Wednesday, October 17, 2007

Satu Perngorbanan2-epi7

Hanim tekun menatap gambar gambar dari album yang diambilnya dari meja console tadi. Di beleknya satu persatu gambar-gambar yang ada. Dia tertawa kecil melihat gambar-gambar Iskandar dan kakak iparnya. Suka benar Iskandar bergaya didepan lensa kamera.Macam -macam gaya dibuatnya.Lucu!Kak Nia memang cantik secantik sedari kecil lagi.Mukanya persis anak kacukan Melayu dan Arab.Padahal, ibu dan ayah berdarah Melayu semata-mata.

“Kak Nia cantikkan, ibu.Bilalah Hanim nak jumpa dia,”Hanim menyuarakan rasa hatinya.Kecantikan kakak iparnya itu yang dikaguminya tak dapat hendak dielakkan. Puan Ainon yang sedang duduk di kerusi bertentangan sekadar tersenyum dengan pujian Hanim. Bukan sekali dua dia mendengar orang memuji Nia.

“InsyaAllah akhir tahun nanti atau awal tahun depan, baliklah Nia. Dia pun dah final year.Dah nak selesai kursus disana,”beritahu Puan Ainon.

“Hanim tak pernah email kak Nia ke?”Tanya ayah Iskandar yang baru keluar dari kamarnya.

“Ada juga ayah.Tapi tak selalu,setakat bertanya khabar,”beritahu Hanim. Dia mengambil semula album-album yang diletakkan diatas meja untuk disimpan semula di meja console. Rasa tak beradab pula hendak terus melihat gambar-gambar itu dihadapan ayah mertuanya.

“Hanim tidur sini ke malam ni?”tanya Puan Ainon,”Mama kerja malam,kan?”

Hanim menoleh sekilas kearah ibu mertuanya.Kalau bermalam disitu, nak tidur dimana? Dikamar Is atau kamar kak Nia? Sewaktu Hanim sakit dulu, dia berehat dikamar kak Nia. Sekarang?!!!!

“Hanim nak baliklah, ibu.Kerja sekolah tak selesai lagi. Hanim pun tak sempat kemas rumah tadi. Waktu abang call, Hanim baru balik sekolah,”dia memberitahu,cuba membuat alasan bernas agar ibu mertuanya tidak terasa dengan keengganannya bermalam dirumah itu.

“Alaa..esok hari Sabtu. Esok sajalah Hanim pulang ya.Iskandar pun tak bertugas esok, boleh dia temankan Hanim dirumah mama sana,”celah ayahnya dari balik suratkhabar. Sejurus itu, Iskandar pun muncul didepan pintu. Wajahnya agak muram, mungkin letih dengan tugasan disekolah.

“Lambat kau balik, Is? Hanim kata Is janji dengan dia jam empat.Ni dah nak masuk jam enam baru pulang,”Puan Ainon menegur sewaktu Iskandar melangkah masuk kedalam rumah.

“Meetinglah ibu. HOD tu macam macam lah kerenah dia.Penatlah Is,”laju Iskandar mengadu. Dia seolah olah seperti tidak perasan isterinya yang sedang berada disampingnya. Hanim hanya menyepi melihat keadaan Iskandar.Dia tidak pernah menghadapi situasi begini. Selalunya, Iskandar ceria, lebih lebih lagi bila bersama Hanim dan keluarganya. Iskandar terus masuk kebilik, tanpa menegur Hanim. Ayanhnya yang sedia memerhatikan Hanim, memberi isyarat agar Hanim mengikut Iskandar ke kamar.

“Tanya dia, kalau dia hendak minum air,”pesan ibunya sewaktu Hanim meminta diri dari mereka.

Iskandar menghempaskan briefcase diatas katil.Kemudian dia terus menghempaskan tubuh diatas katil Queen miliknya itu. Matanya dipejam rapat rapat.Letih….dia letih dengan setiap arahan HODnya tadi. Puan Mellina macam tak ada perasaan.sedap mulutnya mengarah itu dan ini. Mujurlah Iskandar masih tahu adapt dan sopan…kalau tidak mahu saja dihembus ketua jabatannya itu. Dia menghela nafas berat.

“Abang…”terdengar satu suara memanggilnya. Iskandar membuka mata. Hanim sedang berdiri disisi katil.Wajah polos isterinya itu ditatapnya. Dek keletihan tadi, dia tidak menegur langsung isterinya yang setia menunggu. Bukankah dia yang menyuruh Hanim kemari. Tentu hati Hanim terguris dengan tindakannya. Dia bingkas bangun dari pembaringan. Tangannya meraup wajahnya tanda kesal.Iskandar beristighfar, mengenangkan kekhilafannya tadi.

“Hanim, maaf sayang, I was so tired.Abang lupa…,”ingin saja dia memberitahu isterinya akan kealpaannya.

“Tak apa, Hanim faham.Lagipun, memang Hanim tak pernah sambut abang pulang kerja….Hanim tak pernah lakukan tugas sebagai isteri.Bukan salah abang kalau abang tak sedar yang Hanim ada kat situ tadi,”cepat Hanim membalas. Dia tahu, bukan Iskandar sengaja…walaupun memang hatinya terasa dengan perbuatan Iskandar yang tidak menghiraukannya tadi. Patutlah kak Eidah beriya-iya menegurnya tempoh hari.Ada benarnya kata-kata Saeidah itu. Hanim kena belajar jadi isteri Iskandar.Dia suami, bukan pengganti abangnya!

Hanim teragak agak membuka dasi dileher suaminya. Tidak berani dia memandang wajah Iskandar, walaupun dia tahu suaminya sedang memerhatikannya.

“Sekarang kena pakai tie pula? Tak rimas ke?”Hanim cuba memecahkan kesunyian kamar itu. Walaupun sudah masuk bulan keempat mereka bernikah, namun belum pernah dia berada sebegitu dekat dengan suaminya. Dia dapat merasakan hembusan nafas Iskandar yang tereatur itu.

“Tadi ada formal occasion di MOE, tambah pula dengan meeting kat sekolah tadi…lupa abang nak tanggalkan tie ni,”beritahu Iskandar. Hanim sekadar mengangguk dengan jawaban suaminya. Dasi ditangan diletakkan ketepi. Dia membongkok mahu menanggalkan setokin Iskandar pula.

“Hanim, biar abang buat sendiri. Having you here, adalah satu kebahagiaan buat abang. Tak payahlah Hanim buat tu semua,”Iskandar memberitahu. Rambut isterinya di kuakkan kebelakang. Dia ingin menatap wajah polos Hanim sepuas-puasnya.Bukannya selalu dia dapat bersama Hanim begini. Adakalanya mereka tak bertemu langsung. Renungan mata Iskandar buat Hanim tidak betah berlama-lama disitu.

“Hanim buatkan air, ya?” dia mahu cepat cepat keluar dari bilik Iskandar. Terasa panas wajahnya ditenung begitu.

“Nantilah dulu, Abang tak haus…,”bisik suaminya. Iskandar melingkarkan tangan di pinggang Hanim.Terkedu Hanim diperlakukan begitu.

“I miss you, tahu tak? Ada isteri, mcm tak ada isteri.Dah berkahwin, macam bujang lagi,”beritahu Iskandar. Hanim hanya menundukkan wajahnya. Kenapa pula suaminya bertukar cara? Dia mahu Iskandar yang jovial, yang suka menyakat itu..Bukan Iskandar yang ini. Melihat Hanim tidak menjawab, pelukannya dieratkan lagi.Dia membawa isterinya kedada bidangnya.

“Hanim, dengar tak apa yang abang kata? Abang nak bincang dengan mama. Malam ini, kita YM abang Hisyam. Abang nak uruskan pernikahan disini secepat mungkin. We can't carry on living like this. Abang sayangkan Hanim,”lembut bicara Iskandar memecah kesunyian mereka. Hanim masih tidak bereaksi. Perlahan Iskandar mengucup dahi isterinya.Tiba-tiba airmata Hanim mengalir. Sekali lagi dia teringatkan pesan Saeidah. Belajarlah mengenali hati masing masing……..