Pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Suci itu amat meruntunkan hatinya. Pertama kali melabuhkan pandangan kearah masjid nan indah itu, membuat dia terpegun, tak terkata.Ini dia Masjidil Haram yang diceritakan oleh setiap ustazah yang mendidiknya. Indahnya, macam dalam fairytale.
"Cantiknya Indah....macam mimpi,"dia memberitahu adik kecilnya yang sedang melawan rasa mengantuk.Indah hanya mengangguk lemah. Papa dan Mama sudah mula mengeluarkan bagasi dan beg sandang dari bas yang mereka naiki bersama jemaah lain. Khaulah tersenyum kearah mamanya lalu tangan mencapai beg sandangnya yang diikat dengan reben kuning dan ungu, warna kegemaran kawan-kawannya ditempat dia bertugas. Khaulah memimpin tangan Indah berjalan memasuki lobby Makkah City Centre yang akan menjadi penempatannya sepanjang dia berada di Makkah ini nanti. Khaulah dapati sudah tidak ramai jemaah haji yang serombongan dengannya di lobi hotel.Semuanya sudah berangkat ke atas, kelaras sembilan untuk mengambil kunci bilik.Khaulah tidak kisah, kerana dia tahu, dia akan ditempatkan dengan beberapa orang jemaah lain.Dan dia tahu, makcik-makcik tadi sudah terlebih dahulu ke laras sembilan untuk mendapatkan kunci bilik.
"Mama, nak terus ke bilik atau nak makan malam? Badan macam dah lekit ni,"dia mengadu pada mamanya.
"Hisy..kamu tu...lupake?Kita ni haji ifrad, bukan tamatuk..Jangan pulak masuk tandas nanti, dia bawa sekali sabun segala..."Mamanya memesan.takut sigadis lupa akan pantang larangnya pula.
"Taklah,Ma.Khaulah takkanlah lupa...Tak tahulah kalau nenek seorang ni yang dah lupa!"dia mencuit Indah yang sedang berdiri senyap disisnya.Indah berdiri dengan mata yang separuh tertutup.Mengantuk sungguh dia.
Papa yang diam sedari tadi memandang Indah dengan penug simpati.Akhirnya Papa mengarahkan semua ke bilik sahaja, agar dapat berehat sebentar.Apatah lagi, seawal jam 3pagi, mereka harus bangun untuk bersiap-siap ke Masjid.
SEkali lagi, Khaulah menjengah keluar hotel.Memandang bangunan masjid yang gagah berdiri, menjadi kebanggan umat Islam itu.Dia sungguh bersyukur kerana akhirnya dia dapat menjejakkan kaki ke tanah suci.Rezeki yang datang, dia tak mahu menolak walaupun umurnya ketika itu amat muda.Baru dua puluh satu tahun.Dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk terbang menunaikan rukun Islam yang kelima itu.Khaulah gembira yang teramat sangat.Dia teringat kata-kata Rasulullah mengenai permusafiran. BUkankah elok kalau seorang ummat Rasulullah itu menziarahi Mekkah dan Madinah sebelum dia menjejakkan kali ke bumi Tuhan yang lain. Dan disini, Khaulah berdiri, merendah diri didepan Tuhan Azza Wajall kerana dianatara berjuta hambanya, Khaulah terpilih untuk menjadi tetamunya dikita itu. Apa yang Khaulah tidak tahu, Tuhan telah mencaturkan buatnya sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya.