Thursday, March 1, 2012

Aiman dan Aiman 5




Hidupnya amat kelam kabut beberapa ini. Walau kata Mama, majlis nikah mereka itu kecil kecilan saja, tapi Mak Ngah beriya iya mahu yang terbaik. Kata Mak Ngah Saadah, untuk satu satunya menantu perempuan dia, mana mungkin buat majlis 'cincai' saja. Ni bukan nikah kena tangkap khalwat, nak buat 'cincai-cincai'. Serius sungguh Mak Ngah!

Rumah Mak Ngah akan di hias oleh Kak Leena, anak saudara Pak Ngah yang bekerja sambilan sebagai perunding perkahwinan tu. Dengar dari cerita Aiman, kakak saudara dia lagi seorang, yang tinggal di Johor pula nak sponsor kek nikah dan juga 'candy buffet'. Walau sekadar buat di dalam rumah saja, nampaknya, perancangan Mak Ngah amat teliti. Semuanya Mak Ngah dan Pak Ngah yang atur. Amani cuma sediakan diri, pilih baju pengantin, pilih cincin mana yang dia berkenan dan juga kasut! Oh, hampir lupa! Amani juga wajib hadirkan diri di pejabat pendaftaran pernikahan untuk membuat pendaftaran pernikahan mereka dan juga duduk dalam kursus kilat rumahtangga.Sabtu dan Ahad tu, Amani dan Aiman dah pergi pun kursus kilat, yang mana Amani lebih banyak terlelap dari mendengar kuliah penceramah.Hari Isnin, mereka sudah pun ke pejabat pendaftaran pernikahan, setelah mendapat surat persetujuan wali hakim dari Uncle Eddy.Mama cakap, majlis nanti, tak ada tukar tukar dulang hantaran;leceh dan membazir.

"Lagipun, tak payah nak tunjuk kat orang lain apa yang kamu berdua nak hadiahkan satu sama lain."Tegas Mama. Aiman tersenyum sudah. Suka dia dengar kata kata MakSu dia. Kahwin kilat macam ni, mana sempat pun nak sediakan itu ini!

"Best! Tak pening kepala nak fikir apa nak kena beli!" Balas Amani pula. Kemudian mulutnya ringan menceritakan perihal rakan sekerjanya, Faezah, yang sakit kepala apabila bakal isteri adik dia 'demand' nak beg, kasut, purse jenama Coach. Bukan tu saja, bakal isteri adik Faezah tu nak juga ada Ipad 2 dan camera DSLR sebagai hantaran!

"Belum jadi isteri dah mintak itu, ini. Dah jadi isteri, tak tahu apa lagi kan Mama," Amani menambah komen. Cepat saja MakSu menepuk paha Amani lembut.

"Jangan suka komen orang, nanti berbalik pada kita,"pesan Mamanya. Mak Ngah yang berada di sebelah pun mencubit pipi Amani.

"Bakal menantu Mak Ngah ni, tak mo lah cerita hal orang. Itu cara mereka, bukan cara kita. Mak Ngah cuma harap, Amani jadi isteri yang solehah, dengar kata Aiman selagi dia tak melanggar syariat. Aiman bukanlah alim sangat bab agama ni. Sama samalah kamu berdua belajar cari redha Allah." Sempat Mak Ngah Saadah berpesan. Amani hanya mengangguk saja.

"Redha suami tu redha Allah. Jaga hati Aiman elok elok." Mama pula menambah rencah. Dapatlah Amani ilmu rumahtangga pada hari itu. Aiman yang duduk bertentangan dengan Amani hanya tersenyum. Dari seorang sepupu yang paling rapat, sekarang dah bergelar tunang dan dalam beberapa hari lagi akan bergelar isteri. Hatinya masih sangsi. Mampukah dia menjadi pembimbing terbaik buat Nur Aiman Amani? Dia sendiri masih longgar. Aiman mengeluh di dalam hati.

Hujung minggu yang lalu tu, sewaktu kursus perkahwinan pun, Aiman macam tak puas hati. Banyak sangat topik mengenai kewangan keluarga. Aiman naik rimas. Dia budak Finance, tahulah dia atur ekonomi keluarga nanti. Yang dia risaukan ni, macam mana nak jadi suami yang baik, yang boleh mendidik isteri ke jalan yang di redhai Allah. Selama ini, memang dia tidak pernah kisah keluar berdua dengan Amani yang 'free hair' tu, tapi sekarang ini, rasa bersalah pula lihat Amani dengan rambut mengurai kemana-mana. Cemburu? Nope. Then? Rasa berdosa lah. Dia bermonolog sendiri.

No comments: