kata, Nusrah anak yang taat. Tentunya dia akan menjadi isteri yang taat juga. Sewaktu ibu memberitahu, hati Eddy jengkel sekali. Entah iya, entah tidak. Mana tahu Nusrah itu kahwin terpaksa, kemudian akan tulis kontrak kahwin. Macam dalam cerita cerita di televisyen itu. Perempuan, mesti suka nonton cerita merepek macam itu kan? Hah, lepas itu dia ikut lah juga!
Nusrah sekadar mengangguk. Eddy tersenyum sinis. Apalah hendak di banggakan sangat aurat yang tersimpan. Bukan dia tidak faham syariat, tapi kenapalah ekstrim sangat sampai dalam rumah pun pakai tudung. Depan perempuan bangsa asing pun nak tutup aurat. Bukannya perempuan perempuan bangsa asing itu tidak memiliki apa yang dia miliki. Nusrah.... Nusrah....
Eddy masih mahu menguji.
" Ini kali pertama awak biarkan rambut awak di perlihatkan orang selain dari keluarga sendiri kan? Maksud saya; ayah dan kakak kakak awak?"
Mata mencerun memandang Nusrah yang sedang menyediakan tempat tidurnya. Lincah tangan gadis bertubuh kecil itu membentangkan gebah di atas katil yang masih lagi berhias dengan cadar yang cantik itu. Selimut dan bantal juga di sediakan rapi. Hanya anggukan yang menjadi jawapan. Perlahan dia merapati gadis itu.
"Kenapa awak macam tak segan segan depan saya? Ibu kata awak ini gadis pingitan." Tangannya sengaja di bawa membelai rambut Nusrah. Gadis itu tiba tiba membeku. Pucat wajahnya di perlakukan sedemikian. Eddy tertawa di dalam hati. Uh! Tadi tunjuk gungho! Tahu pun kejong!!!
"Saya takut sebenarnya. Saya takut jadi isteri awak, itu sebenarnya. Tapi saya tidak mahu kecewakan sesiapa. Dan kini, setelah menjadi isteri awak, saya sedar akan tanggungjawab saya. Apa pun yang awak akan lakukan pada saya, saya redha. Walau ia menyakitkan fizikal, mental dan spiritual saya. Saya sedang dalam proses mencari redha Tuhan. Kalau perkahwinan ini adalah salah satu cabarannya, saya cekal." Dalam kekalutan hati, sempat juga Nusrah berhujjah.
Hati lelakinya tersentuh sangat di kala itu. Nusrah bukan gadis tidak berpelajaran. Dia sempat menamatkan pengajiannya sehingga peringkat diploma sebelum di sunting oleh keluarga Haji Qamaruzzaman. Sempat juga dia bekerja di sebuah syarikat MNC sebelum dia berhenti sebulan lalu atas permintaan Eddy. Waktu itu, Eddy sekadar menguji, mahu melihat kalau kalau tunangnya itu memprotes. Tapi elok saja tunang yang dia tidak pernah heret ke mana mana itu menerima usulannya.
"Saya mahukan isteri yang boleh jaga makan pakai saya. Yang sentiasa ada dirumah bila saya pulang dari kerja. Yang saya boleh harapkan waktu saya memerlukan." Mana ada perempuan berkarier yang sanggup tinggalkan kerjaya untuk jadi bibik sepenuh masa. Lagi lagi kalau suaminya itu gila gila macam dia! Tapi bukan Nusrah. Sedikit pun dia tidak cuba untuk berunding demi kepentingan dirinya! Pelik sungguh!
"Kalau saya berhajatkan awak malam ni pun, awak akan setuju saja? Macam itu? Awak tak nak suruh saya tandatangan apa apa perjanjian? Maklumlah awak bukan tak kenal siapa saya, kan? Mana tahu awak tak mahu saya usik mahkota awak. Saya kan penuh dengan dosa..." Eddy bertanya. Walau hati sudah mula berputik rasa kagum dengan gadis di depannya, dia tetap mahu tahu kalau Nusrah memiliki agenda lain. Perlahan Nusrah memaling tubuh, menghadap Eddy.
"Encik Iqmal Zahidi, sejak menjadi tunangan awak, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk buat perkara yang tidak tidak. Malahan,saya amat takut kalau perbuatan saya setelah menjadi isteri awak bakal memalukan keluarga saya. Saya tak mahu orang mengatakan arwah mama, ayah dan kakak kakak saya tidak tahu mendidik saya. Dan tadi setelah sah menjadi isteri awak, saya menjadi lebih takut. Takut sangat kalau saya tak mampu menjaga maruah suami dan maruah keluarga mertua saya. Tangungjawab saya sebagai anak, isteri dan menantu sudah cukup berat bagi saya. Mana mungkin saya sanggup membuat perkara merepek itu semua? Saya tidak sanggup di laknat malaikat hingga ke Subuh. Saya tak mahu mati tanpa redha suami. Saya takut untuk menjadikan neraka tempat rehat saya di sana. Saya tak mahu." Mendengar jawapan Nusrah dengan suara menahan tangis, Eddy menjadi serba salah. Pantas tubuh gadis itu di tarik dalam pelukan. Dia memeluk Nusrah kejap. Pilihan ayah dan ibu tidak pernah salah. Dan kemudian dia terasa baju Melayunya basah. Menangislah Nusrah. Aku tak akan buat kau menangis lagi. Janjinya pada waktu itu.
Nusrah dan dia di ijab kabulkan atas kehendak keluarga. Nusrah sememangnya mencari keredhaan ayahnya manakala dia, tidak memilih. Siapa yang ibu ayahnya pilih, dia akur saja. Dengan caranya yang ranggi, dia malas mahu melayan kerenah menantu dan mertua yang macam macam. Kalau sudah ayah yang memilih, dan ibu serta kakak dan abangnya setuju, dia ikutkan saja. Semoga ada berkat di situ. Sebab itulah dia tidak mrnolak usulan keluarganya untuk memperisterikan Nusrah asalkan keluarga Nusrah menerimanya. Bahkan member member motor dan rakan sekerja pun agak tercengang melihat isterinya di hari pernikahan mereka. Si mat clubbing dapat isteri bertudung litup.
"Bro, bukan ke ada kata kata yang mengatakan perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik saja?" Hazrul, member clubbingnya menyoal tidak puas hati. Eddy hanya ketawa geli hati.
" Itu maknanya aku ni lelaki baik baik lah," dia membalas. Si rakan mencebik panjang, meluat mendengar jawapan ego si pengantin lelaki.

"Abang, jom rehat kat dalam. Nusrah mengantuk sangat," ajakan si isteri membawa dia kembali ke alam nyata. Ahh... Jauh dia mengelamun.
Eddy sekadar mengangguk. Kasihan isterinya itu. Terpaksa bersengkang mata menanti dia pulang. Setianya dia... Tapi kau Eddy? Hati menjadi radang dengan kekhilafan diri sendiri. Bila mahu berubah? Demi Nusrah, demi Akhirat, demi Tuhan yang menjadikan kau? ahhhggghh

"Jom sayang. Abang pun dah letih." Tubuh Nusrah di cempungnya hingga ke bilik. Begitulah sayangnya pada Nusrah. Perlahan tubuh itu di baringkan dan di selimutkan. Kasihnya dia pada Nusrah. Di kaki katil sudah tersedia sepersalinan pakaian. Tuala, T shirt, kain pelikatnya, akan sentiasa berganti setiap hari. Nusrah akan pastikan pakaiannya berganti walau dia berkali kali memberitahu dia boleh ulang pakai baju untuk tidur kerana tidurnya hanya sekejap saja. Manakan tidak, pulangnya jam dua pagi. Seawal tujuh pagi dia sudah keluar ke tempat kerja pula. Tak sempat pakaiannya nak melekat peluh. Lagipun bilik tidurnya berhawa dingin. Tapi Nusrah tetap Nusrah. Dia tetap jaga pakaian suaminya sebaik mungkin.

Nusrah sebak tatkala terasa pipi dan dahinya di cium Eddy. Kenapa suami yang baik terhadapnya itu belum mampu berbaik baik dengan Tuhan. Doa Nusrah masih belum Tuhan tunaikan. Dia perlu gigih berdoa dan berusaha lagi. Bukankah doa itu senjata orang mukmin? Atau mungkin Nusrah masih belum menjadi orang yang beriman? Tuhan, bantulah aku, pintanya.Teringin sangat Nusrah menjadi makmum kepada seorang lelaki bernama Iqmal Zahidi.


"Nusrah apa khabar?" ayahnya menyoal. Sesekali dia menjenguk ayah dan ibunya, tentu Nusrah yang mereka cari. " Dia sihat." pendek saja dia membalas. "Kenapa tak bawa dia sekali. Ibu tak rasa Nusrah tak mahu ikut kalau di ajak." ibunya pula mengasak dengan provokasi sedemikian. Eddy tersenyum tawar. Nak ajak Nusrah? Naik motor dia?
"Orang datang naik motor ibu."cepat dia mereka alasan.
"Alah, Nusrah itu bukannya cerewet. Kamu ni dari mana sebenarnya? Keluar dengan kutu kutu motor? Bilanya kamu nak berubah Eddy?" ayah mencela, bagai tidak mengizinkan dia membela diri. "Tadi ada konvoi ayah, member Eddy kawin." alasan lagi. Tapi memang dia tidak menipu. Salah seorang kutu motor kumpulannya bersanding tengah hari tadi. Maka dia dan member member yang lain telah keluar mengiringi kereta pengantin. Dia pun bukan kutu sebarangan. Motor dia jenis Ducati tu adalah idaman ramai.
" Kamu tahu tak perasaan ibu ni Eddy?" Bahunya di jungkit. Manalah dia tahu perasaan ibunya itu.

"Malu ibu dengan mertua kamu. Dengan ipar duai kamu. Tu si Nadhirah dengan Nawwarah. Suami moleh molek, sesempurna manusia. Ibu malu anak Ibu macam ni. Kasihan Nusrah itu.. Kalaulah Mama dia hidup lagi, tentu dia sedih bermenantukan hantu!" aduh, pedas sungguh di sindir sedemikian.
"Kalau Ayah jadi mertua kamu, menantu macam ni tentunya di reject awal awal tau. Ayah tak tahulah kenapa mereka diam tak menegur pun perangai kamu ni. Kalau mak bapak orang lain, dah berpisah agaknya kamu dengan anak diorang." kata kata Hj Qamaeuzzaman menyentap perasaannya. Di pisahkan? Dengan isteri sebaik Nusrah? Mintak simpang!! Dia tak mahu!!!
"Berubah lah Eddy. Fikirkan masa depan. Kalau kamu tak kisah masuk neraka, fikirkan zuriat kamu. Ibu ayah bukan tak pernah didik kamu. Tapi tak tahulah di mana silap ibu, sampai kamu abaikan suruhan Tuhan. Dosa ibu yang manalah yang belum ibu taubatkan sampai Tuhan uji ibu macam ini." Puan Qamariah sudah mula beremosi. Sedih ada; menyesal sekali sekala datang menerjah di hati tatkala terfikir akan nasib menantu pilihan keluarga itu. Selalunya, mertua dengan menantu tak boleh nak berbaik. Tetapi dia tidak, simpati sungguh dia dengan nasib Nusrah setelah bergelar menantunya. Semoga menantunya itu mendapat pembelaan dari Allah.




Dapur Encik Ahmad riuh dengan suara anak anak perempuannya. Hari itu, hari lahir Encik Ahmad yang ke lima puluh. Mahu dibawa makan di hotel, dia menolak. Maka, Nadhirah mencadangkan mereka berkumpul di rumah bapa mereka. Nawwarah serta suaminya sedang sibuk menghias kek hari jadi. Sejak kebelakangan ini, suami Nawwarah kemaruk menghadiri kelas mendekor kek bersama isterinya. Hakimi seronok menghabiskan masa bersama Nawwarah membuat perkara yang sama sama di minati mereka.
" Bi, fondant merah tu untuk bunga bungaannya lah Bi." omel Nawwarah tatkala Hakimi sudah mula menguli fondant siap sedia yang Nawwarah bawa dari rumah mereka.
" Eh, bukan Nawwar kata tutup kek ni dengan fondant merah ke tadi? Lepas tu wording guna yang kuning. Bunga bunga kan Bi dah buat kelmarin guna sugar paste," Hakimi merenung isterinya. Ni macam ada yang tertinggal saja gaya si Nawwarah. Nawwarah tersengih sengih mendengar pertanyaan Hakimi. "Sugar paste yang Bi buat tu... Tertinggal kat dalam peti sejuk. Nawwar lupa nak ambil lah," Nawwarah memberi alasan. Hakimi menggeleng kepala. Sejak dua menjak ni, isterinya sering sangat lupa itu ini.
" Isteri kamu ni ada termakan semut ke Kimi? Kak Dhirah tengok asyik lupa lupa saja. Kak Dirah tempah pizza base dengan dia pun boleh dia lupa nak buat! Banyak pula akak order tau. Seratus keping. Nak buat jualan amal minggu depan."celah Nadhirah yang sedang menumis nasi beriyani. Nadhirah memang pakar memasak. Kawan kawan suaminya pun akan mengupah dia kalau mereka ada majlis. Air tangan Nadhirah persis arwah Mama mereka. Masak apa pun sedap, menurut Encik Ahmad.
Nawwarah tertawa. Mana ada makan semut, memang dia betul betul lupa kerana sibuk dengan tempahan kek cawan dari wedding planners yang berusaha sama dengannya.
"Iya ke kak? Tak apa, kalau gitu,hari Rabu ni, Kimi off kerja. Kimi buat untuk akak. Rezeki jangan di tolak. Rezeki anak dalam perut," Hakimi menjawab. Pantas Nawwarah mencuitnya. "Oooppss... Terlepas cakap," dia membisik kepada Nawwarah. Nusrah sudah tergelak gelak. Patutlah Nawwarah jadi pelupa. Pembawaan anak rupanya.
" Betul ke ni, kak Wawa?" soal Nusrah, sedikit teruja. Nawwarah tersenyum mengiyakan. Alhamdulillah, Nusrah memanjatkan syukur di dalam hati. "Akak kena jaga kesihatan ni. Tak boleh renyah renyah," petes dia menasihatkan. Tangannya mengelus perut Nawwarah yang masih kempes itu. Ini kandungan Nawwarah yang kedua. Setahun lalu, Nawarrah kehilangan bayinya kerana dia terjatuh dalam bilik air. Tapi Nawwarah tenang. Dia terima dengan redha mehnah yang berlaku. Kata Nadhirah, tentu ada hikmahnya kenapa Allah ambil semula nimat yang Dia mahu beri pada kita. Dan Nawwarah akur dengan nasihat kakaknya itu.
"Semoga Allah permudahkan urusan," Nadhirah pula mendoakan. Dia juga gembira dengan beritayang baru di dengarnya.
"Kamu pula bila lagi Nusrah?" tanya Nawwarah. Nusrah tersenyum. Belum lagi ada rezeki seperti itu bagi dirinya.
"Tak apa, baru lagi pun. Belajar jadi isteri yang baik dulu. Nanti senang nak jadi ibu yang baik," celah Nawwarah. Nusrah mengangguk. Akur, bukan mudah memiliki anak dengan keadaan seperti sekarang. Tidak mampu di fikirkan akan masa depan anaknya nanti.
"Dia memang isteri yang baik, Kak Dhirah."Eddy saja yang belum dapat saingi dia," terdengar suara Eddy mencelah dari ruang tamu. Hisy, telinga tikus betul. Dalam masa dia melayan anak Kak Dhirah bermain dengan iphone nya pun, sempat juga dia memasang telinga. Nusrah menjenguk le ruang tamu. Eddy sedang memangku anak buahnya. Dia melihat Eddy mengenyitkan mata ke arahnya. Ada ada saja!

Rokok di tangan di nyalakan. Selepas makan, mata terasa mengantuk pula. Apalah nasib, dia berada di rumah mertuanya. Kalaulah di rumah sendiri, mahu saja dia berkubang di atas katil. Ahli keluarga yang lain sudah siap berwudhu. Sekejap lagi masuklah waktu Asar. Zuhur tadi dia 'terlepas' dari berjemaah kerana tiba-tiba Nadhirah teringat yang dia lupa membeli air batu. Maka dengan rela hati Eddy mempelawa untuk keluar ke kedai. Pulangnya pula dia lengah-lengahkan. Bijak dia mengelat. Tapi takkan mahu mengelat lagi. Kasihan juga pada Nusrah. Airmuka isterinya itu perlu dia jaga. Kenapalah berat sangat dia mahu melakukan rukun Islam kedua ini. Bukan dia tidak tahu akan dosanya, tapi sering pula dia tinggalkan.

"Uncle, cepat sikit tau. Achik Nusrah dah tunggu," beritahu Aidid anak kedua Kak Nadhirah. Anak sulung Kak Nadhirah itu sudah siap berjubah dan berkopiah. Memang dia di disiplinkan untuk bersiap elok apabila hendak bersolat. Lihatlah saja Walid dan Walidahnya itu. Eddy termalu sendiri. Rokok yang sedang di kepit di celah jari di cucuh puntungnya lalu di campak ke dalam tong di tepi koridor rumah.
" Smoking eh? Aint good for your health brother!" Aidid menegur. Terkeluar sudah slanga backstreet boys nya. "Habits aint easy to kill," balas Eddy. Dengan si Aidid ni dia tidak segan sangat hendak berbual. Anak saudaranya ini agak sempoi.
" Kena usaha uncle. Tuhan akan bantu," matang Aidid bersuara sebelum berlalu meninggalkan Eddy di luar. Aidid tahu akan latar belakang suami makciknya itu. Bukan dia tidak simpati dengan Nusrah tapi walidnya ada memberitahu, jihad Achik Nusrah ialah untuk membawa Uncle Eddynya kembali kepada kehidupan hamba yang bertuhan. Bukan mudah jihad Achiknya itu. Silap haribulan diri sendiri boleh tergelincir. Tapi Aidid yakin Achiknya cekal dan tetap imannya.
Dan tanpa pengetahuan Eddy, sewaktu Nusrah bersiap siap di kamar, sempat dia berbual hati ke hati bersama Nadhirah dan Nawwarah.
" Nusrah kena tabah. Lihat saja Siti Asiah. Suaminya itu penentang Tuhan, malah berani mengaku dirinya Tuhan. Tapi Siti Asiah tetap menghormati suaminya. Akak tahu perjalanan hidup Nusrah berliku. Tapi ini jalan yang Nusrah pilih,kan? Akak yakin Eddy boleh berubah. Bukan jahat sangat pun si Eddy tu. Cuma dia seronok sangat dengan air kencing syaitan tu. Rasa macam madu kot bagi dia," sempat Nadhirah berseloroh. Nawarrah tertawa geli hati. Ada pula di samakan arak dengan madu!
"Dia tak bawa balik rumah kan? Kita doa saja yang terbaik untuk dia. Kak Wawa dapat lihat ciri suami yang baik pada dia itu. Cuma itulah...Kelemahan dia tu...harap harap dia mahu merubah cara hidupnya."
Sebelum Eddy dan Nusrah pulang petang itu, sempat Muhammad menitipkan pesan. Tuhan akan berlari kepada makhluk yang berlari kepadaNya. Eddy akur, mereka berniat baik. Bahkan tiada seorang pun dari kerabat Nusrah yang menyisihnya walau mereka tahu cara hidupnya berbeza. Cuma dia... Dia belum mampu merubah diri.

No comments: