Saturday, March 17, 2007

Mungkinkah Part 25

Gagang telefon itu di letak perlahan. Fikirannya bercelaru dek panggilan dari Ivan tadi. Amierah yang duduk di sisinya, hanya memandang sepi.

"Mierah...I've got something to say," Luqman memulakan bicara.

Amierah meraih tangan suaminya,"Cakaplah,abang. Mierah sedai dengar..."

"The Home...we have to give it up. Ivan dalam bad debts. He needs to sell off that property, agar dapat bayar creditors."

"So...kita kena kosongkan tempat tu?"tanya Mierah tenang. Akhirnya Luqman mahu juga bercerita.

Luqman mengangguk lemah,"Ya."

"Kenapa abang tak beritahu Mierah? Kita boleh minta tolong Papa. I'm sure he'd help."

"Abang tak nak susahkan sesiapa. ini masalah abang,sayang."

"The girls dah tahu? Ain? Staf yang lain?" Amierah mengajukan pertanyaan.

"Abang tak cakap dgn sesiapa pun...."

"So, apa perancangan abang?" Amierah ingin kepastian,"Tadi Ivan call nak apa?"

Luqman meraih bahu isterinya," Tadi tu, he called to say, ada orang nak beli rumah tu."

"Does that means we have to vacant the place,abang?"Amierah menatap wajah sayu suaminya.

"Entahlah,Mierah...Ivan kata, the buyer sanggup serahkan rumah tu untuk abang atas satu syarat." Luqman merenung wajah Mierah dalam-dalam.

"Syarat? serahkan rumah yang dia beli pada abang? Apa maksud semua ni,bang?"

"Mierah...answer me, sejujur2nya." Luqman memegang kedua-dua bahu isterinya erat.

"Abang, Mierah tak faham...."

"Orang itu kata, dia buat ini semua untuk kebahagiaan Mierah. Siapa dia, Mierah? Siapa? Siapa lagi insan yang ada tempat dihati Mierah?"

Amierah terkejut dgn pertanyaan suaminya,"Abang,please.....Mierah tak tahu apa-apa! Abang kan tahu siapa Mierah...Mustahil untuk Mierah berahsia dgn abang...."

"Mierah, is there someone else before me? Kenapa Mierah tak beritahu abang? Siapa yang sanggup habiskan berjuta-juta dolar hanya untuk orang lain, kalau orang itu is not someone very very special....Betulkan Mierah?" Nada Luqman agak keras.

Amierah masih tidak faham apa yang di sampaikan Luqman,"abang please...Jangan buat Mierah macam ni..."

Luqman terus merenung isterinya, wajahnya yang lesu tadi berubah apabila Amierah menafikan segala-galanya.

"Mierah, ni masalah abang. I can handle this. Abang tak perlu bantuan dari kekasih hati Mierah tu. Faham?"

Amierah menangis mendengar tuduhan Luqman,"Abang.....sampai hati abang.."

"Shut up! Not a word from you Mierah! Mierah yang sampai hati buat abang macam ni..."

Sejurus itu Luqman pun bangun dan meninggalkan Mierah sendirian. Amierah terus menangis di birai katil. Dia tahu Luqman tak berniat membuatnya begitu, tetapi mungkin suaminya itu terlalu tertekan dgn masalahnya.

"Ya Allah, selamatkanlah suamiku di mana pun dia berada. Bantukah dia,Tuhan. Kuatkanlah imannya...."

Amierah masih menunggu di kamar.Sudah jam dua belas malam, tapi Luqman masih belum pulang lagi. Sewaktu ditanya ibu mertuanya tentang kemana perginya Luqmna, dia terpaksa berbohong.Sengaja tidak mahu wanita itu bersusah hati. Mujur sewaktu Luqman meninggalkan rumah tadi, ibu mwertau ke rumah jiran di atas, menghantar tempahan lagsir.Kalau dia ada di rumah, tentu dia akan marahkan Luqman.
Amierah mengusap perutnya yang semakin membesar.Terasa sakit apabila si anak tidak betah duduk diam didalam. Kadang kala pergerakan bayinya membuat dia payah bergerak.Dan saat-saat begini, dia memang mengharap sangat bantuan suaminya.

"Sayang ummi, mana perginya abi sayang ye?" Amierah bertanya sendiri. Bukan tidak mahu menghubungi Luqman lagi, tapi cukuplah tadi panggilannya tidak dijawab.

Akhirnya, Amierah terlena juga dengan kedua-dua telefon dan handphonenya disisi. Wajah yang sentiasa tenang itu ada sedikit riak kerisauan malam itu. Memang Amierah sendiri tidak pernah menyangka perkara begini akan berlaku dalam perkahwinannya.Selama ini, Luqman amat menyayanginya. Tindakannya sentiasa rasional tapi entah kenapa, syaitan berjaya juga meloloskan diri menceroboh mahligai yang mereka bina diatas landasan syariat itu. Sesekali nafas Amierah sesak....dia menangis didalam tidurnya.

Amarahnya sekali lagi menguasai dirinya apabila Ivan tidak mahu berterus terang tentang insan yang sanggup membeli rumah itu semata-mata kerana kebahagiaan Mierah, puteri taman larangannya itu.

Wajah Ivan di renungnya dalam-dalam,"Come on,lah, Ivan. Tell me. Who's that guy?"

Ivan menggeleng kepala,"Sorrylah,kawan.I just can't. It a promise that I made.And I don't break promises."

"Tapi, I just cannot take it.Siapa dia yang sanggup berhabisan duit sebegitu banyak because of my wife....Siapa. Kalau you. If you are i my shoes, what are you going to do,Ivan?" Mierah, she's my wife and I love her...She's very precious to me...Aku tak nak kehilangan dia, kepada entah sesiapa diluar sana..."luah Luqman.

"Betul Mr. Luqman? You love her? Then, why did you leave her just like that? Knowing her condition...what if something happen to your precious one? You tak menyesal?" Ivan membalas dengan Bahasa Melayunya yang pelat itu.

Luqman terkesima dgn kata-kata Ivan. Ada betulnya kata-kata pemuda mata sepet itu. Bagaimana kalau sesuatu berlaku pada Mierah kerana tindakannya itu? Terlambat untuk dia menyesal dan mengharapkan kemaafaan. Apa yang akan dijawab pula pada Papa Mierah yang meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada Luqman? fikirannya buntu....

"Mr.Luqman, I can only tell you that the man who bought over the Home is married to a pretty young girl. They have a baby girl about a year old....What they did is to show gratitude to your wife. Not more than that...."akhirnya Ivan bersuara.

Luqman semakin bingung.Siapakah gerangan mereka...Mierah....apa yang sedang Mierah buat ketika ini? Rasa bersalah pada Mierah...rasa rindu dgn wajah tenang itu...silih berganti. Ya Allah....kenapa aku lebih mementingkan perasaan sendiri? Mierah...maafkan abang..."

Sepanjang perjalanan dari Changi Airport ke rumah, Luqman masih memikirkan Mierah. Maafkan abang, Mierah.Abang bersalah....Ya Allah...aku tewas dgn nafsu ku sendiri....Dia terus berdoa dan berdoa...Teringat kata-kata isteri tersayang kelmarin.

"Abang, bukankah Rasulullah dah berjanji pada kita bahawa doa itu senjata orang Mukmin? Mierah takkan lupa janji Rasulullah itu,bang. Mierah akan terus berdoa disamping usaha Mierah ni. Kita sama-sama berdoa agar kita selamat dunia dan akhirat,ye bang...Mierah redha jika apa pun yang berlaku keatas diri Mierah ataupun kandungan Mierah ni..."
Tuhan, tabahnya hati dan jiwa puteri taman larangan ku itu.

"Ya Allah...berilah aku kekuatan Iman dan Ilmu,
Agar menjadi senjata kehidupanku,
Selamatkan aku Tuhan,
Hinggalah aku bertemu dgnMu."

No comments: