Thursday, March 1, 2012

Aiman dan Aiman 2





Aiman menopang dagu memandang kedua ibu bapanya. Ni apahal muka ketat jer ni? Selalunya muka ketat macam ni hanya berlaku bila dia buat salah. Tapi dia ada buat salah ke kebelakangan ni? Sejak balik dari rumah nenek,ibu seolah olah di landa masalah besar saja gayanya. Dia memandang ayah dan ibunya silih berganti.



Akhirnya, dia membuka mulut bertanya. Kalau nak menumggu ibu dan ayah, entah bila mereka nak bercakap. Letih sudah melihat mimik muka yang payah ditafsirkan itu.



"Kenapa ayah? Ibu? Sejak balik dari rumah nenek semalam, ibu dengan ayah ni macam serba tak kena saja. Ada apa yang berlaku kat sana?" dia bertanya. Penat menopang dagu, dia menyandarkan tubuh ke sofa pula. Kaki di angkat membuat sila. Menunggu bila ayah atau ibu nak mula berbicara.



Haji Othman berdehem, kemudian memandang isterinya. Hajjah Saadah membalas pandang.



"Macam ni, Aiman. Kami semua sudah sepakat nak nikahkan Aiman dengan Amani." suara tenang Hj Othman berjaya membuat Aiman melompat dari silanya. Dia menggosok telinganya; refleks. Tak salah dengar ke tadi? Atau ayah tersalah cakap. Nikah? Amani?Tu kan nama aku? Amani mana?Entah entah Aiman Amani? Kenapa? Soalan bertubi tubi mengasah benak. Eeeeee.......



Hajjah Saadah yang seperti memahami persoalan anak tunggalnya itu menjawab tanpa riak," Ibu, ayah, semua orang nak selamatkan Aiman." Matanya tunak memandang wajah satu satunya anak yang dia lahirkan.



"Selamatkan Aiman? Bukannya Aiman dalam bahaya pun? Kenapa tiba tiba semua orang buat keputusan macam ni? Suruh Aiman kahwin dah satu hal. Suruh Aiman kahwin dgn Aiman pula. What is wrong with me? Or," dia jeda sebentar, mengawal nafas dan nafsu amarahnya," What is wrong with everyone here?" perlhana saja suaranya menyuarakan ayat terakhir.



"Aiman tak mahu di selamatkan? Selama ni tak ada sekelumit pun rasa bersalah? Rasa berdosa?" soal Hajjah Saadah lembut. Aiman geleng kepala, dia tidak faham akan maksud ibunya itu. Ibu memang suka lah macam ni.



"Ayah jumpa Mak Su tadi, bincang dengan nenek dan atuk juga. Eloklah kamu disatukan, ada ikatan yang sah." itu kata Ayah. Tapi kata Aiman...



"Tapi kenapa? Kenapa Aiman? Apa salah Aiman ni ayah?" sudah mahu menangis rasanya bila ayah terus terus mengasah. Bukan nak bagi alasan ke apa ke...



Hajjah Saadah bangun lalu mendekati anaknya. Dia melabuhkan punggung di sisi Aiman. tangan Aiman d raih penuh sayang.



"Aiman, banyak sudah syariat Tuhan yang Aiman dah langgar bila bersama Amani. Sebab tu, Ibu dan Ayah membuat keputusan ni. Ni permintaan Maksu,dia tak ada niat lain selain meminta Aiman mengikatkan pertalian yang sah dengan Amani."



Tanpa sedar, bibir bawahnya di gigit. Pertalian yang sah? Langgar syariat? Sekian kalinya dia mengeluh...Ujian apa pula ni?

No comments: