Thursday, March 1, 2012

Aiman dan Aiman 3





Amani melopong mendengar penerangan yang sangat terperinci itu. Patutlah beriya semua orang ke rumah nenek. Rupa-rupanya berbincang tentang Aiman dan dia. Muka Mama pula macam tak beriak saja bercerita.



“Ini untuk kebaikan Amani juga.” Akhirnya Maksu Rohaya memberitahu. Amani sekadar mengangguk. ”Supaya Amani ada ikatan sah dalam keluarga kita. Amani tentu faham kan apa maksud Mama?” Tapi kenapa Aiman? Kenapa bukan dengan Abang Haris? Anak Pak Long? Amani terasa macam mahu ketawa, mana boleh kahwin dengan Abang Haris? Mahu Kak Maya tetak badan dia! Punyalah Kak Maya sayang kat Enche' suami dia tu...



Kepala mengangguk, dia faham apa yang di maksudkan MakSu Rohayah. Sangat sangat faham. Tapi kenapa begitu mengejut membuat keputusan. Semalam berbincang, lagi dua minggu bernikah? Ada muslihat lainkah? Amani tidak mahu banyak bertanya. Dia sedar, siapa dia dalam kedudukan keluarga itu. Hidup pun menumpang kebahagiaan orang lain. Kalau bukan Maksu Rohayah yang bersimpati mengambilnya semasa kecil, entah kemana dia berkelana agaknya. Bukan dia tidak ada keluarga sendiri, tapi entah....sampai sekarang Maksu Rohayah tidak pernah mahu menceritakan semua itu pada satu satunya anak angkatnya itu.



”Mama, Aiman....dia.....”belum sempat dia bertanya, telefon rumah berdering pula. Spontan dia berpaling ke arah telefon tanpa wayar yang terletak diatas meja di hadapannya. Tanpa di suruh, dia mengangkat telefon dan menjawabnya.



Amani tersenyum selepas menjawab salam. Maksu Rohayah hanya memerhatikan.

Kemudian dia menyerahkan telefon itu kepada Mamanya.



”Siapa?” tanya Maksu Rohayah lembut.

”Mak Ngah Saadah,” jawab Amani. Maksu Rohayah tersenyum lebar, dia rasa, dia tahu apa yang kakaknya itu mahu memberitahu.

”Pergi mandi sana. Lepas tu,siiap siap untuk Zuhur.” arah Maksu Rohayah. Amani memandang jam dinding. Baru jam 12 tengahari, dah kenapa pula dengan Mamanya itu? Amani mahu memprotes tapi cepat Maksu Rohayah menjengilkan mata. Dengan langkah lemah, si anak gadis itu melangkah ke dapur, sambil mencapai tuala yang sedari tadi terserpuk di tepi sofa. Itulah Nur Aiman Amani...anak gadis pemalasnya yang bakal menjadi isteri orang.





Selepas solat Zuhur, Maksu Rohayah membawa Amani keluar. Kemana hala tuju, tidak pula dia memberitahu.



”Mama, jangan keluar lama lama tau. Esok nanti Amani ngantuk pula kat sekolah,”pesan gadis itu awal awal lagi.



”Apa susah, nanti murid murid itu tidur tengahari, kan anak Mama ni akan tidur jugak,kan? Macam Mama tak tahu,” perli Maksu Rohayah. Amani memuncungkan bibirnya. Nak di protes kata-kata Mamanya itu, mana boleh! Pasal memang betul Amani akan buat apa yang Mama cakap tu. Dan macam mana Mama tahu? Kerana Mama merupakan penyelia taska tempat Amani bertugas sambilan. Selalulah jugak dia kantoi dengan Mamanya sendiri.



”Tapi Mama, janji tau, jangan balik lewat...”pujuk Amani lagi. Dia sebenarnya nak duduk rumah saja kerana ada rancangan kegemarannya di TV. Amani kan couch potato..bukannya ada kawan untuk bersantai pun, melainkan Aiman...Erkk Aiman??

No comments: