Monday, March 19, 2007

Mungkinkah Part 28

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencita agama Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda

Perempuan yang aku suka
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera puteriku
Yang bakal dilahirkan untuk menyambung
Perjuanganku dibelakang hari

Sesungguhnya
Perempuan yang selalu
Berada di dalam doaku
Adalah engkau, isteriku

Luqman memandang puisi itu dgn bermacam-macam perasaan. Dia menerima puisi itu dari papa Amierah melalui emel. Kata lelaki separuh umur itu, puisi tersebut dibacanya di salah satu website.Luqman sedar, dia sudah berburuk sangka pada isterinya. Dulu, dia yang beriya-iya hendak jadikan Amierah suri hidupnya. Tapi sesekali perasaan amarahnya dating menjenguk, teruk Amierah di marahnya. Sayangkah itu namanya? Nah! Terserlah sungguh dia hanya mementingkan dirinya sendiri, bukan untuk menjaga Mierah seperti yg selalu dia katakan. Teringat pesan Papa, bapa mertuanya dicorong telefon.

“Luqman, Papa kenal sangat dgn Mierah tu. Dia anak Papa. I know how much she loves you. Dia takkan mempermainkan cinta Luqman pada dia.Cuba banyak bersabar, bawa bincang. I am sure you can do it.Luqman, Cuma Mati sahaja yg akan memisahkan kamu berdua.Itu doa Papa.The two of you will be together, forever.”

"Sayang, papa dah beritahu abang yang dia nak datang,"kata Luqman sewaktu Mierah menyampaikan berita itu kepadanya.

"Huh?"

"Tadi pagi kat office, abang call Papa,tanya khabar dia. Itu yang Papa beritahu."

"Tak acilah...Papa tak beritahu Mierah awal-awal,"Amierah menunjukkan rajuknya.

Luqman meraih tubuh Mierah,"Mmm..mak buyung, janganmerajuk aje.Nanti effect kat baby dalam perut tu."

"Abang ni happy jer, kenapa? sejak abang balik tadi, senyum memanjang,"tegur Amierah.

"Mierah tahu tak siapa yang beli rumah tu, then serah pada kita?" tanya Luqman.

Amierah menggeleng kepala,"Kalau abang tak beritahu, macam mana Mierah nak tahu?"

"Alisya...."bisik Luqman.

"Alisya atau Iskandar? setahu Mierah, Is tu anak orang kaya...."

"Alisya...Mierah susah nak percaya,kan?"

"Harta ibunya dikampung. Dia pun baru tahu, selepas she gave birth."

"Habis tu, Iskandar? Okay ke dia dgn tindakan Alisya?

"Is pun ada saham sama. 30% was from peninggalan arwah ayah dia."

Amierah mendongak menatap wajah Luqman,"iskandar...ayah dia dah tak ada?"

"When he was still serving his sentence.Kidney failure,"beritahu Luqman tanpa ditanya siterinya.

"Abang jumpa mereka ke tadi?"

Luqman mengangguk,"Mereka kirim salam. Esok, they'll be leaving for Aussie."

"Nak migrate?"

"Tak, Iskandar sambung study kat sana."

Amierah mengangguk tanda faham. Terlalu banyak yang berlaku kebelakangan ini. Iskandar yang suatu ketika dahulu, amat dibencinya, sudah berubah. Rusyidah akan bernikah tak lama lagi, masalah di Rumah KS itu...semuanya membuat Amierah belajar dari pengalaman.Tiba-tiba perutnya terasa sakit yang tak terkata. Dia menahan rasa sakit.

"Kenapa ni,Mierah?"

"Ada sharp pain, tapi Mierah belum due lagi."

"Kita ke hospital aje.Come, sayang."

"Mierah boleh tahan lagi, ni.Takkan dah nak bersalin, due date Mierah next weeklah..."protes isterinya.

"Listen to me,okay? Kali ini abang rasa, abang tak salah. Its time,Mierah.Mierah taat aje, boleh?Taat bawa berkat, Mierah," tegur Luqman.


No comments: