Monday, March 19, 2007

Mungkinkah Part 26

"Mana kau pergi,Man? Lewat malam baru kau balik.Mak ni bukan apa, cuma nak ingatkan...Mierah tu bukannya sihat sangat.Tinggal tunggu hari je tu..Dulu lain,Man.Kau bujang.sekarang ni...lain,"ibunya sudah memulakan 'kuliah' Subuhnya.

Makcik Timah menjeling kearah Luqman yang sedang duduk di sofa. Amierah masih lagi didalam bilik, mungkin mengemas. Wanita tua itu terasa seolah-olah ada yang tak kena dgn anak dan menantunya. Namun dibiarkan sahaja, tidak mahu bertanya lebih lanjut. Lagipun rumahtangga mana yang tak berkocak? itukan lumrah kehidupan...

"Abang, nanti nak pakai baju yang mana? Mierah nak sediakan ni..." perlahan suara Amierah bertanya dari pintu biliknya.

"Tak payahlah,Mierah. Abang 'off' hari ni.Letih nak pergi report kat office tu." Luqman menjawab,datar.

Amierah masuk ke kamar semula. Lain benar reaksi Luqman pagi itu. Inilah kali pertama Luqman bersikap begini terhadapnya. Tanpa disedari, airmatanya menitis juga. Bukan dia terasa, tetapi dimanakah silapnya sehingga diperlakukan begitu? Baju Luqman di simpan semula kedalam almari. Dia menutup pintu almari perlahan. Ya Allah...berilah aku kekuatan, ampunkanlah dosaku walaupun aku tahu aku tak bersalah. Dia, tetap suamiku.Dia berhak berasa marah....

"Ada kisah seorang hamba tu..Suatu hari, raja telah memarahinya kerana satu kesalahan.Dia sanggup mengaku salah walaupun bukan dia yang membuat kesalahan itu," cerita Ibu Khaulah.

"Kenapa dia nak mengaku begitu...tak bijak,"protes Amierah.

Ibu Khaulah tersenyum,"Bukan tak bijak,Syuhadah. Dia nak merasakan dirinya hamba kepada Raja.Dia tahu Raja berhak berbuat apa, kerana dia hanya seorang hamba."

"Tak fahamlah,Ibu,"beritahu Amierah.

"Itu bermakna, dari cerita ini, kita disuruh mengambil iktibar bahawa si hamba itu, sanggup taat kepada Raja dalam apa jua keadaan sehingga tak bersalah pun,dia sanggup mengaku salah. Jadi, kita jiwa yang merdeka ni, kenalah rasa bersalah sentiasa dgn Tuhan,kerana Tuhan adalah Raja kita, segala-gakanya buat kita. Kalau si hamba tadi mampu taat dgn Rajanya, yang hanya seorang manusia, kita lagilah...Kita hamba kepada Tuhan yang Maha Baik, Maha segala-galanya,"terang Ibu Khaulah lembut.

"Itu kalau dgn Tuhan. Memanglah sepatutnya kita rasa hina, rasa berdosa..tapi kalau antara kita sesama makhluk,Ibu?"tanya Amierah lagi.

"Kalau sesama makhluk, anggaplah kita hendak berkasih sayang. Kalau dia tuduh kita sesuatu yang kita tak buat, kita redhalah.Maafkan kesalahan orang itu. Mungkin kita ada buat salah dgn Tuhan, sebab itulah Tuhan benarkan insan lain menyakiti kita. Kalau kita bersangka baik, amanlah dunia ni,bukan gitu?" lembut penerangan Ibu Khaulah.



Amierah teringat pada perbualannya semasa dia berada di kampung sepupu ayahnya di Kedah. Di tepi kolam ikan keli itulah Ibu Khaulah bercerita degannya tentang ilmu dan hikmah. Rindu Amierah pada ketenangan kampung di Merbok itu. Peristiwa yang berlaku hampir sepuluh tahun yang lalu itu kembali menerjah kefikirannya saat dia amat memerlukan kekuatan untuk mengharungi kehidupannya.

"Mierah," suara itu sungguh lembut menyinggah gegendang telinganya. Dia berpaling kearah Luqman.

"Maafkan, abang Mierah. Abang terlalu ikutkan hati. My fault. Abang silap kerana terlalu ikutkan nafsu. Maafkan abang,Mierah,"Luqman bersuara sambil mencapai tangan isterinya. Amierah merenung wajah suaminya,sayu.

"Mierah yang salah, bukan abang. Mierah yang sepatutnya minta maaf pada abang." ujar Amierah lembut. Airmata yang cuba ditahan, akhirnya menitis juga dipipi mulus itu.

"Please Mierah, jangan menangis. It hurts to see you cry,sayang." Luqman membawa Amierah ke birai katil.

"Abang tak tahu kenapa abang cemburu macam tu sekali. Mungkin the facts that someone else ada menaruh perasaan terhadap Mierah membuat abang jadi tak keruan.Lebih lebih lagi bila abang diberitahu dia membantu semata-mata kerana Mierah,abang jadi marah..Abang terlalu ego and I have to admit that..."

Please,abang. You are the only man in my life, selain Papa. Papa is too busy with work, belum tentu dia rindukan Mierah pun. Tapi Mierah tak pernah marahkan Papa. I know he misses arwah Mama badly, sebab tu dia paksa dirinya bekerja keras, so that he could forget Mama. Cinta Papa terhadap Mama was very deep and sweet.Itu yang dia pernah beritahu Mierah.Mierah harap sekarang Papa tenang dgn mencari cinta Tuhan.He should slave his life for God."

"Mierah..."pintas Luqman.

"Abang, Mierah sedar cinta Abang terhadap Mierah terlalu suci.Mierah bersyukur mendapat suami macam Abang.Mierah malu dgn Tuhan, nikmat yang di anugerahkan ni, tak layak buat Mierah. Dosa Mierah terlalu banyak,abang."

"Sayang...apa yang sayang nak beritahu abang ni?" Luqman tidak betah mendengar kata-kata isterinya itu.Seolah-olah ada sesuatu yang hendak disampaikannya.

Amierah merebahkan kepalanya di dada Luqman,jari jemarinya bermain-main dgn cincin pertunangannya,"Abang, I am just a mere human being, kerdil dan berdaya. Janganlah abang terlalu cintakan Mierah...cinta Mierah tak haqiqi. Cintalah Mierah kerana Tuhan,abang. Bila kita dah sama-sama dapatkan cinta Tuhan, cinta selainnya akan datang dengan sendiri, tak perlu diusahakan. Waktu itu, kalau Mierah tak ada pun disisi abang, Abang akan terus tenang bersama cintaNya."

Luqman mengucup ubun-ubun Mierah,terasa damai di hatinya, walau pahit untuk menelan hakikat kata-kata Mierah,"Abang faham,sayang. It was just my nafs playing stupid jokes on me....Sejak Mierah ada disisi abang, my life has changed. Abang sedar, Islam kita tidak cukup hanya dgn solat, puasa dan zakat tu...Its more than meet the eyes. Mierah kenalkan abang pada tanggungjawab abang terhadap agama, perjuangan dan Tuhan."

"tapi,kan Mierah...siapa yang sanggup nak tolong abang selamat Rumah tu,Mierah? Abang masih tertanya-tanyalah..."beritahu Luqman.

"Ivan takkan tak boleh beritahu?"

"Dia dah janji dgn orang tu...his lips are sealed."

"No hints at all?"

Luqman berfikir sejenak...

"Orang itu ada isteri yang muda, prettylah,kata Ivan.Ada seorang baby kecil yang dalam limngkungan a few months old...."

Amierah memandang Luqman,"Kak Yana dan Abang Haikal?"

"Impossible...anak mereka dah besar. And ivan said the wife is young and pretty... Kak Yana is not young anymore..."

"but pretty..." pintas Amierah

"Mierah"

"Abang!"

Serentak mereka mereka bersuara.

"Kenapa Mierah? Anyone on your mind?"

"Tak tahulah...tapi Mierah rasa..."

"Mierah rasa apa yang abang rasa,ke?"

"Abang rasa..?"

"Iskandar dan Alisya. Mungkin Alisya dah bersalin."

"Mungkin,juga....tapi kenapa? Why would they help us?"


No comments: