Thursday, March 1, 2012

Aiman dan Aiman 1

Mata masih tertancap pada skrin TV di hadapannya. Aksi Jamie Oliver yang sedang memasak bersama beberapa pelajar dari sebuah sekolah amat menarik perhatiannya. Kalaulah dapat memasak macam Jamie ni, memang sungguh masyuk. Melihat Jamie masak, terasa senang berada di dapur. Tapi kalau dia yang berada di dapur, tak pernah pula dapat merasakan seronok seperti seronoknya si Jamie ni memasak. Haizzz, dia mengeluh di luar sedar. Perut terasa berkeroncong pula. Baru teringat sejak pagi tadi, dia cuma mengalas perut dengan sekeping sandwich nutella dan segelas susu. Mata melirik ke hujung ruang., ke arah Granfather’s clock yang berdiri tegap di sudut hujung. Sudah jam tiga setengah petang. Patutlah lapar, dah sepatutnya masuk waktu tea break ni.

TV di tutup dan dia melangkah malas ke dapur. Ibu dan Ayah memang sedari pagi tadi sudah keluar ke rumah neneknya. Ada hal yang mereka nak bincangkan. Hal apa, tidak pula dia mahu bertanya, bukan masalah dia pun. Tangan lincah membuka penutup bread box. Roti lagi……Sudah itu yang menjadi makanan sehariannya, nak buat macam mana,kan? Dia lebih gemar roti dari nasi. Makan lauk rendang ke kari ke, mesti kena dengan roti dan bukan nasi. Cabinet dapur di selongkar. Ada sardin setin lagi. Mata sudah membayangkan roti sardin…Nikmat tu! Tak sampai setengah jam, semuanya siap. Walaupun tak ada gaya macam chef terkemuka, tapi masih boleh telan juga masakan dia. Ibu dan Ayah pun suka aja kalau dia buat afternoon tea dengan menu rotinya.

Baru saja mahu menyuap roti ke mulut, terdengar laungan azan Asar dari rumah jiran sebelah. Kak Asmah kalau ada kat rumah, memang jiran semua tak perlu buka radio. Setiap kali nak menjelang waktu solat, anak anak Kak Asmah akan membuka radio sekuat mungkin. Nasib lah sederet ni tak ada jiran berlainan bangsa, kalau tak, mesti ada yang kena jumpa mediator! Makanlah dulu, kalau tak makan ni, ada pula yang solatnya berbaring, dia monolog sendirian. Lagipun, makruh mendirikan solat dengan perut kosong berkeroncong, menang tak khusyu’ langsung. Nanti lakaran di atas sejadah pun boleh berubah jadi nasi goreng kampung jer rupanya. Itu pesanan Ustaz di masjid, masa dia belajar kecil kecil dahulu. Cepat dia mengunyah rotinya. Tak mahu berlengah lengah, nanti terus lambat. Habis saja sekeping roti sardin, dia berjalan menuju ke bilik air, masih berkira kira untuk menyambung semula selepas solat nanti.



Lama dia bersujud selepas berdoa. Terima kasih Tuhan kerana masih izinkan aku menyembahMu, terima kasih Tuhan kerana aku masih bernafas lagi. Banyak betul benda yang dia nak ucap lagi. Nikmat Tuhan yang terhingga, kadang kala, di terima dengan sambil lewa…Usai sujud syukur, sejadah di gantung kemas. Songkok di tanggalkan lalu di letakkan di atas meja belajar.

Bunyi siren ambulan dari dalam messenger bag memberitahu ada pesanan yang masuk. Siapa pula yang mencarinya petang petang macam ni.

“Aiman lapar…” Dia tersenyum nipis. Lapar pun nak beritahu aku?

“So?” dia membalas mesej

“Jom cari makan?” cepat dia menerima balasan mesej.

“Aiman belanja?”

“No problem. Aiman bayar.” Dia geleng kepala. Pandainya Aiman…



“Apa yang mak bapak kita sibuk kat rumah nenek tu eh?” Aiman menyoal di antara suapan. Budak ni pun,tak agak agak kalau nak bertanya pun. Mulut tu penuh dengan mee goreng lagi dia nak berbual, kalaulah tersembur, tak ke hampeh!

“Mana lah tahu, Aiman tak tanya ke masa Mak Usu keluar tadi?” dia pulak bertanya. Tengok Aiman makan, datang pula seleranya nak menjamah mee goreng mamak tu. Tangan sudah mula mencapai sudu di tepi pinggan Aiman.

“Aiman dah tanya, Mama buat tak dengar,” Aiman memberitahu, sedikit sebal.

Sedap pulak mee goreng ni, dia amik sedikit lagi lalu di suapkan kemulutnya, nikmatnya Tuhan rezekiMu……Mata Aiman sudah mencerlung merenungnya. Dah dua suapan ni,kalau tak di tegur, habis sepinggan terus!

“Aiman!” dia memanggil, tapi tidak di endahkan.

“Aiman!” senyap. Suapan ketiga sudah masuk ke mulut.

“Muhammad Aiman Rizqullah!” nada suara sudah tinggi sedikit. Geram tahu, kalau kita panggil seseorang tu, dia boleh buat tidak tahu! Macam panggil tembok kedai saja.

Mata beralih dari mee goreng ke wajah gadis di depannya. Nampak sangat muka comel tu dah macam pakai blush.

“Kenapa lah? Bising je orang nak makan,” dia bersuara bena tak bena.

“Ni mee goreng siapa? Siapa yang nak makan? Tapi siapa yang makan?” si gadis bertanya senafas. Sebal sangat dengan mamat depan mata ni.

“Mee goreng Aiman lah, Aiman yang nak sangat makan, dan sekarang ni Aiman makanlah….”

“Isssy….habis mee goreng aku kau kerjakan!” Dah keluar Kau dan Aku, aura nak mengamuk lepas tu terus merajuk….

Dia tersenyum Cuma. Terhibur dengan rajuk gadis di depannya. Bangun sedikit lalu pipi gadis itu di cubit.

“Ni mee goreng Nur Aiman Amani, Muhammad Aiman Rizqullah yang beli pasal Nur Aiman Amani mengadu lapar. Tapi Muhammad Aiman pun lapar juga, share je lah..Siapa yang bayar? Muhammad Aiman kan? Tak tahulah kalau Nur Aiman Amani nak bayar sendiri dengan duit monopoly dia.”

“Hisy Aiman ni…….Tak suka lah! Aiman jahat!” Kerusi sudah di tarik kebelakang, gaya nak tinggalkan si jejaka sendirian.

“Aiman tak kisah….Balik jalan kaki lah iya.” Muhammad Aiman sudah tergelak lepas. Suka melihat si gadis merajuk macam tu.

“You ah Aiman boy, kalau tak kasi sama itu Aiman girl merajuk, tarak happy ka?” tetiba si mamak datang menegur sambil menggeleng kepala. Selalu sangat melihat mereka berdua bertekak, tapi esok lusa datang lagi melepak kat kedai kopi ini.

Muhammad Aiman tergelak lagi. Ha, mamak pun perasan perangai dia. Not sepuluh dolar di serahkan pada Ali.

“Cute kan dia merajuk mamak. Mamak pun sudah kenal sama perangai dia, nanti dia baik lah tu.”

Mamak Ali menyerahkan satu plastik kecil kepada Aiman.

Apa ni? Panas je isi dia

“Ambil lah, kasi itu Aiman Girl makan..mutton chop juga lah…kamu suka kan?”

Yes, Aiman girl yang merajuk, tapi mamak kasi makanan kegemaran Aiman boy…..idea nakal kembali menerjah..

“Terima Kasih Mamak…Saya gerak dulu…..” Mamak Ali hanya tersenyum nipis….Macam macam gaya pelanggannya. Tapi yang dua ni, dia dah masak sangat. Dari kecik sampai dewasa macam tak tahu nak berubah.



Itulah kisah Aiman dan Aiman….Lupa nak beritahu, nama mereka sama…..nak tahu kenapa? Tunggu sambungan ya……

No comments: